Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan

Selepas kejatuhan tamadun Rom, Eropah mengalami zaman mundur yang dikenali sebagai
Zaman Gelap. Zaman Gelap merupakan peringkat awal zaman pertengahan. Zaman
Pertengahan
dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu

Zaman Pertengahan (476 M – 1450 M )

1. Peringkat Awal/Gelap (476 M – 1050 M)


2. Peringkat Kemuncak (1050 – 1300 M)
3. Peringkat Akhir (1300 – 1450 M)

Pada peringkat akhir zaman pertengahan muncul zaman Renaissance (1350 – 1600 M ). Pada
masa ini berlakunya kegiatan penjelajahan dan penerokaan serta perkembangan ilmu dimana
orang Eropah telah menyebarkan pengaruh mereka kepada dunia di luar Eropah dan
diteruskan semasa Zaman Revolusi Perindustrian dan Imperialisme.

ZAMAN GELAP DAN CIRI-CIRINYA.

o Pada zaman Gelap, Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang:


• ilmu pengetahuan
• perdagangan
• kehidupan perbandaran
o Tiada juga pemerintahan pusat yang berkesan. 
o Keruntuhan empayar Rom Barat telah memusnahkan kuasa pusat dan membawa kepada
kemunculan golongan baron ( tuan tanah )
o Petani mencari perlindungan daripada tuan tanah dan sebagai balasan mereka membayar
cukai yang tinggi kepada baron.
o Petani yang tidak mampu menyerahkan tanah kepada baron dan menjadi hamba.
o Tuan tanah pula mendapatkan perlindungan daripada raja dan dikehendaki membayar cukai
atau berkhidmat kepada raja.
o Jalinan ikatan ini membentuk sistem feudal di Eropah.

o Gereja Katholik merupakan institusi yang amat berkuasa dan memiliki banyak tanah
o Sering dianggap mengongkong kehidupan masyarakat kerana terlalu mementingkan amalan
agama dan pmbelajaran ilmu keakhiratan.
o Kegiatan perdagangan terhad. Perdagangan di perairan Utara dan Barat sering diganggu
oleh orang gasar ( Viking dan Magyar ).
o Timur Jauh dikuasai oleh pedagang Islam dan mereka tidak mampu bersaing.
o Ekonomi tertumpu kepada kegiatan pertanian dan perniagaan menerusi sistem barter.
o Ini adalah kerana mata wang di pasaran amat terhad.
o Pusat pemerintahan yang lemah, kegiatan ekonomi yang terhad, kelembapan perkembangan
ilmu pengetahuan, kongkongan gereja menyebabkan zaman tersebut dianggap sebagai Zaman
Gelap.
ZAMAN KEMUNCAK PERTENGAHAN

o Zaman ini adalah zaman peralihan dari Zaman Gelap ke Zaman Renaissance.
o Gereja mula memainkan peranan sebagai institusi yang universal dan menjadi ejen
penyatuan.
o Perubahan ekonomi berlaku hasil pertambahan penduduk, peningkatan aktiviti pertanian
dan kemunculan perdagangan
o Kemunculan bandar baru seperti Venice, Milan dan Florence melahirkan kelas pertengahan
( artisan, pedagang dan ahli perbankan )
o Perubahan status sosial : tidak lagi berasaskan tanah tetapi kekayaan.
o Perubahan politik : rakyat mulai melibatkan diri dalam politik menerusi parlimen yang
diwujudkan hasil tuntutan rakyat.

ZAMAN AKHIR/RENAISSANCE

Bermula di Itali pada abad ke 14 dan berkembang ke negara-negara Eropah lain hingga kurun
ke 17. 

Istilah Renaissance berasal dari perkataan Itali yang bermaksud kelahiran semula.

Ia merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang dihasilkan oleh cendiakawan tamadun
Yunani dan Rome. 

Asas zaman Renaissance ialah penonjolan terhadap keupayaan manusia untuk berfikir dalam
menyelesaikan masalah.

Perkembangan Renaissance

Di Itali, muncul Bandar terkenal seperti Venice, Genoa, Florence, Rome dan Milan yang 
merupakan pusat perdagangan antarabangsa manakala di Bandar pelabuhan Venice dan
Genoa

Berlaku pertembungan budaya bahasa dan agama. Suasana ini menjadikan Itali sebagai pusat
perkembangan idea baru.

Pelbagai perkembangan berlaku pada zaman Recaissance. Antaranya dorongan semangat


inkuiri yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam politik, ekonomi, seni, sosial dan
pesuratan.

Dalam bidang politik muncul monarki baru. Kekuatan monarki baru ini adalah berasaskan
kepada Kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan. Dengan ini kuasa golongan
bangsawan bertambah kurang monarki baru muncul di England, Portugal, Perancis dan
Belanda.

