Anda di halaman 1dari 69

SEJARAH

2.2) NEGARA
BANGSA
2.2.1) RAJA MUTLAK
DAN RAJA
BERPERLEMBAGAAN

PEMERINTAHAN RAJA
MUTLAK DI ENGLAND
DAN PERANCIS PADA
ABAD KE-16 HINGGA
ABAD KE-18.

PENUBUHAN NEGARA BANGSA DI

ENGLAND DAN PERANCIS PADA ABAD KE-15


TELAH MERINTIS JALAN KEPADA
KEMUNCULAN PEMERINTAHAN BERAJA
MUTLAK DI KEDUA-DUA NEGARA
TERSEBUT PADA ABAD KE-16 DAN 17.

SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA MUTLAK

BERMAKSUD SISTEM KERAJAAN DIMANA


CARA PEMERINTAHAN RAJA TIDAK
DIKAWAL OLEH PARLIMEN.

MELALUI SISTEM INI, KEHENDAK

PEMERINTAH IALAH UNDANG-UNDANG.

BERIKUTAN DENGAN PERKEMBANGAN EKONOMI

YANG PESAT, RAJA-RAJA MENGUMPUL KEKAYAAN


HASIL DARIPADA AKTIVITI PERDAGANGAN.

PEMERINTAHAN BERAJA MUTLAK AMAT KETARA

DI ENGLAND DAN PERANCIS DIMANA RAKYAT DI


KEDUA-DUA NEGARA PERCAYA RAJA MEREKA
DILANTIK OLEH TUHAN UNTUK MEMERINTAH
MEREKA.

RAKYAT PULA MESTILAH MEMBANTU DAN PATUH

KEPADA PEMERINTAH TANPA SOAL.

JIKA SESEORANG RAJA MEMERINTAH SECARA

ZALIM, RAKYAT MESTI MENERIMANYA KERANA


ITU ADALAH PEMBALASAN TERHADAP DOSA-DOSA

SISTEM
PEMERINTAHAN
BERAJA MUTLAK DI
PERANCIS.

LATAR BELAKANG
PERANCIS ABAD KE-17
MENJELANG ABAD KE-17, PERANCIS MUNCUL

SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG TERKUAT DI


EROPAH MENGGANTIKAN SEPANYOL.

PERANCIS JUGA MUNCUL SEBAGAI PEMIMPIN

DALAM SENI HALUS, SENI BINA, DRAMA,


PAKAIAN,PERTUTURAN DAN BAHASA, DI BENUA
EROPAH.

PERANCIS MEMAJUKAN TEKNIK BARU DALAM

ORGANISASI KETENTERAAN, KERAJAAN DAN


KAEDAH DIPLOMATIK.

DASAR PEMERINTAHAN
RAJA LOUIS XIV

Pemerintahan raja mutlak di Perancis

muncul di dorong dengan lahirnya ideaidea oleh pemikir-pemikir politik seperti


Jean Bodin, Hugo Grotius dan Cardinal Duc
de Richelien.

N
I
D
O
B
JEAN

HUGO
GROTIUS

CARDINA
L
DUC DE
RICHELIE
N

Jean Bodin mengesyorkan supaya

Perancis diperintah oleh kerajaan pusat


yang kuat supaya boleh mengawal
wilayah dengan lebih baik dan berkesan.
Hugo Crotius pula mengatakan sesebuah
negara berhak mempertahankan negara
dengan membela hukum antarabangsa
dan sesiapa yang mencabuli hukum
antarabangsa akan dianggap penceroboh.
Cardinal pula, berpendapat kerajaan
pusat yang kuat perlu untuk menghadapi
ancaman sekiranya pentadbiran
dijalankan oleh ramai pihak.

Pemerintahan raja mutlak di Perancis

dijalankan oleh Raja Louis XIV (1643-1715)


yang dikenali sebagai Grand Monarch yang
memerintah selama 72 tahun.
Semasa pemerintahannya berjaya
mewujudkan keamanan dan kemakmuran di
Perancis.

