Anda di halaman 1dari 7

1 PENDAHULUAN

Perkembangan institusi pendidikan di Jerman pada abad ke-18 dan ke-19


adalah selaras dengan perkembangan politik semasa ketika itu.
Kekalahan Jerman kepada Perancis menyebabkan pemerintah Jerman
cuba membangunkan negaranya melalui pendidikan. Sementara di
perancis pula, meletusnya Revolusi 1789, menyaksikan perkembangan
sistem pendidikan awam di Perancis. Pemimpin-pemimpin revolusi yang
dipengaruhi idea demokrasi percaya pendidikan awam penting untuk
menentukan kelangsungan pemerintahan republik. Sekolah-sekolah
rendah didirikan di seluruh Perancis dan undang-undang yang mewajibkan
pendidikan rendah dalam kalangan kanak-kanak turut diwartakan.
Perkembangan ini membawa kepada perubahan-perubahan dalam sistem
pendidikan sama ada di Jerman mahupun di Perancis.

2 ISI-ISI.
A. Jerman
1. Dasar Pendidikan
Menjelang abad ke -18, pendidikan terletak di bawah penguasaan
gereja. Semasa pemerintahan Raja Frederick II, kerajaan
mengambil alih pentadbiran sekolah.
1763, Raja Frederick II mengumumkan persekolahan wajib untuk
semua kanak-kanak antara usia 5 hingga 14 tahun.
Akhir abad ke-18, Lembaga Sekolah ditubuhkan untuk
melancarkan kawalan pusat terhadap sekolah-sekolah menengah
tinggi di Prusia.
Abad ke-19, sistem pendidikan berada dibawah kawalan dan
penguasaan kerajaan sepenuhnya. Menteri Pendidikan
bertanggungjawab terhadap hal ehwal pendidikan dan dibantu
lembaga pengelola sekolah di peringkat wilayah dan daerah.
2. Institusi Pendidikan
Sekolah Rendah
Sekolah rendah dikenali sebagai Volksschulen yang terbuka
kepada semua lapisan penduduk Jerman. Kanak-kanak berumur 7
tahun diwajibkan mendaftar dan mengikuti pembelajaran di sekolah
rendah sehingga 14 tahun. Pengajian meliputi agama, membaca,
menulis, mengira, geografi, sejarah dan gimnastik. Menyebabkan
kadar buta huruf sangat rendah di Jerman.
Sekolah Menengah
Dua aliran iaitu sekolah gimnasium dan sekolah awam. Sekolah
gimnasium keutamaan kepada bahasa Latin dan Greek dan
bertujuan menyediakan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke
universiti. Sekolah awam pula menekankan bahasa Jerman,
Matematik, Sains Tabii dan bahasa2 moden bertujuan melahirkan
pelajar yang dapat menjalani kehidupan seharian dengan teratur.
Tempoh pengajian menengah selama 9 tahun dengan kadar yuran
sebanyak lima hingga 27 dollar.
Sekolah Teknik
Penekanan bidang teknologi sejajar usaha membangunkan sektor
perindustrian dan perdagangan. Penekanan kepada mata
pelajaran teknikal menyebabkan lebih banyak politeknik dan
sekolah perdagangan ditubuhkan.
Universiti
Pengajian di universiti dibahagikan kepada 4 fakulti Teologi,
Undang-undang, Perubatan, Falsafah. Pentadbiran universiti
dikendalikan rector. Universiti Berlin merupakan yang tersohor dan
terbesar di Jerman dengan 200 professor dan 5 000 pelajar.
3. Latihan Perguruan
Semasa pemerintahan Raja Frederick William I, seorang
pesuruhjaya dilantik bagi membekalkan tenaga pengajar pelatih.
Raja Frederick turut merekrut guru-guru yang berwibawa untuk
berkhidmat di sekolah.
Pada tehun 1747, pusat latihan guru ditubuhkan di Berlin. Pusat
latihan guru juga ditubuhkan di wilayah-wilayah Jerman seperti
Austria, Saxe-Weimer, dan Saxony.

4. Bantuan Kewangan
Kerajaan memperuntukkan bantuan kewangan untuk menyediakan
kemudahan dan prasarana di sekolah.
Frederick William I telah memberikan sumbangan kewangan untuk
prasarana dan peralatan di sekolah.
50 000 thaler telah disumbangkan bagi membina bangunan
sekolah serta membaiki bangunan usang. Baginda turut
mengurniakan tanah yang luas untuk pembinaan sekolah.
5. Kurikulum
Kurikulum sekolah rendah menekankan pembelajaran Sejarah,
Geografi dan Bahasa Jerman
Kurikulum sekolah menengah terdiri daripada bahasa Latin, Greek,
Jerman, Matematik, Sejarah, Geografi, Agama dan Sains.
Pendidikan di universiti menekankan pengkhususan dalam bidang
seperti Psikologi, Sejarah, Falsafah, Undang-undang, Anatomi,
Kimia dan Fizik.

