Anda di halaman 1dari 4

SULIT

KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER 1 TAHUN 2023

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF ( 922/ 1 )

PRAUNIVERSITI ( TINGKATAN 6 )

DUA JAM

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan kepada calon :

1. Jawab TIGA soalan sahaja iaitu SATU soalan daripada tiap- tiap Bahagian A, B
dan C.

2. Markah bagi tiap- tiap soalan diberikan dalam tanda kurungan [ ].

Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak.

( Lihat Sebelah )

SULIT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,


Mariah Abbas Lili Basmi Norfazilah
(PN.MARIAH BT ABBAS) (PN.LILI BT BASMI) (PN NORFAZILAH BT GHAZALI)
Penyedia Soalan 922/2 Ketua Unit KMK Ketua Jabatan Bahasa
KTE Tun Fatimah KTE Tun Fatimah KTE Tun Fatimah

1
1. Bahagian A : Puisi

( 25 markah )

Jawab satu soalan sahaja

1. Baca gurindam di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya

Taat Setia Raja dan Rakyat

Raja muafakat dengan menteri


Seperti kebun berpagarkan duri

Betul hati kepada raja


Tanda jadi sebarang kerja

Hukum adil atas rakyat


Tanda raja beroleh inayat

Kasihkan orang yang berilmu


Tanda rahmat atas dirimu

Hormat akan orang pandai


Tanda mengenal kasa dan cindai

(a) Huraikan aspek estetika berdasarkan puisi di atas (9m)


(b) Bincangkan tiga natijah daripada keharmonian raja dan rakyat berdasarkan puisi di atas(16m)

2. Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya.

SEORANG JEMAAH

1
Pada setia subuh bening
Sedang azan memancar di menara masjid
Kutemui dia tenang berjalan
Jubahnya putih,serbannya putih,kasutnya putih

Sesekali aku berhenti


Mempelawanya menaiki kereta
Dia memberikan salam
Bersamanya menerpa wangi haruman

Bila berjemaah
Sesekali kami bersebelahan
Sebelum takbir
Dia sibuk bersugi
Sebaik selesai imam memberi salam

2
Dia berdoa singkat
Kemudian menerjah ke luar
Melipat jubahnya
Dia ligat berjoging di asfait
Putih topinya,putih bajunya,putih seluarnya
Putih kasutnya

Setiap derap sepatunya


Dia menyebut kebesaran Allah
Setiap denyut jantungnya
Dia menyambung doa yang tertinggal
Minta umur dipanjangkan
Minta selamatkan anak isteri
Minta selamatkan saudara seagama
Selamat yang hidup
Selamat yang telah mati
Selamat di dunia
Selamat di akhirat
Selamat semuanya.

11
Kini
Setiap subuh bening
Azan tetap memancar di menara masjid
Jalan tingggal sepi,pintu keretaku tertutup
Tetapi setiap aku lalu di tempat aku mengambilnya
dulu
Wangi harumnya masih menerpa
Putih jubah dan putih serbannya kubawa bersama

Kini
Ketika aku berjemaah
Di sisiku dia tiada
Tetapi sugi dan usallinya
Memanjang di mataku

Kini
Bila selesai imam membei salam
Tidak kelihatan dia bergegas ke luar
Asfalt lama merindukan seretan kasut putihnya
Pejalan kaki pagi
Merindukan topi putihnya
Doanya masih mengambang
Tetapi dengut jantungnya telah lama berhenti
Dia telah lama selamat
Berbaring bersama deretan pusara
Dato’ dan Tan Seri

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, [peny.],2012.


Permata Sastera Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

3
(a) Huraikan tiga pemikiran yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam sajak di atas ( 9m )
(b) Jelaskan empat gambaran kehidupan manusia yang terdapat dalam sajak di atas ( 16m )

Bahagian B : Prosa Tradisional

( 25 markah )

Jawab satu soalan sahaja

3. Berdasarkan kisah Inilah Hikayat Peri Menyatakan Nabi Wafat yang terdapat dalam
Permata Sastera Melayu, jawab soalan-soalan yang berikut

(a) Jelaskan ciri-ciri umum Sastera Agama (9m)


(b) Kenal pasti aspek keagamaan dalam cerita ini (16m)

4. Bincangkan unsur moral dalam Hikayat Pelanduk Jenaka ( Syeikh Alam Berlawan dengan
Raksasa) yang terdapat dalam Permata Sastera Melayu ( 25m )

Bahagian C : Prosa Moden

( 25 markah )
Jawab satu soalan sahaja

5. Bincangkan persoalan yang terdapat dalam cerpen “Melankoli di Atas Rumput” yang terdapat
dalam Permata Sastera Melayu ( 25m )

6. Bincangkan persoalan yang terdapat dalam drama“Asiah Samiah” yang terdapat dalam
Permata Sastera Melayu ( 25m )

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai