Anda di halaman 1dari 10

Tenunan Songket

Sejarah Songket
Dari segi sejarah, tenunan songket hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga
kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif
corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang
pembesar. Ia telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yang
lampau. Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung.
Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket
melambangkan kedudukan seseorang.

Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, dan


mempunyai corak rumit benang emas atau perak. Perkataan songket
bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau
menenun menggunakan benang emas dan perak.
Kain songket merupakan tenunan yang dihasilkan daripada jalinan
benang loseng (yang menunggu) dengan benang pakan (yang
mendatang). Proses pada asasnya mudah, ini dapat menghasilkan
ciptaan seni tampak yang indah dan menjadi kebanggaan bangsa.
Pusat tenunan di Semenanjung bermula di Terengganu. Pada masa ini
Terengganu dan Kelantan adalah pusat pengeluaran kain tenunan.

Tenunan sutera mempunyai corak yang mudah seperti corak Muar


(susun melintang dan berdiri); corak Bugis (susunan bersegi kecil),
corak melintang tapak catur, kain limar, kain pelangi, corak parang,
rosak, hingga ke tenunan songket dengan corak bintang bertabur, jong
sarat, dan teluk berantai.
Nama kain songket berasal daripada teknik membuat songket, iaitu
menyongket atau menyolek bunga (emas) pada tenunan sutera. Pada
amnya songket terbahagi kepada dua jenis, iaitu tekat tiga dan tekat
lima. Nama tekat itu berkaitan dengan penggunaan bilangan lembaran
benang sutera dan jarak antara lembaran benang emas yang disongket.
Tekat tiga lebih sukar dan rumit daripada tekat lima dan hasilnya lebih
halus. Penggunaan benang emas yang dikembar dua yang dilakukan
dengan selembar benang sutera akan menghasilkan tenunan yang lebih
bermutu dari segi teknik dan kesan.

Songket adalah lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi


zaman berzaman. Kemahiran dan kreativiti tukang tenunan terselah
melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik.
Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah
mennggalakkan lagi perkembangan tenunan tempatan. Tenunan
songket mula dibeberapa negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur
seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Dizaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket
melambangkan strata atau kedudukan seseorang. Secara tradisi
songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang
emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan
Bangsawan. Kini songket ditenun dengan benang kapas dan mula
dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlismajlis tertentu.
Keanggunan kain songket selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk
memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan dalam bentuk dimensi
baru seperti penghasilan songket dalam bentuk bag tangan, kasut,
hiasan dinding, kusyen, bingkai gambar dan sebagainya.

Tradisi menenun masih dapat dikekalkan dan tiada berubah sebagaiman


seratus tahun dahulu.

Corak dan motif


Corak dan motifnya memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu dan
sekali gus mencerminkan cita rasa budaya bangsa yang mekar dalam
persekitaran yang kaya dengan keindahan dan keunikan.
Antara corak yang digunakan:

Susunan bunga penuh

Susunan bunga bertabur

Susunan bercorak

Corak bunga penuh

songket sulam tabur

susunan bercorak

Motif yang digunakan pula adalah seperti:

Motif Tumbuh-tumbuhan

Motif Binatang

Motif Alam/Benda

Motif Kuih
Reka bentuk kain songket mengandungi badan, kepala, pucuk rebung,
atau bunga lawi ayam (dalam bentuk pucuk rebung), diapit di antara
kepala dan tepi kain.

Motif pucuk rebung pada kepala kain songket


Antara motif songket yang diilhamkan daripada tumbuh-tumbuhan ialah
pucuk rebung, bunga lawi ayam, bunga baling, tapak kecupu, bunga
tanjung, bunga cermai, bunga setelop, tampuk kesemak, tampuk
manggis, dan buah delima. Manakala corak-corak songket yang abstrak
dinamakan kasap, pecah lapan, tapak kacip, potong wajik, bunga tiga
dara, bunga logam, bunga kerongsang, dan jong sarat.
Motif yang diilhamkan daripada alam sekitar pula dinamakan bintang
buta, air molek, awan larat, dan teluk berantai. Yang diilhamkan
daripada haiwan ialah bunga lawi ayam, unduk-unduk, bunga hati, dan
sisik kelah.
Kain songket menggunakan warna seperti merah asam jawa, merah
darah ikan, merah jambu, kuning penang masak, kuning lemak ketam,
kuning tanah liat, kuning kunyit, hijau pucuk pisang, hijau serindit, hijau
batang bemban, hijau lumut, hijau terusi, biru air laut, biru manis, ungu
biji rembia (butir setar), ungu manis, kelabu asap, dan hitam.

Proses menenun adalah sama bagi kebanyakan negeri di Semenanjung


Melayu. Perbezaannya mungkin terdapat dalam penggunaan alat-alat
tenunan, istilah-istilah yang diberikan kepada proses menenun dan
corak bunga songket yang digunakan.
Pada amnya menenun songket terdiri dari lapan proses. Proses ini
diturunkan secara rahsia dari satu generasi ke generasi yang lain oleh
penenun yang mahir. Penenun ini hanya menyampaikan pengetahuan
dan kemahiran menenun kepada anak-anak dan cucu-cicit yang
berminat sahaja.

