Anda di halaman 1dari 17

Aliran Seni Catan

Sejarah
Aliran ini timbul di Perancis pada sekitar abad ke-19.

Impressionisme mendapat nama berdasarkan catan yang berjudul Impression, Sunrise (Impression, soleil levant),1872 oleh pelukis yang juga merupakan pengasas aliran Impressionisme iaitu Claude Monet.

Impression, soleil levant(Tanggapan, Terbit Matahari) 1872, cat minyak dan kanvas oleh Claude Monet

Usaha beliau mendapat perhatian rakannya iaitu Edouard Manet dan berjaya menghasilkan satu karya catan yang bertajuk River, 1888. Melalui catan ini, beliau telah berjaya merakamkan beribu-ribu cahaya dengan menarik sekali dan meninggalkan bayangan dikelihatan seolah-olah memberi gambaran sebenar. Pelukis-pelukis impressionisme antara tahun 1830 1841. Mereka adalah Pissaro, Edouard Manet, Edgar Degas, Cezanne, Sisley, Claude Monet dan Renoir.

The Grand Canal cat minyak oleh Edouard Manet

The Escape of Rochefort cat minyak oleh Edouard Manet

Sebab Kemunculan
1.) INGIN BEBAS Pelukis aliran impressionisme ingin membebaskan diri mereka daripada seni Klasik dan Tradisional yang lazimnya menggambarkan tema yang berunsurkan keagamaan, politik, dan sosial di mana tanggapan mereka kebanyakkan pelukis pada masa itu hipokrit serta tidak menggambarkan perkara sebenar. Mereka tidak mahu terikat dengan sesuatu, konsep mereka ialah melukis sebebas-bebasnya bagai burung yang terbang. Ini adalah pendapat Claude Monet.

2.) PENGARUH PELUKIS


Sumber lain yang menjadi sebab tertubuhnya aliran ini ialah pengaruh pelukis-pelukis sezaman mereka terutamanya golongan pelukis dari England yang telah mula membuat catan landskap pada abad ke-19. Pelukis Inggeris yang banyak mempengaruhi golongan pelukis Perancis ialah Constable (1776 1837). Beliau pula dipengaruhi oleh pelukis-pelukis Belanda seperti Jacob van Rusdael, Hobema, De Konick, John Chrome, dan John Sellcotman. Mereka telah membuat dan memperkenalkan catan pemandangan tetapi bukan secara realis tetapi stail disesuaikan dengan anggapan keindahan pada zaman itu.

Definisi
Impressionisme adalah merupakan satu sikap baru terhadap seni dan kehidupan juga merupakan sejarah dalam melahirkan seni moden. Aliran ini hampir sama dengan aliran Naturalisme tetapi aliran ini lebih mengutamakan suasana yang dilihat dalam jangka masa tertentu seperti waktu pagi, tengahari, petang dan sebagainya. Hasil yang digambarkan dalam lukisannya lebih mementingkan keserasian warna, cahaya serta watak-watak alam yang mereka lihat.

Gaya
Mengutamakan kesan suasana atmosfera. Warna yang digunakan berasaskan perkara yang dilihat dalam jangka masa tertentu. Perhatian tertumpu kepada pencahayaan dan apresiasi pelukis. Kegiatan melukis dibuat di luar, memperkenalkan penghasilan catan menggunakan kekuda.

Ciri-ciri Pelukis Impressionisme


Merakamkan tanggapan dan kesan seni tampak yang bersifat sementara. Karya tidak mempunyai unsur komentar sosial. Subjek tertumpu kepada warna dan cahaya. Mengkaji bagaimana warna berubah mengikut masa pada satusatu masa dan suasana. Meluangkan perasaan dan emosi. Pengaruh seni foto.

Karya Pelukis Barat

Umbrellas 1881 1886, cat minyak oleh Pierre Auguste Renoir

Jais de Bouffan 1876, oleh Paul Cezanne

Dancer with a Bouquet of Flowers (Star of the Ballet) 1878 , oleh Edgar Degas

Vue du canal Saint-Martin 1870, cat minyak oleh Alfred Sisley

Karya Pelukis Tempatan

Bumi Bahagia 1960, cat air oleh Abdullah Ariff

Waktu Pagi di Kampung 1959, cat minyak oleh Lai Foong Moi

Fishermen Village 1956, cat minyak oleh Tay Hooi Keat

Karya aliran Post-Impressionisme (selepas 1880)

Starry Night 1889, cat minyak oleh Vincent Van Gogh

Anda mungkin juga menyukai