Anda di halaman 1dari 17

1.

1 Masyarakat Feudal

1.1.1 Masyarakat Feudal England

Soalan 1: Huraikan struktur masyarakat Feudal yang diamalkan di negara England pada abad ke-16
hingga ke-17.

Pendahuluan

§ Konsep feudalisme adalah satu istilah atau konsep yang terbentuk di Eropah Barat selepas
kejatuhan empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke- 14 M. Marc Bloch dalam
bukunya Feudal Society, mentakrifkan istilah feudal digunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan
dan adat yang diterima dan wujud pada ketika itu serta organisasi kelas atasan yang meliputi
perjanjian secara bertulis yang didominasi kekuasaan golongan atasan.

§ kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis
mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan
pemerintah ke atas golongan bawahan. Masyarakat feudal di England terbahagi kepada dua
golongan, iaitu Pemimpin dan yang dipimpin. Golongan pemimpin terdiri daripada raja, bangsawan
iaitu baron, dan knight. Manakala golongan yang dipimpin ialah petani atau rakyat biasa yang
dikenali sebagai serf

Isi-Isi Penting:

1. Golongan Raja

§ Raja mempunyai Kedudukan tertinggi dalam era pemerintahan Dinasti Tudor (1485-1603). Era
pemerintahan Raja Henry VII (1485-1509) di England menduduki hierarki tertinggi dalam masyarakat
feudal dan berkuasa mutlak terhadap rakyat dan negara. Walaupun raja-raja mengamalkan sistem
pemerintahan beraja mutlak tetapi masih berpegang kepada tradisi politik England yang telah wujud
sejak Zaman Pertengahan. Kuasa mutlak raja adalah meliputi pusat segala kekuasaan. Rakyat tidak
mempunyai hak untuk membantah pemerintahan raja.

§ Raja-raja masih menghormati prinsip pembatasan kuasa pemerintah yang terdapat dalam Magna
Carta. Maka, pemerintahan raja-raja tidak sepenuhnya membelakangi parlimen. Pembatasan kuasa
pemerintah memperlihatkan bahawa rakyat England pada abad ke-16 menerima idea bahawa raja
dilantik atas kehendak Tuhan, tetapi rakyat England tidak dapat menerima kepercayaan bahawa
Tuhan telah memberi raja-raja kuasa mutlak untuk menjalankan pemerintahan.

§ Dasar pemerintahan Raja Henry VII: Tindakan berikut dilakukan oleh Raja Henry VII untuk
mengukuhkan pemerintahan beraja berkuasa mutlak antaranya Meluluskan undang-undang
menentang pemakaian pakaian khas (livery) dan Pengekalan tentera persendirian, dan pemakaian
lambang kuasa sendiri sebagai amalan golongan bangsawan. Raja Henry juga menggunakan Majlis
Diraja sebagai mahkamah yang baharu untuk menguruskan hal berkaitan harta benda dan situasi
yang menganggu ketenteraman awam. Badan mi menjadi popular dan berjaya mewujudkan
keamanan dan keadilan.

2. Golongan Bangsawan atau Baron

§ Golongan Bangsawan atau Baron memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan ekonomi.
Raja akan mengurniakan gelaran kepada bangsawan seperti count, duke, baron dan vassal. Duke
berada dalam hierarki tertinggi diikuti oleh baron dan vassal. Golongan bangsawan yang menerima
tanah daripada raja akan memerintah di tanahnya. Mereka akan mengawal penggunaan tanah,
mengadakan undang-undang sendiri dalam mengawal petani atau serf yang mengusahakan tanah,
dan mengenakan cukai yang ditentukan oleh golongan bangsawan. Sebagai balasan pemberian
tanah oleh raja, golongan bangsawan dikenakan cukai ke atas tanah memberi ketaatsetiaan kepada
raja, serta memperuntukkan knight sebagai tentera kepada raja.

