Anda di halaman 1dari 5

PANTUN BUDI M/S 3

Pisang emas dibawa belayar,


Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Tenang-tenang air dilaut


Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Tema Pantun
Budi

Jenis Pantun  
Pantun empat kerat

Ciri-Ciri Puisi Tradisional


1.    Jumlah baris serangkap - Empat baris serangkap
2.    Pembayang maksud - Separuh baris yang awal adalah pembayang maksud
3.    Maksud pantun - Separuh baris yang akhir merupakan maksud pantun.
4.    Jeda - Terdapat hentian sebentar di tengah-tengah baris yang dekenali sebagai jeda.
Contoh: Pulau pandan / jauh ketengah.
5.    Jumlah perkataan sebaris 4-5 pp
6.    Jumlah sukukata sebaris 8-12 sk

Kepentingan pantun  budi kepada sarwajagat masyarakat melayu tradisional


1.   Komunikasi.
Pantun di atas boleh digunakan ketika berucap di hadapan khalayak ramai. Biasanya sebagai
bahasa pengucapan para pemimpin masyarakat. Pantun di atas mampu menyampaikan mesej
yang berguna kepada pendengarnya. Pendengar akan faham permintaan dan harapan
seseorang pengucap pantun. Malah pantun itu mampu mengungkapkan rasa terimakasih yang
tidak terhingga kepada orang yang telah “berbudi”.

2.   Nasihat.
Pantun di atas mampu memberikan nasihat kepada seseorang untuk melakukan kebaikan
dengan berbudi kepada orang lain. Malah ia juga menasihatkan seseorang yang telah
menerima budi agar sentiasa mengenang dan menyanjung pihak yang telah berbudi kepada
dirinya.

3.    Pengajaran.
Seterusnya pantun tersebut mengajar manusia supaya mengamalkan perbuatan menolong
orang lain atau dengan kata lain berbudi kepada rakan. Ajaran mulia ini mampu diterapkan
andai seseorang itu memahami maksud pantun di atas. Malah ia juga akan mendorong
khalayak mengamalkan budaya tolong menolong kerana amalan mulia akan menjadi bekal
ketika kita sudah meninggal dunia.

4.   Gambaran masyarakat.
Gambaran amalan berbudi dapat dilihat dalam kegiatan harian masyarakat melayu. Mereka
menjadikan budaya tolong menolong sebagai amalan hidup seharian kerana ahli masyarakat
saling bergantung antara satu sama lain. Hidup yang serba kekurangan akan mendorong
individu supaya perihatin akan kesusahan ahli masyarakat yang ada di sekitar mereka.

5.   Motivasi supaya berkelakuan baik.


Pantun di atas boleh menjadi pendorong seseorang supaya berbudi kepada orang lain.
Dorongan ini wujud kerana masyarakat melayu sangat menghargai jasa orang lain. Malah
balasan orang berbudi akan di bawa setelah seseorang itu meninggal dunia. Bagi mereka yang
menerima budi pula akan cuba menolong rakan yang lain pada waktu yang sesuai.

6.   Budaya sopan santun.


Gaya bahasa pantun yang menarik sebenarnya menggalakkan seseorang menasihat dan
menyampaian mesej secara bersopan santun. Keindahan penggunaan pembayang maksud
yang menarik dan disertai dengan mesej pantun tentunya akan menjurus seseorang yang
mendengar pantun rasa terdorong untuk berbudi dan menghargai budi orang lain.

7.    Adat istiadat.
Penggunaan pantun di atas sangat sesuai digunakan dalam majlis-majlis tertentu dan ketika
menjalankan adat istiadat. Orang melayu sangat mementingkan pengucapan yang tersusun
untuk menyampaikan hasrat dan meluahkan perasaan mereka.

8.   Hiburan.
Kadangkala pantun di atas boleh digunakan ketika melagukan sesuatu irama yang diiringi
dengan bunyi-bunyian seperti gendang dan tiupan serunai. Selain memberi nasihat, pada masa
yang sama mampu menghibur khalayak melalui keindahan susunan kata dan maksud puisi.

Aspek estetik bagi pantun budi secara umum.


