Anda di halaman 1dari 13

Skema bahagian A

1.
(a) Nyatakan pantun lain yang terdapat dalam buku Permata Sastera Melayu. [3]

Pantun
1.Budi
2.nasihat
3.kasih sayang

(b) Jelaskan lima keindahan pantun di atas. [10]

1. Perulangan perkataan di awal baris.


Perkataan ”banyak” diulang sebanyak dua kali pada awal baris. Perulangan perkataan ini
menimbulkan rentak dan irama yang menarik.

Banyak hari di antara hari


Tidak semulia hari jumaat
Banyak nabi antara nabi
Tidak semulia Nabi Muhammad

2. Perulangan perkataan di tengah baris. Perkataan ”antara” diulang sebanyak dua kali di
tengah baris. Perulangan perkataan ini menimbulkan rentak dan irama yang menarik.
Ianya juga menimbulkan kesan pengesahan makna.

Banyak hari di antara hari


Tidak semulia hari jumaat
Banyak nabi antara nabi
Tidak semulia Nabi Muhammad

3. Asonansi
Perulangan bunyi huruf vokal dalam baris-baris puisi. Perulangan bunyi huruf vokal
menimbulkan kelembutan bunyi. Berdasarkan contoh di bawah bunyi vokal ”a” diulang
beberapa kali dalam baris.

Banyak hari antara hari

4. Aliterasi
Perulangan bunyi huruf konsonan dalam baris-baris puisi. Perulangan huruf konsonan
menimbulkan kelantangan bunyi. Berdasarkan contoh di bawah konsonan m diulang
beberapa kali dalam baris.

Tidak semulia nabi Muhammad


5. Bentuknya terikat
Pantun di atas mempunyai 4 baris serangkap, 4 patah perkataan sebaris dan 8-12 suku
kata sebaris. Bentuk yang terikat menunjukkan keharmonian dari segi bentuk.

Banyak hari di antara hari


Tidak semulia hari jumaat
Banyak nabi antara nabi
Tidak semulia Nabi Muhammad

6. Keindahan pantun juga dapat dilihat dari sudut fungsinya.


Pantun ini berfungsi sebagai alalt pegajaran atau menyampaikan ajaran agama.

Anak ayam turun sepuluh


Mati seekor tinggal sembilan

Pilih 5 isi sahaja

Huraikan aspek agama yang terdapat dalam pantun di atas. [12 ]

1. Hari dalam islam


Dalam islam terdapat hari yang istimewa dan di mulikan oleh Allah SWT. Antara hari yang
istimewa adalah hari jumaat. Hari jumaat adalah penghulu segala hari yang disebut sebagai
”Saidatul Ayyam”. Hari jumaat ialah hari umat islam berehat dan mengabdikan diri kepada
Allah.

2. Nabi-nabi dalam islam/ kemulian nabi Muhammad


Nabi SAW adalah nabi yang paling mulia berbanding nabi-nabi yang lain. Nabi
Muhammad merupakan kekasih Allah.

Banyak nabi antara Nabi


Tidak semulia Nabi Muhammad

3. Solat/sembahyang
Solat adalah tiang agama. Umat islam diwajibkan solat. Sesiapa sahaja yang menunaikan
solat samada solat wajib atau solat sunat mendapat ganjara pahala yang banyak dan berlipat
kali ganda. Selain itu, sebagai seorang umat islam mestilah mengabdikan diri sebagai
hamba. Menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah mestilah menjadi cita-cita yang
tinggi kepada semua umat islam. Dengan mentaati Allah Syurga akan menjadi ganjaran
kita di akhirat kelak. Bukti ketaatan kepada Allah ialah dengan menunaikan solat lima
waktu. Contohnya sembahyang subuh
Bangun pagi sembahyang subuh.

2
4. Mohon keampunan kepada Allah. Tanda seorang itu beriman kepada Allah ialah sentiasa
memohon keampunan terhadap Allah khususnya selepas solat. Manusia yang biasa tidak
terlepas dengan membuat kesalahan. Antata sedar atau tidak sedar. Kita selalu melakukan
khilaf di muka bumi ini. Selagi kita hidup, selagi itulah kita wajib memohon ampun kepada
Allah. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani. Seseorang yang
selalu memohon keampunan keapada Allah akan mendapat keberkatan dan akan diampuni
dosanya. Hidup juga akan menjadi lebih tenang.