§ Keseluruhannya, baron menggunakan tanah mengikut kehendak mereka dan mengagihkannya


kepada knight. Bagi mempertahankan kekayaan golongan bangsawan, mereka menggunakan sistem
pewarisan yang dikenali sebagai sistem primogeniture. Dalam sistem primogeniture, hanya anak
lelaki tertua sahaja yang boleh mewarisi harta. Tujuannya adalah untuk mengelakkan harta atau
tanah yang luas dibahagi-bahagi hak miliknya. Dengan cara ini, ekonomi golongan bangsawan akan
dikekalkan.
§ Perang Bunga Mawar yang berlangsung selama 35 tahun bermula dan tahun 1450 hingga tahun
1485 antara golongan bangsawan menyebabkan banyak perubahan berlaku dalam golongan
bangsawan. Ramai golongan bangsawan yang terkorban. Peperangan tersebut telah mengukuhkan
kedudukan dan kekuasaan raja, khasnya Dinasti Tudor yang memerintah England. Raja-raja Dinasti
Tudor telah mengukuhkan cengkaman mereka di seluruh England. Pengukuhan dan kekuasaan raja
selepas perang tersebut menyebabkan raja merasakan kesetiaan golongan bangsawan kepada raja
tidak sepenuhnya kerana mereka tidak dibayar gaji. Maka, raja telah melantik golongan pentadbir
dan membayar gaji bagi menjamin kesetiaan mereka terhadap raja.

3. Golongan Knight

§ Knight berada dalam golongan ketiga selepas golongan bangsawan. Golongan ini Diberi tanah
sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam bidang ketenteraan seperti yang diminta oleh raja.
Mereka Berkhidmat dengan raja, lord atau baron dan mendapat ganjaran seperti tanah, harta, dan
barang rampasan. Mereka juga Diberi tanggungjawab untuk melindungi baron dan keluarga baron
daripada diserang. Mereka Terikat dengan sumpah yang menghendaki mereka berkhidmat untuk
baron dan raja dan Boleh dipanggil untuk berperang pada bila-bila masa.

§ Knight juga mempunyai tanah yang luas dan diagihkan kepada serf untuk mengerjakan tanah
tersebut semasa ketiadaan knight. Sebagai balasan, serf akan memberikan khidmat kepada knight
dan knight akan melindungi serf dan keluarganya. Knight akan tinggal di tanah miliknya, memiliki
rumah sendiri seperti bangsawan lain, serta mempunyai pasukan tenteranya sendiri. Malahan,
knight juga berhak memungut hasil yang diperolehi daripada kawasannya.

§ Pada abad ke- 16, berlaku perubahan kedudukan knight dalam masyarakat feudal. Raja telah
mengukuhkan kedudukannya dengan mengambil tentera upahan bagi menentang pemberontak
atau musuh. Pengambilan tentera upahan ini dapat menjamin kestabilan politik dan membawa
kemajuan ekonomi dalam masyarakat feudal. Oleh itu, knight tidak lagi mendominasi komposisi
pasukan tentera. Sebaliknya, golongan petani dan penduduk awam telah memainkan peranan utama
dengan menyertai angkatan tentera dan banyak terlibat dalam peperangan. Mereka telah menjadi
tentera tetap terutama dalam pasukan infantri.

4. Golongan Rakyat biasa

§ Golongan ini yang dikenali sebagai petani atau serf berada di bawah sekali dalam lapisan
masyarakat Feudal. Kehidupan mereka tidak bebas sepenuhnya dan tidak boleh berpindah dan
berada di bawah pengawasan raja dan baron. Pekerjaan mereka adalah Bercucuk tanam dan
menternak binatang di atas tanah yang diperuntukkan oleh tuan tanah untuk keperluan harian dan
Sebagai balasan, akan memberi khidmat dengan mengerjakan tanah dan keperluan lain.

§ Golongan petani akan dikawal sepenuhnya oleh tuan-tuan tanah. Antaranya, lord manor (institusi
manor) akan melindungi petani, mendirikan mahkamah bagi membolehkan petani merayu untuk
keadilan, mendirikan kilang, dan mendirikan gereja untuk penduduk kampung. Namun, kehidupan
golongan petani berubah selepas berlakunya perubahan ekonomi di England. Pada abad ke- 16,
banyak tanah dibuka untuk tujuan pertanian dan permintaan terhadap bahan makanan bertambah.
Pertanian komersial turut dijalankan. Golongan serf kini bebas daripada man tanah selepas berlaku
peningkatan dalam pertanian dagangan, kemunculan bandar, dan perkembangan sektor
perusahaan.

5. Golongan Paderi

§ Golongan Paderi merupakan satu kelas masyarakat yang berasingan. Sebilangan besar terdiri
daripada golongan bangsawan yang memiliki tanah sebagai vassal. pada abad ke-12 dan 13 M
hampir 1/3 daipada tanah yang digunakan di Eropah Barat dikawal oleh gereja.