Baginda mengukuhkan kedudukannya

melalui pentadbiran pusat yang kukuh


dan teratur.
Bagi memastikan dasar pemerintahannya
dapat dilaksanakan dengan baik, baginda
terlibat dalam urusan pelantikan
pegawai-pegawai kerajaan dan berjaya
mengawal mereka dengan dibantu oleh
menteri-menteri yang berwibawa.
Raja Louis XIV mendapat sokongan padu
daripada golongan bangsawan,
Huguenot(CALVINIS PERANCIS) dan
institusi-institusi kerajaan.

Perkembangan ini mengukuhkan kedudukan

Raja Louis XIV sebagai pemerintah monarki


mutlak di Perancis.
Untuk memperkukuhkan lagi pemerintahnnya,
Raja Louis XIV telah memperkenalkan
beberapa dasar seperti:
a) Dasar Dalam Negara
Louis XIV menyusun semula pentadbiran
pusat negara kepada empat majlis utama dan
juga telah melantik menteri-menteri yang
berkebolehan untuk membantunya mentadbir
seperti Colbert (Menteri Kewangan), Le Tellier
(Menteri Hal Ehwal Luar), Louvois (Menteri
Peperangan) dan Vauban (Menteri
Ketenteraan).

jeans
baptiste
colbert(
Menteri
kewangan)
Louvois( menter
i peperangan)

vauban(ment
eri
ketenteraan)
Le Tellier
(Menteri Hal
Ehwal Luar)

Sambungan
Louis juga menggunakan menteri yang

bertanggungjawab bagi malaksanakan dasardasar diraja di pelbagai provinsi Perancis.


Penyelia ditugaskan untuk menyelia pentadbiran,
keadilan, pentadbiran dan pentadbiran
ketenteraan di peringkat daerah.
Louis XIV percaya sebagai pemerintah mutlak
bagi seluruh Eropah, beliau harus hidup bergaya
dengan itu beliau mendirikan istana besar di
Versailles dan di beberapa buah tempat lain.
Arkitek-arkitek terkemuka digaji untuk mereka
bangunan dan pelukis-pelukis terkemuka
mengindahkannya. Raja menetap di Versailles
yang dikelilingi oleh istana yang besar.

Golongan bangsawan bergantung hidup

kepada pencen daripada raja dan


dikehendaki tinggal dalam tempoh yang
lama untuk mendapatkan sokongan raja.

Perkhidmatan awam terdiri daripada

menteri-menteri yang berkebolehan


antaranya Jeans Baptiste Colbert sebagai
menteri kewangan. Zaman Louis XIV juga
zaman keemasan bagi kesusasteraan
Perancis. Antara tokoh seni yang terkenal
ialah Racine dan Moliere.

Tokoh seni

moliere

racine

b)Dasar Ekonomi

Baginda melaksanakan dasar ekonomi


merkantilisme untuk memastikan negaranya
muncul sebagai negara yang makmur .
Melalui dasar Colbert, wujud perkembangan
industri baru, memansuhkan tarif tempatan,
mengurangkan kadar bunga ke atas hutang
kerajaan, mengawal upah dan harga
kebanyakan barangan.
Dasar ekonomi Colbert telah meningkatkan
pendapatan kerajaan namun perbelanjaan
untuk peperangan tempatan semakin
bertambah.

EKONOMI MERKANTILISME
Merkantilisme adalah satu teori ekonomi yang

sudah lupus yang mempercayai bahawa


kesejahteraan sesuatu negara hanya ditentukan
oleh jumlah modal yang tersimpan di mana jumlah
perdagangan sedunia sebagai tidak berubah. Modal
negara dapat digambarkan secara nyata dengan
jumlah kapital seperti mineral berharga, emas
mahupun komoditi-komoditi lain yang dimiliki oleh
negara. Modal ini boleh diperbesarkan jumlahnya
dengan meningkatkan eksport dan mengurangkan
import supaya nilai bersih perdagangan luar
sentiasa positif. Pemerintahan suatu negara harus
mencapai tujuan ini dengan melakukan
perlindungan terhadap ekonomi dengan mendorong
eksport dan mencegah import.

c) Dasar Ketenteraan

Melalui Louvis (Menteri Perang), Perancis telah

mengadakan reformasi dalam ketenteraan apabila


raja mempunyai kawalan penuh ke atas
ketenteraan.
Baginda juga menghapuskan dominasi golongan
bangsawan ke atas bidang ketenteraan dan
memulakan kawalan langsung ke atas ketenteraan.
Kerajaan juga bertanggungjawab merekrut tentera,
menyediakan perumahan dan bekalan makanan
kepada golongan tersebut. Pelantikan pegawaipegawai tentera dilakukan berasaskan merit.
Kesannya tentera Perancis muncul sebagai tentera
yang terkuat di Eropah ketika itu.

d)Dasar Agama
Dalam aspek agama raja bertindak untuk

memaksa golongan bukan Katolik iaitu


Huguenot (Calvinis) untuk menerima agama
Katolik. Edict of Nantes yang ditandatangani
pada tahun 1598 yang memberi kebebasan
kepada rakyat untuk menganut agama pilihan
mereka telah dibatalkan oleh raja pada 1685.

Tindakan Louis menyebabkan seramai 200

ribu penganut bukan Katolik meninggalkan


Perancis dan berhijrah ke England dan
Amerika.

e)Dasar perluasan wilayah


Semasa pemerintahan Raja Louis,

wilayah kekuasaan Perancis


merangkumi Sungai Rhine dengan
Perancis menguasai wilayah-wilayah
seperti Spanish Netherlands dan United
Province.

Pada tahun 1787, Raja Louis XIV telah

memutuskan untuk mengadakan


Perhimpunan Orang-Orang Kenamaan
untuk mengatasi masalah kewangan
Perancis dengan mengenakan cukai ke atas
golongan bangsawan, gereja dan hakim.

Raja Louis XIV telah mengadakan

persidangan parlimen buat kali pertama


pada 5 Mei 1789 dengan mengikut cara
lama yang memberi kelebihan kepada Estet
(Parlimen) Pertama dan Kedua, manakala
Estet Ketiga diminta tunggu diluar dewan.

Segala usul yang dibincangkan akan

diundi yang akan menyebelahi Estet


Pertama dan Kedua.
Estet Ketiga menuntut supaya ketiga-tiga
Estet disatukan dan pengiraan undi
berdasarkan undi individu, tetapi tidak
mendapat persetujuan oleh Raja Louis
XIV.
Pada 12 Jun 1789, Perhimpunan
Kebangsaan (Parlimen Negara) telah
diisytiharkan oleh Estet Ketiga dan ini
menandakan bermulanya Revolusi
Perancis.

Apabila pintu dewan ditutup untuk anggota

Perhimpunan Kebangsaan, mereka telah


berkumpul di gelanggang tenis dan
mengangkat sumpah bahawa mereka tidak
akan bersurai sehingga mereka mengubal
perlembagaan Perancis.
Peristiwa ini dikenali sebagai Sumpah
Padang Tenis.
Perhimpunan Kebangsaan (Estet Ketiga)
menuntut konsep persamaan dan keadilan
dilaksanakan dan bukannya keistimewaan
diberikan kepada rakyat berdasarkan hak
atau warisan turun temurun.

