Anda di halaman 1dari 11

Hikayat pelanduk jenaka

Tema

Tema cerita hikayat pelanduk jenaka ialah bertemakan tentang kecerdikan binatang
yang dapat mengatasi berbagai masalah dalam masyarakat serta kisah kehidupan
masyarakat di dalam hutan. Kehidupan masyarakat rimba yang sedang menghadapi
masalah seperti manusia biasa.Masyarakat bermaksud Masyarakat merupakan
istilah yang digunakan untuk menerangkan kelompok sebilangan manusia yang
tinggal bersama-sama dan saling berinteraksi sesama mereka. Boleh juga dikatakan
masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu Rimba
yang bermaksud Rimba atau jenggala ialah tanah dilitupi oleh tumbuhan padat.
Maka maksud masyarakat rimba adalah lebih dikenali sebagai masyarakat
hutan.kegiatan mencari rezeki telah terhalang lantaran adanya ancacaman
raksaksa.Mereka telah berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah
tersebut, namun malangnya usaha yang telah dilakukan oleh mereka telah
gagal.Akhirnya,mereka mencuba inisiatif yang lain dengan mereka meminta
pertolongan darpada golongan bijak pandai dan pakar dalam strategi.Mak peladuk
jenaka merupakan pihak yang telah menjadi penyelamat dalam menyelesaikan
masalah itu. Dalam cerita hikayat pelanduk jenaka ini terdapat beberapa persoalan
yang telah dipaparkan dan dikenal pasti , iaitu mengenai kepentingan kerjasama atau
bermuafakat di dalam kehidupan yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan
ancaman yang perlu dihadapi.bukan itu sahaja,malah kepentingan kasih-sayang dan
kepentingan seseorang pemimpin yang menjalankan tanggungjawab dan amanah
yang telah diberikan.

Persoalan

1) Persoalan ini menceritakan tentang sikap kejujuran yang amat penting untuk
dipupuk samada dalam diri sendiri atau rakan. Hal ini dikatakan demikan akibat
daripada bersikap tidak jujur kepada diri sendiri dan kepada masyarakat di sekeliling
akan memberi kesan , iaitu akan melahirkan kecemasan dan perasaan tidak tenang
kepada sesorang. Ketika tidak jujur, seseorang akan berfikir cara untuk menutupi
kebohongan dan membuat orang lain percaya. Pada akhirnya usaha tersebut akan
melahirkan kecemasan dan perasaan tidak tenang. Ketika tidak jujur, seseorang
cenderung gugup, gelisah, dan stres. Bukan itu sahaja ,malah ketidakjujuran ini akan
membuatkan seseorang kehilangan kepercayaan, tidak disukai oleh masyarakat
sekeliling, terbiasa untuk menipu dan selanjutnya. perkara ini dapat dibuktikan
berdasarkan sikap badak yang telah mengalami kecederaan akibat daripada
melarikan diri .namun,badak menyatakan bahawa kecederaan yang telah dialaminya
adalah disebabkan oleh berlawan dengan raksaksa dimana hal tersebut sebenarnya
tidak berlaku sama sekali.
Contohnya:

Oleh yang demikian ,kita haruslah bersikap jujur kerana bersikap jujur akan disukai
oleh masyarakat sekeliling. Kejujuran boleh dipupuk kepada generasi muda pada
peringkat kanak-kanak,bab kata peribahasa melayu ,melentur buluh biarlah dari
rebungnya.Kejujuran akan melorongkan manusia untuk melakukan lebih banyak lagi
kebaikan.

2) Persoalan ini menceritakan tentang sikap tolong-menolong yang harus disemai


dalam setiap individu.hal ini dikatakan demikian kerana dengan membantu atau
menghulurkan tangan kepada orang lain akan membuatkan hidup kita berasa lebih
baik. Bukan itu sahaja ,dengan membantu orang lain kita dapat merapatkan
hubungan silaturahim.hal ini kerana sikap ini memerlukan pergaulan antara individu
dengan individu yang lain dalam sebuah kelompok masyarakat. Sikap tolong
menolong ini juga akan dapat meningkatkan kualiti hidupnya jika mengamalkan
amalan tolong-menolong.jika mengamalkan amalan tolong- menolong,sesuatu
pekerjaan dapat dilakukan dengan mudah,iaitu dengan berganding bahu ibarat aur
dengan tebing sekaligus dapat menjimatkan masa dan tenaga.malahan, dengan
tolong menolong juga dapat meringankan beban orang lain.jika hal ini dilakukan
pastilah kesejahteraan dan keharmonian dapat dikekalkan
Contohnya:

Kesannya,sikap tolong-menolong ini dapat membentuk masyarakat yang bersatu-


padu.kesimpulannya,sekiranya amalan tolong-menolong ini diamalkan ,pastilah
masyarakat hidup dalam keadaan aman dan damai.

3) Persoalan ini menceritakan tentang bijak dalam merancang strategi untuk


memudahkan dalam menyelesaikan masalah perancangan strategi dapat membantu
dalam menghadapi cabarangan dengan menyelesaikan dengan cara yang kreatif dan
mudah . Bijak atau cerdik adalah bermula daripada menuntut ilmu pengetahuan .
Ilmu pengetahuan didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang
sesuatu bidang yang disusun secara bersistem dan dapat digunakan untuk
menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang tersebut. Ilmu pengetahuan
merupakan asas pembangunan dan kemajuan manusia yang tidak dapat diabaikan
dalam kehidupan. Pengetahuan melengkapkan kita untuk memahami dunia di
sekeliling dan membantu kita mengharungi cabaran hidup. Bukan itu sahaja ,malah
bijak dalam merancang strategi akan menyebabkan penggunaan masa boleh
digunakan dengan lebih baik dan teratur.
Contohnya:

Oleh itu,bijak dalam merancang strategi haruslah diterapkan dalam diri sendiri tanpa
mengira umur mahupun latar belakang pendidikan supaya masa yang sedia ada
ndapat dimanfaatkan dengan baik.
4) Persoalan ini menceritakan tentang sentiasa waspada pada setiap masa.hal ini
dikatankan kerana masalah atau bencana tidak diketahui dan ia boleh berlaku pada
bila bila masa bak kata peribahasa melayu malang tidak berbau. Waspada atau
berhati hati dalam melakukan sesuatu perkara adalah hal yang harus diambil berat
dalam kalangan masyarakat mahupun diri sendiri.hal ini kerana dengan sentiasa
mengamalkan sikap berwaspada dalam melakukan sesuatu perkara akan dapat
mengurangkan risiko kecederaan atau kemalangan .
Contohnya:

badak yang telah mengalami kecederaan akibat daripada melarikan diri .

Bukan itu sahaja ,sikap berwaspada jika diterapkan oleh setiap individu akan
meningkatkan keselamatan negara dengan mengenal pasti dan menghadapi
ancaman luar yang mungkin akan mempengaruhi keselamatan dan keamanan
negara

5) Persoalan ini menceritakan tentang bersikap takbur atau bercakap besar.maksud


takbur adalah sombong,bongkak dan angkuh adalah sifat keji yang dilarang oleh
islam kepada umatnya.hal ini dikatakan demikian kerana,sifat ini akan membawa
padah dan akibat yang buruk,bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan juga kepada
bangsa dan negara.takbur itu ialah sifat memandang rendah,dan jijik dan hina
kepada orang lain terutamanya kepada orang yang kurang bernasib baik dan miskin
daripada segi harta benda,ilmu pengetahuan,atau keturunan.
Contohnya;

Sang beruang sangat takbur dan menyatakan bahawa dirinya mampu mengalahkan
raksaksa dengan mudah.hakikatnya sang beruang tidak berkemampuan untuk
mengalahkan raksaksa secara fizikal .akhirnya beliau tewas dan mengaku kalah

Oleh itu,kita hendaklah menjauhi sikap takbur atau bercakap besar kerana sikap ini
tidak disukai oleh allah swt.