§ Boshop, abot dan pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah
golongan bangsawan. Campur tangan golongan bangsawan dalam pemilihan jawatan gereja
menyebabkan pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan material dan
mempunyai dua tanggungjawab iaitu agama dan dunia (tanah).

Penutup

§ Sistem masyarakat feudal di England terbahagi kepada golongan pemerintah yang terdiri daripada
raja dan bangsawan manakala golongan diperintah pula terdiri daripada golongan knight dan rakyat
biasa. kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun
lapis mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan
pemerintah ke atas golongan bawahan di England.

§ Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis masyarakat yang ditetapkan berdasarkan
keturunan. Hubungan antaranya berasaskan kepada saling memerlukan antara golongan pemerintah
dengan golongan bawahan.

Soalan 2: Huraikan ciri-ciri masyarakat feudal yang diamalkan di England.

Pendahuluan

§ Istilah masyarakat feudal digunakan oleh sejarawan untuk menerangkan susunan sosial
masyarakat pada zaman pertengahan di Eropah. Selain benua Eropah, masyarakat feudal muncul di
Jepun sekitar abad ke-14 dan 15 .

§ Menurut Marc Bloch dalam buku beliau yang bertajuk Feudal Society, masyarakat feudal
merupakan masyarakat berhierarki yang mempunyai struktur susun lapis tersendiri .

Isi-Isi Penting
1. Kedudukan Raja

§ Munculnya sistem pemerintahan monarki mutlak di England pada abad ke-16 dan 17. Raja
mempunyai kuasa mutlak dalam bidang pentadbiran, perundangan dan kehakiman. Raja juga
mempunyai kedudukan tertinggi dalam susun lapis masyarakat. Seseorang raja mengambil langkah
seperti yang dilakukan oleh Raja Henry VII untuk mengukuhkan kedudukannya .

§ Keadaan politik tidak stabil. Pemerintahan pusat yang lemah menyebabkan. peperangan sering
berlaku antara wilayah. Kedudukan raja lemah (pemerintah pusat) kerana berkongsi kuasa dengan
golongan pembesar. Golongan pembesar pula sering menentang raja.

2. Kemerosotan Pengaruh Bangsawan

§ Pengaruh dan kekuasaan golongan bangsawan merosot menjelang abad ke-16 dan 17. Kedudukan
raja semakin kukuh ekoran perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang ekonomi. Penglibatan
raja dalam bidang ekonomi kapitalis mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya. Perkembangan ini
menyebabkan raja England dapat mengawal golongan bangsawan. Pegawai-pegawai pentadbir
muncul apabila berlaku kemerosotan pengaruh bangsawan .

§ Mereka menerima gaji daripada raja kerana membantu mengendalikan pemerintahan dan
pentadbiran. Mereka juga terdiri daripada rakyat biasa yang mempunyai kebolehan dan kewibawaan
dalan pentadbiran .

3. Kedudukan Knight

§ Golongan knight memainkan peranan dalam bidang ketenteraan. Tanggungjawab mereke ialah
mempertahankan raja dan golongan bangsawan daripada ancaman musuh. Mereka menerima
ganjaran dalam bentuk tanah dan harta benda daripada raja dan golongan bangsawan .

§ Menjelang abad ke-16 dan 17 peranan dan kedudukan mereka mula berubah kerana
pemerintahan England tidak perlu lagi bergantung kepada khidmat mereka untuk mempertahankan
negara daripada ancaman musuh .

§ Raja menubuhkan pasukan tentera yang berada di bawah kawalan dan penguasaan sendiri.
Perkembangan ini menyebabkan pasukan tentera tidak didominasi oleh golongan knight sahaja
malah golongan petani dan rakyat biasa juga boleh direkrut untuk berkhidmat dalam pasukan
tentera.
4. Kewajipan Peribadi

§ Wujud hubungan peribadi antara lord (tuan tanah) dan vassal (penyewa tanah). Hubungan antara
kedua pihak tersebut adalah berdasarkan kepada ikatan perjanjian (kontrak). Satu pihak memberi
perlindungan manakala satu lagi menawarkan perkhidmatan tentera .

§ Berlaku perubahan dalam hubungan antara raja dengan golongan bangsawan pada abad ke16 dan
17. Kedudukan raja yang semakin kukuh menyebabkan raja tidak perlu lagi bergantung kepada
golongan bangsawan bagi mendapatkan bantuan ketenteraan .

5. Mobiliti Sosial

§ Masyarakat feudal pada Zaman Pertengahan merupakan masyarakat yang bersusun lapis. Setiap
lapisan mempunyai kedudukan ekonomi , politik , dan sosial yang berlainan. Perubahan dalam
kedudukan sosial dan status masyarakat jarang berlaku. Setiap golongan harus melaksanakan
peranan dan tanggungjawab yang telah ditetapkan.

§ Perubahan dalam bidang politik , ekonomi dan sosial yang berlaku pada abad ke-16 dan 17,
mewujudkan mobiliti sosial dalam masyarakat. Perkembangan ini menyebabkan struktur susun lapis
masyarakat turut mengalami perubahan. Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan yang
dimonopoli oleh golongan bangsawan kini disandang oleh rakyat biasa. Ini menyebabkan muncul
golongan pertengahan dan kelas menengah dalam masyarakat .

6. Ekonomi

§ Masyarakat bergantung kepada tanah dan tinggal dalam komuniti kampong yang dikenali sebagai
manor. Kegiatan ekonomi bergantung kepada aktiviti pertanian. Manor menjadi asas ekonomi
feudalisme kerana manor yang menghasilkan makanan untuk semua lapisan masyarakat termasuk
raja.

§ kegiatan perdagangan tidak meluas kerana manor tidak menjalankan perdagangan dengan manor
yang lain sebaliknya mereka menghasilkan barangan untuk keperluan sendiri. perkembangan
ekonomi terhad dan perniagaan dkendalikan secara sistem barter.

7. Agama
§ Gereja katolik merupakan institusi yang berkuasa, mereka memiliki sebahagian besar tanah.
Institusi gereja mengongkong kehidupan masyarakat pada zaman feudal.

§ Pengaruh gereja Khatolik merangkumi seluruh kehidupan masyarakat. Gereja menekankan aspek
kerohanian (keagamaan) dan kurang menekankan aspek duniawi.

Penutup

Dalam konteks ini, satu pihak memberi perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan
perkhidmatan tentera .

§ Masyarakat feudal mempunyai ciri-ciri tersendiri yang merangkumi aspek sosial , politik dan
ekonomi .

1.1.2 Masyarakat Feudal Jepun


Soalan 3: Huraikan struktur masyarakat feudal yang diamalkan di Jepun

Pendahuluan :

§ Konsep feudal boleh dimaksudkan dengan kuasa politik yang dikuatkuasakan secara tempatan
oleh individu tertentu atau kerajaan pusat. Marc Bloch dalam bukunya Feudal Society, mentakrifkan
istilah feudal digunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan dan adat yang diterima dan wujud pada
ketika itu serta organisasi kelas atasan yang meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi
kekuasaan golongan atasan.

§ Sistem beraja dibantu oleh pembesr dalam menjalankan urusan pemerintahan dan
pentadbiran.masyarakat feudal terbahagi kepada dua lapisan masyarakat. Golongan pemerintah dan
golongan di perintah. Golongan pemerintah terdiri daripada maharaja, pembesar daimyo dan
golongan diperintah terdiri daripada samurai, petani, tukang mahir dan saudagar.

Isi-isi penting:

Golongan raja atau Shogun Tokugawa

§ Sistem pemerintah diketuai oleh maharaja. secara teorinya maharaja dianggap sebagai
pemerintahan keduniaan dan kerohanian. Maharaja Jepun dikaitkan dengan unsur ketuhanan yg
bertujuan meningkatkan dan menguatkan kedudukan maharajaserta menanam kesetiaan rakyat
kepada maharaja.

§ Maharaja berperanan sebagai ketua agama dan ketua negara. Tetapi maharaja tiada kuasa
pemerintahan di bawah shogun Tokugawa. Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto yang
dikeliling oleh pengawal istana. Ini bermakna, sistem ekonomi juga di pegang oleh shogun tokugawa
dan para pembesar yang akan mengutip cukai

Golongan Pembesar Daimyo

§ Daimyo terbahagi kepada 3 kumpulan utama iaitu, Daimyo fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo
Tozama. Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga tokugawa dan sekutunya. Mereka menbantu
tokugawa menguasai pemerintahan dan diberikan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu.

