Anda di halaman 1dari 7

Bahagian A: Puisi [25 markah]

Jawab satu soalan sahaja.

1. Baca puisi di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

A) Pantun Budi

Pisang emas dibawa belayar,


Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.

Tenang-tenang air di laut,


Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

B) Pantun Nasihat

Tanam bunga di dalam pasu,


Bunga melati bunga pandan;
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.

Burung tiung terbang tinggi,


Burung merpati mencari sarang;
Kalau sombong meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [Peny.], 2012,


Pantun Budi dan Pantun Nasihat ,Permata Sastera Melayu.
Kuala Lumpur: DBP, hlm 3 dan 6) .

a) . Berdasarkan pantun di atas, huraikan fungsi pantun tersebut kepada masyarakat.


[9]

b). Berdasarkan puisi di atas, bincangkan dua aspek pemikiran yang terdapat dalam pantun.Budi
dan dua pemikiran yang terdapat dalam pantun Nasihat. [16]

Bahagian A: Puisi [25 markah]


SKEMA PEMARKAHAN:

Soalan 1

a). Fungsi pantun:

F1: Sebagai sumber hiburan.


H/C: Melalui pantun jenaka, pantun usik mengusik. Kadang kala pantun juga boleh digunakan
ketika melagukan irama yang diiringi dengan muzik seperti gendang dan tiupn serunai. Ia juga
dijadikan lirik lagu seperti dalam “dondang sayang.”Ini kerana pada zaman tradisional tidak ada
pusat-pusat hiburan ataupun kemudahan media elektronik untuk mendapatkan hiburan sebagaimana
pada masa kini pantun merupakan gambaran kehidupan masyarakat yang unik pada zaman tradisional.
Diksi disusun dengan puitis yang mengandungi unsur tersirat amat menarik untuk dihayati.
Cth: pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,

F2: sebagai satu alat pengajaran


H/C: golongan tua yang banyak pengalaman dan amat peka dengan kehidupan, banyak
menggunakan pantun sebagai keadah untuk memberikan peringatan kepada seseorang.
Contoh: Burung tiung terbang tinggi,
Burung merpati mencari sarang,
Kalau sombong meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang.

F3: berperanan mempamerkan adat dan istiadat.


H/C: pantun, syair, dan nazam misalnya digunakan sebagai pembuka kata dalam majlis-majlis
tertentu seperti majlis peminangan, maupun majlis perkahwinan. Ia menjadikan suasana majlis lebih
ceria dan menarik kepada masyarakat.
Contoh: Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.

F4: sebagai alat komunikasi


H/C: pantun mampu menyampaikan mesej yang berguna kepada pendengarnya. Pendengar akan
faham permintaan dan harapan seseorang pengucap pantun. Pantun juga mampu mengucapkan rasa
terima kasih atas bantuan yang diterima daripada orang lain.
Contoh: Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibwa mati.
Lain-lain isi yang releven:

F5: memberi gambaran masyarakat zaman tradisional.


F6: Berjenaka
F7: Menyindir
F8: Identiti dan pewaris bangsa

Pilih 3 isi
1 isi = 3 markah ( 1markah fakta, 1 markah huraian, 1markah contoh)
3 isi x 3 markah = 9 markah

b). bincangkan dua aspek pemikiran yang terdapat dalam pantun.Budi dan dua pemikiran yang
terdapat dalam pantun Nasihat
F1: Pantun memberi motivasi agar berkelakuan baik.
H/C: Pantun boleh menjadi pendorong seseorang agar berbuat baik. Melalui pantun, masyarakat
dapat menyalurkan motivasi kepada seseorang secara halus. Maksud pantun walaupun ringkas,
namun ia disampaikan secara kiasan dan pastinya menimbulkan kesan mendalam dan bermakna.
Sekiranya untuk memotivasikan seseorang ke arah kebaikan tidak dibuat secara kiasan, pastinya akan
menimbulkan salah faham dan akhirnya perselisihan faham terjadi. Oleh itu dalam mengajak
seseorang ke arah kebaikan, pastinya dibuat secara kiasan agar perkara yang hendak disampaikan
dapat diterima seseorang.
Contohnya:
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

F2: Pantun menunjukkan contoh teladan kepada manusia.


H/C: Pantun menunjukkan contoh teladan yang baik dalam membentuk akhlak. Pantun budi
misalnya mengajak manusia menghargai seseorang yang menabur budi. Pantun budi mengajak
manusia kearak kebaikan. Ini kerana masyarakat zaman tradisional lebih suka menggunakan pantun
dalam menegur sikap seseorang. Secara tidak langsung Pantun secara sinis memberi nasihat dan
teladan kepada masyarakat.
Contoh;
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

F3: menghargai orang.


H/C: Sifat manusia yang sempurna akal dan kekuatan fizikal perlu mempunyai sifat kasih sayang
agar mereka dihargai oleh orang lain. Sifat ini dapat mewujudkan semangat perpaduan dan sebuah
keluarga yang harmoni. Begitu juga pantun budi yang mempunyai sifat yang sama iaitu menghargai
orang yang suka berbudi.
Contoh:
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

F4: Pantun memaparkan kehidupan manusia yang saling menghormati.


H/C: Masyarakat melayu disemai sifat saling hormat-menghormati sejak dari kecil lagi. Dalam
pantun nasihat, masyarakat akan menghormati orang yang tidak meninggi diri dan tidak sombong.
Ahli masyarakat akan salah anggap dan sering memperkatakan keburukan rakan yang sombong.
Contoh:
Burung tiung terbang tinggi,
Burung merpati mencari sarang,
Kalau sombong meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang.
F5: Pantun bijak membuat pilihan
H/C: Masyarakat bijak memilih seseorang yang menabur budi untuk dijadikan contoh dan teladan,
begitu juga dalam pantun Nasihat, manusia bijak memilih untuk tidak mengikut hawa nafsu agar
kehadiran kita dalam kehidupan bermasyarakat disenangi oleh semua pihak.
Contoh:
Tanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati bunga pandan,
Jangan ikut hawa nafsu
,
F6: Hawa nafsu perlu dikawal agar tidak melakukan tindakan yang melampaui batas.

Pilih 4 isi
1 isi x 4 markah ( 1markah fakta, 2 markah huraian dan 1 markah contoh)
4 isi x 4 markah = 16 markah
Soalan 2

(a) Huraikan unsur gaya bahasa memperlihatkan unsur estetika.

F1: Metafora
H/C: perbandingan kata konkrit dengan abstrak yang membawa maksud di luar kelaziman
C: demi menyuburkan ladang /kasih sayang(R1:B2)
Kesan: memberi gambaran yang lebih jelas

F2: Personifikasi
H/C: perbandingan kata dengan memberi sifat dan perbuatan manusia kepada bukan
manusia(objek) / memanusiakan benda yang bukan manusia
C: Bulan masa merebut tidurnya(R5:B3)
Kesan: menggerakkan daya imaginasi pembaca.

F3: Hiperbola
H/C: perbandingan kata yang dibuat secara berlebih-lebihan(melampau)
C: Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah(R1:B2)
Kesan: memberi gambaran yang berlebih-lebihan (di luar kelaziman)

F4: Inversi
H/C: pembalikan rangkai kata @ frasa tertentu dalam sebaris sajak
C: oleh jawapan sejahtera aman(R6:B3)
Kesan: menimbulkan kelainan dari segi penyebutan.

F5: Asonansi
H/C: perulangan bunyi huruf vokal dalam sebaris sajak
C: Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah(R1:B2)
Perulangan bunyi wokal “a”
Kesan: menimbulkan kemerduan segi penyebutan.- kelembutan pengucapan

F6: Aliterasi
H/C: perulangan bunyi huruf konsonan dalam sebaris sajak
C: tempang di sempadan(R10:B4)
Perulangan bunyi konsonan “m”
Kesan: menimbulkan kemerduan segi penyebutan.- kelantangan pengucapan
F7: Perulangan kata di awal baris/ anafora
H/C: perulangan kata yang sama di awal baris secara berturutan
C: dia tak peduli(R8:B4)
dia tak terpegun(R8:B5)
dia terus tugas tekun(R8:B5)
Perulangan anafora “dia”
Kesan: penegasan maksud perkataan yang hendak disampaikan @ keindahan bunyi penyebutan kata.

F8 Perulangan rangkai kata/frasa


H/C: rangkai kata yang sama diulang-ulang dalam rangkap sajak
C: Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat (R1:B1)
Demi menyuburkan ladang negara sayang (R1:B2)
Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah (R1:B3)
Perulangan rangkai kata “Pahlawan ialah warga negara yang”
Kesan: penegasan maksud perkataan yang hendak disampaikan @ keindahan bunyi penyebutan kata.

Pilih 4 isi sahaja


1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian/contoh, 1 markah kesan)
4 isi x 4 markah =16 markah
FORMAT ESEI JAWAPAN CALON:
Fakta [F],
Huraian[H] ,
Contoh[C]
& Kesimpulan kecil[Kk]
Contoh esei jawapan pelajar:

Fungsi pantun yang pertama, sebagai sumber hiburan. Hiburan bermaksud


perlakuan manusia dengan pelbagai aktiviti bagi tujuan bersantai dan bergembira.
Masyarakat Melayu dahulu kala menjadikan pantun-pantun seperti pantun jenaka,
pantun usik mengusik bagi tujuan bergembira/ berhibur. Kadang kala pantun juga
boleh digunakan ketika melagukan irama yang diiringi dengan muzik seperti
gendang dan tiupan serunai. Ia juga dijadikan lirik lagu seperti dalam “dondang
saying”.
Ini kerana pada zaman tradisional tidak ada pusat-pusat hiburan ataupun
kemudahan media elektronik bagi mendapatkan hiburan sebagaimana pada masa
kini. Pantun merupakan gambaran kehidupan masyarakat yang unik pada zaman
tradisional. Diksi disusun dengan puitis yang mengandungi unsur tersurat dan
tersirat, amat menarik untuk dihayati.
Contohnya: Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti ;

Jelaslah bahawa, pantun boleh digunakan secara bermanfaat bagi tujuan hiburan
agar seseorang/masyarakat dapat memperolehi kebaikan daripada aktiviti berhibur
melalui pantun tersebut.

Anda mungkin juga menyukai