Watak & perwatakan

1) Watak dalam hikayat pelanduk jenaka ialah Tuan syeikh alam di-rimba di mana
tuan syeikh alam di-rimba ialah seekor binatang yang bijaksana dalam
menyelesaikan masalah masalah yang dihadapi.contohnya, tuan syeikh alam di-
rimba telah menolong binatang-binatang yang tinggal di sungai tinam daripada
ancaman raksaksa dengan cara membunuh raksaksa dengan strategi yang telah
dirangcang olehnya untuk bantu kehidupan binatang yang tinggal di sungai tinam.
Kebijaksanaan yang dimiliki oleh tuan syeikh alam di-rimba boleh dijadikan sebagai
motivasi dan boleh dijadikan sebagai contoh untuk manusia dan masyarakat
sekeliling yang telah menunjukkkan bahawa pentingnya seseorang itu mempunyai
ilmu pengetahuan yang tinggi agar boleh menyelesaikan masalah dengan
mudah .Ilmu pengetahuan didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian
tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem dan dapat digunakan untuk
menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang tersebut. Ilmu pengetahuan
merupakan asas pembangunan dan kemajuan manusia yang tidak dapat diabaikan
dalam kehidupan. Pengetahuan melengkapkan kita untuk memahami dunia di
sekeliling dan membantu kita mengharungi cabaran hidup. Dalam era yang maju ini,
ilmu pengetahuan menjadi semakin penting dan diperlukan dalam segala aspek
kehidupan . Pemerolehan pengetahuan adalah penting untuk pertumbuhan dan
perkembangan diri sendiri. Apabila kita mempelajari perkara yang baru, kita dapat
meluaskan pemahaman tentang masyarakat dan dunia ini. Kita akan mendapat
perspektif dan pandangan baharu, dan kita akan menjadi lebih yakin dan
berkebolehan sebagai individu. Lebih-lebih lagi, pengetahuan memberi kita rasa
tujuan dan makna dalam kehidupan. Selain itu, dengan mempelajari ilmu yang
sesuai, kita dapat memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam
bidang kerjaya yang dipilih. Ini juga membantu kita untuk meningkatkan peluang
untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Pembelajaran ilmu membolehkan kita
berkembang sebagai manusia dan mencapai potensi penuh kita.bukan itu
shaja ,malah Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup
dengan meningkatkan kualiti kehidupan. Melalui ilmu, kita dapat mengetahui cara-
cara untuk meningkatkan produktiviti dan meningkatkan pendapatan. Apabila taraf
ekonomi kita meningkat, kita boleh memenuhi keperluan hidup yang semakin
meningkat dan memastikan kebahagiaan kita. Selain itu, kita juga dapat belajar ilmu
perubatan dan kesihatan supaya menjaga kesihatan diri sendiri. Ini akan membantu
kita dalam meningkatkan umur panjang dan kualiti hidup kita. Kesihatan dan
kebahagiaan merupakan aspek yang sangat penting untuk meningkatkan kualiti
hidup kita.Secara keseluruhannya, ilmu adalah sumber yang penting dalam semua
aspek kehidupan manusia. Ilmu membantu kita untuk mengurus diri sendiri,
membuat keputusan, penyelesaian masalah dan kemajuan global. Bak kata pepatah,
“ilmu Pelita Hidup”. Oleh itu, kita harus sentiasa berusaha untuk memperoleh ilmu
yang sebanyak mungkin dan meluaskan pemahaman kita. Hanya dengan berbuat
demikian kita boleh berharap untuk mencapai potensi penuh kita sebagai individu
dalam masyarakat ini.