Bangun pagi sembahyang subuh


Minta amun kepada tuhan

2.

(a) Jelaskan gaya bahasa perulangan yang terdapat dalam sajak di atas. [9]

SOALAN 2 (a) Gaya bahasa perulangan

F1 Asonansi.
H Perulangan huruf vokal dalam baris.
C Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat
Huruf vokal ‘a’ diulang sebanyak 11 kali.

F2 Aliterasi.
H Perulangan huruf konsonan dalam baris.
C Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia
Huruf konsonan ‘n’ diulang sebanyak 5 kali.

F3 Anafora.
H Perulangan perkataan pada awal baris secara berturut-turut baris.
C Kerana dialah anak watan pewaris keselamatan
Kerana dialah kelompok rakyat

F4 Responsif.
H Perulangan perkataan pada tengah baris secara berturut-turut baris.
C Cedera di bukit
Tangis di laut

F5 Perulangan perkataan dalam baris yang berbeza.


H Perkataan yang sama diulang dalam baris yang berbeza.
C Perkataan ‘pahlawan’

F6 Perulangan perkataan dalam rangkap yang sama.


H Perkataan yang sama diulang dalam rangkap yang sama.
C Perkataan ‘pahlawan’ dalam Rangkap 1

3
Perulangan perkataan dalam rangkap yang berbeza.
H Perkataan yang sama diulang dalam rangkap rangkap yang berbeza.
C Perkataan ‘dialah’ dalam Rangkap 2, 6, 9.

Pilih 3 isi sahaja


1 isi = 3 markah ( 1 markah Fakta, 1 markah Huraian, 1 markah Contoh )
3 isi x 3 markah = 09 markah

SOALAN 2 (b) Sifat-sifat diri seorang pahlawan.

F1 Sentiasa menyumbang tenaga dan bakti kepada negara.


H Seorang pejuang tanah air akan sentiasa bersedia menabur jasa dan bakti dengan
cemerlang dalam semua tugas yang dipertanggungjawabkan demi kemajuan,
keamanan dan kesejahteraan negara yang tercinta.
C Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat
Demi menyuburkan ladang negara sayang

F2 Sanggup berkorban demi negara.


H Pahlawan sanggup bergadai nyawa dan masa untuk mempertahankan negara, bangsa
dan agama tercinta. Seorang pahlawan sejati sentiasa bersedia berkorban apa-apa
sahaja demi negara tercinta. Mereka sanggup berkorban harta, masa bersama
keluarga, nyawa, dan sebagainya demi kedaulatan negara tercinta.
C Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah
Demi menghidupkan simfoni negara berbilang.

F3 Sentiasa bersiap sedia untuk mempertahankan negara.


H Pahlawan sentiasa bersiap sedia tanpa mengira masa malam atau siang untuk
mempertahankan negara.
C Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga
siap sedia

F4 Kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap negara.


H Perasaan taat setia yang ada dalam diri pahlawan akan menjadikan mereka sanggup
melakukan pengorbanan demi mempertahankan negara yang tercinta.
C Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia
tahan uji
atas nama negara yang tak dibiarkan mati.

F5 Ciri pahlawan yang sebenarnya ialah tahan diuji.


H Seorang pahlawan perlu mempunyai jiwa yang kental bagi menghadapi sebarang
bentuk ujian yang menimpa ke atas diri mereka. Pahlawan yang berjiwa rapuh akan
menghadapi kegagalan.
C Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia
tahan uji
atas nama negara yang tak dibiarkan mati.

4
F6 Sifat keberanian perlu ada dalam diri seorang pahlawan.
H Seorang pahlawan perlu berani untuk menghadapi musuh demi mempertahankan
negara, dan demi kesejahteraan rakyat.
C Yang menjadikan kematian bukti hidupnya
pahlawan
bukti zaman yang pernah dilindungi

F7 Menunaikan tanggungjawab/amanah sepanjang masa.


H Pelaksanaan tanggungjawab/amanah yang diberikan dilakukan oleh pahlawan secara
berterusan demi memastikan keamanan serta kesejahteraan negara terjamin.
C memikul amanah tak berkesudahan
demi mencari jawapan makmur jaya

F8 Sanggup menanggung derita dan kesusahan.