§ Daimyo Shimpan dikenali sebagai rumah persaudaraan yang terdiri daripada saudara mara
keluarga tokugawa. Keluarga tokugawa yang utama dikenali sebagai Go-sanke milik anak
Leyasu yang terletak di daerah Owari ,kii dan mito. Daimyo Tozama pula dikenali sebagai daimyo
luar di mana mereka merupakan musuh shogun tokugawa yang terdiri daripada suku-suku barat
seperti kato, ikeda, asano, shimazu. Tindak-tanduk mereka sentiasa di awasi oleh shogun tokugawa.
Selain itu, mereka juga dilarang mengumpul kekayaan demi mengelakkan mereka mnjadi terlalu
kuat dan mengancam kedudukan shogun

Golongan Samurai

§ Samurai merupakan kelas panglima. Mereka mempunyai kedudukan istimewa dalam sistem susun
lapis masyarakat Jepun. Mereka berfungsi menjaga keamanaan negara dan daimyo.

§ Mereka tidak diberikan tanah dan tidak dibenarkan melakukan kerja lain

Golongan petani - nomin

§ Petani mendapatkan kedudukan istimewa diantara kalangan rakyat biasa. Amalan dasar tutup
pintu yang dilakukan oleh Jepun menyebabkan mereka tidak mempunyai hubungan dgn negara luar.
Oleh itu, petani mengeluarkan beras untuk rakyat Jepun dan menbayar sebahagian besar cukai.
Mereka hanya diberikan makanan secukupnya sebagai balasan kerana hasil yang dikeluarkan untuk
negara.

Golongan Artisan atau tukang mahir

§ Artisan adalah dibawah golongan petani dimana mereka akan membuat pedang serta peralatan
yang berguna. Mereka di beri penghormatan dan sumbagan masyarakat dan di beri gaji serta rumah
yang baik. Tukang kayu juga turut diberi layanan yang sama serta diberi gaji sebanyak 500 koku dan
dibenarkan memakai sebilang pedang

Golongan Pedagang - chonin

§ Pedagang di bawah tukang mahir. Mengikut tradisi Jepun, golongan pedagang dipandang rendah
oleh masyarakat feudal kerana mempunyai pekerjaan yang hina dan tidak menguntungkan. Namun
begitu, keadaan yang aman menjadikan ekonomi semakin berkembang dan para pedagang berjaya
mengumpul wang dan harta dengan banyak.

§ Mereka berjaya memperbaiki status diri dan mengikat ramai bangsawan melalui hutang. Mereka
telah memperkenalkan cara pengurusan baru yg akhirnya diwarisi oleh syarikat moden Jepun.
Antara keluarga saudagar terkenal termasuklah mitsui dan Noraya Mozaemon
Penutup

§ Masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana pembahagian golongan masyarakat di buat
berdasarkan perkerjaan yang diwarisi

§ Kedudukan maharaja Jepun diperkukuhkan semasa pemerintahan meiji dan diaggap sebagai raja
perlembagaan maharaja dihormati dan sistem ini kekal sehingga hari ini.

Soalan 4: Huraikan ciri-ciri masyarakat feudal yang diamalkan di Jepun

Pendahuluan

§ Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu
dan bukan wakil oleh kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah
mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki.

§ Sistem feudal juga dapat dilihat dengan jelas, iaitu Maharaja yang berada di kemuncak struktur
pemerintahan mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas segala aspek di bawah pemerintahannya
termasuklah tanah. Dalam sistem feudal di Jepun terdapat beberapa ciri-ciri masyarakat feudal di
Jepun. Antaranya ialah Kedudukan Maharaja, Kedudukan Shogun, Kedudukan Samurai, Pemilikan
Tanah, Kewajipan Peribadi dan Mobiliti Sosial.

Isi-isi Penting:

1. Kedudukan Maharaja

§ Maharaja dianggap sebagai pemerintah keduniaan dan kerohanian. Maharaja Jepun dikaitkan
dengan unsur ketuhanan yang bertujuan meningkatkan dan menguatkan kedudukan maharaja serta
menanam kesetiaan rakyat kepada maharaja.