Proses Tenunan Songket


Bahan dan Alat
Benang dan pewarna ialah bahannya. Alatnya pula terdiri daripada kek
tenunan, kek mengarat, rahak, peleting buluh (bobbin), lidi daun kelapa,
papan gulung, anak kayu, dua belira, sikat dan jentera, jarum culik,
batang anak kayu, kayu karat, benang losen, lidi nibung atau buluh,
benang batang bunga songket, darwin pakan, darwin benang emas,
cuban, torak pakan, torak benang emas dan sumbi.

Teknik dan Proses


Setelah benang dibersihkan dan dimasukkan ke dalam pencelup warna,
ia dibilas dengan air dan dijemur hingga kering. Lapan proses lagi yang
terlibat sebelum sesuatu tenunan boleh disiapkan ialah melerai,
menganing, menggulung, menyampuk, menghubung, mengarak,
menyolek dan menenun.

1. Melerai
Benang yang telah kering dimasukkan ke dalam sejenis alat yang
bernama rahak untuk diputarkan pada satu alat yang bernama peleting.
Proses ini dipanggil melerai. Terdapat dua jenis rahak, iaitu darwin
pakan dan darwin emas. Darwin pakan digunakan untuk benang pakan
sahaja. Ia diperbuat daripada buluh dan tali atau rotan. Darwin emas
pula digunakan untuk benang emas sahaja dan diperbuat daripada kayu
atau dawai kerana benang emas kasar dan berat.
2. Menganing
Benang yang telah menjalani proses melerai dimasukkan ke dalam alat
menganing untuk menentukan ukuran panjang benang yang hendak
dimuatkan pada alat ini. Biasanya segulung benang pakan atau
seloseng yang berukuran 26 - 31 m boleh menghasilkan 12 - 14 helai
kain.
3. Menggulung
Benang yang telah dianing akan digulung pada papan gulung mengikut
lebar gigi jentera dan panjang losen pada papan gulung yang hendak
dipasung. Losen ialah benang yang memanjang pada kek. Kedudukan
benang perlu diperiksa setiap tiga kali menggulung untuk memastikan
susunan kemas.
4. Menyampuk
Menyampuk ialah proses memasukkan benang losen ke dalam gigi
jentera atau sikat. Biasanya, proses ini dilakukan di dalam kek
mengarak supaya senang untuk menyampuk benang kepada jentera.
Setiap lubang sikat disusukan dua urat benang losen. Pada kedua belah
hujung sikat itu disusukkan empat urat benang supaya tepi kain tidak
terkoyak apabila disangkutkan pada kayu sumbi kain. Sumbi kain ialah
sebatang anak kayu yang mempunyai paku di kedua-dua belah
hujungnya. Sumbi kain menjaga tepi kain tenun supaya sama jarak dan
tidak berkedut.
5. Menghubung

Menghubung ialah proses menyambungkan benang daripada losen


kepada benang yang tertinggal pada jentera. Cara ikatannya dipanggil
ubung tindas. Proses ini bertujuan menyambungkan benang losen untuk
menenun. Meja kecil dinamakan meja hidangan berukuran 10 cm
panjang, 8 cm lebar dan 20 cm digunakan untuk menghubung.
6. Mengarak
Kerja mengarak dilakukan setelah selesai proses menyampuk.
Mengarak dilakukan dengan melilit benang asing atau benang karat
kepada kayu karat, termasuk benang losen. Jumlah karat yang
digunakan biasanya hanya dua karat dan setiap karat mempunyai
empat batang anak kayu.
7. Menyolek
Kerja menyolek bunga merupakan kerja yang paling rumit dalam proses
menenun kain songket. Cara menyolek reka corak adalah dengan
menyusulkan lidi-lidi buluh pada benang losen yang dikehendaki.
Biasanya kain songket ditenun dengan teknik tekat tiga atau tekat lima.
Jika menggunakan tekat lima, setiap lima unit benang losen, satu
benang alas ditolak ke bawah dan benang-benang alas ini disengkang
pula dengan belira. Setelah benang losen berada di atas, barulah kamu
boleh menyolek dalam pelbagai corak pada benang losen dengan
menggunakan lidi buluh. Belira dimasukkan pada setiap lidi buluh tadi
mengikut giliran. Belira ditegakkan untuk menyenangkan ikatan benang
butang. Butang-butang inilah yang akan menjadikan corak atau motif
bunga di atas kain songket. Apabila selesai proses menyongket, benang
losen bersama karat-karatnya ditukar ke kek tenun untuk ditenun agar
menjadi kain songket.
8. Menenun
Menenun adalah proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah oleh
benang pakan untuk dijadikan kain. Bagi kain songket bercorak penuh,
benang emas dilayarkan melalui torak benang emas untuk
menghasilkan sulaman motif bunga atau hiasan reka corak penuh. Bagi
kain songket corak melintang atau corak bunga bertabur, benang emas
dilayarkan melalui cubaan untuk mendapatkan motif-motif yang

dikehendaki. Lazimnya selepas satu benang emas dilayarkan, ia


dikepuh (beat) dan diikuti pula dengan melayarkan dua benang pakan.
Penenun akan menukarkan benang butang mengikut giliran dan corak
yang telah ditentukan. Proses ini diulangi sehingga menghasilkan
sehelai kain songket.

Video : Songket Terengganu

Songket Dimensi Baru

Pengeluaran songket kini telah mengorak langkah ke dimensi baru.


Hasil tenunan dijadikan barang yang boleh dikomersilkan ke peringkat
antara bangsa. Antara hasilan songket dimensi baru seperti bag
tangan, selipar, bingkai gambar, tudung lampu dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai