Anda di halaman 1dari 50

BAB 1

Datuk Tan mengunjungi pejabat Encik


Muhammad membincangkan kontrak baru
membeli dan menyelenggarakan lada hitam
ke Jerman Barat selama tujuh tahun.
BAB 2

Datuk Tan percaya dengan kebolehan Encik


Muhammad mengendalikan syarikat dagang
yang bernaung di bawah Tan Enterprise
kerana mewarisi kebolehan datuk dan
ayahnya dalam dunia perniagaan.
BAB 3
Cik Puan Tipah menerima sepucuk surat
daripada Jahid menyatakan tentang pendapat
Pegawai Pertanian Daerah berhubung tanah
mereka di Jeram Medang sesuai untuk
tanaman orkid.
BAB 4
Mahani mendapat kasih sayang ibu tirinya,
Syarifah Mu’inah kerana ibunya telah
meninggal dunia sejak dia kecil lagi. Syarifah
Mu’inah juga merupakan adik kepada ibunya,
Syarifah Naimah.
BAB 5
Pekan Tualang bersiap sedia untuk
menyambut keberangkatan Duli Yang Maha
Mulia Baginda Sultan. Encik Muhammad juga
pulang ke kampung dan mengingatkan
abangnya, Penghulu Mahmud tentang gelaran
Datuk Indera.
BAB 6
Sudin dan Sarip diarahkan oleh Yang
Berhormat Muhd. Yusuf meninjau-ninjau
kawasan Jeram Medang dan mencungkil
rahsia tuan tanah di situ.
BAB 7
Yang Berhormat Muhd. Yusuf bercadang
untuk berkongsi dengan Tauke Chan membina
perumahan di Jeram Medang tetapi tergugat
dengan kehadiran Encik Muhammad yang
akan membuka kebun orkid di situ.
BAB 8
Encik Muhammad bertemu dengan Yang
Berhormat Muhd. Yusuf dan menyatakan
rancangannya hendak membuka perusahaan
lombong di wilayah Tualang dan memujuk
Yang Berhormat menyertai rancangannya.
BAB 9
Encik Muhammad menerima surat daripada
Rahim dan telah meminta Mahani
memberikan pendapatnya tentang isi
kandungan surat tersebut.
BAB 10
Mahani tidak dapat memejamkan mata pada
malam itu kerana memikirkan tentang
pendapatnya kepada Encik Muhammad
berkaitan isi kandungan surat tersebut.
BAB 11
Pak Salim menasihati Sudin supaya balik
menemui ayah dan ibunya untuk
menyelesaikan masalah perselisihan faham
antara mereka.
BAB 12
Imam Saad menerangkan kepada Sudin
tentang sejarah keturunan mereka dengan
keluarga Penghulu Mahmud yang menjadi
penghalang bagi mereka meminang Gayah.
BAB 13
Sudin terlantar di hospital akibat dipukul
orang. Dia mengesyaki Mat Akil yang
bertanggungjawab kerana tindakan tersebut
ada kaitan hubungannya dengan Gayah.
BAB 14
Syarikat Lombong Lembah Tualang telah
ditubuhkan dan Encik Muhammad telah
dilantik sebagai pengerusi. Dia berusaha
menambat hati orang Kampung Pulai supaya
menjual tanah mereka dan berpindah
dalam sebuah rancangan FELDA.
BAB 15
Mat Akil telah pergi ke Kuala Lumpur untuk
mencari Gayah. Dia cuba meminta jasa baik
Kasim untuk membantunya tetapi Kasim telah
menjadi pemandu Encik Muhammad.
BAB 16
Dendam Mat Akil terhadap Sudin semakin
membara setelah Sudin berjaya berkahwin
dengan Gayah. Dia telah mengupah budak
menoreh tayar bas yang membawa
rombongan pengantin lelaki ke Kuala Lumpur.
Dia sendiri telah menajisi cadar pengantin
di rumah Sudin.
BAB 17
Sudin dan Gayah diijabkabulkan di rumah
Encik Muhammad. Perkahwinan itu telah
menamatkan permusuhan antara dua
keluarga sejak turun-temurun lagi.
BAB 18
Sudin dilantik sebagai Pegawai Perhubungan
Syarikat Lombong Lembah Tualang. Dia juga
dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa
Perayaan sempena lawatan Duli Yang Maha
Mulia Sultan ke Kampung Pulai. Selain itu,
Sudin diarahkan berbaik-baik dengan Mat Akil
dan menawarkan jawatan penghulu kepada
Tuk Empat Dahlan.
BAB 19
Mahani menerima surat daripada Rahim yang
menyatakan tentangannya terhadap
penubuhan Syarikat Lombong Lembah
Tualang. Pendapat Rahim, ayahnya akan
menganiaya penduduk Kampung Pulai.
Mahani berpendapat, Rahim tidak
mengetahui keadaan sebenar di Kampung
Pulai.
BAB 20
Berlaku pertengkaran antara Mat Akil dan
Kemat Jerangkung di kedai Pak Salim
berhubung pengambilan tanah orang
kampung. Sementara itu, satu taklimat akan
diadakan oleh Yang Berhormat Muhd. Yusuf
pada hari Jumaat di surau Kampung Pulai.
Sudin mengedarkan risalah yang
menerangkan tentang kedudukan tanah milik
orang kampung yang akan berpindah ke
rancangan FELDA.
BAB 21
Perjumpaan di surau Kampung Pulai. Yang
Berhormat Muhd. Yusuf memberi ucapan
ringkas. Encik Muhammad juga berucap
menyatakan rancangan syarikatnya untuk
membeli tanah tersebut. Sudin tidak faham
arahan Encik Muhammad kepadanya.
BAB 22
Encik Muhammad tetap ingin membawa
masuk syarikat raksasa orang putih walaupun
tidak dipersetujui oleh Datuk Tan. Encik
Muhammad yakin akan dapat memenangi hati
penduduk-penduduk Kampung Pulai dengan
muslihatnya.
BAB 23
Sudin menggunakan kesempatan daripada
kesulitan yang dihadapi oleh Sani untuk
memudahkan proses mempersarakan imam
Pekan Kuala. Encik Muhammad bersetuju
meminjamkan wang kepada Sani dan
memberi kerja yang sesuai untuknya.
BAB 24
Mahani tidak yakin Rahim akan bekerja
dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang
kerana telah menyatakan tentangan terhadap
hasrat ayahnya itu. Pada masa yang sama,
Encik Muhammad akan menambah seorang
pembantu di pejabat untuk urusan Syarikat
Lombong Lembah Tualang.
BAB 25
Mahani diberitahu bahawa keluarga Datuk
Indera Mahmud akan datang merisiknya
untuk menjadi tunang Rahim. Mahani
memberi tempoh dua puluh empat jam untuk
memberi jawapannya. Mahani menerima
sepucuk telegram.
BAB 26
Mahani bersetuju menerima pinangan
tersebut setelah mendapat jawapan telegram
daripada Rahim. Upacara pertunangan
berjalan lancar dan teratur. Mahani pula telah
diberi cuti selama seminggu oleh Encik
Muhammad.
BAB 27
Encik Muhammad bersyukur kerana usahanya
menyatukan Rahim dengan Mahani telah
berjaya. Encik Muhammad mengadakan
pertemuan dengan Sudin, Jahid dan Yang
Berhormat Muhd. Yusuf di sebuah restoran
berhubung masalah orang-orang Kampung
Pulai.
BAB 28
Sudin dan Jahid melaporkan kejadian
menjahanamkan ladang orkid Cik Puan Tipah
di Jeram Medang manakala Yang Berhormat
Muhd. Yusuf pula melaporkan kejadian
perkelahian di Pekan Kuala. Kedua-dua
kejadian itu melibatkan Ali, pekerja Encik
Muhammad.
BAB 29
Encik Muhammad menjalankan sesi temuduga
untuk memilih pekerja baru. Sementara itu,
Cik Puan Tipah dan peguamnya diminta
datang ke pejabat untuk berbincang
berhubung masalah ladang orkid di Jeram
Medang.
BAB 30
Majlis ‘orientasi’ untuk Mahani. Encik
Muhammad, isterinya dan Mahani makan
di restoran. Mereka membincangkan tentang
sikap Rahim yang tetap menganggap Syarikat
Lombong Lembah Tualang itu akan
menganiaya orang-orang Kampung Pulai.
Harapan Encik Muhammad agar Mahani dapat
meluruskan cara berfikir anaknya, Rahim.
BAB 31
Sani telah bersetuju menjadi wakil Yang
Berhormat Muhd. Yusuf menggantikan Sudin
yang ingin menumpukan tugasnya sebagai
Pegawai Perhubungan dalam syarikat Encik
Muhammad.
BAB 32
Sudin terpaksa berhadapan dengan sikap
Pak Salim yang membantah rancangan
perpindahannya ke rancangan FELDA. Pak
Salim kecewa kerana Tuk Empat Dahlan dan
Imam Saad tidak perlu ke rancangan FELDA.
BAB 33
Kewujudan Syarikat Lombong Lembah Tualang
untuk membeli tanah telah ditentang oleh