§ Maharaja berperanan sebagai ketua agama dan ketua Negara. Tetapi, Maharaja tidak mempunyai
kuasa pemerintahan di bawah Shogun Tokugawa. Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto
dengan di kelilingi oleh pegawai istana ( kuge )
2. Kedudukan Shogun.

§ Shogun merupakan golongan bangsawan. Kuasa pemerintah yang sebenar berada di tangan
Shogun Tokugawa. Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan
perintah. Hal ini dilakukan supaya kedudukan Shogun terjamin.

§ Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau


Daimyo yang menyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah
manakala bangsawan yang menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu
Tokugawa. Kerajaan Tokugawa ini di kenali sebagai Kerajan Bakufu (ketenteraan) yang berpusat di
Edo.

3. Kedudukan Samurai.

§ Samurai merupakan kelas pahlawan (tentera). Mereka mempunyai kedudukan istemewa iaitu
mempunyai nama keluarga dan mempunyai dua bilah pedang. Samurai berfungsi untuk menjaga
keamanan Negara dan keselamatan shogun serta daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja
lain.

§ Jumlah golongan samurai kira-kira 400, 000 orang iaitu kira-kira 6% daripada jumlah penduduk
Jepun. Golongan samurai terbahagi kepada taraf tinggi, sederhana dan rendah. Samurai bertaraf
tinggi tidak ramai bilangannya dan dibenarkan memiliki tanah, Samurai bersederhana merupakan
samurai berkuda manakala kelas rendah adalah samurai berjalan kaki.

4. Pemilikan Tanah.

§ Zaman keshogunan Tokugawa , wilayah di serahkan kepada vassal yang setia kepada shogun.
Selain itu, shogun memberikan tanah kepada tuan tanah ( daimyo ) yang setia kepadanya. Daimyo
yang setia akan mengawasi gerak geri daimyo yang di ragui kesetiannya.

§ Tokugawa Leyasu mengambil langkah untuk merampas tanah daripada daimyo yang menentang
pemerintahannya. Tanah-tanah yang di rampas diserahkan kepada tentera dan tuan tanah yang
setia kepadanya. Shogun melantik pegawai-pegawai untuk mentadbir dan menguruskan tanah
miliknya. Pegawai yang menguruskan tanah itu dikenali sebagai Gundai dan Daskan.

5. Kewajipan Peribadi.
§ Dalam masyarakat feudal, wujud hubungan peribadi antara Shogun dan Daimyo. Shogun
menyerahkan tanah kepada golongan daimyo yang setia kepadanya. Sebagai balasan, daimyo akan
membantu shogun dalam pentadbiran dan ketenteraan.

§ Dalam hal ini, kedua-dua pihak saling bertanggungjawab terhadap kepentingan bersama, iaitu
satu pihak memberikan perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan perkhidmatan dalam
pentadbiran dan ketenteraan.

6. Mobiliti Sosial.

§ Masyarakat feudal di Jepun pada abad ke 16 dan ke 17 terdiri daripada beberapa lapisan. Setiap
lapisan dalam masyarakat feudal mempunyai kedudukan ekonomi, sosial dan politik yang berlainan.

§ Kedudukan dan status masyarakat ditentukan berdasarkan keturunan dan sistem kelas. Dalam hal
ini, perubahan status dan mobility sosial dalam masyarakat feudal di Jepun yang berlaku.
Umpamanya, golongan pedagang merupakan golongan yang di pandang rendah dan tak berlaku
mobiliti sosial.

Penutup

§ Masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana pembahagian golongan masyarakat


dibuat berdasarkan pekerjaan yang diwarisi.

§ Selain itu, kedudukan masyarakat Jepun diperkukuhkan semasa pemerintahan meiji dan di anggap
sebagai raja berpelembagaan. Maharaja dihormati dan sistem ini kekal sehingga hari ini.

1.1.3 Perbandingan Masyarakat Feudal

Soalan 5: Huraikan ciri-ciri sistem feudal yang diamalkan England dan Jepun pada abad ke-16
hingga ke-17.

Pendahuluan

§ Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu
dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah
mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki.
§ Persamaannya, feudal dilihat sebagai satu gabungan yang istimewa antara konsep pemusatan
undang-undang diraja dan tradisi semulajadi sebuah organisasi dengan ikatan peribadi kesetiaan. Di
Eropah, elemen ini datang dari empayar Rom dan latar belakang orang Jerman di Eropah Utara. Di
Jepun, berakar umbi sejak zaman Kamakura.