Perjuangan mereka turut mendapat

sokongan golongan miskin dan sebahagian


tentera yang dipimpin oleh Marshall de
Broglie yang dihantar oleh Raja Louis XIV.
Pada 14 Julai 1789, bangunan Bastille
telah jatuh ke tangan golongan
Perhimpunan Kebangsaan (pemberontak)
yang memberi semangat kepada
golongan revolusi di kawasan bandar dan
desa.
Peristiwa ini diperingati oleh rakyat
Perancis sehingga kini dan tarikh ini
disambut setiap tahun sebagai Hari
Kebangsaan Perancis.

oleh Marshall de Broglie

Perhimpunan Kebangsaan juga telah berjaya

menghapuskan sistem feudal, perhambaan,


golongan istimewa, monopoli golongan
bangsawan dihapuskan, cukai yang sama
untuk semua, menghapuskan buruh paksa,
menghapuskan cukai dan semua jenis hak
istimewa gereja ditarik balik.
Penghapusan masyarakat feudal dan sistem
feudal di Perancis dikenali sebagai Hari
Ogos.
Pada 26 Ogos 1789, parlimen telah
meluluskan Perisytiharan Hak-Hak Manusia
dan Warganegara.

Pengisytiharan ini telah mengiktiraf semua

manusia dilahirkan dan kekal bebas serta


mempunyai hak yang sama. Ini rakyat bebas
untuk bertukar-tukar fikiran selagi tidak
melanggar batas undang-undang.
Menjelang tahun 1791, Majlis Perhimpunan
Kebangsaan telah menyiapkan satu
perlembagaan ini kerajaan dibahagikan
kepada 3 iaitu badan legislatif, badan
eksekutif dan badan judisiari.
Wujudnya perlembagaan ini maka
bermulanya pemerintahan raja
berperlembagaan selama setahun kemudian
sistem pemerintahan Perancis bertukar
menjadi republik.

Selepas itu, negara Perancis mengalami

huru hara dan berlaku perpecahan dalam


kalangan pendukung revolusi iaitu golongan
jacobin dan girondin.
Akhirnya Perancis telah diperintah oleh
diktator Maximilien Robespierre dari
golongan jacobin dan zaman ini dikenali
sebagai Zaman Pemerintahan Ganas .
Mereka telah mewujudkan Mahkamah
Revolusi dan Undang-Undang Syak. Sesiapa
disyaki musuh mereka dan menyokong raja
akan dihukum tembak atau pancung.

diktator Maximilien Robespierre

Raja Louis XIV dan isterinya Marie

Antoinnette telah dihukum pancung dengan


alat gilotin.
Robespierre sendiri dihukum pancung
dengan menggunakan gilotin oleh
penyokong parlimen.
Dengan ini berakhirlah zaman pemerintahan
ganas di Perancis pada tahun 1794.
Perancis menjadi aman selepas
pemerintahannya diambil alih oleh Napoleon
Bonaparte pada penghujung tahun 1799.

Napoleon Bonaparte

Raja Mutlak dan Raja


Berperlembagaan Di
England

Raja Henry VII Pengasas Dinasti


Tudor Di England

Ratu Elizabeth I

Selepas Zaman Pertengahan, telah

berlaku kemerosotan sistem


feudalisme di Eropah.
Keadaan ini telah membolehkan rajaraja mengumpul kekayaan dan
mengukuhkan kedudukannya.
Ini telah membawa kepada
penubuhan negara bangsa iaitu
sebuah negara yang bebas daripada
konsep dunia empayar dan di bawah
kedaulatan raja berkuasa mutlak.

Negara bangsa di Eropah terbentuk

melalui dinasti, keluarga baharu,


perkahwinan diraja dan konsep empayar.
Perkembangan ini berlaku di negara
England pada abad ke-15 dan England
berada di bawah pemerintahan beraja
mutlak hampir 2 abad iaitu bermula pada
1485 setelah berakhirnya Perang Bunga
Ros.
Sistem pemerintahan ini diasaskan oleh
Raja Henry VII dari Dinasti Tudor yang
memerintah England dan berakhir pada
tahun 1603 semasa pemerintahan Ratu
Elizabeth I.