Jamaluddin dan pemuda berjubah iaitu Lebai
Maarup. Peristiwa ini merupakan tamparan
hebat kepada Encik Muhammad.
BAB 34
Encik Muhammad bertemu dengan Datuk Tan
dan menunjukkan laporan peguamnya. Dia
mengesyaki Tauke Chan terlibat dalam kedua-
dua kes tersebut. Datuk Tan mencadangkan
supaya peguam itu meneruskan siasatan.
BAB 35
Mat Akil membahagikan wang upahan yang
diberikan oleh Sudin kepada kawan-
kawannya. Dia diarahkan oleh Sudin supaya
sentiasa memerhatikan gelagat Jamaludin dan
Lebai Maarup.
BAB 36
Pak Salim meminta pertolongan Sudin untuk
mendapat bantuan membuka kedai di Pekan
Tualang atau Pekan Kuala. Lebai Maarup pula
telah dipukul oleh orang yang tidak dikenali,
kononnya mengacau anak bini orang.
BAB 37
Sani melaporkan bahawa sikap Jamaludin dan
Lebai Maarup menentang pembelian tanah
Kampung Pulai tidak ada kena-mengena
dengan politik. Dia juga dapat tahu bahawa
Pendekar Omar telah diupah oleh Tauke Chan
untuk memukul pekerja kebun orkid dan
memusnahkan pokok-pokok orkid.
BAB 38
Encik Muhammad agak kecewa dengan
bantahan yang diterima daripada Jamaludin
dan Lebai Maarup.
BAB 39
Lebai Maarup meminta orang kampung
berkumpul di balai raya kerana ingin
membongkar kes dia dipukul oleh orang yang
tidak dikenalinya itu. Sudin dapat merasakan
kekecewaan ayahnya terhadap kemerosotan
iman orang Kampung Pulai.
BAB 40
Ketika Lebai Maarup berucap menjelaskan
keadaan, dia telah dibaling batu oleh Man dan
kemudiannya terkena tikaman pisau
dibahunya yang dilakukan oleh Mat Akil. Mat
Akil dan kawan-kawannya ditangkap polis.
BAB 41
Encik Muhammad bercadang mengadakan
kenduri dan ingin menjemput Lebai Maarup
membaca doa.
BAB 42
Lebai Maarup cedera parah dan dibawa
ke hospital. Mereka yang menyaksikan
kejadian itu diminta ke balai untuk memberi
keterangan. Sudin menjenguk Mat Akil dan
kawan-kawannya dalam lokap di balai polis.
Sudin berpuas hati dengan tertangkapnya Mat
Akil.
BAB 43
Encik Muhammad dan Cik Puan Tipah
mengadakan jamuan makan malam. Sudin
berusaha merapatkan dirinya dengan Mahani
untuk mencungkil rahsia tentang Rahim.
BAB 44
Pegawai Daerah dan Pegawai FELDA datang
ke balai raya Kampung Pulai untuk memberi
penerangan tentang penempatan orang
kampung itu ke rancangan FELDA. Sudin
melaporkan kepada Encik Muhammad
bahawa tanah pusaka Lebai Maarup masih
atas nama ayahnya.
BAB 45
Fikiran Sudin terganggu mengenangkan sikap
Encik Muhammad dan mengharapkan
kepulangan Rahim nanti dapat mengubah cara
ayahnya itu. Sudin menjangkakan mungkin
ada tanah di Kampung Pulai tidak dapat dibeli
oleh Encik Muhammad.
BAB 46
Seluruh ahli keluarga Datuk Indera Mahmud
menghadiri perjumpaan pembahagian harta
keluarga Datuk Indera. Lebai Maarup pula
memberitahu hajatnya mewakafkan tanah
pusakanya itu untuk keperluan agama.
BAB 47
Sudin bertemu Mahani dan mengemukakan
satu teori supaya Rahim mengikut kehendak
ayahnya bekerja dengan Syarikat Lombong
Lembah Tualang.
BAB 48
Setibanya Rahim dan Robert di lapangan
terbang, Mahani mengajak mereka
ke restoran untuk membincangkan rancangan
yang telah diaturnya bersama Sudin.
BAB 49
Encik Muhammad sekeluarga menjemput
Rahim di lapangan terbang. Setibanya
di rumah, Encik Muhammad terus ke bilik
kerjanya dan memanggil Rahim untuk
berbincang.
BAB 50
Rahim ke rumah Mahani membawa berita
kejayaan rancangan mereka. Satu kompleks
akan didirikan. Rahim akan menerima tawaran
bekerja di Syarikat Lombong Lembah Tualang.
Dia dan Mahani akan tinggal di kompleks itu.

Anda mungkin juga menyukai