Anda di halaman 1dari 2

Jelaskan faktor kemunculan masyarakat maritime di Portugal pada abad ke-16

hingga ke-17
-perkembangan kapitilisme dan merkantilisme
-perkembangan perdagangan
-pengaruh Renaisans
-teknologi pelayaran
-pengatahuan tentang dunia luar

PENGENALAN

Masyarakat maritim muncul sejurus selepas Renaisans dan Reformasi di Eropah.


Kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim yang unggul bermula sejak abad ke-15
dan 16. Perkembangan ini menyebabkan muncul golongan pelayar dan peneroka
yang terkenal. Pelayar Portugal melibatkan diri dalam kegiatan penerokaan,
penjelajahan, perdagangan dan penjajahan.

Perkembangan Kapitalisme dan Merkantilisme

Perkembangan ekonomi kapitalisme dan merkantilisme merupakan faktor utama


mendorong kemunculan masyarakat maritim. Sistem ekonomi ini menggalakkan
kegiatan pengumpulan modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam
perniagaan. Perkembangan ini menggalakkan raja-raja negara bangsa menaja
pelayaran ke seberang laut untuk tujuan tersebut. Ini menyebabkan muncul
masyarakat maritim yang terlibat dalam aktiviti penerokaan dan penjelajahan.

PERKEMBANGAN PERDAGANGAN

Selain itu perkembangan perdangangan juga adalah faktor kemunculan masyarakat


maritim di Portugal. aktiviti perdagangan telah mendorong pedagang portugis
belayar ke Timur untuk menguasai rempah daripada orang islam.

Pengaruh Renaisans

Faktor seterusnya adalah Pengaruh Renaisans. Zaman ini menyemai ciri-ciri seperti
humanisme, individualisme, sekularisme, sifat kritikal dan rasionalisme.
Perkembangan ini melahirkan masyarakat yang menekankan kepentingan sains dan
teknologi. Ini melahirkan semangat ingin tahu dalam kalangan masyarakat eropah
untuk meneroka kawasan baru.
Teknologi Pelayaran

Teknologi Pelayaran juga merupakan faktor kemunculan masyarakat maritim di


Portugal. Pengetahuan dalam bidang geografi dan pelayaran menggalakkan
penerokaan dan pelayaran. Penciptaan alat seperti kompas magnetik dan astrolab
memudahkan pelayaran. Masyarakat Portugal juga mampu membina kapal besar
yang mampu belayar dilautan yang luas. Perkembangan ini mendorong kemunculan
masyarakat maritim di Portugal.

Pengetahuan tentang dunia luar

Faktor yang lain adalah pengetahuan tentang dunia luar. Pengetahuan tentang dunia
luar diperolehi daripada orang islam pada zaman pertengahan awal. Catatan Marco
Polo yang mengembara negeri China mendorong orang portugis melibatkan diri
dalam kegiatan maritim. Perkembangan ini mendorong kemunculan masyarakat
maritim di Portugal.

Kesimpulannya, Masyarakat maritim banyak memberikan sumbangan dalam bidang


politik, ekonomi, dan sosial. Mereka memainkan peranan penting dalam menjadikan
Portugal sebagai sebuah kuasa maritim yang unggul di Eropah.

Anda mungkin juga menyukai