Isi-Isi Penting :

1. Golongan Pahlawan

§ Di England, golongan pahlawan dalam sistem feudal England dikenali sebagai knight. Knight
berkhidmat dengan golongan bangsawan. Knight terikat kepada konsep kavalri. Pahlawan di England
buta huruf. Mereka hanya menawarkan perkhidmatan dalam bidang ketenteraan. Mereka tidak
mempunyai minat dalam bidang kesenian dan intelektual.

§ Manakala di Jepun, golongan pahlawan dalam sistem feudal di Jepun dikenali sebagai samurai.
Samurai berkhidmat dengan golongan bangsawan. Samurai terikat kepada konsep bushido.
Pahlawan di Jepun mempunyai minat dalam bidang kesenian dan kesarjanaan. Pemilikan ilmu
dianggap perkara mulia dalam kalangan pahlawan di Jepun.

2. Peralatan Perang

§ Di England, antara peralatan perang yang digunakan oleh knight ialah pedang dan baju perisai.
Baju perisai yang digunakan oleh knight diperbuat daripada besi. Knight menggunakan kuda dalam
medan peperangan.

§ Manakala di Jepun, peralatan yang digunakan oleh samurai sama seperti knight di England. Baju
perisai yang digunakan oleh samurai diperbuat daripada logam atau sutera.

3. Penyatuan Negara

§ Di England, penyatuan negara pada zaman feudal dilakukan oleh raja-raja negara bangsa. Raja-raja
dari dinasti Tudor yang memerintah England memainkan peranan dalam pengukuhan negara bangsa
di England.

§ Manakala di Jepun pada akhir abad ke-16, pemerintahan beraja di Jepun menjadi lemah. Panglima
tentera memainkan peranan dalam memulihkan keamanan dan menyatukan Jepun.
4. Perkongsian Kuasa

§ Dalam sistem feudal di England , wujud perkongsian kuasa dalam pemerintahan. Raja berkongsi
kuasa dengan badan perwakilan.

§ Dalam sistem feudal di Jepun, tidak wujud perkongsian kuasa dengan badan perwakilan.
Kekuasaan dan kesetiaan menjadi sesuatu yang mutlak.

5. Pengaruh Agama

§ Feudalisme di England dipengaruhi oleh agama Kristian. Institusi gereja amat berpengaruh dalam
kehidupan masyarakat feudal. Institusi gereja mengongkong segala aspek kehidupan masyarakat.

§ Feudalisme di Jepun dipengaruhi oleh agama Buddha. Keadaan politik yang tidak stabil pada
zaman Kamakura menyebabkan rakyat mendapatkan perlindungan daripada institusi agama.
Golongan pahlawan melakukan meditasi bagi mendapat ketenangan.

6. Kewajipan Peribadi

§ Di England, sistem feudalisme berteraskan undang-undang Rom. Sistem feudalisme menekankan


hak, undang-undang, dan kewajipan peribadi antara lord dan vassal.

§ Manakala di Jepun, sistem feudalisme berteraskan etika China. Kewajipan peribadi feudal di Jepun
menekankan aspek moral berbanding undang-undang.

7. Pemilikan Tanah

§ Di England, golongan knight menerima anugerah tanah bagi perkhidmatan mereka. Mereka
mengawal petani yang bekerja di tanah mereka.

§ Manakala di Jepun, golongan samurai tidak memiliki tanah. Mereka menerima gaji dalam bentuk
beras daripada daimyo (tuan tanah).

Penutup
§ Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pengamalan sistem feudal di England dan Jepun.

Soalan 6: Bandingkan sistem feudal yang diamalkan di England dan Jepun pada abad ke 16 hingga
ke 17.

Pengenalan

§ Definisi Masyarakat Feudal - masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti dan terikat dengan
aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau pemerintah ke atas golongan diperintah/bawahan.
Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis yang ditetapkan berdasarkan keturunan dan
hubungan di antara keduanya berasaskan saling memerlukan antara satu sama lain.

