Anda di halaman 1dari 2

Huraikan sejarah perkembangan komanwel serta peranan negara United Kingdom dan India

Pertubuhan komanwel dibentuk pada tahun 1931 melalui Statute of Westminister dan
anggotanya terdiri daripada negara bekas jajahan British. Negara anggota Komanwel tersebar di
setiap Benua dan penduduknya pula terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, bahasa dan
budaya. Negara anggota komanwel menerima prinsip komanwel sebagai asas hubungan dalam
kalangan anggota komanwel. Berikut merupakan sejarah perkembangan komanwel United
Kingdom dan India.

Idea untuk memberikan hak berkerajaan sendiri kepada tanah jajahan British, sebenarnya
terkandung dalam laporan Lord Durham (1839) yang diperkenalkan di Kanada pada tahun 1847.
Pada tahun 1867, Kanada merupakan tanah jajahan yang pertama memperoleh taraf berkerajaan
sendiri, diikuti oleh Australia (1901), New Zealand (1907) dan Afrika Selatan (1910). Walaupun
mendapat taraf pemerintahan sendiri, namun kuasa yang dimiliki pelbagai wilayah ini masih
terhad. Parlimen Britain mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang berhubung dengan
hal ehwal pertahanan, dasar luar dan sebagainya. Hasil dari Laporan Balfour, persidangan
empayar 1926 telah mengisytiharkan bahawa negara dominion bebas dari ikatan Britain dari
sudut undang-undang setelah Statutue of Westminster diluluskan pada tahun 1931. Statute ini
telah menghapuskan penguasaan parlimen Britain tehadap hal ehwal Negara-negara dominan.

Peranan United Kingdom dalam komanwel adalah sebagai pengasas dan ketua komanwel.
Jika United Kingdom tidak bijak menjaga dan mengawal negara-negara bekas tanah jajahannya,
sudah tentu hubungan United Kingdom dan tanah jajahanya akan lenyap begitu sahaja.
Kewujudan komanwel mempunyai kaitan dengan niat dan cita-cita pihak British untuk
membimbing tanah jajahannya ke arah berkerajaan sendiri seterusnya memberi kemerdekaan.
Keadaan tersebut juga dikaitkan dengan desakan rakyat Britain supaya cita-cita untuk
membimbing tanah jajahan dipraktikkan. Kebijaksanaan Pejabat Tanah Jajahan mengurus bekas-
bekas Negara yang dijajah mempunyai mekanisme sendiri. Bekas tanah jajahan tidak dipaksa
untuk menyertai komanwel dan ahlinya bebas menarik diri pada bila-billa masa.

Britain juga sedar tanggungjawab untuk memajukan tanah jajahan termasuk wilayah yang
diamanahkan kepadanya yang ketinggalan dari segi ekonomi. Penubuhan komanwel adalah
langkah yang wajar kerana kerjasama secara multilateral dalam bidang ekonomi dalam kalangan
negara anggotanya komanwel. Tidak dinafikan pada 1950-an bahawa British menggunakan
pertubuhan ini untuk kepentingan sendiri khususnya dalam bidang ekonomi. Negara komanwel
mengeksport lebih 50% daripada teh, bijih timah, jut, getah, minyak sawit dan koko dunia.
Negara komanwel juga menyumbang separuh daripda keluaran aluminium dunia. Kekayaan hasil
bahan mentah di negara bekas tanah jajahan menyebabkan Britain mengambil kesempatan
mengadakan hubungan bilateral dan penetapan harga barang utama dilakukan oleh Britain.

Salah satu isu yang menggugat perpaduan dalam kalangan negara anggota Komanwel ialah
Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan. Kerajaan kulit putih melaksanakan Dasar
Apartheid antara tahun 1948 hingga 1991. Majoriti negara-negara anggota Komanwel mahukan
dasar ini dihapuskan, namun Britain bertindak tidak sehaluan dengan anggota yang lain. Sama
ada disedari atau tidak, Komanwel akan berkembang kerana kepercayaan dalam kalangan negara
anggota terhadap pertubuhan ini masih wujud. Pelbagai kerjasama diadakan dalam bidang
ekonomi, pelajaran, teknikal dan lain-lain menyebabkan negara-negara anggota terasa berat
untuk meninggalkan Komanwel. 

India mempunyai sejarah yang tersendiri dengan pertubuhan Komanwel anggota “bukan
berkulit putih” yang ingin diberi taraf kerajaan sendiri oleh pihak British. Pada tahun 1919,
undang-undang kerajaan India telah digubal dam sistem diarchy telah diperkenal di India. Melalui
sistem ini wilayah-wilayah di India dibahagikan kepada gabenor. Walaubagaimanapun, semua
keputusan hendaklah mendapat kebenaran daripada kerajaan atau Parlimen British. Satu
suruhanjaya telah dibentuk untuk mengkaji pemberian taraf berkerajaan sendiri di India.
Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Sir John Simon.

Kesimpulannya, ketua atau pengasas komanwel memainkan peranan dalam membantu dan
memajukan negara anggota dengan membantu dari segi pembiakan dari aspek ekonomi, sosial
dan politik. Dengan ini, komanwel akan menjadi sebuah kuasa yang besar.

Anda mungkin juga menyukai