Mengikut sistem raja berkuasa mutlak,

seseorang pemerintah (raja) berkuasa


sepenuhnya untuk menggubal dan
melaksanakan segala dasar dan
kedudukannya adalah mengatasi undangundang negara.
Sepanjang pemerintahan Dinasti Tudor,
England mempunyai kerajaan yang stabil
dan mendapat sokongan daripada rakyat.
Kerajaan ini menghormati prinsip
perbatasan kuasa pemerintah seperti
mana yang terdapat dalam Magna Carta
dan tidak membelakangkan parlimen.

Dasar-dasar pemerintahan raja

berkuasa mutlak di England seperti


keagamaan, luar negeri dan
perdagangan yang dijalankan oleh Raja
Henry VII, Raja Henry VIII dan Ratu
Elizabeth I diterima oleh rakyat.
Namun demikian semasa pemerintahan
Dinasti Stuart (1603-1688), sistem
pemerintahan beraja mutlak semakin
diperkasakan oleh Raja James I dan
Raja Charles I sebelum bertukar kepada
raja berpelembagaan.

RAJA JAMES I

RAJA
CHARLES I

Perkembangan Sistem
Pemerintahan Raja
Berkuasa Mutlak

Selepas tamatnya Perang Bunga Ros, sistem

pemerintahan beraja mutlak telah diterima


oleh rakyat kerana ingin menamatkan
keadaan huru-hara yang berlaku.
Sistem beraja mutlak yang diasaskan oleh
Dinasti Tudor memperlihatkan sebuah
kerajaan yang stabil dan mendapat
sokongan rakyat.
Pemerintahan Dinasti Tudor adalah
berdasarkan kepada Magna Carta iaitu satu
piagam yang digubal untuk mengawal kuasa
raja.
Raja-raja Tudor tidak mementingkan prinsip
kesucian raja dalam melaksanakan
pemerintahan mereka.

Raja-raja Tudor dapat bekerjasama baik dan

dapat mengawal 2 buah dewan parlimen


England yang terdiri daripada House of
Lords (tuan tanah, bishop dan kerabat diraja)
dan House of Common (knight, orang kaya
dan peguam).
Pada abad ke-17, muncul golongan gentry di
luar bandar yang memiliki tanah dan menjadi
kaya daripada golongan bangsawan.
Di bandar pula muncul golongan bourjois
yang semakin kaya dan menguasai ekonomi
melalui kegiatan perdagangan.
Kedua-dua kumpulan mula berani
mempertikaikan pengaruh politik golongan
aristokrat dalam House of Lords.

Pada abad ke-17 juga, wujud perbalahan

antara mazhab Kristian di England iaitu


antara penganut Protestan (golongan
puritan) yang tidak berpuas hati dengan
gereja Anglican (gereja kebangsaan di
England) di atas pengamalan tradisional
gereja Kristian (Katolik).
Golongan puritan ini ingin membersihkan
amalan agama di England daripada
pengaruh gereja Katolik Rom dan mahu
gereja di England bebas daripada
kawalan politik.

Golongan puritan menjadi semakin

berpengaruh dan menarik minat pelbagai


golongan masyarakat kerana dalam ajaran
mereka mengutamakan kehidupan
berdisiplin dan menolak upacara atau
istiadat agama yang tradisional.

Pemerintah Dinasti Tudor berjaya

menangani dengan baik tentangan golongan


puritan yang tidak berpuas hati dengan
golongan anglican dan ingin mewujudkan
gereja yang bebas daripada kawalan politik.

Selepas berakhir Dinasti Tudor pada

tahun 1603, maka bermula pula era


pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1702)
di England yang diasaskan oleh Raja
James I dari Scotland.

Namun dasar pemerintahan Dinasti

Stuart berbeza dengan Dinasti Tudor, dan


ini telah membawa penentangan parlimen
dan berlaku kebangkitan golongan
puritan sehingga membawa tercetusnya
perang saudara yang dikenali sebagai
Revolusi Puritan (1642-1648).