Nilai kemanusiaan

Nilai kemanusiaan yang terdapat dalam hikayat pelanduk jenaka adalah tentang nilai
kemasyarakatan yang sentiasa membantu golongan yang memerlukan bantuan .
sikap tolong-menolong antara satu sama lain sangat penting dalam kehidupan.
Tolong- menolong merupakan suatu kewajipan bagi setiap manusia.SIfat tolong-
menolong akan dapat membantu orang lain. Jika kita memerlukan bantuan
pula,tentunya orang lain akan menolong kita. Dengan tolong- menolong kita akan
dapat membina hubungan baik sesama manusia. Tolong- menolong juga
dapat memupuk rasa kasih sayang antara jiran tetangga, antara kawan, dan
masyarakat. Bersikap sebegini ada kepentingannya kepada kita dan masyarakat .
Antara kepentingan sikap tolong-menolong ialah kita akan dapat merapatkan
hubungan silaturahim. Hal ini demikian kerana sikap ini memerlukan pergaulan
antara individu dengan individu lain dalam sesebuah kelompok masyarakat. Buka itu
sahaja, hal ini juga penting kerana dengan menanam sikap ini bantu menbantu
dalam diri seseorang itu akan dapat meningkatkan kualiti hidupnya.
Contohnya:

syeikh alam di-rimba telah mengajak masyarakat binatang untuk menangkap ikan
sebanyak yang boleh untuk menjalankan strategi yang telah dirancang oleh syeikh
alam di-rimba untuk mengalahkan raksasa di sungai tinam.

Melalui dengan ini,kita dapat lihat bahawa sikap bantu membantu amatlah penting
untuk keamanan dan kebahagian masyarakat sekeliling. Perkara ini boleh dijadikan
sebagai contoh kepada manusia kerana kerjasama anatara satu sama lain akan
membawa memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat yang lain. Melalui
pertolongan yang telah dihulurkan kepada orang lain ,kita akan mendapatkan
kepuasan dan kebahagiaan. Bantuan yang kita berikan sangat bermakna bagi
mereka. Apabila kita memerlukan pertolongan daripada mereka pada suatu masa
kelak, sudah pasti mereka akan memberikan bantuan pula dengan rela hati.
Malah,sikap tolong-menolong juga dapat membentuk masyarakat yang bersatu-
padu. Melalui pertolongan yang diberikan kepada orang lain juga dapat menolong
diri sendiri. Kita tidak perlu ragu-ragu untuk menolong orang lain.

2) Nilai kemanusiaan yang terdapat dalan hikayat pelanduk jenaka adalah


masyarakat yang hidup bersatu-padu. Maksud bersatu padu adalah penyatuan dan
darjah serta jenis penyatuan yang ditunjukkan dalam sebuah masyarakat atau
kumpulan dan jiran. Masyarakat yang hidup bersatu padu dapat hidup dengan aman
dan tenang tanpa diganggu oleh orang lain.hal ini kerana mereka hidup dakam
keadaan yang menghormati pelnagai budaya dalam hidup bermasayarakat.bukan itu
sahaja ,ia juga dapat mengelakkan perselisihan faham dan pertelingkahan antara
masayarakat.bukan itu shaaja ,malah ia juga dapta memupuk suasana yang harmoni
dalam kalangan masyarakat.hormat menghormati adalah menjadi asas kepada
perpaduan dalam masyarakat .hal ini demikian kerana ia dapat mengeratkan
hubungan silaturahim kerana melibatkan pergaulan anatara satu sama lain.
Contohnya:

Kesimpulannya,,setiap orang haruslah memainkan peranan dalam memastikan


masyarakat sentiasa bersatu padu dan memahami antara satu sama lain agar negara
lebih aman dan damai.
3) Nilai kemanusiaan yang terdapat dalam hikayat pelanduk jenaka adalah
masyarakat yang sering menyokong pekerjaan yang baik Salah satu ciri yang tidak
kurang pentingnya dalam melahirkan masyarakat penyayang ialah anggota
masyarakatnya berlumba-lumba dalam mencurahkan khidmat bakti kepada orang
lain. Tanpa mengira darjat keturunan dan bangsa setiap individu sentiasa bersedia
membantu golongan yang kurang bernasib baik. Jika hal ini dilakukan pastilah akan
mendapat pahala dan disukai oleh allah swt dan rasul. Apabila setiap individu berasa
bertanggungjawab dalam memenuhi keperluan rakan, jiran atau individu lain yang
menghadapi kesukaran, bererti mereka telah merealisasikan konsep penyayang
dalam dirinya.manusia juga perlu bekerjasama sesama ahli masyarakat.muafakat
yang diamalkan oleh masyarakat dalam cerita ini begitu baik.mereka cuba
memberikan peranan kepada setiap anggota masyarakat yang ada.
Contohnya:

