Anda di halaman 1dari 9

SEJARAH TENUNAN

Tenunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara
selang-seli antara benang loseng ( yang menunggu ) dengan benang pakan ( yang
mendatang ) untuk dijadikan sehelai kain. Seni tenunan adalah suatu warisan yang
terus mendapat tempat istimewa dalam kebudayaan Nusantara. Faktor yang
mendorong perkembangan seni tenunan ini dapat disorot pada kepentingan
kedudukan rantau ini dari segi geografi. Sebagai tempat persinggahan kapal yang
strategik, Nusantara menjadi tumpuan utama pedagang dari Tanah Arab, India dan
China. Antara barangan yang didagang ketika itu ialah kain termasuk kain tenun.
Oleh sebab itu, seni tenunan di Nusantara banyak dipengaruhi dari negara-negara
tersebut. Di antara tenunan yang paling terkenal ialah Songket Melayu dan Tenunan
Pua peribumi Borneo. Perusahaan tenunan ini banyak dilakukan di negeri Pantai
Timur khususnya di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Teknik hasil
kraftangan tenunan utama yang menampakkan keseragaman tekstil Melayu. Kain
tenunan beerti kain atau tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenunan yang dibuat
daripada benang.

Tenunan Pahang
Kain tenunan Pahang dipercayai berasal daripada Sulawesi dan dibawa ke Pahang
pada abad ke-16. Tokoh yang bertanggungjawab ialah Tuk Tuan atau Keraing Aji
yang berketurunan Bugis dan bermastautin di Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang.
Dari Pahang, corak ini berkembang ke Kelantan dan Terengganu. Tenunan Pahang
menggunakan alat yang dikenali sebagai kei siam. Kedua-dua benang sutera dan
benang kapas boleh digunakan. Motif utama ialah petak-petak dan jalur tegak atau
melintang.
Tenunan benang kapas
Tenunan ini adalah tenunan biasa termasuk dalam kelompok tekstil sederhana iaitu
jenis awal yang ditemui di wilayah budaya tekstil Melayu pesisir. Tekstil ini
khususnya yang diperbuat daripada kapas dipakai oleh kalangan rakyat biasa.
Tenunan biasa berhias corak hasil jalinan tenun benang pakan dan loseng berwarna.
Pada peringkat ini, tenunan biasa masih di peringkat sederhana iaitu belum lagi
diberi motif hiasan. Tenunan bercorak mula memperlihatkan keindahan khususnya
apabila benang sutera atau benang emas diselit untuk mengimbangi motif jalur atau
garis kecil seperti pada kain hujan emas. Hampir seluruh wilayah budaya tekstil
melayu seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Riau-Siak, Sulawesi, Minangkabau,
Palembang menghasilkan tenunan biasa atau tenunan becorak yang seperti ini.
JENIS-JENIS TENUNAN


tenunan Pahang
tenunan songket(benang emas)
tenunan pua (Sarawak).

Tenunan Pahang:
a. berasal dari Riau, Sulawesi
b. menggunakan benang kapas dan sutera
c. menggunakan bahan pewarna semulajadi iaitu daun terung( biru),
kunyit( kuning), dan air perahan belimbing untuk mematikan warna.
d. di Kelantan dikenali sebagai tenunan balas atau setuli benang.
Tenunan songket:
a. menggunakan benang emas dan perak
b. terdapat dua jenis songket iaitu tekat 3 dan tekat 5

Tenunan pua:
a. menggunakan teknik nikat dan celup ke dalam warna
b. digunakan untuk majlis kelahiran dan kematian serta popular di
Sarawak.
Jenis tenunan:

a. kain sarung- mempunyai bahagian kepala, badan dan kaki , dan dipakai
oleh kaum wanita.
b. kain bukang/samping - lebih kecil daripada kain sarung dan ke dua-dua
hujung disambung untuk jadikan kain samping.
c. kain selendang- kainnya panjang dan mempunyai kepala di kedua-dua
hujungnya. Dijadikan selendang.
d. kain destar/tanjak/tenggolok-kain dilipat dan diikat serta dijadikan
perhiasan kepala.
e, kain lepas- tenunan tanpa corak-lebih kecil dari kain bujang
f. kain kampuh- menjadi kain kelubung atau kain sarung-selempang bahu
untuk lelaki.

Motif tenunan
-fauna
-flora
-geometri
-banda
-makanan
-awan larat

Corak tenunan


Proses tenunan
Bahan
-benang kapas, sutera dan linen
-pewarna dari sumber asli
Alatan
-kek lantai atau kek injak kaki, kektangan,, jentera, sikat
jentera, rahak, anak geliging, lidi buluh, torak, cuban, pelenting,
pasong dan papan gulung.

PROSES MENENUN
a. Melerai benang-gunakan rahak dan pelenting-benang bewarna
dimasukkan ke dalam rahak dan putar pada pelenting
b. Menganing-untuk mendapatkan ukuran panjang benang
c. Menggulung benang loseng-menggulung benang pada papan gulung
d. Menyapuk-benang loseng dimasukkan dalam gigi jentera
e. Mengarat-pembentukan dua lapisan benang loseng.
f. Menyolek-menyusun lidi-lidi buluh pada benang berasaskan corak
g. Menenun-menggunakan alat dipanggil kek tumpah atau kek injak-
tenunan dilakukan dengan menjalin benang secara berselang seli
antara benang loseng dengan benang pakan.
Struktur ragam hias songket:

Menenun:


Kek tenun biasa



Kek Tumpah(Tenunan Kain Pua )




Motif tenunan kain pua
a. Tempat duduk e. belira
b. kayu pesa f. anak kayu
c. tali gantung karat g. pasung
d. kayu pijak karat h. jentera(sikat)

TEKNIK TENUNAN

Benang lungsin (membujur vertikal, warna merah) dan benang pakan (melintang
horizontal, biru) dalam anyaman polos. Benang lungsin atau benang
lusi adalah benang tenun yang disusun sejajar (biasanya memanjang) dan tidak
bergerak (terikat di kedua ujungnya), yang padanya benang pakan diselipkan.
Sebelum menenun dilakukan penghanian, yakni memasang benang-benang
lungsin secara sejajar satu sama lainnya di alat tenun sesuai lebar kain yang diingini.
Lungsin biasanya adalah berkas serat atau benang hasil pemintalan serat.
Pada tenun ikat ganda, pakan dan lungsin diikat oleh bahan kedap air sebelum
dicelup untuk pewarnaan. Proses ini diulang-ulang tergantung berapa banyak warna
yang akan dibuat.

Proses Tenunan Songket



Kek Tenun


Bahan dan Alat

Benang dan pewarna ialah bahannya. Alatnya pula terdiri daripada kek tenunan, kek
mengarat, rahak, peleting buluh (bobbin), lidi daun kelapa, papan gulung, anak kayu,
dua belira, sikat dan jentera, jarum culik, batang anak kayu, kayu karat, benang
losen, lidi nibung atau buluh, benang batang bunga songket, darwin pakan, darwin
benang emas, cuban, torak pakan, torak benang emas dan sumbi.

Teknik dan Proses
Setelah benang dibersihkan dan dimasukkan ke dalam pencelup warna, ia dibilas
dengan air dan dijemur hingga kering. Lapan proses lagi yang terlibat sebelum
sesuatu tenunan boleh disiapkan ialah melerai, menganing, menggulung,
menyampuk, menghubung, mengarak, menyolek dan menenun.

1. Melerai
Benang yang telah kering dimasukkan ke dalam sejenis alat yang bernama rahak
untuk diputarkan pada satu alat yang bernama peleting. Proses ini dipanggil melerai.
Terdapat dua jenis rahak, iaitu darwin pakan dan darwin emas. Darwin pakan
digunakan untuk benang pakan sahaja. Ia diperbuat daripada buluh dan tali atau
rotan. Darwin emas pula digunakan untuk benang emas sahaja dan diperbuat
daripada kayu atau dawai kerana benang emas kasar dan berat.

2. Menganing
Benang yang telah menjalani proses melerai dimasukkan ke dalam alat menganing
untuk menentukan ukuran panjang benang yang hendak dimuatkan pada alat ini.
Biasanya segulung benang pakan atau seloseng yang berukuran 26 - 31 m boleh
menghasilkan 12 - 14 helai kain.

3. Menggulung
Benang yang telah dianing akan digulung pada papan gulung mengikut lebar gigi
jentera dan panjang losen pada papan gulung yang hendak dipasung. Losen ialah
benang yang memanjang pada kek. Kedudukan benang perlu diperiksa setiap tiga
kali menggulung untuk memastikan susunan kemas.

4. Menyampuk
Menyampuk ialah proses memasukkan benang losen ke dalam gigi jentera atau
sikat. Biasanya, proses ini dilakukan di dalam kek mengarak supaya senang untuk
menyampuk benang kepada jentera. Setiap lubang sikat disusukan dua urat benang
losen. Pada kedua belah hujung sikat itu disusukkan empat urat benang supaya tepi
kain tidak terkoyak apabila disangkutkan pada kayu sumbi kain. Sumbi kain ialah
sebatang anak kayu yang mempunyai paku di kedua-dua belah hujungnya. Sumbi
kain menjaga tepi kain tenun supaya sama jarak dan tidak berkedut.

5. Menghubung
Menghubung ialah proses menyambungkan benang daripada losen kepada benang
yang tertinggal pada jentera. Cara ikatannya dipanggil ubung tindas. Proses ini
bertujuan menyambungkan benang losen untuk menenun. Meja kecil dinamakan
meja hidangan berukuran 10 cm panjang, 8 cm lebar dan 20 cm digunakan untuk
menghubung.

6. Mengarak
Kerja mengarak dilakukan setelah selesai proses menyampuk. Mengarak dilakukan
dengan melilit benang asing atau benang karat kepada kayu karat, termasuk benang
losen. Jumlah karat yang digunakan biasanya hanya dua karat dan setiap karat
mempunyai empat batang anak kayu.

7. Menyolek
Kerja menyolek bunga merupakan kerja yang paling rumit dalam proses menenun
kain songket. Cara menyolek reka corak adalah dengan menyusulkan lidi-lidi buluh
pada benang losen yang dikehendaki. Biasanya kain songket ditenun dengan teknik
tekat tiga atau tekat lima. Jika menggunakan tekat lima, setiap lima unit benang
losen, satu benang alas ditolak ke bawah dan benang-benang alas ini disengkang
pula dengan belira. Setelah benang losen berada di atas, barulah kamu boleh
menyolek dalam pelbagai corak pada benang losen dengan menggunakan lidi buluh.
Belira dimasukkan pada setiap lidi buluh tadi mengikut giliran. Belira ditegakkan
untuk menyenangkan ikatan benang butang. Butang-butang inilah yang akan
menjadikan corak atau motif bunga di atas kain songket. Apabila selesai proses
menyongket, benang losen bersama karat-karatnya ditukar ke kek tenun untuk
ditenun agar menjadi kain songket.

8. Menenun
Menenun adalah proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah oleh benang pakan
untuk dijadikan kain. Bagi kain songket bercorak penuh, benang emas dilayarkan
melalui torak benang emas untuk menghasilkan sulaman motif bunga atau hiasan
reka corak penuh. Bagi kain songket corak melintang atau corak bunga bertabur,
benang emas dilayarkan melalui cubaan untuk mendapatkan motif-motif yang
dikehendaki. Lazimnya selepas satu benang emas dilayarkan, ia dikepuh (beat) dan
diikuti pula dengan melayarkan dua benang pakan. Penenun akan menukarkan
benang butang mengikut giliran dan corak yang telah ditentukan. Proses ini diulangi
sehingga menghasilkan sehelai kain songket.

Anda mungkin juga menyukai