Anda di halaman 1dari 32

Portugal vs Jepun Masa Pengajaran:4 waktu Hasil Pembelajaran: Menjelaskan difinisi masyarakat meritim Menjelaskan ciri-ciri masyarakat meritim

di Portugal dan Jepun. Membandingkan ciri-ciri

Pengertian Meritim
Kerajaan yang wujud berasaskan kelautan Terletak di pesisir pantai Menjalakan aktiviti ekonomi kelautan dan perdagangan antarabangsa

Masyarakat Meritim

Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan. Pelabuhan ini akan dilengkapi dengan berbagaibagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip hasil laut.

Masyarakat Meritim Portugal

Ciri-ciri

Portugal menjadi kuasa meritim terunggul di Eropah pada abad ke-15. Putera Henry Henry The Navigator menjadi pelopor penjelajahan. Menubuhkan Akademi Laut Mengundang ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi serta astronomi dari luar untuk mengajar pelaut Portugal Tujuannya menguasai kekayaan di Afrika dan mencari Prester John

Henry The Navigator


Perintis pelayaran Portugal Menjelajah hingga ke Cape Verde di sebelah pantai barat benua Afrika Tiba dan menjajah Kepulauan Canary, Kepulauan Madeira 1441 sampai ke Tanjung Blanc dan Menemui emas dan membawa balik Penduduk Guinea untuk dijadikan hamba

Legasi Pelayaran Pelayar Portugal


Tahun 1487 Tokoh Bartholomew Diaz Penjelajahan Selatan benua Afrika ( Cape of Good Hope)

1497 1499 1509

Vasco Da Gama Tanjung Pengharapan Vasco Da Gama Kalikat, India Lopez de Squeira Melaka

Pelayar-pelayar Portugal
Bartholomew Diaz

Vasco Da Gama

Lopez de Squeira

Alfonso de Abuquerqe

Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Cape of God Hope

Bartholomew Diaz

Berjaya menemui selatan benua Afrika, iaitu caoe of Good Hope pada 1487

Vasco da Gama
Mengelilingi Tanjung Pengharapan dan meneruskan pelayarannya di pantai timur Afrika menuju Malindi Meminta bantuan pelayar Arab untuk menyeberangi Laut Hindi ke India 1499 sampau di Kalikat, India dan dirikan tugu peringatan. 1499 membawa balik muatan barang berharga dari Timur

Peta perjalanan vasco da gama

Alfonso de Abuquerqe

Dilantik sebagai Wizurai di Goa, India untuk menjaga pengkalan perdagangan dan kepentingan Portugal

Franciscp de Almeda
Dilantik sebagai pemerintah Cochin dan pantai Malabar Berlaku pertembungan dengan Pedangang Arab hingga membawa kepada peperanga dengan Mesir, Kemenangan membolehkan Portugal kuasai jalan perdagangan dengan di Laut Arab dan Laut Hindi

Lopez de Squeira
Dihantar ke Melaka pada 1509 Saudagar Gujerat memaklumkan tujuan sebenar Portugis. 1511 Portugal kuasai Melaka Portugis kuasi perdagangan di Lautan Hindi Saudagar Portugal dirikan pangkalan perdagangan di Ceylon, Maluku, Sumatera,Jawa (kepulauan rempah)

Padro Cabral
1500 sampai ke India hingga ke pantai Brazul, Amerika Selatan Menguasai hasil hutan seperti kayukayan, bahan pencelup, Membuka ladang tebu, penanaman tembakau, menternak lembu dan keda. 1693-Emas ditemui di Selatan Brazil

Pedro Cabral - YouTube

The oldest known image of Lisbon (15001510) from the Crnica de Dom Afonso Henriques by Duarte Galvo

Casa da India
Casa da India (sebutan Portugis: [kaz d di], India House) adalah organisasi Portugis untuk menguruskan semua aspek perdagangan luar negara Ia terletak di Istana Ribeira, istana di Terreiro do, di Lisbon.

1542, Portugal kuasai Jepun. Jepun mula menerima teknologi Barat seperti kapal, kesenian dan penyebaran agama agama Kristian. 1517- Pedagang Portugal sampai di Canton dan menjadi orang tengah dalam perdagangan antara China, Jepun dan Eropah selain menguasai perdagangan hamba China yang dibawa ke Eropah 1520-Portugal mendirikan pangkalan perdagangan di Muzambique 1531-membuka petempatan baru di Brazil

Masyarakat Meritim di Jepun


Bagi negara Jepun, dasar pemerintahan yang dijalankan hanya menumpukan aktiviti perdagangan dengan negara China dan negara-negara Asia Tenggara bagi mengawal rakyatnya serta daimyo-daimyo di bawah kekuasaan shogun. Abad ke 16 Oda Nabunaga (1534-1582) telah berjaya menyatukan Jepun dan menyedari kepentingan mengadakan hubungan dengan Barat dan ini telah merancakkan perdagangan Jepun.

Masyarakat Meritim di Jepun

Jepun juga membuka pintu negaranya kepada negara barat tetapi mengadakan perdagangan secara terhad dengan pelbagai peraturan tertentu. Abad ke 16, pedagang-pedagang dan mubaligh dari Eropah telah datang dan mula bertapak di Jepun. Abad ke17, Jepun mengamalkan dasar tutup pintu iaitu hubungan dengan Barat dijalankan secara terhad, penganut Kristian mula ditindas dan orang-orang Jepun dilarang ke luar negara.