H Seorang pahlawan akan sanggup untuk menanggung penderitaan dan kesusahan demi
memastikan kesejahteraan rakyat dan negara. Mereka sanggup menanggung derita dan
kesusahan walau di mana-mana sahaja mereka berada.
C Cedera di bukit
tangis di laut
jerit di udara
tempang di sempadan
buta di ladang
lemas di sungai
lesu di sawah
parah di lembah

Pilih 4 isi sahaja


1 isi = 4 markah ( 1 markah Fakta, 2 markah Huraian, 1 markah Contoh )
4 isi x 4 markah = 16 markah

5
Skema Bahagian B

3. “Hikayat Hang Tuah (Bab XIX)” mengisahkan peristiwa keberangkatan Hang


Tuah ke Benua Keling.

Bincangkan kehebatan Hang Tuah semasa berada di Benua Keling berdasarkan.“Hikayat


Hang Tuah (Bab XIX)”

i. Mempunyai kebolehan berbahasa.


Beliau pandai bertutur dalam bahasa Nagaram
Ketika mengadap Kisna Rayan (Raja benua Keling- Bijaya Nagaram), beliau telah
bercakap menggunakan bahasa Nagaram. Beliau telah mempelajari bahasa tersebut
daripada seorang lebai. Kemampuan beliau ini adalah salah satu ciri penting seorang tokoh
epik iaitu bijak menguasai ilmu berbahasa di dunia

ii. Mampu mengubati isteri Nala Sang Guna yang mandul atau tidak mampu
melahirkan anak.
Tindakan beliau ini adalah diatas permintaan Nala Sang Guna sendiri. Hang Tuah telah
membuat satu ubat yang rupanya seperti madat. Setelah siap, ubat berkenaan telah
diserahkan kepada Nala Sang Guna untuk diserahkan kepada raja. Kebolehan mengubati
permaisuri raja benua Keling ini telah menunjukkan bahawa beliau mempunyai kebolehan
yang istimewa.

iii. Tangkas menunggang kuda.


Hang Tuah telah diminta supaya menunggang kuda teji. Kuda teji adalah salah seekor kuda
Kisna Rayan yang sukar dikendalikan. Setelah Hang Tuah belajar menunggang kuda,
beliau telah berjaya memacu kuda tersebut dengan selamat iaitu dengan cara tunduk dan
melindungkan kepalanya dibalik telinga kuda tersebut. Kebolehan ini adalah salah satu
bukti keperwiraan beliau ketika berada di benua Keling.

iv. Mampu menyelesaikan masalah dengan kebolehan akal fikirannya.


Apabila hendak memasak untuk jamuan diraja, terdapat masalah ketiadaan kayu untuk
memasak. Hang Tuah telah berjaya menyelesaikan masalah ketiadaan kayu dengan
menjadikan kain sebagai bahan api. Kebijaksanaan Hang Tuah ini adalah salah satu bukti
beliau layak digelar wira.

v. Mempunyai kebolehan yang luar biasa.


Hang Tuah telah menunjukkan sesuatu pertunjukan yang dianggap permainan. Beliau telah
mengeluarkan suatu benih pokok kayu. Apabila benih itu ditanam terus tumbuh serta
berdaun dan sesaat itu juga berbunga lalu berputik dan berbuah masak. Beliau telah
memperolehi benih itu melalui mimpi. Apabila sudah dimakan buahnya, dengan segera
pohon itupun ghaib. Kebolehan Hang Tuah yang luar biasa ini merupakan satu lagi bukti
bahawa beliau layak digelar wira epik.

6
vi. Mampu memperdaya dan melihat Maharaja China.
Ketika rombongan Hang Tuah ke negeri China hendak dijamu makan, beliau telah
menyatakan bahawa orang Keling makan sayur, daun kayu dan buah kayu. Sayur yang
hendak dimakan itu pula tidak dikerat dan dibiarkan panjang-panjang. Ketika makan, Hang
Tuah telah mendongakkan kepala ketika makan sayur kangkung yang tidak dikerat itu.
Pada masa itulah beliau dapat melihat Raja China yang duduk dalam mulut naga emas
bersisik. Tatkala Laksamana memandang ke atas, HangTuah hendak dipenggal oleh
hulubalang Raja China. Namun Raja China telah menghalang tindakan rakyatnya kerana
Hang Tuah sebenarnya telah bertindak bijaksana

1 isi = 4 markah (F-1 , H-1 , C – 1 , K – 1)


3 x 4 = 16 markah

a) Kisah ini dapat membentuk individu yang baik peribadinya. Jelaskan. [9]

i. Individu yang bersedia memikul/ menerima amanah/ arahan tugas.