Raja James I merupakan raja yang

berpegang kuat kepada doktrin kuasa


suci raja.
Baginda menegaskan bahawa
kedudukan raja mengatasi kedudukan
undang-undang.
Oleh itu semua pihak seperti parlimen,
mahkamah, gereja, dan sebagainya
mesti berkhidmat kepada raja dan
bukannya berkongsi kuasa.

Pemerintahan Raja James 1 mendapat

tentangan daripada golongan puritan dan


ahli-ahli parlimen kerana baginda
mengamalkan dasar agama yang lebih
memihak kepada mazhab Katolik.
Golongan puritan juga telah menolak
bishop yang dilantik oleh Raja James I dan
kemarahan golongan ini memuncak apabila
baginda mengahwinkan puteranya dengan
puteri dari Perancis yang bermazhab
Katolik.
Tindakan baginda yang membelakangkan
parlimen dalam urusan pengenaan cukai
telah memburukkan lagi hubungan Raja
James I dengan golongan puritan.

Ketegangan hubungan ini telah mendorong

Raja James I membubarkan parlimen pada


tahun 1611.
Tindakan baginda telah menyebabkan
keadaan politik England kucar kacir dan
lebih memburukkan keadaan apabila Raja
Charles I yang memerintah England pada
tahun 1625 juga tidak menyukai golongan
puritan.
Baginda juga bertindak membelakangi
parlimen dalam urusan pengutipan cukai.
Mana-mana ahli parlimen yang menentang
baginda telah ditahan dan tentera akan
mengawal mereka.

Akibat tidak berpuas hati dengan

pemerintahan kuku besi raja, maka rakyat


telah bersatu untuk menafikan kuasa
mutlak raja.
Akibatnya pada tahun 1628 parlimen telah
mengemukakan Petition of Right yang
mengutuk tindakan autokratik raja.
Akibat kecaman ini baginda telah
menangkap 9 orang ahli parlimen yang
menentang baginda secara terbuka di
parlimen.
Sehubungan itu, baginda membubarkan
parlimen dan memerintah secara mutlak
tanpa parlimen selama 11 tahun.

Raja Charles I telah mengenakan

pelbagai jenis cukai dengan bebas dan


menaikkan cukai dengan sewenangwenangnya telah mengancam ahli-ahli
parlimen.

Dalam aspek agama pula, Raja Charles I

memulihkan semula amalan roman


khatolik sebagai amalan dalam gereja
Anglican yang menyebabkan kebangkitan
golongan puritan.

Pada tahun 1639, Raja Charles I telah

menubuhkan semula parlimen untuk tujuan


mendapatkan peruntukkan yang
diperlukan oleh baginda tetapi ahli
parlimen enggan bekerjasama dengan
baginda.

Ini telah mendorong baginda membubar

semula parlimen yang baru ditubuhkan


dalam masa 3 minggu dan menangkap
beberapa ahli parlimen.

Pada tahun 1642, rusuhan telah berlaku


di Ireland yang telah menyebabkan
beberapa orang British bermazhab
Protestan dibunuh oleh penganut
Katolik.
Sekali lagi berlaku pertikaian tentang
penubuhan tentera sama ada
dikendalikan oleh raja atau parlimen.
Akhirnya peperangan telah berlaku dan
tentera gereja di bawah pimpinan Oliver
Cromwell telah berjaya mengalahkan
tentera raja pada tahun 1645 dan tahun
1648.

Raja Charles I telah dihukum bunuh dan

parlimen telah mengisytiharkan England


sebuah negara republik dengan Oliver
sebagai ketua negara yang baharu.
Pemerintahan Oliver berhadapan dengan
kebangkitan 2 golongan iaitu levellers dan
diggers yang dianggap mengancam
pemerintahannya.
Pada tahun 1658, Oliver meninggal dunia
dan diganti dengan anaknya iaitu Richard
Cromwell.
Walau bagaimanapun dalam masa setahun
memerintah beliau telah meletakkan
jawatannya kerana tidak mendapat
sokongan parlimen dan tentera.