Pelanduk juga bijak mengarahkan rakan rakan mereka supaya melaksanakan tugasan
masing-masing ketika hendak memerangkap raksaksa

Kesimpulannya,melakukan setiap pekerjaan yang baik memerlukan kerjasama


anatara semua pihak agar semua masalah mudah di selesaikan .bukan itu
sahaja,masyarakata yang suka melakukan perkejaan yang baik akan diredhai oleh
allah swt .

4) Nilai kemanusiaan yang terdapat dalam hikayat pelanduk jenaka adalah


masyarakat yang mempunyai pemimpin yang bertanggungjawab.maksud
tanggungjawab adalah kewajiban yang dipikul oleh seseorang dalam pelbagai
bidang.Pemimpin adalah antara manusia yang mempunyai tanggungjawab yang
begitu besar dalam Islam. Dia secara langsung di dalam urusannya memikul amanah
dan tugas yang berat kepada rakyat yang dipimpinnya. Malahan seorang pemimpin
juga akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah terhadap kepemimpinannya.
Sebagai pemimpin, dia harus sentiasa mengetahui keadaan hidup rakyatnya yang
sebenar dengan cara melihat sendiri corak kehidupan mereka. Para pemimpin perlu
keluar dan memeriksa kehidupan rakyat jelata di gelandangan. Pemimpin perlu
merasai secara langsung susah senang kehidupan rakyat. Pemimpin juga harus
menyelami permasalahan dan keperluan yang dikehendaki oleh rakyat secara terus
tanpa melalui perantaraan.
contohnya:

Oleh itu ,pemimpin yang adil akan sentiasa memelihara keselamatan dan
kesejahteraan hidup rakyatnya.

5) Nilai kemanusiaan yang terdapat dalam hikayat pelanduk jenaka adalah pemimpin
yang amanah dan bijak.Amanah adalah nilai fundamental dalam kepemimpinan yang
mencerminkan kepercayaan yang diberikan kepada pemimpin oleh orang-orang
yang mereka pimpin. Pemimpin yang amanah adalah mereka yang dapat diandalkan
dan memegang komitmen mereka untuk bertindak sesuai dengan norma dan nilai-
nilai yang dijunjung tinggi. Pemimpin yang amanah selalu berbicara jujur dan
bertindak sesuai dengan prinsip-prinsip etika. Mereka tidak mengkhianati
kepercayaan yang diberikan oleh orang-orang yang mereka pimpin.Kepemimpinan
yang bijak melibatkan kemampuan untuk membuat keputusan yang cerdas dan
mempertimbangkan, berdasarkan pengetahuan, pengalaman, dan empati. Seorang
pemimpin yang bijak dapat mengarahkan masyarakat dengan cara yang
memberikan manfaat jangka panjang.
Contohnya:

Pelanduk juga bijak mengarahkan rakan rakan mereka supaya melaksanakan tugasan
masing-masing ketika hendak memerangkap raksaksa

kesimpulan, pemimpin yang amanah dan bijak adalah aset berharga bagi setiap
organisasi. Mereka menciptakan lingkungan kerja yang positif, membuat keputusan
yang cerdas, dan membantu masyarakat mencapai tujuannya. Oleh karena itu,
penting bagi setiap pemimpin untuk berkomitmen untuk menjadi pemimpin yang
amanah dan bijak demi kejayaan jangka panjang dalam sesebuah negara.

Gambaran masyarakat

Gambaran masyarakat tentang sebuah masyarakat binatang yang tinggal di dalam


hutan. Maksud hutan adalah habitat semula jadi, kawasan pembiakan dan sumber
makanan utama kepada fauna. Hutan membekalkan makanan kepada haiwan yang
memakan daun, buah-buahan, putik bunga, bijian dan pucuk serta pelbagai bahagian
pokok.Hutan merupakan wilayah yang luas dan ditumbuhi oleh berbagai jenis
tumbuhan sehingga memiliki daya serap karbon dioksida yang tinggi. Hutan sendiri
juga merupakan pemasok oksigen paling besar di permukaan bumi.bukan itu
sahaja,malah oksigen yang dihasilkan oleh hutan akan sangat bermanfaat bagi
manusia dan haiwan untuk bernafas. Penghuni-penghuni hutan yang terdapat dalam
hikayat pelanduk jenaka adalah seperti sang beruang,sang seladang,sang
harimau,sang badak dan selanjutnya. Hutan adalah tempat tinggal bagi masyarakat
binatang yang membolehkan mereka untuk mencari makan dan meneruskan
kemandrian spesisnya.
Bukan itu sahaja malah ,hutan merupakan kawasan tadahan hujan dan diibaratkan
span yang menyerap air kebawah tanah. Hutan juga dapat mengelakkan tragedi
bahaya dan tanah runtuh yang meragut nyawa manusia. Hal ini disebabkan pokok-
pokok di hutan berfungsi untuk mencengkam tanah-tanih danmemperlahan larian
air permukaan yang akan menyebabkan tanah runtuh. Jikalau tiada akar
yangmencengkam tanah-tanih, maka tanah-tanih tersebut akan mengalir ke dalam
sungai semasa hujandan dimendapkan di dasar sungai. Natijahnya, dasar sungai akan
menjadi cetek dan lambat-launakan berlakulah banjir jika hujan turun dengan
lebatnya.Seterusnya,hutan juga merupakan habitat bgi flora dan fauna yang juga
merupakan sumbermakanan kita.Hutan merupakan satu-satunya habitat bagi flora
dan fauna. Hutan merupakan sumber makanan bagi binatang liar tersebut yang
tergolong daripada kategori'herbivore'.Sekiranya mereka kehilangan sumber
makanan kita juga akan kehilangan sumbermakanan kerana sumber protein kita
ialah daging binatang-binatang yang terdapat di dalam hutan.Kesimpulannya, hutan
wajib dipelihara dengan sebaik-baiknya oleh setiap penduduk bumi. Hutan dapat
memberi ketenangan jiwa kepada kita dengan hutan yang malar hijau. Oleh itu,
kawasan hutan mestilah diperluas dan dipulihara demi masa depan semua.

TAJ US SALATIN

Tema

Taj us salatin adalah bertemakan


satu penganjuran konsep pentadbiran yang berteraskan Islam bagi menegakkan
keadilan untuk dinikmati faedahnya sesama insan.kitab ini mengandungi 24 fasal
yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia yang ditujukan kepada raja-
raja.kita ini digolongkan sebagai genre cermin didaktik yang berunsurkan kebenaran.
Kandunganya mencakupi pengajaran dan tunjuk ajar tentang adat bernegara serta
cara pemerintahan dari aspek kebatinan dan kerohanian bermula dari akhlak raja
hingga menteri dan rakyat.isi kitab taj us salatin dapat dibahagikan kepada lima
perkara penting,iaitu soal agama,pemerintahan diraja, tanggungjawab pembesar ,
hubungan rakyat dengan pembesar ,hubungan dengan rakyat dengan raja dan soal
pendidikan .kitab ini telah menganjurkan suatu upacara,ciri-ciri
kepimpinan,penerangan,,panduan,nasihat,dan pengalaman yang berguna bagi
melahirkan pemimpin yang berkualiti ,sejajar dengan tuntutan islam.kitab taj us
salatin dapat dikupas dari sudut aksiologi yang berteraskan konsep moral ,akhlak dan
etika untuk menjustifikasikan konsep keadilan yang dipandang sebagai pintu menuju
kebenaran . untuk menegakkan keadilan diperlukan kearifan dan kematangan dalam
berfikir atau menggunakan akal.