Laksamana Tun Tuah berjaya menewaskan Duli Kisna Rayan lalu dianugerahkan
keris dan pakaian selengkapnya dan telah melantik Laksamana Tun Tuah untuk
mengetuai utusan ke Benua China.

ii. Individu yang menggunakan kebijaksanaan dalam menyelesaikan sesuatu masalah


Laksamana Tun Tuah mendapat idea / cara untuk menyelesaikan masalah Nala Sang Guna
untuk masak hidangan tanpa menggunakan kayu api. Laksamana Tun Tuah menyuruh Nala Sang
Guna menggunakan kain di gedung Nala Sang Guna sebagai bahan api.

iii. Individu yang pantas/ tangkas mengendalikan situasi yang sukar.


Laksanama Tun Tuah tangkas mengendalikan kuda tezi yang liar seperti singa
ganas. Duli Kisna Rayan menaiki kuda tezi yang kelakuannya seperti singa ganas
tetapi Laksamana Tun Tuah dapat menjinakkannya.

iv. Individu yang menghulurkan pertolongan kepada yang memerlukan.


Laksamana Tun Tuah menolong Nala Sang Guna menyiapkan hidangan sedangkan Duli Kisna
Rayan telah menghidupkan kayu api daripada dijual kepada Nala Sang Guna.

v. Individu yang tidak berputus asa. / sentiasa berusaha.


Laksamana Tun Tuah merasa tidak berpuas hati dan sentiasa berusaha / tidak pernah
berputus asa mencari jalan agar dapat melihat wajah maharaja China.

vi. Individu yang berani


Hang Tuah berani menunggang kuda tezi yang liar dan sukar dijinakkan.

vii. Individu yang berpandangan jauh.


Hang Tuah mencadangkan kepada Nala Sang Guna untuk memasak menggunakan kain yang ada
digudangnya sebagai bahan api.
1 isi = 3 markah (F-1 , H-1 , C – 1)

7
3 x 3 = 9 markah

4.
(a) Nyatakan lima tempat pertemuan umat islam dengan Rasulullah yang terdapat
dalam petikan di atas. [5]

1.Hari Kiamat
2. Titi Siratal Mustaqim
3. Sungai Kalkauthar
4. Hadharat Allah Mahsyar
5. Dalam Syurga

(b) Berdasarkan cerita “Inilah Hikayat Peri Menyatakan Nabi Wafat” yang termuat
[20]
Dalam Permata Sastera Melayu, bincangkan sifat-sifat orang yang dikasihi Allah
SWT seperti yang di pesan oleh Rasulullah sebelum baginda wafat.

1. Orang yang beriman kepada Allah SWT dan islam adalah orang yang dikasihi
oleh Allah. Orang yang beriman ialah orang yang teguh pegangan agamanya.
Sentiasa berpegang teguh dengan al Quran dan sunnah Rasulullah. Orang yang
beriman juga akan mengamalkan amalan yang disuruh oleh Allah SWT dan
Rasulullah serta menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dilarang dan
ditegah. Antara amalan yang dituntut ialah menunaikan solat, berpuasa,
mengasihi anak-anak yatim dan sebagainya. Sesungguhnya orang yang beriman
dan melakukan perkara-perkara amal soleh dan dikasihi oleh Allah SWT.(orang
yang rosak imannya akan melakukan perkara-perkara yang ditegah dan di
larang oleh Allah dan Rasulullah, perbuatan mungkar ini mengundang
kemurkaan Allah. Antara amalan yang ditegah ialah berjudi, berzina,
membunuh dan sebagainya. Oleh itu, Orang yang melakukan perkara kebaikan
ganjarannya adalah syurga dan orang yang melakukan kejahatan dan
kemungkaran akan dimasukkan ke dalam neraka. Contohnya Akasyah
memaafkan Rasulullah , dan ganjarannya muka Akasyah bercahaya.

Kena ada
F
H
C
Ppro
Pkontra
Kesimpulan kecil

8
Skema Bahagian C

5.