B. Perancis
1. Dasar Pendidikan
Abad ke-18 dan ke-19, dasar pendidikan Perancis mengalami perubahan dan
perkembangan mengikut ideologi pemerintah.
Di bawah pemerintahan Napoleon, beliau telah memperkenalkan pendidikan yang
seragam dan menyeluruh serta menyatukan institusi pendidikan di bawah badan
induk dikenali Universiti Perancis.
Selepas zaman Napoleon, sistem pendidikan dikuasai oleh gereja. Selepas Revolusi
1830, pendidikan dibebaskan daripada kongkongan gereja dan diletakkan di bawah
penguasaan kerajaan. Melahirkan sistem pendidikan kebangsaan yang seragam di
seluruh Perancis.
2. Institusi Pendidikan
Sekolah Rendah
Undang-undang 1795 setiap komuniti perlu menyediakan
bangunan dan kemudahan termasuk rumah guru. Kebanyakan
sekolah rendah dikendalikan guru2 dan pihak gereja. Kerajaan
tidak memberikan sebarang bantuan dan dana kepada sekolah
rendah. Undang-undang 1833 mewajibkan guru-guru
memperoleh sijil latihan perguruan bagi sekolah rendah.
Sekolah Menengah
Lyceum Kerajaan menyediakan kemudahan seperti bangunan
sekolah. Majlis Perbandaran menyediakan perabot dan
kelengkapan. Dana diperoleh daripada kutipan yuran. Lyceum
diterajui ketua pentadbir dan dibantu penyelia pengajian.
Kolej awam Majlis Perbandaran menyediakan kolej-kolej awam.
Pengurusan kolej dikehendaki mendapat lesen daripada kerajaan.
Pengarah Pendidikan tanggungjawab menentukan mata
pelajaran yang diajar, peraturan pentadbiran, buku teks dan
melantik professor.
Sekolah Tinggi & Sekolah Teknik
Sekolah tinggi sekolah perubatan, sekolah sastera dan
perdagangan, sekolah teologi, sekolah undang-undang, sekolah
matematik, dan lain-lain.
Sekolah teknik Politeknik Paris, sekolah tinggi pengajian
perniagaan.
Universiti
Pentadbiran universiti diterajui ketua pentadbir dibantu Majlis
Universiti yang dianggotai 28 org. Majlis Universiti menjalankan
penyeliaan dan mengawal sistem pendidikan seluruh Perancis.
3. Latihan Perguruan
Pada tahun 1808, Napoleon menubuhkan pusat latihan guru.
Pada 1810, seramai 37 orang guru pelatih mendapat latihan di
sekolah ini. Pelajar akan menjalani kaedah dan latihan praktikal
pada tahun akhir sebelum mereka dilantik sebagai guru.
4. Bantuan Kewangan
Kerajaan memberi peruntukan sebanyak 50 000 franks untuk
menyediakan buku-buku sekolah dan memberi insentif kepada
guru2 sekolah rendah.
Pada tahun 1817, sebanyak 812 000 franks diperuntukkan
kepada 36 Lyceum di seluruh Perancis.
1847, 1.5 juta franks diberikan kepada 54 buah Lyceum.
5. Kurikulum
Kurikulum sekolah rendah terdiri daripada aktiviti membaca,
menulis dan mengira. Mata pelajaran seperti Sains, Sejarah,
Geografi dan Matematik turut diajar.
Di sekolah menengah pula merangkumi mata pelajaran bahasa
Kuno, Retorik, Logik, Erika, Matematik, Lukisan dan Sains.
Kurikulum peringkat universiti terdiri daripada pengajian Sastera,
Sains Perubatan, Undang-undang dan Teologi.

3 KESIMPULAN
Kesimpulannya, pendidikan di Jerman bertujuan memberikan peluang
kepada individu mendapat pendidikan. Bidang ini berkembang disebabkan
bukan sahaja peranan kerajaan secara langsung bahkan mendapat
kerjasama pihak swasta di samping penetapan standard kualiti yang
tinggi. Di Perancis pula, Dasar pendidikan Perancis mengalami perubahan
seiring dengan kehendak pemerintah. Sistem pendidikan yang memberi
penekanan kepada teologi turut berubah kepada sistem pendidikan yang
memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada rakyat.

CATATAN :
Cadangan jawapan ini juga sesuai untuk soalan perbandingan sistem pendidikan antara Jerman dan Perancis

Anda mungkin juga menyukai