1.   Keindahan pemilihan kata.
Aspek utama nilai estetik pantun ialah pemilihan kata yang tepat. Perkataan yang wujud dalam
pantun sangat menepati maksud dan tujuan puisi dicipta. Contohnya perkataan “hancur badan”
begitu tepat untuk memberi maksud seseorang yang sudah mati. Kematian itu pula
digambarkan dengan jangka masa kematian yang sudah lama.

2.   Keindahan unsur bunyi


Kemudian diikuti dengan penggunaan rima yang tepat samada di awal, di tengah dan di akhir
baris. Contoh yang jelas seperti perkataan “pandan” dan “badan” pada tengah baris. Begitu juga
perkataan penggunaan perkataan “tiga” dan “juga” digunakan di akhir baris. Unsur bunyi juga
wujud dalam aspek bunyi vokal dan konsonan. Ia dikenali juga sebagai asonansi dan aliterasi.

3.   Keindahan cara berkomunikasi


Penyampaian komunikasi yang menggunakan gaya bahasa yang lemah lembut dan sopan
mampu menimbulkan rasa hormat kepada khalayaknya. Para pendengar akan rasa terusik dan
terkesan yang mendalam kerana gaya penyampaian, pengucapan dan pemilihan kata yang
menyentuh perasaan. Para penutur pantun bijak berfikir dan menggunakan pantun sebagai satu
cara komunikasi yang sangat berkesan.
4.   Keindahan pengucapan yang sopan.
Seseorang yang ingin memberi nasihat perlu berhati-hati dengan pengucapan agar tidak
mengguris hati dan perasaan rakan. Budaya melayu yang mengamalkan sopan santun
memerlukan sesorang itu menyusun kata secara sopan dan teratur.

5.   Keindahan maksud puisi.


Maksud puisi begitu indah dan mendalam maksudnya. Khalayak akan rasa dihargai dan
sentiasa bersangka baik kepada teman dan taulan. Maksud puisi ini membolehkan seseorang
menerima baik nasihat, saranan dan permintaan penutur pantun. Tidak wujud rasa kecil hati
dan rendah diri kerana nilai pantun ini begitu lembut ketika menyatakan tujuan pengucapan.
Kefahaman terhadap maksud dapat dirasa sehingga ke dalam sanubari hati pendengar.

Pemikiran Pantun
1.   Nilai perbandingan budi.
Nilai budi tidak boleh dibandingkan dengan sebarang nilai harta dunia termasuk emas. Budi itu
mempunyai nilainya yang tersendiri. Budi tidak ada tukar ganti. Sesuai dengan ayat “hutang
emas boleh dibayar”, maka orang yang menerima budi tetap tidak akan mampu membayarnya
sekalipun dengan harta yang paling tinggi nilainya iaitu emas.

2.   Mengenang budi sehingga mati.


Mengenang budi seseorang bukan setakat ketika seseorang hidup di dunia sahaja. Budi
seseorang itu akan tetap dikenang walaupun dia telah mati tetap akan disebut orang. Sesuai
dengan isi pantun tersebut iaitu “hancur badan dikandung tanah” yang memberi maksud sudah
meninggal dunia.

3.   Menghargai budi/Rasa terhutang budi.


Bagi mereka yang telah menerima budi tentunya akan rasa terhutang budi. Penghargaan
terhadap orang yang berbudi begitu tinggi sehingga meletakkan penghargaan itu di tempat
yang sangat mulia dan dibawa ke mana sahaja. Hal ini merujuk kepada maksud perkataan
“rasa nak junjung” dalam rangkap ketiga pantun di atas.

Nilai Kemanusiaan
1.   Manusia yang saling bergantung antara satu sama lain.
Hidup masyarakat melayu pada zaman tradisional penuh dengan kesusahan dan saling
bergantung antara satu sama lain. Setiap individu yang menjadi ahli masyarakat akan sering
memerlukan pertolongan ahli masyarakat yang lain untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Budi merupakan amalan yang tidak boleh ditinggalkan. Sesiapa yang tidak mengamalkannya
dianggap bersifat melukut di tepi gantang, seperti kera sumbang dan sebagainya.

2.   Manusia yang sentiasa mengejar harta


Masyarakat melayu tidak ketinggalan dari segi mengumpulkan harta kekayaan. Lambang
kekayaan masyarakat diukur dari sudut jumlah hartanya. Harta yang dianggap paling tinggi
nilainya adalah emas. Lalu perbandingan kekayaan seseorang diukur melalui jumlah emas
yang mampu dimiliki oleh seseorang. Namun nilai emas tidak sama dengan nilai budi.

3.   Manusia yang boleh menilai erti budi berbanding harta.


Seeorang itu perlu meletakkan kedudukan budi itu sesuatu yang amat mulia di sisi mereka.
Budi perlu diletakkan pada tempat yang tinggi dan tidak boleh dibandingkan nilainya dengan
harta seperti emas. Oleh itu manusia hendaklah sedar bahawa budi itu tidak boleh dibayar.
4.   Manusia yang sentiasa mengenang budi orang lain.
Setiap individu perlu menghargai pertolongan orang lain walau sekecil mana budi tersebut.
Rangkap puisi ketiga menggambarkan betapa seseorang yang pernah menerima budi akan
sentiasa menjunjung budi.

5.   Manusia yang percaya dengan hari pembalasan.


Kebanyakan pantun budi mengaitkan balasan budi itu tertangguh sehingga seseorang itu
meninggal dunia sebagaimana rangkap pertama dan rangkap kedua pantun. Manusia percaya
bahawa berbudi adalah amalan mulia yang mendapat balasan pahala di sisi Allah. Kita perlu
ikhlas dengan pertolongan yang telah diberikan dan jangan terlalu mengharapkan balasan di
dunia sahaja.

Gambaran masyarakat dalam pantun.


1.   Masyarakat yang tinggal di tepi pantai.
Melalui ketiga-tiga pembayang maksud pantun terdapat gambaran bahawa pencipta pantun ini
tinggal dalam persekitaran tepi pantai dan lautan. Ini dapat digambarkan melalui pemilihan kata
yang berkaitan dengan latar tempat berkenaan seperti “belayar”, “pulau Pandan”, ”tanjung”, 
“kolek” dan gambaran suasana “air tenang” .

2.   Masyarakat petani dan nelayan.


Masyarakat melayu terdisional tidak boleh lari daripada menjalankan kegiatan bertani seperti
menanam “pisang” dan sebagainya. Manakala bagi mereka yang tinggal di persisir pantai akan
“belayar” dan menjalankan kegiatan nelayan.

3.   Masyarakat yang menggunakan jalan air sebagai pengangkutan.


Sistem pengangkutan tradisional yang paling mudah di kalangan masyarakat melayu zaman
dahulu adalah melalui jalan air. Mereka akan menggunakan alatan yang sesuai ketika bergerak
melalui jalan air. Penggunaan alat pelayaran, sampan dan kolek adalah sesuatu yang perlu
pada waktu itu. Malah mereka perlu memahami keadaan yang sesuai ketika bergerak supaya
selamat dalam perjalanan. Mereka perlu menunggu air yang tenang apabila menggunakan
sampan kolek.

4.   Masyarakat yang saling tolong menolong.


Lumrah kehidupan orang yang hidup bermasyarakat adalah saling bantu membantu antara satu
sama lain. Orang yang  tidak mengamalkan hidup berbudi dan tolong menolong akan dianggap
tidak bermasyarakat.

5.   Masyarakat yang sentiasa mengenang budi.


Masyarakat yang baik akan selalu mengenang budi walau budi itu kecil nilainya. Perkara
tersebut termaktub dalam ketiga-tiga maksud pantun budi di atas. Malah mereka yang tahu erti
budi akan menjunjung dan mengingati budi orang lain.

6.   Masyarakat yang mempercayai hari kemudian.


Mesyarakat melayu secara umumnya beragama Islam. Mereka mempunyai kepercayaan yang
kukuh terhadap hari kemudian atau disebut juga hari pembalasan. Mereka yakin seseuatu amal
samada baik atau buruk akan mendapat pembalasan yang setimpal. Begitu juga amal berbudi
kepada orang lain dipercayai akan mendapat balasan baik selepas meninggal dunia sekalipun
tidak mendapat balasan di dunia.
mara. Oleh itu tema budi menjadi salah satu tema pantun masyarakat melayu zaman
tradisional.
.

.
.

Anda mungkin juga menyukai