(a) Jelaskan perwatakan ‘saya’ [4]

“Saya” merupakan seorang mengagumi Cikgu Baharum. Beliau berkenalan dan sering
berhubung dengan Cikgu Baharum melalui poskad. ‘Saya” seorang yang mengagumi Cikgu
Baharum

(b) Berdasarkan cerpen “Usia Emas”, bincangkan tiga falsafah yang dipegang oleh watak
Cikgu Baharum sehingga menjadikan watak “saya” terlalu mengaguminya.
[12]

i. Orang tua yang sudah berkorban membesarkan anak-anak perlu disayangi oleh anak-
anak
ii. Orang tua / Warga emas perlu dilayan dengan jujur dan iklas walaupun mereka tinggal
di rumah kebajikan.
iii. Keperluan orang tua/ Warga emas perlu diberi perhatian kerana mereka memerlukan
ruang yang selesa untuk mereka menghabiskan sisa-sisa kehidupan mereka dengan
beribadah demi menebus ketinggalan masa silam mereka.

1 isi = 4 markah (F-1 , B-1, C-1, K-1)


3 isi x 4 markah = 12 markah

a) Huraikan kepincangan masyarakat yang tergambar dalam petikan di atas. [9]

i. Masyarakat yang suka mengkritik kelemahan orang lain.


ii. Masyarakat yang suka memprotes.
iii. Masyarakat yang menjatuhkan maruah orang lain.

1 isi = 3 markah (F-1 , H -1, C-1)


3 isi x 3 markah = 9 markah

b) Berdasarkan petikan diatas, bincangkan perwatakan Marga Muda. [16]

i. Anak yang patuh.


Marga menurut arahan/ suruhan ayahnya untuk naik ke atas umung untuk memasang
atap pada kekabung paling atas.

ii. Seorang yang rasional.


Marga merasa marah setelah dimarahi oleh ayahnya kerana tersalah memasang
kekabung. Namun, akhirnya Marga menenangkan dirinya kerana marga juga
menggaku kesalahannya kerana tidak bertanya terlebih dahulu kepad ayahnya.

iii. Seorang yang berpelajaran tinggi.


Marga melanjutkan pelajaran ke menara gading.

9
iv. Seorang yang menghormati orang.
Marga menahan rasa marahnya terhadap ayahnya kerana Marga menghormati orang
tuanya dan tidak mahu memalukan ayahnya dengan menunjukkan sikap biadap di
hadapan jiran tetangganya.

1 isi = 4 markah (F-1 , B – 1 , C-1, K-1)


4 isi x 4 markah = 16 markah

6. Gambaran masyarakat dalam drama “Asiah Samiah”.

A Pengenalan [3m]
F1 Drama Asiah Samiah memaparkan isu ketidakadilan sosial yang berlaku dalam
masyarakat.
F2 Drama ini juga menggambarkan kehidupan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
golongan merangkumi golongan yang kaya raya, berpengaruh serta mempunyai kuasa
yang melakukan penindasan terhadap golongan bawahan.
F3 Antara gambaran masyarakat yang dipaparkan dalam drama ini ialah gambaran
masyarakat yang memikirkan kebahagiaan dari aspek kebendaan/kekayaan harta
benda, masyarakat yang menyalahguna kuasa, masyarakat yang berjuang demi untuk
mempertahankan hak dan sebagainya.

B Isi/Fakta [20m]

F1 Masyarakat yang kecewa kerana cinta tidak kesampaian.


HP Perasaan kecewa atau putus asa melahirkan rasa sedih dalam hati, perasaan menjadi
resah gelisah. Perasaan ini timbul akibat cinta yang tidak kesampaian. Keadaan ini
berlaku mungkin kerana perbezaan darjat atau kedudukan seseorang .
HK Sekiranya percintaan itu berjaya dipertahankan sehingga membawa kepada terbinanya
sebuah perkahwinan, maka akan bersemaraklah kasih sayang antara pasangan itu.
C Asiah Samiah gagal berkahwin dengan kekasihnya Anas Samanda yang tidak
memiliki apa-apa sehingga ditolak oleh ibu bapa Asiah Samiah.

F2 Masyarakat yang setia dalam percintaan.


HP Sifat setia kepada pasangan adalah penting dalam sebuah percintaan. Kesetiaan akan
mengukuhkan perasaan kasih sayang selain melahirkan sifat saling percaya antara satu
sama lain,dan sifat hormat-menghormati. Perasaan cinta yang ada dalam hati ini akan
menyebabkan pasangan kekasih sanggup melakukan pengorbanan.
HK Sekiranya pasangan ini berlaku curang terhadap pasangannya, maka akan musnahlah
percintaan tersebut.
C Asiah Samiah terlalu mencintai Anas Samanda sehingga sanggup menunggunya
biarpun masa telah berlalu selama 15 tahun.

F3 Masyarakat yang penyayang.


HP Perasaan kasih sayang adalah anugerah Allah kepada umat manusia. Dengan perasaan
ini manusia akan hidup dalam suasana yang harmoni. Setiap ibu bapa sudah pasti amat
menyayangi anak-anak mereka dan hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

10
HK Sebaliknya, anak-anak yang tidak mendapat kasih sayang dan perhatian yang wajar
daripada ibu bapa akan menjalani kehidupan yang tidak tenteram.
C Puan Suari Alimin dan Tuan Setiawan Tanjung amat menyayangi anak mereka Asiah
Samiah dan mahukan yang terbaik sahaja untuk anak tunggal mereka itu sehingga
mereka sanggup menjodohkan anak mereka dengan orang yang kaya lagi berharta agar
Asiah Samiah hidup bahagia.

F4 Masyarakat yang menyalahguna kuasa.


HP Kuasa adalah kelebihan yang ada pada seseorang dan sewajarnya digunakan untuk
kebaikan dan keharmonian. Perbuatan menyalahguna kuasa akan membawa kepada
kehuruharaan dalam masyarakat kerana ada golongan yang akan ditindas. Maka
penentangan akan berlaku.
HK Sekiranya kuasa yang dimiliki, ditadbir dengan baik, maka sebuah masyarakat yang
harmoni akan dapat diwujudkan.
C Misa Sagaraga merupakan seorang yang amat berpengaruh dan berkuasa, sebaliknya,
dia telah menyalahgunakan kuasa dan pengaruhnya demi kepentingan dirinya sendiri
sehingga menindas orang lain. Dalam hal ini, hak Anas Samanda dan Asiah Samiah
untuk hidup bahagia bersama-sama telah dinafikan.

F5 Masyarakat yang berjuang mempertahankan hak.


HP Setiap hak yang dimiliki perlu dipertahankan walau dengan apa-apa cara sekalipun.
Hak ini mugkin berupa harta, tanah, atau maruah diri. Perjuangan menuntut hak
memerlukan pengorbanan, kesabaran serta kecekalan hati.
HK Sebaliknya, sikap mengalah, lemah dan membiarkan sahaja hak dirampas, maka akan
mudahlah kita ditindas oleh pihak lain.
C Anas Samanda sanggup berjuang menentang Misa Sagaraga kerana hendak
mendapatkan kembali tanah yang merupakan hak keluarganya walaupun terpaksa
berdepan dengan kematian.

F6 Masyarakat yang dipengaruhi oleh pengaruh, kuasa dan wang ringgit.


HP Golongan yang berpengaruh, berkuasa dan mempunyai wang ringgit dilihat sebagai
golongan yang hebat, dan mempunyai kedudukan atau status sosial yang tinggi dalam
masyarakat. Mereka juga akan melakukan apa-apa sahaja demi mengekalkan kuasa
dan pengaruh ini.
HK Sebaliknya, golongan yang tidak mempunyai pengaruh, kuasa dan wang ringgit
dianggap golongan yang lemah dan akan sentiasa ditindas oleh golongan yang
berpengaruh, berkuasa dan kaya raya ini.
C Tuan Setiawan Tanjung dan Puan Suari Alimin memilih Misa Sagaraga sebagai suami
anak mereka Asiah Samiah kerana dia memiliki pengaruh, mempunyai kuasa, dan
wang ringgit yang difikirkan dapat memberi kebahagiaan kepada Asiah Samiah.

F7 Masyarakat yang mementingkan darjat/kedudukan dalam masyarakat.


HP Berada pada kedudukan yang tinggi dalam masyarakat menjadi idaman setiap
manusia. Mereka mahukan penghormatan dan sanjungan diberikan kepada mereka.
HK Sebaliknya, berlaku kepincangan hidup dalam masyarakat apabila golongan yang
berada pada kedudukan yang tinggi menindas golongan bawahan dan golongan

11
bawahan pula tidak berpuas hati dengan penindasan yang berlaku. Akhirnya
masyarakat akan hidup dalam keadaan tidak harmoni.
C Anas Samanda tidak diterima oleh keluarga Asiah Samiah kerana dia adalah anak
petani dan hidup miskin.

F8 Masyarakat yang percaya kepada bomoh.


HP Bomoh dikatakan boleh menyelesaikan masalah mistik dan kejiwaan. Masyarakat
Melayu dahulu begitu mempercayai bomoh.
HK Kebergantungan yang melampau kepada bomoh boleh merosakkan kehidupan
seseorang. Akidah boleh menjadi terpesong.
C Sari Saribiru adalah anak buah Pawang Satam yang memiliki banyak makhluk halus
yang dikatakan sangat membantu bagi masalah kena sampuk.

F9 Masyarakat yang mementingkan hak tanah.


HP Tanah merupakan harta yang paling berharga bagi sesetengah orang kerana tanpa
tanah, mereka merempat di tanah air sendiri. Jadi tanah yang ada perlu dipertahankan
selagi berdaya.
HK Sebaliknya, rampasan ke atas tanah akan menyebabkan mereka kehilangan hak jika
tidak dipertahankan.
C Ayah Marga Muda dan Anas Samanda berjuang untuk mempertahankan haknya ke
atas tanah yang didudukinya. Perjuangan Ayah Marga Muda ke atas tanah yang
didudukinya selama 50 tahun memerlukan pengorbanan yang besar. Ayah Marga
Muda dipenjarakan manakala hidup mereka sekeluarga merempat. Bagi Anas
Samanda pula, tanah merupakan nyawa mereka sekeluarga, urat nadi ayahnya dan
harga diri keluarganya.

F10 Masyarakat yang bersimpati terhadap kesusahan orang lain.


HP Perasaan simpati terhadap orang lain muncul kerana mereka faham akan
kesusahan/penderitaan yang dialami. Penderitaan yang pernah dilalui menyebabkan
timbulnya perasaan simpati kepada orang lain.
HK Sebaliknya, jika tiada pengalaman menghadapi penderitaan seseorang tidak akan
mudah merasa simpati terhadap orang lain.
C Marga Muda sanggup menjaga Laila Anurisah Kecil kerana bersimpati terhadap anak
itu yang telah dibuang oleh bapanya Misa Sagaraga.

F11 Masyarakat yang berusaha mengejar keuntungan/kekayaan.


HP Menjadi kaya adalah impian kebanyakan orang. Mereka sanggup melakukan
penindasan kepada orang lain demi merealisasikan kehendak diri.
HK Sebaliknya, jika tiada usaha yang gigih, kekayaan gagal dicapai, kemewahan hidup
yang diidamkan akan tinggal angan-angan sahaja.
C Misa Sagaraga sanggup membeli tanah penduduk kampung dengan harga yang rendah
dan membina kondominium berharga mahal, ataupun menjual dan membeli saham
untuk mendapat keuntungan segera.

F12 Masyarakat yang patuh kepada orang tua.


HP Kepatuhan kepada perintah ibu bapa adalah dituntut oleh agama. Terdapat sesetengah
masyarakat yang patuh kepada kehendak orang tua mereka walaupun kehendak itu

12
bertentangan dengan keinginan mereka. Termasuklah dalam pemilihan jodoh mereka
terpaksa akur dengan pilihan ibu bapa walaupun mempunyai keinginan mereka
sendiri.
HK Ketidakpatuhan ini dibimbangi akan menyebabkan hidup mereka tidak bahagia.
C Asiah Samiah terpaksa setuju berkahwin dengan Misa Sagaraga pilihan ibu bapanya
walaupun beliau mencintai Anas Samanda.

F13 Masyarakat yang mementingkan kebahagiaan dari aspek kebendaan.


HP Kebendaan boleh membeli kebahagiaan, inilah pendapat sesetengah pihak. Merasakan
bahawa pemikiran seperti ini adalah betul, maka sesetengah pihak sanggup
mengenepikan perasaan pihak lain.
HK Sekiranya ………………….
C Ibu bapa Asiah Samiah telah memilih Misa Sagaraga sebagai menantu kerana
kekayaan dan pengaruh yang dimiliki oleh Misa Sagaraga dianggap faktor
kebahagiaan anak mereka. Akibatnya, Asiah Samiah menderita.

Pilih 5 isi sahaja


1 isi = 4 markah ( 1 markah Fakta, 2 markah Huraian, 1 markah Contoh)
5 isi x 4 markah = 20 markah

C Penutup [2m]
F1 Rumusan
F2 Pandangan/saranan/harapan.

13

Anda mungkin juga menyukai