Anda di halaman 1dari 5

REFORMASI 100 HARI

Reformasi 100 Hari dilancarkan oleh negara China selama 100 hari,
iaitu mulai 11 Jun hingga 20 September 1898. Reformasi ini
dianjurkan oleh golongan reformasi radikal pimpinan Kang Yu Wei
yang merupakan seorang sarjana berpendidikan China tetapi ingin
memodenkan China mengikut teknik-teknik Barat.

Kang Yu Wei mendapat persetujuan Maharaja Kuang-shu untuk


melancarkan Gerakan Pembaharuan pada 11 Jun 1898. Beliau berusaha
mewujudkan monarki berpelembagaan ala-Barat di China dan
menyesuaikan pentadbiran Barat dengan pentadbiran tradisional China.
Namun begitu, usahanya digagalkan oleh golongan konsevatif yang
tidak mahu melaksanakan sistem pentadbiran ala-Barat. Maharani

Usaha beliau akhirnya diterima berikutan rakyat China sudah tidak dapat
menerima dasar pemerintahan Dinasti Ching yang lebih condong kepada
tradisi orang Manchu. Gologan cerdik pandai menyarankan agar
kerajaan mengadakan kajian di negara-negara Barat dan Jepun sebelum
melaksanakan sistem raja berperlembagaan. Namun pihak kerajaan
nampaknya tidak bersungguh-sungguh mahu melaksanakan cadangan
tersebut.

Gerakan ini gagal kerana kekurangan pengalaman dan kelemahan


penganjur reformasi iaitu Kang Yu Wei dan Liang Chi-Chao yang tidak
berpengalaman yang luas dan tidak mempunyai ketajaman fikiran
politik, tentangan reformis konsevatif dan Maharani Dowager,
tentangan pegawai Manchu dan ketiadaan sokongan rakyat.
Pengenalan
-Sebelum Gerakan 100 hari bermula iaitu pada tahun 1800-an, Dinasti Ching sering
menindas dengan tegas dan kejam segala kegiatan politik yang berlaku di China. -
Namun selepas tahun 1800-an, tekanan tersebut dilihat semakin berkurangan kerana
bertambahnya ancaman dari luar dan dalam negeri.
-Kegagalan dalam Gerakan Menguatkan Diri pula telah menyebabkan lahirnya
beberapa tokoh baru dalam memajukan dan memodenkan negara China.
- Dengan ini, terhasillah gerakan pembaharuan yang dikenali sebagai Gerakan
Reformasi Seratus Hari.

Muncul aliran ilmuan Han yang baru iaitu “Aliran Teks Baru”, dari Chen-Wen
Chia.
-Aliran ini mendasarkan tentang diri pada aliran yang sama pada zaman Dinati Han I.
-Mereka berpendapat bahawa versi teks baru dari Kitab Klasik membenarkan
pelaksanaan pembaharuan
-Hal ini kerana, K’ang Yu Wei menganggap bahawa kitab-kitab kuno zaman Han
banyak yang palsu manakala kitab sejarah dianggap tulen.

K’ang Yu Wei sebenarnya sedar bahawa China sudah jauh ketinggalan dan
kedudukan ini amat membahayakan China.
-Beliau mula menulis memorial pertamanya kepada kerajaan China untuk mengajak
ke arah kemajuan dan memberi amaran terhadap ancaman kuasa asing.
-Tulisannya tidak disampaikan kepada Maharaja kerana tulisan tersebut telah ditapis
oleh pihak penapis yang menganggap bahawa penulisannya merupakan sesuatu yang
gila.
-Sementara itu seorang pemeriksa,Hsu Tung mengambil tindakan dengan memadam
nama K’ang Yu-Wei sebagai calon yang berjaya dalam peperiksaan awam kerajaan.
Kejutan daripada dua perang dengan kuasa barat
- Daripada dua perang dengan kuasa Barat (Perang Candu dan Perang Arrow) dan
kebangkitan dalaman telah mendorong kerajaan mengkaji semula kekuatan negara
China untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.
-Putera K’ung (1833-1898) menjadi pemimpin yang menonjol selepas
mengadakan rundingan dengan kuasa Barat untuk menyelesaikan Perang Arrow.
-Para pemimpin yang berjaya menghapuskan 17 kebangkitan dalaman China
berjaya menaikkan imej mereka di mata pihak istana.
-Pemimpin-pemimpin ini terdiri daripada Tseng Kuo-fan,Li Hung-Chang dan Tso
Tsung-T’ang mempunyai banyak pengalaman mengenai kelemahan China dan
rahsia kekuatan kuasa Barat.
-Mereka mula memikir mengenai pemulihan kuasa China dengan mengambil
teknologi Barat sebagai asas kekuatan China.

