Anda di halaman 1dari 6

1. Bincangkan konsep pemerintahan raja berkuasa mutlak dan pelaksanaannya di Perancis.

Pembentukan pemerintahan raja berkuasa mutlak sinonim dengan pembentukan egara


bangsa atau monarki kebangsaan di Eropah Barat . Hal sedemikian turut berlaku di Perancis
apabila monarki kebangsaan dibentuk oleh Raja Louis XI daripada keluarga Valois.
Sebagaimana di Englad, sebagai pemerintah yang berkuasa mutlak, Raja Louis XI sedikit demi
sedikit telah mengambil alih pengaruh dan kekuasaan golongan bangsawan dan institusi
gereja . Pemerintahan raja mutlak Perancis mencapai kemuncaknya sewaktu pemerintahan
Raja Louis XIV yang memerintah dari 1643 hingga 1715.

Pemerintahan raja berkuasa mutlak dapat ditakrifkan sebagai bentuk pemerintahan


yang dikuasai oleh seseorang individu , manakal dalam konteks negara Perancis berada di
bawah pengaruh dan kekuasaan seorang raja. Sebagai individu yang berkuasa mutlak, segala
kuasa sama ada dalam bidang politik, agama, ekonomi dan sosial berada dibawah kekuasaan
raja.Bagi mengukuhkan kedudukan , seorang raja akan mengaitkan dirinya dengan konsep
ketuhanan seperti mendakwa dirinya dilantik oleh tuan untuk memeritah rakyatnya. Justeru,
peranan rakyat adalah untuk memberikan kesetiaan dan membantu raja tanpa
menimbulkan apa apa keraguan mesipun seorang raja bertindak zalim.

Pemerintahan raja berkuasa mutlak di Perancis mencapai kemuncaknya sewaktu


pemerintahan Raja Louis XIV Pelbagai kaedah yang digunakan untuk menonjolkan
kekuasannya.Antaranya yang paling ketara ialah Raja Louis XIV mengehadkan pengaruh dan
kekuasaan golongan bangsawan. Pelbagai peraturan dilaksanakan bagi melemahkan golonan
bangsawan seperti mengehadkan pertemuan sesama golongan bangsawan , melarang
pembinaan kediaman yang mewah dan waib membubarkan tentera-tentera peribadi yang
dikhuatiri menggugat kestabilan politik dan mengancam kedudukan raja.Dalam pada
itu,gereja secara beransur-ansur jatuh ke tangan kekuasaan raja. Pope dipaksa
menggugurkan sebahagian haknya ke atas gereja.Hal ini membolehkan raja melantik bioskop
dan ketua biara. Secara tidak langsung raja dapat meningkatkan kawalan ke atas institusi
yang amat berpengaruh ini.

Bagi mengukuhkan lagi kekuasaannya dalam aspek pemerintahan, Raja Louis XIV telah
merangka sistem birokrasi yang sistematik. Golongan bangsawan yang sebelum ini memiliki
kuasa kini hanya bergantung hidup pada pencen daripada raja atau imbuhan daripada kerja-
kerja pentadbiran yang dijalankan.Namun, kelebihan ini hanya aan diperoleh oleh mana-
mana golongan bangsawan yang tinggal di Versailles.Tindakan ini dilakukan oleh Raja Louis
XIV disebabkan beliau lebih memberi perhatian kepada golongan cerdik pandai dalam
perkhidmatan awam termasuk pemungutan cukai sma ada di peringkat puat mahupun
wilayah. Raja Louis XIV dibantu oleh individu-ndividu yang memegang jawatan sebagai
caounselor, canstable, dan gabenor di peringkat wilayah. Contohnya, Jean Baptiste Colbert
dilantik sebagai Menteri Kewangan yang Berjaya menjadikan Perancis negara industri dan
berkuasa militer.

Dalam bidang ekonomi, raja mempunyai kuasa ke atas ekonomi negara terasuklah segala
cukai yang bakal diperoleh. Raja Louis XIV melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme
untuk memastikan negaranya agung dan kuat. Menteri Kewangan Louis Colbert
melaksankan dasar merkantilisme dengan bersungguh-sungguh. Louis Colbert memulakan
industi baharu,memansuhkan tarif tempatan , mengurangkan kadar bunga bagi hutang
kerajaan, mengawal upah dan kebanyakan barangan. Kekayaan negara adalah milik raja ,
maka harta negara dibelanjakan oleh Raja Louis XIV. Baginda percaya bahawa sebagai
pemerintah berkuasa mutlak, baginda harus hidup dengan bergaya.Umpamanya,baginda
telah menupah arkitek terkemuka dan pelukis-pelukis terkenal bagi mendirikan istana besar
dan mewah di Versailees. Malah baginda sering mengdakan majlis-majlis keraian yang
mewah di istanya dengan tujuan bermegah-megah.

