Anda di halaman 1dari 6

3.

3 Kemajuan Pendidikan

3.3 Kemajuan Pendidikan (Perancis dan Jerman)

3.3.1 Kemajuan Pendidikan di Perancis

Soalan 84 : Bincangkan sistem pendidikan di Perancis.

Pendahuluan

§ Pendidikan telah bermula sejak kewujudan manusia dan cara serta sistem pendidikan yang
diamalkan adalah berbeza mengikut masa,tempat,dan adat resam yang diamalkan oleh sesuatu
masyarakat. Pendidikan diperoleh daripada pelbagai sumber dan bentuk.

§ Perkembangan sistem pendidikan di Eropah berlaku selepas zaman Renaisans yang banyak
melahirkan elemen baharu dalam bidang pendidikan .

§ Perkembangan sistem pendidikan pada abad ke 18 terletak pada golongan raja yang memerintah
.Maka pendidikan lebih menjurus kepada kelas-kelas istimewa. Di Perancis usaha untuk meluaskan
pendidikan telah dilaksanakan oleh golongan belia. Pendidikan yang dijalankan lebih praktikal dan
menjurus kepada mempelajari ilmu sains,matematik, dan vernakular.

Isi –isi penting:

A) Sejarah pendidikan

Semasa Zaman pencerahan dan Revolusi Perancis.

§ Sistem pendidikan di eropah sentiasa mengalami kemajuan dan proses ini berterusan sepanjang
tempoh zaman pencerahan dan revolusi perancis. Dalam tempoh tersebut ,pembangunan dan
perkembangan dalam sistem pendidikan menigkat dan menjadi lebih signifikan.

§ Peningkatan dalam sistem pendidikan membentuk masyarakat membaca yang lebih besar .Hal ini
terjadi kerana ledakan pencetakan yang menigkatkan permintaan daripada pembaca daripada
pelbagai golongan masyarakat dan kelas sosial.

Sebelum Zaman Pencerahan

§ Sistem pendidikan belum begitu dipengaruhi oleh Revolusi Saintifik .Apabila Revolusi Saintifik
menembusi pandangan tradisional pada masa itu , agama,dan kepercayaan karut telah digantikan
dengan hujah dan fakta saintifik yanb membawa kepada pandangan bahawa semua orang
mempunyai kapasiti yang sama dan pendidikan tidak harus terhad kepada kelas tertentu atau
jantina.

Sebelum abad ke 17 dan 18

§ Sistem pendidikan asas dimulakan oleh Jules Ferry, Menteri Pelajaran pada tahun 1880. Beliau
mahukan sebuah sekolah yang mempunyai guru yang terlatih disetiap Bandar dan kampung
untuk menyampaikan pendidikan yang sempurna dan wajib kepada semua golongan dan tidak
harus berada di bawah pengawalan gereja. Pada tahun 1880, telah wujud pemisahan yang jelas
antara gereja dengan pihak pemerintah.

B) Pertumbuhan sistem pendidikan

§ Kadar celik huruf di Eropah dari abad 17 -18 menigkat dengan ketara. Pendidikan teral
disediakan untuk semua kelas masyarakat. Pada pertengahan 1920 an ,majoriti masyarakat Perancis
adalah celik huruf dan 50 peratus daripada mereka telah memperolehi apa yang dipanggil sebagai
Certificate d’etudes yang diberikan selepas tamat pendidikan rendah pada usia 12 tahun.
Walaubagaimanapun ,hanya 3 peratus penduduk mendapat manfaat kerana masalah yuran yang
dikenakan.

§ Konsep literasi Menggambarkan keadaan pada abad 17 dan 18 adalah bebeza dari segi definisi
literasi atau cekik huruf sekarang. Terdapat perubahan yang ketara dalam bidang pendidikan pada
abad ke 18 di Eropah .Secara amnya,kadar celik huruf di Eropah pada abad ke 18 hampir dua kali
ganda berbanding abad ke 17. Kadar celik huruf meningkat dengan ketara terutamanya di kawasan
padat penduduk dan kawasan sekitar sekolah-sekolah agama.