Masyarakat Meritim di Jepun

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Jepun


Kegiatan Ekonomi Berasaskan Kelautan. Masyarakat Jepun terlibat dengan kegiatan penangkapan ikan. Harold M. Vinacke mengatakan makanan orang yang sama penting dengan nasi ialah ikan, mengutip hasil laut seperti mutiara, perdagangan, membaiki dan membuat kapal. Perikanan merupakan pekerjaan utama penduduk Jepun kerana makanan kedua selepas nasi bagi masyarakat Jepun ialah ikan. Nelayan Jepun juga adalah penyelam mutiara yang handal.

Ashikaga Yoshimitsu
Jepun mengalami perubahan ekonomi, perdagangan dan pusat pembuatan kertas,barangan logam,tenunan Pusat-pusat pertukaran wang, kedaikedai beras,dan sake juga bertambah pesat di Kuwana, Sakai,Ise, Hakata Pengeluaran kain kapas di Kinai Pengeluaran ulat sutera serta tenun di Fukushima,Yamanashi dan Gumma Pengeluaran getah di Satsuma Abad ke-16, menjalin hubungan perdagangan dengan Portugal Beliau membenarkan Portugal berdagang di Nagasaki

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Jepun


Lokasi Petempatan Di Pesisir Pantai. Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya iaitu Hokkaido, Honshu (pulau terbesar), Shikoku, dan Kyushu. Sebanyak 72% pulau-pulau di Jepun bergunung-gunung, dan sebahagian di antaranya merupakan gunung berapi. Masyarakat maritim Jepun tinggal di pesisir pantai seperti di perkampungan nelayan di Yokohama dan menetap di kawasan-kawasan bandar-bandar pelabuhan seperti di Nagasaki, Nagoya, Hiroshima dan lain-lain bandar pelabuhan.

Bandar Kyoto

Kyoto

Kyoto ibu kota diraja kuno telah Berkembang menjadi pusat Ekonomi serta tumpuan utama Pengeluaran barangan kraf tangan Dan kekal sebagai bandaraya Terbesar di Jepun

Osaka
Bandar bebas di luar dominan Bangsawan fedual dan hanya Dikuasai oleh pedagang tempatan

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Jepun


Masyarakat pelbagai Budaya. Jalinan perhubungan dengan masyarakat antarabangsa menyebabkan masyarakat Jepun menerima pelbagai pengaruh budaya luar seperti pengaruh agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh Kristian Portugis, agama Buddha dan Confucius dari China serta Shinto yang merupakan kepercayaan tempatan. Dibandar-bandar pelabuhan pula terdapat pedagang-pedagang Portugis, Sepanyol dan China. Sebelum pengamalan dasar tutup pintu, mubaligh Kristian dibenarkan menjalankan aktiviti penyebaran agama Kristian dan mendirikan gereja bagi menjalankan kegiatan agama mereka.

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Jepun

Menguasai Ilmu Kelautan Dan Pelayaran. Masyarakat maritim Jepun menguasai ilmu pelayaran mereka belayar hingga ke Australia, Asia Tenggara, Amerika Selatan, Korea dan China. Mereka mampu membina kapal besar meredah lautan. Kapal mohor merah (Shuinsen) adalah kapal layar bersenjata pedagang Jepun yang berlayar dalam perdagangannya ke pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara, di awal pemerintahan Keshogunan Tokugawa. Antara 1600 dan 1635, lebih dari 350 kapal Jepun melakukan pelayaran dagang ke luar negeri

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Jepun


Pelabuhan Entreport. Masyarakat Jepun mengendalikan perdagangan melalui pelabuhan entreport Kyushu, Shimoda, Hokodate dan Nagasaki. Para pedagang Jepun pada abad ke-16, telah mengeksport perak, berlian, tembaga, pedang, dan barang-barang lainnya. Jepun juga telah mengimport sutera Cina dan produkproduk Asia Tenggara (seperti gula dan kulit rusa). Lada dan rempah-rempah jarang diimport oleh Jepun kerana masyarakatnya tidak banyak makan daging. Pelabuhanpelabuhan Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan antara kapal-kapal Jepun dan China.

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Jepun


Menerima Pengaruh Luar. Sebelum dasar tutup pintu abad-17, masyarakat maritim Jepun mudah menerima pengaruh luar seperi agama Buddha, Confucius dan agama Kristian. Para pedagang dan mubaligh Jesuit dari Portugal pertama kali tiba di Jepun, lalu memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan kebudayaan antara Jepun dan Dunia Barat (Perdagangan dengan Nanban). Penganut Kristian bebas menjalankan aktiviti mereka dan mubaligh juga bebas berdakwah. Malah tulisan Jepun berasal dari huruf China dan kosa kata Bahasa Jepun juga menerima pengaruh bahasa Portugis. Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari Dunia Barat sebagai namban yang bererti kaum gasar dari selatan

TERIMA KASIH
Huraikan ciri-ciri masyarakat meritim di Portugal pada abad ke 16 hingga ke 17? Bandingkan ciri-ciri masyarakat meritim di Portugal dengan di Jepun pada abad ke 16 hingga ke 17?

Anda mungkin juga menyukai