§ masyarakat feudal di England memperlihatkan raja mempunyai kuasa mutlak dan berada pada
kedudukan teratas, diikuti oleh count (bangsawan), lord (tuan tanah), manor dan serf (petani)

§ manakala masyarakat feudal di Jepun meletakkan maharaja pada kedudukan tertinggi dan
mempunyai kuasa yang tidak terbatas ke atas segala aspek dalam pemerintahan termasuklah tanah.
Namun demikian, maharaja telah mewakilkan kuasa baginda kepada keluarga syogun dan dibantu
oleh daimyo serta samurai.

Isi – isi Penting

Persamaan:

1. Konsep masyarakat feudal dibina atas dasar keturunan dan sisitem kelas yang saling
memerlukan antara golongan pemerintah dan golongan diperintah dan berbentuk piramid.
Contohnya, dalam sistem piramid , golongan bangsawan berada di atas diikuti oleh golongan tentera
dan petani.

2. Pembinaan masyarakat adalah berdasarkan keturunan dan sistem kelas antara kedua-dua
negara. Contohnya,di England sistem Primogeniture memberikan hak kepada anak lelaki tertua
sahaja mewarisi harta pusaka bagi mengelakkan harta dibahagikan. Manakala di Jepun pula
golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran Jepun iaitu mereeka
bermula dari status ketua yang popular dalam kalangan bangsawan.
3. Kurangnya perubahan status atau mobaliti sosial dalam masyarakat feudal. Misalnya, jika
dilahirkan sebagai anak petani maka dibesarakan sebagai anak petani, sedangkan anak-anak
bangsawan akan tetap menjjadi golongan bangsawan.

4. Peperangan adalah fenomena biasa dalam kalangan masyarakat di England dan Jepun.
Keadaan ini menyebabkan golongan knight di Eropah dan Samurai di Jepun mempunyai peranan
yang penting pada zaman feudal . Kedua-dua berkhidmat dengan golongan bangsawan dan terikat
dengan undang-undang feudal. Knight terikat dengan konsep chivalry manakala samurai terikat
dengan konsep bushido di Jepun.

5. Peralatan peperangan adalah bersifat tradisional iaitu menggunakan kuda, pedang dan baju
perisai. Baju perisai di Eropah diperbuat daripada besi dan di sadur dengan besi . Baju perisai Jepun
pula diperbuat daripada logam atau sutera atau saduran logam. Knight memerlukan bantuan untuk
menaiki kuda kerana baju perisai yang berat tetapi samurai tidak memerlukan bantuan.

Perbezaan:

1. Konsep undang-undang Rom yang diamalkan masyarakat feudal di England menekankan hak,
undang-undang dan kewajipan iaitu hubungan antara mereka yang lahir bersama ikatan peribadi
zaman feudal digunakan di England. Manakala di Jepun menekankan aspek moral, kesetiaan dan
dipengaruhi oleh etika Confucius yang lebih menekankan aspek moral berbanding undang-undang.
Dalam erti kata lain, kekuasaan dan kesetian menjadi kuasa mutlak.

2. Pembinaan istana di England menggunakan batu manakala di Jepun menggunakan kayu. Bagi
golongan bangsawan di England pembinaan istana daripada batu sangat penting bagi melindungi
mereka dan vassal dari serangan. Golongan Daimyo di Jepun membina istana daripada kayu
memandangkan banyak sumber hutan di Jepun.

3. Kuasa pemerintahan dikongsi dalam badan perwakilan di England tetapi di Jepun kuasa dan
kesetiaan adalah sesuatu yang mutlak.

4. Perbezaan yang paling ketara ialah Pemilikan tanah, Di England golongna knight mendapat
tanah sebagai bayaran memberi perkhidmatan ketenteraan. Knight juga mengawal golongan petani
atau serf yang berkerja di tanah-tanah mereka. Manakala di Jepun, samurai tidak mempunyai tanah.
Hal ini kerana daimyo mengenakan cukai ke atas petani untuk membayar gaji samurai dalam bentuk
beras.

5. Di England, penyatuan rakyat dijalankan oleh Raja tetapi di Jepun ia dilaksanakan oleh ketua
tentera.

Penutup

§ Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pengamalan sistem feudal di Eropah dan Jepun.
Persamaan yang terdapat dalam pelbagai aspek antaranya; Konsep, Pembinaan, Masyarakat,
Mobiliti Sosial, Peperangan, dan Peralatan Peperangan.

§ Manakala perbezaannya daripada aspek ialah; Penyatuan, Pemilikan Tanah, Perkongsian Kuasa,
dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai