Anda di halaman 1dari 47

Seni Halus yang dipraktikkan di

Malaysia mempunyai pengaruh dan


teknik yang berasal dari barat
Aliran-aliran dari barat menjadi
panduan atau ikutan yang mampu
mempengaruhi pelukis-pelukis
tempatan
Gaya aliran Neo-Klasisme wujud kerana
memperjuangkan moral dan sifat patriotik
yang merupakan satu tindak balas yang wujud
dalam Revolusi Peranchis
Aliran ini menghidupkan semula ideologi
Yunani dan Roman.Subjek sejarah dan hikayat
Yunani serta Roman menjadi tema catan
pelukis aliran.Mereka mementingkan suara
rakyat melalui fahaman humanisme dan
idealisme.
Aliran realisme mementingkan alam semula
jadi dan keaslian dalam bentuk visual yang
digambarkan secara nyata yang tiada kaitan
dengan emosi dan perasaan
Catan yang dihasilkan adalah seperti fotografi
yang mementingkan aspek teknikal
Mementingkan kebenaran dan ketepatan
dalam semua objek yang digunakan melalui
imej secara realistik
Aliran ini menampilkan artis-artis
yang meniru atau tidak membuat
sebarang pengubahsuaian dalam
karya mereka
Karya-karya ini meniru objek tanpa
mengubahnya sama ada objek itu
cantik atau tidak
Aliran Impressionisme berkembang sekitar
tahun 1870 di Peranchis dan dianggap aliran
yang terpenting pada kurun ke 19
Nama aliran diambil daripada catan Claude
Monet yang bertajuk Impression-Sunrise
Walaupun aliran ini dapat hanya bertahan
lebih kurang 15 tahun tetapi pengaruhnya
terhadap seni moden dapat dirasai hingga ke
hari ini.
Antara pelukis yang terkenal dalam aliran ini
ialah Claude Monet,Pierre Aguste
Renoir,Edourat manet,Pissaro dan Sisley
Antara pelukis Malaysia yang mempunyai
pengaruh impressionisme ialah Syed Ahmad
Jamal catan berjudul Umpan dan Yeoh Jin
Leng catan bertajuk Sawah padi.
Tema catan adalah berkaitan dengan kesan
semula jadi dengan menekankan kesan cahaya.
Meneroka kesan warna dengan
mendalam,kesan sapuan berus dilakukan
secara spontan dan cepat.
Pelukis melukis di luar studio untuk melukis
apa yang mereka lihat dan bukan apa yang
mereka tahu.
Pelukis aliran ini merakamkan kesan
semulajadi dengan menekankan kesan cahaya

Aliran ini melepaskan had Impressionisme
yang terlalu terhad. Memileh perkara di
persekitaran mereka sebagai hal benda.
Kajian terhadap cahaya dan warna dilakukan
dengan penumpuan yang lebih terhadap
visual. Warna diaplikasikan secara tindihan
dan kombinasi beberapa warna.
Teknik ini menimbulkan warna ilusi dari jarak
jauh.Contohnya Catan oleh George Seurat
dalam catan bertajuk A Sunday Afternoon on
Island Of A La Grande Jatte
Karya yang dihasilkan menggunakan warna
cerah, terang dan memeranjatkan dengan
gambaran keganasan dan kegarangan
Karya yang dihasilkan menggunakan warna
yang garang,bentuk dipermudahkan dan
penggunaan ruang yang mengelirukan kerana
tiada perspektif atau ilusi ruang dalam catan
Aliran tidak mementingkan apa yang dilukis,
tetapi perasaan dan emosi yang subjektif lebih
diutamakan
Mula berkembang di Jerman apabila pelukis
menyuarakan rasa hati dan meluahkan
tekanan serta kekecewaan melalui lukisan
Karya yang dihasilkan mempamerkan luahan
perasaan marah,tertekan dan memberontak
dengan menggunakan warna yang garang dan
ekspresif.
Karya dimanipulasi dan diolah serta
dipermudah sehingga melahirkan sesuatu
yang ekspresif.
Menolak ciri-ciri Klasik
Seni adalah manifestasi perasaan/emosi
pelukis
Menyingkir subjek dan objek serta menolak
peniruan alam
Penggunaan warna yang terang dan dramatik
bagi menyampaikan mesej
Pelukis Malaysia yang mengamalkan aliran ini
adalah Syed Ahmad Jamal,Awang Damit.
Aliran ini memileh subjek seperti figura dan
landskap dengan mengolah penggayaan dan
warna yang diluahkan secara spontan yang
kasar dan bebas.
Objek yang dilukis terdapat pemiutan
(distortion).Kegelisahan dapat dilihat pada
kesan aksi pelukis secara jelas melalui
kebanyakan hasil karya ekspressionisme
Aliran ini dikembangkan oleh Pablo-Picasso dan
Georges Braque di Paris sekitar 1908
Pelukis Kubisme tidak melibatkan emosi atau
perluahannya,tetapi lebih bersifat penerokaan
moden atau akademik tentang seni lukis.
Karya yang dihasilkan seolah-olah terpisah atau
berkecai dan menolah serta mengalih daripada
kongkongan realistik.
Objek kelihatan bersepihan dengan sudut
tajam(hard edge). Artis memecahkan
bentuk,memisahkannya kepada beberapa
komponen dan menembusi ke dasar permukaan
karya untuk mendapatkan apa yang tidak dapat
dilihat kerana terlindung daripada penglihatan
Menolak peniruan dan tradisi catan yang
mementingkan objek realiti
Cuba menyelesaikan permasalahan tiga
dimensi dalam ruang dua dimensi
Penggunaan bentuk-bentuk/satah geometrik
Seperti kaca dan menimbulkan kesan lut sinar
Warna bertenaga
Pelukis Malaysia yang mengamalkan konsep
Kubisme ialah Anuar Rashid dalam Catan
bertajuk pelayaran Indraputera
Aliran terbahagi kepada gaya
Kubisme Analistik ia memberikan
tumpuan kepada bentuk geometrik
dan warna yang terbatas dan
Kubisme Sintetik menggunakan
warna terang serta rupa yang lebih
dekoratif disamping penggunaan
elemen huruf-huruf stensil dan
teknik kolaj

Aliran yang berasal dari Itali dan menghayati
perkembangan sains dan teknologi dengan
cara memanisfestasi kemajuan, perkembangan
teknologi dan sains melalui persoalan tema
perindustrian, perkilangan, jentera dan
penemuan baharu.
Karya Futurisme menonjolkan ciri-ciri
kemajuan,kelajuan,dinamis serta penerokaan
fizik. Peperangan dan kemusnahan alam akibat
kemajuan dan perindustrian sering ditonjolkan
sebagai subjek.
Aliran yang lahir akibat perang dunia. Ia
menentang keras peperangan dan kezaliman
Aliran ini antiseni dan karya dihasilkan secara
spontan,intuitif dan fantastik. Pengikut aliran
ini menganggap kehidupan tidak bermakna
dalam peperangan dan askar dihantar ke
medan peperangan hanya untuk mati
Perkataan Dada itu sendiri tidak memberikan
apa-apa makna
Kumpulan perantaraan antara aliran futurisme
dengan surrelisme
Konsep Bebas
Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni
semata-mata
Seni adalah medium untuk melepaskan
perasaan
Berpegang kepada konsepkemusnahan juga
merupakan penciptaan
Istilah surealisme berasal daripada
perkataan super dan realism.Manifestasinya
ditonjolkan dalam catan, teater, kesusasteraan,
falsafah dan muzik
Objektif utama aliran ini ialah pencarian dan
penerokaan dalam dunia psikik,fantasi dan
alam bawah sedar serta melanggar hukum
logik.Mereka mengkaji kewaujudan mimpi
yang tidak terbatas

Aliran Surealisme terbahagi kepada dua iaitu
Surealisme Abstrak dan Surealime Halusinasi
Karya yang dihasilkan memberikan
manifestasi yang indah dalam
mimpi.Contohnya karya Salvador Dali bertajuk
The Persistance Of Memory (1931)

Aliran ini menggambarkan luahan perasaan
yang sebenar melalui penggunaan warna,
sapuan berus, renjisan warna dan aksi pelukis
dengan pelbagai cara yang bebas
Gaya aliran ini mementingkan
keseponan,intuitif dan pemekiran bebas
daripada perancangan dalam berkarya
Kepentingan aksi semasa melukis diambil kira
dan memberikan kesan kepada karya.
Pelukis Jackson Pollock menjadi ikutan oleh
beberapa pelukis Malaysia iaitu Latif Mohidin
Istilah pop merujuk budaya popular yang
menjadi amalan. Aliran ini wujud di Britain
dan Amerika Syarikat.
Aliran ini membentuk sistem formal dalam
seni halus yang menjurus kepada promosi
produk. Objek dan subjek yang popular
menjadi subjek utama dalam aliran
Individu yang popular dan watak-watak
dalam komik menjadi subjek yang ditonjolkan
Penerokaan teknik baharu seperti penggunaan
teknik cetakan saring sutera diaplikasikan
dalam penghasilan karya
Pelukis oleh Andy Warhol yang memileh imej
Marilyn Monroe,sebagai subjek karyanya
menjadi ikutan oleh pelukis di Malaysia iaitu
Ismail Zain dan Ibrahim Hussien
Istilah op diambil daripada perkataan
optical.Ia dipengaruhi oleh hasil kerja visual
yang dijalankan oleh ahli psikologi dan saintis
Seni ini merujuk seni optik yang mempengaruhi
ilusi penglihatan pemerhati.
Aliran ini menitikberatkan pengaruh
cahaya,penggunaan teknik serta warna yang
menimbulkan ilusi dalam hasil karya.
Pelukis aliran ini adalah Bridget Riley dengan
karya bertajuk Current mampu mencipta sensasi
pergerakan dan kedalaman menggunakan variasi
garisan.Pelukis malaysia yang terpengaruh
dengan aliran ini ialah Dato Ibrahim Hussien

Anda mungkin juga menyukai