Aktiviti ekonomi sara diri semakin merosot, manakala perdagangan antarabangsa semakin
berkembang.

Kemajuan juga dapat dilihat dalam bidang matematik, geografi, kortogrofi dan astronomi.
Berlaku perkembangan dalam bidang sains seperti biologi, fizik dan kimia. Manusia pada
zaman Renissance juga telah melahirkan perasaan dan emosi mereka dengan cara melukis
dan mengukir.

Dengan ini mereka berjaya memupuk sifat keyakinan diri dan bersedia menghadapi cabaran.

Dari segi sosial, manusia pada masa itu telah berupaya menggunakan pemikiran masing-
masing untuk memajukan kehidupan.

Tokoh-tokoh Zaman Renaissance

a. Leonardo da Vinci
b. Niccolo Machievelli
c. Thomas More
d. Michelangelo
e. Giovani Baccaccio
f. Francis Bacon
g. Francesco Petrarch
h. William Shakespeare
i. Johnn Sebastian Boch
j. Nicholas Copemicus

9 : 1 : 3 Zaman Refarmation

Maksud Refarmation

Merupakan satu gerakan yang berlaku di Eropah Barat pada abad ke 16. Refarmation
bermaksud pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Gerakan ini berkait rapat dengan agama Kristian.

Perkembangan Refarmation

Refarmation bermula di Jerman dan kejayaannya dibantu oleh

a. Penghasilan Bible dengan harga yang murah


b. Penciptaan mesin cetak ciptaan Gutenberg
c. Martin Luther berperanan menentang amalan indulgences
d. Berlaku banyak kepincangan, rasuah dan penyelewengan
e. Kritikan dan penentangan terhadap gereja khatolik apabila pihak gereja telah meningkatkan
usaha pembangunan keduniaan.

Peranan/idea Martin Luther

a. Mula mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja Katolik.


b. Menentang gaya hidup penguasa gereja Katolik yang bertentangan dengan Bible.
c. Menentang amalan penjualan Sijil Indulgences
d. Menentang amalan rasuah dan penyelewengan dalam gereja Katolik
e. Menentang gaya hidup golongan bangsawan yang tidak mencerminkan kehidupan
keagamaan
f. Pendirian dan cara Martin Luther dikenali sebagai mashab Protestant.
g. Gerakan ini berkembang ke Sweedan, Denmark, Norway dan Britian.

Kesan Reformation

a. Negara-negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing. Contoh


Perang keagamaan Perancis,. Sepanyol, Jerman, Denmark dan Sweedan
b. Masyarakat Eropah tidak lagi dikuasai oleh satu mazhab sahaja.
c. Timbul sikap tolenrasi antara penganut pelbagai mazhab Kristian misalnya dari segi
pendidikan.
d. Kuasa gereja terhadap kerajaan monarki baru semakin kurang.
e. Kuasa gereja telah dicabar dan dikritik secara terbuka.
f. Raja England, Raja Henry VII telah membebaskan diri daripada Paul di Rome dan
mengistiharkan diri sebagai ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican.
9 : 2 Penjelajahan dan Penerokaan

Merupakan kegiatan para pelaut Eropah mencara laluan baru di lautan luas bagi menuju ke
Timur.

Kejayaan sains dan teknologi pada zaman Renaissance turut membantu kegiatan penerokaan
dan penjelajahan. Negara yang terlibat ialah Portugis, Sepanyol, England, Perancis dan
Belanda.

Sebab-sebab penjalajahan

1. Desakan Ekonomi

Orang Eropah ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera dan rempah ratus dari timur.

2. Keagamaan

Untuk menyebarkan agama Kristian ke sebarang laut, contohnya negara Sepanyol.

3. Galakan pemerintah

Raja Sepanyol dan Raja Portugis merupakan penggalak kepada usaha ini.

4. Perdagangan Rempah

Perdagangan rempah ratus dan sutera mendatangkan keuntungan yang besar kepada
pedagang Eropah dan raja mereka.

5. Monarki Baru

Galakan monarki baru di Englang, Perancis, Belanda untuk penjelajahan dan penerokaan
seberang laut.

6. Kebanggaan Bangsa

Semangat kebanggaan bangsa mendorong orang Eropah untuk menjajah dunia di luar Eropah.
KESAN PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN
1. Politik - Pengusaha tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah
melalui Syarikat Berpiagam seperti Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) dan Syarikat
Hindia Timur Belanda ( VOC )
2. Ekonomi
- Daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah.
- Pusat emporium dunia seperti Melaka di kuasai Portugis.
- Jalan pelayaran perdagangan di Lautan Hindia dan Asia Tenggara dikuasai oleh Portugis.
3. Sosial
- Masyarakat tempatan mula terpengaruh dengan gaya hidup orang Eropah.
- Agama Kristian diterima dan dianuti oleh masyarakat

9 : 3 REVOLUSI PERTANIAN DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN

Revolusi Pertanian

Maksud Revolusi pertanian di Britian merujuk kepada perubahan besar yang berlaku dalam
bidang pertanian yang mendatangkan faedah dan keuntungan kepada
masyarakat. Semasa revolusi pertanian berlaku pengeluaran sektor pertanian telah meningkat
dengan mendadak.

Faktor 
1.Perubahan dalam sistem penggunaan dan pemilikan tanah.
a.tanah-tanah awam diusahakan oleh orang awam untuk aktiviti pertanian/penternakan.
b.pertambahan penduduk memerlukan hasil pertanian menyebabkan peningkatan hasil
pertanian/keluaran secara besaran/ladang.
c. tuan tanah berjaya mendapatkan kelulusan parlimen memagar tanah awam. Ini
membolehkan kawasan yang luas untuk penanaman secara besar-besaran.
d. rakyat biasa yang dahulunya bergantung kepada tanah awam kehilangan sumber
pendapatan.
e. petani yang hilang pekerjaan telah diserapkan ke ladang-ladang sebagai buruh. Apabila
berlaku revolusi perindustrian berhijrah ke bandar untuk menjadi buruh kilang.

2.Penggunaan kaedah @ teknik saintifik

a. kaedah penanaman sebelum revolusi pertanian sangat rumit, membebankan serta memakan
masa yang panjang.

b. Townshead telah memperkenalkan sistem penanaman bergilir dan tanaman baru seperti
turnip dan ubi kentang.
c. Antara ciptaan alat pertanian dihasilkan seperti mesin menyemai benih, bajak berbentuk
tiga segi (Rotterham) alat menuai, memukul, menumbuk bijirin dan lain-lain yang
semakin banyak dan baik. Ciptaan ini telah mengurangkan
penggunaan tenaga haiwan dan manusia.

3. Pertanian Komersial

a. peningkatan hasil pertanian dan penternakan telah menyebabkan berlakunya


lebihan pengeluaran.

b. lebihan pengeluaran ini diperdagangkan dan dieksport ke luar negara bagi


mendapatkan keuntungan.

c. perdagangan komersial memerlukan teknik pemasaran menarik. Dengan 


itu teknik pemasaran yang baik telah dibuat oleh usahawan/syarikat untuk
memenuhi cita rasa pengguna.

d. kaedah pemasaran yang baik merupakan faktor yang merangsang ke arah 


pengeluaran hasil-hasil pertanian dan penternakan secara besaran semasa
revolusi pertanian.

e. kejayaan revolusi pertanian Britian telah menyediakan asas yang kukuh 


kepada perkembangan revolusi perindustrian kemudiannya.

REVOLUSI PERINDUSTRIAN

Maksud Pertukaran kegiatan ekonomi yang bergantung kepada tenaga manusia kepada
sesuatu yang dibuat oleh misen.

Faktor a. Peladang yang kaya hasil daripada revolusi 


Pertanian melaburkan lebihan modal mereka dalam 
bidang pertanian.

b. Revolusi pertanian menyediakan bahan makanan 


untuk menampung permintaan dan keperluan para 
pekerja kilang yang kian meningkat.
c. Rekaan dalam bidang sains dan teknologi serta
semangat kegiatan keusahawan.
- Flying shuttle (John Kay)
- Spinning Jenny (James Hargreaves)
- injin berkuasa wap (James Watt)

Perubahan a. Industri desa kepada perkilangan 


- penciptaan mesin/hasil keluaran besar 
menyebabkan lebihan hasil diperdagangkan.

b. Pengkhususan pengeluaran 
- keperluan kepada pelaburan modal yang tinggi 
untuk pembelian mesin menggalakkan 
pengkhususan dalam satu bidang sahaja.
Ini membawa kepada peningkatan hasil.

c. Penggunaan teknologi
- sebelum teknologi baru diperkenalkan, 
pengeluaran dikendalikan dengan tenaga manusia, 
binatang atau air.
- apabila mesin berkuasa wap digunakan, barang 
dapat dikeluarkan dengan kuantiti yang banyak 
dan kos pengeluaran lebih murah.
Hasil pengeluaran mudah dipasarkan termasuk 
pasaran antarabangsa.

Kesan revolusi pertanian dan revolusi perindustrian


IMPERIALISME BARAT DI ASIA.

o Takrif imperialisme : penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara lain
yang lemah. 
o Penguasaan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan politik dan ekonomi.
o Kegiatan eksploitasi ini berlaku dengan rancaknya selepas Revolusi Perindustrian di
Eropah
o Kesan pengksploitasi ialah ekonomi negara yang dijajah diubah oleh penjajah supaya
secocok dengan keperluan perindustrian mereka.
o Penjajah mahu mendapatkan bahan mentah yang sesuai dalam kuantiti yang banyak dan
secara berterusan daripada tanah jajahan.
o Untuk mencapai matlamat ini, struktur ekonomi tanah jajahan diubah bagi menghasilkan
bahan mentah secara komersial.
o Penjajahan pada zaman Revolusi Perindustrian pernah diistilahkan sebagai Imperialisme
Baru.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KUASA BARAT DATANG KE ASIA.

o Pasaran.
o Selain untuk mendapatkan bahan mentah, penjajahan juga untuk mendapatkan pasaran bagi
hasil pengeluaran industri masing-masing.
o Britain mendahului negara barat lain menjajah Asia kerana Britain merupakan kuasa
maritim dan negara perindustrian terulung masa itu.
o Britain juga menghadapi saingan daripada negara Eropah dan Amerika Syarikat yang
melindungi industri mereka dengan peraturan tarif masing-masing sejak 1830.
o Britain terpaksa mencari pasaran di Asia dan Afrika kerana peraturan tarif tersebut

Pengangkutan 
o Kewujudan jalan keretapi dan ciptaan kapal wap telah memudahkan perhubungan dan
mempercepatkan perjalanan

Penyebaran Tamadun dan Agama Kristian.


o Orang Eropah menganggap tugas menyebarkan tamadun sebagai suatu tanggung jawab
o Antara slogan yang digunakan :
• Inggeris – the white man’s burden ( beban orang putih )
• Perancis – mission civilisatrice ( tugas menyebarkan tamadun )
• Jerman - tugas menyebarkan budaya
• Amerika – the blessings of the Anglo Saxon protection.
o Dari segi politik, pemilikan tanah jajahan menjadi simbol status negara penjajah.
o Semakin banyak tanah jajahan, semakin kuat negara itu.

KESAN KESAN IMPERALISME TERHADAP ASIA TENGGARA.

Kesan Politik.
o Perubahan sistem pemerintahan dan pentadbiran Asia Tenggara
o Pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat dan pentadbir dari Barat.
o Perundangan peribumi ditukar dan diubah suai menyerupai undang-undang Barat.
o Kepulauan Melayu dipecah perintah akibat kedatangan kuasa barat iaitu :
• Britain di Tanah Melayu
• Belanda di Indonesia
• Perancis di Indo China ( Laos, Vietnam dan Kemboja )
• Amerika di Filipina.

Kesan Ekonomi.
o Ekonomi pribumi distrukturkan untuk memberi manfaat kepada ekonomi negara
metropolitan.
o Contoh, getah dan bijih timah di Tanah Melayu dikomersialkan untuk memastikan bekalan
industri di Britain.

Kesan Sosial.
o Pendidikan Inggeris telah diperkenalkan tetapi tidak disebarkan.
o Terhad di bandar dan dikhususkan untuk pendidikan asas dan melatih pentadbir rendah
untuk keperluan pentadbiran British.
o Kemasukan buruh dari luar untuk menjadi pekerja ekonomi komersial penjajah.
Kesannya, perubahan kepada demografi dan komposisi etnik di negara yang dijajah oleh
kuasa Barat.
Posted by Cikgu Hj. Yasminat 3:15 PM

Zaman pertengahan (Middle age) terbahagi kepada 3 peringkat. Peringkat pertama dikenali sebagai
Early Middle Ages (abad ke 6 sehingga abad ke 10 AD), peringkat kedua dikenali sebagai High Middle Ages
(abad ke 11 sehingga abad ke 13 AD), dan peringkat yang terakhir dikenali sebagai Late Middle Ages (abad ke
14 sehingga abad ke 15 AD).

Early middle age bermula pada penghujung late antiquity. Late antiquity ialah tempoh perpindahan dari classical
antiquity kepada zaman pertengahan. Classical antiquity ataupun dikenali juga sebagai classical era, adalah
zaman dimana tamadun Greek dan Rom menguasai kawasan Mediterranean dan membentuk kebudayaan
mereka disana. Zaman tersebut dikenali juga sebagai Greco-Roman world.

Classical antiquity terdiri daripada banyak zaman dan amat panjang. Ia bermula dari zaman Greek pada tahun
800-700 BC, kemudian bersambung kepada kelahiran agama Kristian dan kejatuhan empayar Rom pada 500
AD, sehinggalah kepada kedatangan late antiquty yang berlaku pada 300 – 600 AD yang akhirnya memasuki
zaman awal pertengahan (Early Middle Age) -- bermula pada 600 AD sehingga ke 1000 AD. Sejarah
kegemilangan tamadun Greek dan Rom berlaku dalam tempoh ini. Kata seorang penulis Amerika, Edgar Allan
Poe -- "the glory that was Greece, the grandeur that was Rome!"

Bermula dari Greek, kemudian Rome, kemudian dunia moden kita

Anda mungkin juga menyukai