§ Konflik antara istana dan gereja. Pihak gereja dan istana berpendapat bahawa institusi
pendidikan seperti universiti dan kolej boleh mengekalkan dominasi masing-masing. Walau
bagaimanapun , subjek yang diajar di institusi ini adalah terhad dan hanya menyokong salah satu
pihak sama ada gereja atau kerajaan.

§ Perubahan dalam keperluan di alam pekerjaan. Perubahan dalam keperluan alam pekerjaan atau
kerjaya berpendapatan tinggi juga telah menyumbang kepada keperluan untuk berpendidikan tinggi.
Kriteria untuk pekerjaan seperti ini telah di perketatkan .

§ Pencetakan bahan bacaan yang sangat penting. Pencetakan buku yang menigkat telah
menyebabkan kadar literasi meningkat. Bilangan buku yang diterbitkan dalam tempoh Zaman
Pencerahan meningkat secara mendadak kerana peningkatan dalam kadar celik huruf dan
penigkatan permintaan untuk buku. Walau bagaimanapun, sepanjang abad 18 ,peratus minat
membaca genre tradisional seperti agama telah menurun manakala buku-buku Almanak meningkat.

§ Sastera dalam bahasa Perancis. Sastera yang menekankan sains dalam bahasa perancis telah
mendapat sambutan. Walau bagaimanpun ,sastera kontemporari juga menigkat pada abad ke 18.
Selain itu ,terdapat perubahan dalam pencetakan buku. Sebelum abad 18 , kebanyakan buku
menggunakan bahasa latin tetapi tdengan peredaran masa peratus buku yang dicetak dalam bahasa
latin berkurang. Malah ,permintaan buku-buku perancis menigkat dan ini menyebabkan peningkatan
di dalam penerbitan buku-buku dalam bahasa perancis yang menebakan bahas tersebut terus
tersebar.

§ Pembinaan perpustakaan awam Zaman Pencerahan. Pada zaman pencerahan perpustakaan


awamtelah dibiayai oleh kerajaan dan boleh digunakan oleh semua masyarakat secara percuma. Ini
merupakan perubahan yang berlaku kepada institusi awam seperti perpustakaan dan muzium pada
zaman pencerahan.
§ Peningkatan bilangan kedai kopi, kelab, akademi, dan sebagainya menjadi lokasi sebagi
memperolehi pendidikan. Kedai kopi @ university Penny menjadi tempat untuk orang ramai
berkumpul , membaca, belajar, dan berdebat antara satu sama lain. Kedai kopi mempunyai reputasi
sebagai pusat pembelajaran tidak formal. Walaupun kedai kopi umumnya boleh diguna semua orang
kebanyakan daripada kedai-kedai kopi ini tidak membenarkan wanita menyertai pebincangan.
Secara amnya, kadar celik huruf telah menigkat bagi kedua-dua jantina . walau bagaimanapun,
terdapat juga perbezaan daripada segi pendidikan, yang diterima kedua-dua jantina.

§ Peningkatan dalam bilangan penerbitan yang dihasilkan oleh penulis wanita. Kemunculan
feminisme dalam pendidikan semasa Zaman pencerahan dan Revolusi Perancis telah menyebabkan
berlakunya peningkatan dalam bilangan penerbitan yang dihasilkan oleh penulis wanita. Bilangan
wanita yang menerbitkan karya mereka dalam bahasa perancis pada abad 18 kekal sekitar 55-78 .
Bilangan penulisan oleh wanitaterus meningkat selepas Revolusi Perancis dari tahun 1789 sehingga
1800.

Penutup

§ Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam anjakan dan transformasi idea . sistem
pendidikan di Eropah sentiasa mengalami kemajuan dan proses ini berterusan sepanjang tempoh
Zaman Pencerahan dan Revolusi Perancis.

§ Perkembangan sistem pendidikan di Eropah berlaku selepas zaman Renaisans yang banyak
melahirkan elemen baharu dalam bidang pendidikan .

§ Perkembangan sistem pendidikan pada abad ke 18 terletak pada golongan raja yang memerintah.
Maka pendidikan lebih menjurus kepada kelas-kelas istimewa . Di Perancis usaha untuk meluaskan
pendidikan telah dilaksanakan oleh golongan belia. Pendidikan yang dijalankan lebih praktikal dan
menjurus kepada mempelajari ilmu sains, matematik, dan vernakular.

3.3.1 Kemajuan Pendidikan di Jerman

Soalan 85: Bincangkan Sistem dan peringkat pendidikan di Jerman

Pendahuluan

· Semasa abad ke-18, kerajaan Jerman antara negara pertama di dunia yang memperkenalkan cukai
yang dibiayai dan amnya pendidik rendah adalah wajib. Pendidikan terdiri daripada kursus lapan
tahun pendidikan rendah yang dipanggil volksschule.

· Pendidikan menyediakan bukan sahaja kemahiran yang diperlukan dalam dunia industri yang awal
seperti membaca, menulis dan mengira, pendidikan yang tegas dalam etika, tugas, disiplin dan
ketaatan. Falsafah tentang tugas negara telah digabungkan dengan pandangan John Locke, seorang
ahli falsafah Inggeris yang sangat berpengaruh pada zaman pencerahan.

· Jerman telah menubuhkan satu sistem pendidikan tiga peringkat yang dianggap saintifik yang
mula dirangka pada tahun 1807 dan telah disempurnakan menjelang tahun 1819. Sistem pendidikan
di Jerman menekankan sistem kawalan pemikiran atau kawalan minda.
Isi-isi Penting :

Sistem pendidikan di Jerman

1. Martin Lurther telah menganjurkan kewajipan pelajaran supaya semua rakyat bebas akan
dapat membaca dan mentafsir kitab Bible. Pentadbiran sekolah dipengaruhi oleh masalah yang
berlaku antara raja, golongan Gereja Lutheran. Golongan ini tidak disukai oleh raja dan golongan
Pietism menyebelahi raja. Golongan Pietism merupakan kumpulan reformis dalam Lutheranisme
serta mengadakan satu pakatan politik dengan raja Prusia berdasarkan kepentingan bersama untuk
memecahkan dominasi Gereja Lutheran. Golongan tersebut menekankan keperluan kerohanian
dalaman dan hal ini boleh dicapai melalui pembacaan kitab Bible. Golongan Pietism juga membantu
membentuk prinsip-prinsip sistem sekolah awam yang moden termasuklah penekanan pada literasi.

2. Pendidikan dianggap sangat penting untuk menanamkan ketaatan sosial dalam kalangan rakyat
melalui Indoktrinasi. Oleh itu, sekolah-sekolah menggunakan bahasa rasmi untuk memupuk
kesetiaan kepada raja dan melatih lelaki muda menjadi tentera dan golongan birokrat. Pendidikan
dikategorikan sebagai salah satu tugas kerajaan. Pada tahun 1763, aoabila raja Frederick II
mengumumkan persekolahan wajib untuk semua kanak-kanak antara usia lima hingga tiga belas
tahun.

3. Peperiksaan akhir, abitur telah diperkenalkan pada tahun 1788 dan dilaksanakan di semua
sekolah menengah menjelang tahun 1812 dan diperluaskan ke seluruh Jerman pada tahun 1871.
Lulus abitur menjadi pra-syarat untuk menceburi profesion yang telah dipelajari dan perkhidmatan
awam.

4. Pada tahun 1809 pula, ahli falsafah Prusia yang merupakan Menteri Pendidikan, Wilhelm von
Humboldt melaksanakan pembaharuan sistem pendidikan Prusia atau Jerman yang dipengaruhi oleh
pendebatan idealistik. Apabila empayar Jerman ditubuhkan pada tahun 1871, Jerman mengalami
perkembangan sistem persekolahan dan sistem persekolahan menjadi lebih berpusat.