Kesimpulannya,pelaksanaan pemerintahan raja berkuasa mutlak ini mempunyai satu


matlamat iaitu mengembalikan kekuasaan raja serta menghapukan pengaruh yang dimiliki
oleh golongan bangswan dan institusi gereja. Namun begitu,kekuasaan raja berkuasa mutlak
mulai merosot dan lenyap apabla berlakunya Revolusi Perancis oleh Napoleon Bonaparte.
2. Huraikan struktur pembesar di China pada abad ke 16 hingga ke 17 masihi.

Pembesar dapat didefinisikan sebagai individu-individu yang dilantik bagi emebantu


pemerintah dalam menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran atau lebih tepatnya
menjalankan kuasa eksekutif raja.Dalam konteks negara China , semasa pemerintahan Dinasti
Han, jawatan pembesar didominai oleh golongan bangsawan.Namun selepas peperiksaan awan
diperkenalkan jawatan ini boleh diisi oleh golongan cerdik pandai,tetapi perlu melalui tiga
peringkat peperiksaan awam. Struktur pembesar di China dapat dibahagikan kepada
pentadbiran wilayah dan pentadbiran pusat.

Sekreteriat Agung adalaj jawatan terpenting yang menggantikan Perdana Menteri


sebelum ini. Tanggungjawab individu seramai tiga hingga enam orang ini ialah membantu
maharaja dalam menyelia dan menyelaras 16 buah kementerian di peringkat pusat dan
mengetuai jabatan-jabatan. Badan ini akan memaklumkan segala perjalanan dan pengurusan
pentadbirankementerian utama kepada Maharaja China.Tugasan utama Sekreteriat Agung ialah
menggubal undang-undang dan membantu maharaja membuat keputusan tentang dasar-dasar
yang akan dilaksanakan oleh kementerian.

Jawatan lain yang diwujudkan di peringkat pusat ialah Majlis Agung atau Majlis Tertinggi
yang berperanan sebagai badan penasihat kepada Maharaja. Kepentingan badan ini dapat
dilihat melalui segala urusan pemerintah yang dilakukan melaluinya. Majlis ini mengandungi 6
buah kemeterian utama iaitu Kementerian Kewangan,Kementerian Personel,Kementerian Adat
Istiadat, Kementerian Peperangan,Kementerian Keadilan dan Kementerian Kerja-kerja Awam.
Setiap kementerian bertanggungjawab sepenuhnya kepada maharaja dan wajib melaksanakan
dasar yang telah dirangka oleh Sekreteriat Agung demi menjaga kepentingan maharaja,negara
dan rakyat. Kementerian-kementerian akan dibantu oleh Pejabat Koordinat yang terdiri
daripada Jabatan Kolonial,Jabatan Penapisan, Jabatan Transmisi, Jbatan Imperial serta Akademi
Hanlin.

Satu lagi birokrasi penting yang wujud dalam pentadbiran di China ialah Lembaga Penapis
yang diwujudkan di peringkat pusat dan wilayah. Bdan ini berperanan memaklumkan segala
aktiviti pembesar kepada maharaja China. Mereka juga menjadi mata dan telinga kepada
maharaja bagi memastikan tiada unsur subversive yang mampu menggugat kestabilan poltik
negara China. Pada zaman Dinasti Ching , maharaja telah menempatkan 56 orang censorate,iaitu
24 di Peking dan selebihnya di peringkat wilayah. Tanggungjawab badan ini adalah untuk
membendung penyalahgunaan kuasa , ketidakcekapan dan amalan korupsi dalam kerajaan.

Pada peringkat wilayah pula, amnya pentadbiran akan diketuai oleh gabenor.Beliau akan
menjalankan tugasan seperti memastikan pentadbiran wilayah berksean, menjaga keamanan
dan mengutip cukai untuk dihantar ke peringkat pusat. Kuasa gabenor tertakluk kepada adat dan
tradisi wilayah yang ditadbir,Gabenor wajib melaksanakan tugasnya dengan penuh
tanggungjawab dan berhubung secara langsung dengan pentadbiran peringkat pusat. Walaupun
ukuran utama memegang jawatan ialah lulus peperiksaan awam,namun ada juga dalam
kalangan golongan tentera yang dilantik memegang jawatan ini.Hal ini dikatakan demikian
kerana, golongan tentera mempunyai pengikut yang ramai dan setelah sekian lama dikaitkan
dengan tugasan mempertahankan mandat maharaja. Contohnya, individu amat berpengaruh
pada zaman kerajaan Manchu ialah Yuan Shih kai.

Kesimpulannya,kewujudan sistem birokrasi China didominasi oleh golongan cerdik


pandai.Mereka berperanan untuk menambahkan kecekapan pentadbiran,malahan juga untuk
mengukuhkan kekuasaan dan keistimewaan maharaja kerana maharaja merupakan individu
yang mendapat mandat dari syurga.
3. Huraikan reformasi dalam bidang sosial dan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan Republik
Ketiga di Perancis tahun 1875.

Kerajaan Republik Ketiga Perancis ditubuhkan pada tahun 1875.Kerajaan Republik Ketiga
telah menjalankan pelbagai reformasi di negara Perancis.Reformasi dijalankan selepas
keamanan dapat dipulihkan sepenuhnya di negara Perancis. Terdapat beberapa pembaharuan
dalam aspek sosial dan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan Perancis pada tahun 1875.

Antara pembaharuan yang dilaksanakan ialah reformasi sosial.Kerajaan Republik Ketiga


mengambil tindakan mengehadkan waktu bekerja di sektor perkilangan dan waktu bekerja bagi
golongan wanita dikurangkan. Kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dilarang bekerja. Selain
itu,waktu bekerja ditetapkan pada 10 jam sehari namun selepas Akta Kilang diluluskan, waktu
bekerja dikurangkan kepada 8 jam sehari. Pekerja-pekerja turut dibenarkan menubuhkan
kesatuan sekerja bagi menjaga kepentingan mereka. Kesatuan sekerja yang dikenali sebagai
"The General Confederation of Lubour” ditubuhkan pada tahun 1894 dan para pekerja
dibenarkan mengadakan mogok secara aman.

Seterusnya,Kerajaan Republik Ketiga Perancis juga menjalankan reformasi sosial dengan


mempertahankan hak dan kebajikan pekerja. Akta Kilang bagi menjaga kepentingan dan
kebajikan pekerja kilang diluluskan. Pekerja-pekerja diberikan perkhidmatan perubatan secara
percuma dan mereka juga diberikan cuti rehat satu hari dalam seminggu. Pada tahun 1898, akta
yang mewajibkan majikan memberikan pampasan kepada pekerja yang cedera diluluskan.
Lembaga Perdagangan ditubuhkan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian yang timbul antara
pekerja dan majikan.

Dalam pada itu, Kerajaan Republik Ketiga Perancis menjalankan reformasi sosial dengan
menubuhkan kilang perindustrian dan penubuhan institusi kewangan. Kilang-kilang besi dan
silikon diwujudkan di kawasan berhampiran wilayah Alsace dan Lorraine. Industri pembinaan
kapal turut mengalami pertumbuhan pesat. Sistem perbankan disusun semula demi kepentingan
golongan kapitalis. Pelaburan golongan kapitalis menyebabkan pertumbuhan pesat dalam
aktiviti perdagangan. Peningkatan sumber pendapatan menyebabkan pampasan perang dapat
dibayar dengan cepat.

Selain itu, Kerajaan Republik Ketiga Perancis turut membangunkan pertanian.Sistem baru
diperkenalkan bagi menambah keluasan tanah pertanian. Persatuan-persatuan bagi
mempertahankan hak pengusaha pertanian ditubuhkan. Kerajaan meluluskan undang-undang
bagi mempertahankan hak pemilik tanah pertanian. Kerajaan tidak boleh merampas tanah
pertanian daripada petani. Tanah pertanian juga tidak boleh dijual ataupun dilelong. Cukai tarif
yang dikenakan bagi barangan yang diimport dari negara lain turut ditambah oleh kerajaan.

Kesimpulannya, semasa pemerintahan Republik Ketiga ini, banyak pembaharuan dijalankan di


Negara Perancis. Pembaharuan dalam bidang sosial dan ekonomi berjaya mengukuhkan
kedudukan Negara Perancis. Selain perkembangan dalam bidang pertanian, sektor
perindustrian turut mengalami pertumbuhan pesat.

Anda mungkin juga menyukai