Persoalan

1)Persoalan ini tentang kesabaran dalam melakukan pekerjaan. Setiap perkara


pastilah memerlukan kesabaran yang tinggi bagi mendapatkan hasil yang tinggi atau
baik. Namun begitu , segelintir pekerja yang mempunyai sikap kesabaran yang
rendah yang menyebabkan merkea berhenti bekerja.jika hal ini berterusan pastilah
kadar pengangguran di malaysia meningkat. Bukan itu sahaja, menuntut ilmu juga
perlukan kesabaran yang tinggi bagi memperolehi atau mengecapi immpian yang di
idamkan . pelbagai usaha haruslah dilakukan dalam melakukan sesuatu
perkara.seperti rajin membaca buku,rajin menulis nota , rajin membuat soalan atau
latihan dan sabagainya.
Contohnya;

“disukakan hati seseorang mukmin itu terlebih pahalanya daripada kebangkitan


segala manusia dan jin .maka harus daripada erti hadis ini bahawa raja itu sentiasa
menantikan dan sebarkan……”
Ms101
Sabar bermaksud menahan diri daripada melakukan sesuatu atau daripada
mengatakan sesuatu yang menunjukkan perasaan tidak reda dengan takdir Allah
ketika menghadapi ujian atau musibah. Sebagai umat islam ,Al-Quran telah
menjelaskan pada kita betapa pentingnya sifat sabar kerana ia mengandungi nilai
yang tinggi dan utama daripada aspek agama dan budi pekerti. Malahan nabi dan
rasul terdahulu pun mempunyai kesabaran yang sangat tinggi dalam usaha
mengembangkan syari’ah Islam. Sabar bukanlah perkara sampingan bahkan
merupakan suatu kemestian bagi manusia untuk mengangkatnya, baik daripada
sudut fizikal mahu pun mental untuk menjamin kebahagiaan dalam diri individua dan
jua masyarakat. Agama tidak akan mencapai kemenangan, inovasi tidak akan
tercapai, teknolgi tidak akan maju malahan dunia tidak akan aman kiranya hilang
sifat sabar.Mereka yang mendambakan ketinggian dan kebesaran, mengetahui
bahawa ketinggian di dunia seperti kejayaan di akhirat. Dan kejayaan tidak akan
tercapai melainkan dengan menempuh pelbagai kesusahan serta mengharungi
kesakitan, bersabar dalam menempuh pelbagai perkara yang dibenci. Tanpa semua
ini pekerjaan tidak akan sempurna, cita-cita tidak akan sempurna. Mereka yang
berangan-angan samalah seprti berharap pada perkara yang tidak akan menjadi dan
berkhayal pada perkara yang tidak akan terlaksana.

Watak & perwatakan

Watak yang terdapat dalam taj us salatin ialah watak raja . perwatakan raja adalah
raja seorang yang bersikap adil dalam pemerintahan atau pentadbiran. Maksud adil
ialah yang diertikan sebagai "penyukatan, penimbangan dan penilaian atau
penuntutan apa yang kekurangan daripada apa yang dilayakkan
(seseorang)" .terdapat syarat yang dipelihara oleh raja antaranya ialah raja
hendaklah adil, iaitu merasakan dirinya seperti di kedudukan pengadu masalah.
Selain itu, raja hendaklah bersedia menerima aduan rakyat dengan sikap yang
terbuka dan mengalu-alukan kedatangan rakyat.Sebagai pemimpin, dia harus
sentiasa mengetahui keadaan hidup rakyatnya yang sebenar dengan cara melihat
sendiri corak kehidupan mereka. Para pemimpin perlu keluar dan memeriksa
kehidupan rakyat jelata di gelandangan. Pemimpin perlu merasai secara langsung
susah senang kehidupan rakyat. Pemimpin juga harus menyelami permasalahan dan
keperluan yang dikehendaki oleh rakyat secara terus tanpa melalui
perantaraan .Pembentukan seorang pemimpin boleh dipecahkan pada dua
bahagian, iaitu keadilan pada diri dan keadilan sebagai khalifah. Keadilan pada diri
merujuk pada sejauh mana seseorang insan itu mampu melaksanakan kewajipan
sebagai hamba yang tunduk dan patuh pada Penciptanya. Keadilan pada diri
meletakkan kedudukan diri insan itu sebagai hamba yang perlu menjaga hubungan
langsungnya dengan Allah SWT. Keadilan sebagai khalifah pula meletakkan taraf
insan itu sebagai pemimpin yang dituntut untuk memakmurkan bumi ciptaan Allah
SWT ini. Sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi, manusia bertanggungjawab
menunaikan amanah Allah SWT untuk melestarikan alam dan menjalin hubungan
baik sesama manusia serta makhluk lainnya. Oleh itu ,pemimpin yang adil akan
sentiasa memelihara keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyatnya.
Nilai kemanusiaan

Nilai kemanusiaan yang terdapat dalam karya ini adalah nilai kesabaran. Kesabaran
bermaksud menahan atau meninggalkan. Setiap orang tidak terlepas daripada
nikmat dan cubaan dalam kehidupan mereka. Maka kesabaran dalam sesuatu
perkara perlulah dititikberatkan supaya pekerjaan yang dilakukan mendapat hasil
yang diingini.nilai kesabaran haruslah dipupuk dalam diri kita agar kita dapat menjadi
seorang yang dapat mengawal emosi sendiri.Kelebihan bersabar dalam kerjaya,iaitu
dengan mencapai matlamat .Salah satu kelebihan sabar yang paling penting dalam
kerjaya adalah ia mampu capai matlamat kita. Menghadapi serta atasi halangan
membina daya tahan dan keyakinan.

Kepuasan yang kita terima setelah capai setiap matlamat penting boleh membantu
anda untuk kekal bermotivasi dalam kerjaya.
Contohnya

“ disukakan hati seseorang mukmin itu terlebih pahalanya darpada kebaktian


segala manusia dan jin. Maka harus daripada erti hadis bahawa raja itu sentiasa
menantikan dan sabarkan …..”(m/s101)

Jelaslah bahawa jika kita memupuk sikap kesabaran yang tinggi dalam diri kita akan
disukai oleh orang ramai. Bukan itu sahaja, mempunyai kesabaran yang tinggi akan
disukai oleh allah dan rasul. Jika hal ini dilakukan pastilah kita akan mendapat pahala
serta ganjaran pada masa akan datang.

Gambaran masyarakat

Gambaran masyarakat tentang masyarakat yang melakukan sesuatu hukuman


dengan kebenaran yang telah terbukti .kebenaran bermaksud satu konsep yang
abstrak. Apabila kita menyetujui sesuatu pekara maka kita akan mengatakan pekara
itu benar, ataupun mengakui pekara itu membawa kebenaran.
Contohnya:
Apabila hakim itu tiada didukakan daripada kedukaan manusia dalam hukum
yang benar dan tiada disukakan daripada kesukaan manusia dalam hukum syariat
dan takut daripada murka Allah SWT dan kerana itu ia menghukumkan dengan
kebenaran.

Kebenaran yang telah dibuktikan akan memberikan keadilan kepada semua


masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan menyatakan kebenaran bagi
sesuatu perkara akan menyebabkan semua perkara yang buruk atau baik seperti
rasuah dan sebagainya akan membawa keamanan kepada masyarakat.jika hal ini
berlaku ,pastilah perselisihan faham tidak akan berlaku dan hubungan silaturahim
antara masyarakat dapat terjalin.bukan itu sahaja malah allah suka hambanya yang
bersikap jujur dan mementingkan kebenaran dan akan memberikan ganjaran
kepadanya di dunia mahupun di akhirat kelak .Bagi sesiapa yang mengamalkan sikap
jujur dalam setiap perkara pastilah akan disukai oleh masyarakat sekeliling dan
dipercayai oleh pelbabai pihak.namun begitu ,bagi sesiapa yang tidak mengamalkan
sikap jujur dan menyatakan kebenaran dalam hidupnya pastilah akan dimurkai oleh
allah .bukan itu sahaja ,malah tidak mendapat kepercayaan daripada masyarakat
sekeliling . oleh itu ,mementingkan kebenaran dalam setiap perkara seperti di sisi
undang-undang akan menyebabkan masyarakat lebih aman dan tenang .

Anda mungkin juga menyukai