OLIVER CROMWELL

RICHARD CROMWELL

Perkembangan Raja
Berperlembagaan
di England

MAKSUD RAJA BERPERLEMBAGAAN

Sistem kerajaan dimana raja


menjalankan pemerintahan mengikut
perlembagaan dan undang-undang.

Sistem pemerintahan raja berkuasa

mutlak telah digantikan dengan raja


berperlembagaan selepas berakhirnya
Revolusi Cemerlang yang berlaku secara
aman dan memberi impak yang besar
terhadap perubahan landskap politik
England selepas 1688.
Charles II telah ditabal sebagai raja
England selepas Richard Cromwell
meletak jawatannya dan mesti
mengamalkan sistem beraja
berperlembagaan.

RAJA CHARLES II

Sistem pemerintahan raja berperlembagaan

juga membawa kepada perkembangan


politik kepartian apabila wujud dua buah
parti iaitu Parti Whig dan Parti Torries yang
sebahagian besarnya dikuasai oleh
golongan aristokrat, gentry dan bourjuis.

Golongan rakyat atau kelas bawahan masih

tidak diberikan ruang untuk terlibat secara


langsung dalam politik di England ketika itu.

Selepas Raja Charles II meninggal dunia

pada tahun 1685, diganti pula oleh Raja


James II yang lebih cenderung untuk
memulihkan kembali doktrin kuasa suci
raja.
Oleh itu Raja James II telah disingkirkan
dan kemudiannya Marry II dan Raja William
of Orange telah ditabal sebagai raja England
yang baharu selepas berlakunya Revolusi
Cemerlang (1698) tanpa berlaku
pertumpahan darah.

RAJA JAMES II

MARRY II & RAJA WILLIAM OF


ORANGE

Toleration Act dan


Bill of Right pada 1699.
Raja berperlembagaan adalah sejenis
kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem
berperlembagaan yang mengiktiraf raja
sebagai ketua negara.
Toleration Act bertujuan mewujudkan
kebebasan beragama bagi penganut
Kristian yang bermazhab Protestan di
England.
Manakala Bill of Right pula mengemukakan
beberapa peruntukan berhubung dengan
bidang kuasa raja dalam soal undangundang dan pencukaian serta keadilan dan
hak untuk mengecapi kebebasan.
Parlimen meluluskan

Raja berperlembagaan di England

memerintah berdasarkan peruntukan yang


diluluskan oleh parlimen dan tidak lagi
mempunyai kuasa autokratik.

Raja tidak boleh memansuhkan undang-

undang yang telah diluluskan oleh parlimen.

Raja tidak dibenarkan untuk campur tangan

dalam urusan mahkamah dalam aspek


penguatkuasaan undang-undang.

Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat

apabila Act of Settlement diluluskan pada


1701 yang menetapkan hanya raja yang
bermazhab protestan sahaja yang layak
menjadi raja.
Raja juga bertanggungjawab kepada parlimen
sebagai institusi yang mewakili rakyat dan
mempunyai keutuhan dalam soal legislatif
dan eksekutif.
Sistem pemerintahan raja berperlembagaan
di England juga telah menghapuskan
pergeseran antara raja dengan parlimen
dalam soal-soal dasar pemerintahan dan
keadaan ini secara langsung telah
memperkukuhkan perpaduan dalam politik
negara tersebut.

Petition of Right
yang dikemukakan oleh rakyat dan
mempertahankan kedudukannya
berdasarkan undang-undang.
Dalam menjalankan pemerintahan, raja
tertakluk kepada perlembagaan dan juga
dibatasi oleh undang-undang bagi
membenarkan sesuatu tindakan yang
diambil oleh raja.
Oleh yang demikian pada 1689 bermula
sistem pemerintahan raja
berpelembagaan di England dan kekal
sehingga hari.
Raja boleh menghadapi

SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai