a)Masyarakat petani
-Masyarakat yang menjalankan aktiviti pertanian seperti menanam padi
penanaman getah dan lada.
Contohnya: dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga
b)Masyarakat kampung
-masyarakat yang tinggi di kawasan perkampungan atau luar bandar.
Contohnya: atas munggu itulah aku selalu berdiri bersama ayah
Sama ada ketika padi membesar
Atau semasa menghalau burung pipit
Atau saja-saja santai antara panggilan emak
Bila memerlukan air kopi
Atau bila kemudiannya menemani ayah
Menanam anak getah
Atau menbetulkan barisan tanaman ladanya.
c)Masyarakat bertanggungjawab
-masyarakat yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara tanah.
Contoh: di situlah ayah akan bercerita tentang erti sebuah tanah
Tentnag tanggungjawab penjagaan dan pemerliharaannya
Betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
Ketentuan dan keperluan masa
Segalanya kitalah yang menentukan dan tanah
Sedia menerima tanpa bicara.
d)Masyarakat amanah
-masyarakat yang menjalankan amanah dalam memelihara tanah dan
memikul amanah yang telah diberikan oleh seseorang.
Contoh: di situlah ayah sering mengingatkan
Erti sebuah amanah
Kitalah yang mencorakan dan membentuk
Tanah ini mengikut kesuainnya
e)Masyarakat mememlihara alam semula jadi
-masyarakat yang memelihara tanah dengan tidak menebang pokok sesuka
hati.
Contoh: dan alpa, tanah ini akan kembali
Semula menjadi milik alam semesta
g)Bincangkan aspek gaya bahasa
a)Asonansi
Perulangan bunyi vokal yang sama dalam sebaris.
Cth:d_a_n setel_a_h berk_a_li_k_a-li
Dit_a_n_a_m p_a_di (R1,B8)
(perulangan vokal ‘a’ sebanyak 7 kali)
Kesan:menimbulkan kesan keindahan
b)Aliterasi
Perulangan bunyi konsonan yang sama dalam sebaris
Cth:b-ila_ b_erdiri di antara perpohon rim_b_un(R1,B1)
(perulangan konsonan ‘b’ sebanyak 3 kali)
Kesan:untuk menimbulkan penegasan
c)Anofora
Perulangan kata diawal baris dan sepatutnya secara berturutan
Cth:atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi atau saja-saja santai
antara panggilan emak (R2,B5 dan B6)
(perulangan kata ‘atau’ diawal baris)
Kesan:untuk menegaskan maksud yang ingin disampaikan
d)Simile
Perbandingan yang ditandai dengan kehadiran perkataan-perkataan yang
bersifat perbandingan
Cth:(bagaikan) membahaskan isu utama dunia di(R3,B1)
Kesan:menimbulkan kesan keindahan
e)Pesponsi
Perkataan yang sama diulang-ulang ditengah baris secara berturutan.
Cth:tanah mengikut kesesuaiannya dan sekiranya alpa,tanah ini akan
kembali (R4,B4 dan B5)
(Perulangan ditengah baris ‘ini’)
Kesan:untuk menegaskan maksud yang hendak disampaikan.
h)Bincangkan mesej dalam sajak
i)Bincangkan aspek estetik sajak dari aspek:keindahan
bunyi,lambang,citra,tema,pemikiran,pengalaman penyajak