Muncul beberapa perintis yang sedar tentang kekuatan Barat


-Seperti Liang T’iang-nan.
-Beliau mencatat tentang sistem politik Amerika Syarikat yang bertajuk
Holmmanuel Hsu (1983),The Rise of Modern China dan kajian tentang gangguan
asing ke atas China bertajuk I-fen chi-wen (Rekod Tentang Orang Barat).
-Ini diikuti oleh Hsu Chi-yu yang menulis mengenai geografi dunia yang bertajuk
Ying-Huan chih-lueh (Kajian Ringkas Tentang Kelautan).
-Asas kepada kajian mereka ini ialah jika China membangunkan dan
memperlengkap pertahanan pengairannya,mereka boleh menahan atau
menghalang kemaraan musuh dari laut.
ESEI LENGKAP

Sebelum Gerakan 100 hari bermula iaitu pada tahun 1800-an,


Dinasti Ching sering menindas dengan tegas dan kejam segala
kegiatan politik yang berlaku di China. Namun selepas tahun 1800-
an, tekanan tersebut dilihat semakin berkurangan kerana
bertambahnya ancaman dari luar dan dalam negeri. Kegagalan dalam
Gerakan Menguatkan Diri pula telah menyebabkan lahirnya
beberapa tokoh baru dalam memajukan dan memodenkan negara
China. Dengan ini, terhasillah gerakan pembaharuan yang dikenali
sebagai Gerakan Reformasi Seratus Hari.Terdapat sebab-sebab yang
menyebabkan tercetusnya reformasi 100 hari.

Antara sebab yang menyebabkan tercetusnya reformasi 100 hari


ialah kemunculan aliran ilmuan Han yang baru iaitu “Aliran Teks
Baru”, dari Chen-Wen Chia.Aliran ini berdasarkan tentang diri pada
aliran yang sama pada zaman Dinati Han I.Mereka berpendapat
bahawa versi teks baru dari Kitab Klasik membenarkan pelaksanaan
pembaharuan.Hal ini kerana, K’ang Yu Wei menganggap bahawa
kitab-kitab kuno zaman Han banyak yang palsu manakala kitab
sejarah dianggap tulen.Oleh itu,aliran ilmuan tersebut telah
menyebabkan reformasi 100 hari berlaku.

Selain itu,K’ang Yu Wei sedar bahawa China sudah jauh


ketinggalan dan kedudukan ini amat membahayakan China.Oleh hal
yang demikian,beliau mula menulis memorial pertamanya kepada
kerajaan China untuk mengajak ke arah kemajuan dan memberi
amaran terhadap ancaman kuasa asing.Tulisannya tidak disampaikan
kepada Maharaja kerana tulisan tersebut telah ditapis oleh pihak
penapis yang menganggap bahawa penulisannya merupakan sesuatu
yang gila.Sementara itu,seorang pemeriksa,Hsu Tung mengambil
tindakan dengan memadam nama K’ang Yu-Wei sebagai calon yang
berjaya dalam peperiksaan awam kerajaan.Oleh itu,reformasi 100
hari tercetus akibat China telah ketinggalan zaman.
Seterusnya,kejutan daripada dua perang dengan kuasa barat juga
menyebabkan reformasi 100 hari berlaku.Dua perang dengan kuasa
Barat (Perang Candu dan Perang Arrow) dan kebangkitan dalaman
telah mendorong kerajaan mengkaji semula kekuatan negara China
untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.Putera K’ung
(1833-1898) menjadi pemimpin yang menonjol selepas mengadakan
rundingan dengan kuasa Barat untuk menyelesaikan Perang
Arrow.Para pemimpin yang berjaya menghapuskan 17 kebangkitan
dalaman China juga berjaya menaikkan imej mereka di mata pihak
istana.Pemimpin-pemimpin ini terdiri daripada Tseng Kuo-fan,Li
Hung-Chang dan Tso Tsung-T’ang mempunyai banyak pengalaman
mengenai kelemahan China dan rahsia kekuatan kuasa Barat.Mereka
mula memikir mengenai pemulihan kuasa China dengan mengambil
teknologi Barat sebagai asas kekuatan China.Oleh itu,perang
tersebut mencetuskan reformasi 100 hari.

Di samping itu,kemunculan beberapa perintis yang sedar tentang


kekuatan Barat seperti Liang T’iang-nan telah mencetuskan
reformasi 100 hari.Beliau mencatat tentang sistem politik Amerika
Syarikat yang bertajuk Holmmanuel Hsu (1983),The Rise of Modern
China dan kajian tentang gangguan asing ke atas China bertajuk I-
fen chi-wen (Rekod Tentang Orang Barat).Ini diikuti oleh Hsu Chi-
yu yang menulis mengenai geografi dunia yang bertajuk Ying-Huan
chih-lueh (Kajian Ringkas Tentang Kelautan).Asas kepada kajian
mereka ini ialah jika China membangunkan dan memperlengkap
pertahanan pengairannya,mereka boleh menahan atau menghalang
kemaraan musuh dari laut.Oleh itu,perintis yang sedar dengan
kekuatan barat menyebabkan reformasi 100 hari berlaku.

Kesimpulannya,terdapat beberapa sebab yang telah mencetuskan


reformasi 100 hari.Namun begitu,reformasi ini hanya bertahan
selama 3 bulan sahaja apabila pada 21 September 1898,satu
rampasan kuasa telah dilakukan oleh Maharani Dowager Hsu-His
untuk menghaouskan gerakkan ini.

Anda mungkin juga menyukai