5.Jerman telah memperkenalkan sekolah menengah pertama pada tahun 1872. 4 jenis sekolah
menengah telah dibangunkan antaranya : Gymnasium selama lapan atau sembilan tahun (tumpuan
kepada bahasa Latin); Realgymnasium selama sembilan tahun (tumpuan kepada bahasa Latin,
moden, sains dan math); Realschule selama enam tahun (tanpa kelayakan masuk ke universiti) dan
Oberealschule selama sembilan tahun (tumpuan kepada bahasa-bahasa moden, sains dan math)
Peringkat pendidikan di Jerman

Pendidikan Rendah

§ Menjelang abad ke 18, sekolah-sekolah rendah telah di tubuhkan di seluruh Prusia. Semasa
pemerintahanRaja Fredick William 1, lebih kurang 1000 sekolah rendah di bina di seluruh Negara.
Selepas mengalami kekalahan dalam peperangan dalam peperangan dengan Napeoleon, Raja
Fredick William 111mengalihkan perhatian terhadap usaha membangunkan sistem pendidikan di
Jerman.

§ Kanak-kanak yang berumur tujuh tahun di kehendaki mendaftar di sekolah-sekolah rendah.


Pengajian di sekolah-sekolah rendah pembelajaran seperti agama, membaca, menulis, mengira,
geografi, sejarah, dan gimnastik.

Pendidikan Menengah

§ Pendidikan di peringkat menengah terdiri daripada dua aliran,iaitu sekolah


gymnasium dan sekolah sekolah awam (real school). Pengajian di gymnasium di utamakan bahasa
Latin dan Greek. Sekolah awam pula memberi penekanan pada bahasa ibunda, matematik, sains
tabii, dan bahasa-bahasa moden.

§ Kerajaan Jerman di bawah pimpinan Raja Fredick William 111 memberi penekanan kepada
sekolah awam. Pelajar-pelajar yang mendaftar di sekolah awam ketika berumur sembilan tahun.

Pendidikan Teknikal

§ Kerajaan Jerman turut memberi keutamaan kepada pendidikan dalam bidang


teknologi. Penekanan di berikan kepada bidang teknologi selaras usaha untuk
membangunkan sektor perindustrian, danperdagangan di Jerman.

§ Perkembangan ini menyebabkan pelajaran ini di ubah suai kepada mata pelajaran teknikal.
Selaras dengan itu sekolah-sekolah teknik seperti politeknik dan sekolah-sekolah perdangangan
telah di tubuhkan.

Peringkat Universiti

§ Kerajaan Jerman juga telah memberi penekanan kepada penubuhan institusi pengajian
tinggi atauuniversiti. Pengajian universiti di bahagikan kepada empat fakulti iaitu, teologi, undang-
undang, perubatan, dan falsafah. Pengajian di fakulti falsafah turut meliputi Matematik, sejarah,
geografi, kesusasteraan, sains tabii, dan filogi.

§ Pentadbiran universiti akan di kendalikan oleh seorang rektor yang di pilih oleh
profesor. Universiti Berlin merupakan universiti yang tersohor dan terbesar di Jerman yang
mempunyai 200 profesor dan 5000 pelajar. Idea asal penubuhan universiti ialah Fichte dari
universiti di Jena.
Pentadbiran Sekolah

§ Langkah-langkah juga telah di ambil untuk mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang seragam
di Prusia.

§ Sistem pentadbiran pusat meletakkan asas bagi kelahiran-kelahiran sekolah-sekolah


Gymnasien yang menggantikan sekolah latin.

Penutup :

· Pada awal abad ke-20, sekolah tersebut telah mencapai pangkat dan keistimewaan yang sama
walaupun mempunyai prestij yang berbeza.

· Oleh itu, pendidikan telah bermula sejak kewujudan manusia dan cara serta sistem pendidikan
yang diamalkan adalah berbeza mengikut kuasa, tempat dan adat resam yang diamalkan oleh
sesuatu masyarakat.

· Proses seseorang mendapat pendidikan adalah sepanjang hayat kehidupannya di dunia ini bermula
dari kelahirannya dan berterusan hingga ke akhir hayat.

Anda mungkin juga menyukai