Anda di halaman 1dari 11

NAMA KUMPULAN :

1. ROSNITA BT. ZAKARIA


2.MAIZATUL AKMAM BT. MOHD SALEH
3. NORATIJAH BT. ABDULLAH

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t


kerana telah mengurniakan kami kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan tugasan
ini dengan sempurna.
Dalam kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada En. Abdul Wahid Bin Ali Piah, pensyarah pembimbing kami kerana
banyak membimbing kami dalam menyiapkan tugasan ini. Beliau banyak memberi
penerangan tentang cara melakukan tugasan ini. Walaupun beliau sibuk, tetapi
beliau tetap ada masa untuk bersama kami serta rakan-rakan dalam

memberi

penerangan tentang tugasan ini.


Setinggi tinggi penghargaan juga ditujukan kepada keluarga dan rakanrakan yang telah banyak memberikan bantuan dan sokongan dari segi moral untuk
menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang
telah banyak memberikan buah fikiran dan bantuan yang berkaitan dengan tugasan
ini untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti, baik, serta lengkap.
Akhir kata, semoga tuhan dapat membalas setiap bantuan yang telah
diberikan samada secara langsung mahu pun tidak langsung sepanjang kami
menyiapkan tugasan ini. Kami berharap agar tugasan ini dapat diaplikasikan pada
masa akan datang.

ISI KANDUNGAN

i.

Penghargaan

ii.

Biodata

1.1
2.0
3.0
4.0
5.0

Asal-Usul Permainan Tuju Guli


Tempat Permainan
Cara Permainan
Undang-undang dan Permberian mata
Kesimpulan

PERMAINAN TRADISIONAL :TUJU GULI

ASAL USUL

Permainan guli adalah permainan tradisional melayu yang di gemari oleh


kanak-kanak pada masa lapang terutamanya pada zaman dahulu. Permainan guli ini
juga dikenali sebagai Kelereng. Permainan guli ini dimainkan secara melontarkan
guli dengan tepat mengenai sasarannya. Permainan ini biasanya dimainkan oleh
kanak-kanak terutamanya kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua
belas tahun.Kawasan yang paling sesuai untuk dijadikan gelanggang adalah di
tempat yang teduh, tanah rata dan kawasan yang lapang.
Hal ini demikian kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk menggali
lubang. Apabila tanah becak, permainan guli tidak menyeronokkan kerana buah guli
akan melengket pada tanah dan menyukarkan proses permainan tersebut.
Pada zaman dahulu, potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar sebiji telur
ayam untuk dijadikan sebiji

guli. Selepas Perang Dunia Pertama, guli dibuat

daripada bahan atau batu kapur yang diadukkan dengan simen dan sebesar ibu jari
kaki. Jumlah pemain dalam permainan ini tidak melebihi lima orang.

Permainan guli digemari oleh kanak-kanak

GELANGGANG

Untuk memulakan permainan, gelanggang perlu dibuat terlebih dahulu. Yang


pertama pemain perlu melukis bulatan di atas tanah berukuran garis pusat 50sm .
Seterusnya, satu garisan lurus dibina dengan jarak 3meter dari pada garisan besar
tersebut.Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.

Gelanggang guli

CARA BERMAIN

Bagi memulakan permainan ini, setiap pemain perlulah meleretkan biji guli
masuk ke dalam lubang induk atau pun lubang utama.Guli yang telah masuk
kedalam lubang induk atau yang paling hampir adalah dikira sebagai pemain yang
pertama yang memulakan permainan dan diikuti olehguli-guli kedua hampir dan
seterusnya.

Seterusnya, pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang
berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar dari bulatan tersebut. Sekiranya
jentikan tidakmengenai guli yang ada di dalam bulatan tersebut ianya dikira mati dan
pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, dan proses ini

berterusan sehingga semua pemain selesai membuat jentikan keatas guli pemain
lain.

Selain itu, pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan bersyarat, iaitu
pemain perlulah memasukkan guli miliknya terlebih dahulu kedalam lubang
induk.Pemain akan memastikan guli miliknya akan sentiasa berada berdekatan
dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Hal ini demikian kerana untuk
memudahkan mereka mengawal pemainan tersebut.

Seterusnya, apabila tiba pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain


akan mengambil alih giliran tersebut dikehendaki memasukkan guli miliknya
kedalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh membuat jentikan terhadap guli
pihak lawan.Sekiranya guli tersebut tidak memasuki lubang induk, tiba pula giliran
pemain lain.

UNDANG-UNDANG

i.

Kedua-dua kaki tidak boleh melepasi garisan penanda untuk menikam.

ii.

Kedua-dua kaki tidak boleh diangkat dan melangkah kehadapan ketika


membuat tikaman.

iii.

Tikaman hanya boleh menggunakanstriker yang telah disediakan

iv.

Kedudukan tikaman hanya boleh pada kedudukan berdiri.

PEMBERIAN MATA
Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli
pihak lawan sehingga semua pemain selesai giliran.Terdapat dua cara dendaan
yang akan dikenakan kepada pemain yang memungut jumlah mata yang paling
rendah. Cara pertama ialah pemain yang kalah tersebut akan memasukkan guli
miliknya kedalam lubang induk atau lubang utama dan semua pemain akan
memangkah guli tersebut. Cara yang kedua adalah dengan setiap pemain perlu
menjentik sekali seorang keatas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.

Sedang bermain guli

Bermacam-macam jenis guli

PELAN LANTAI GELANGGANG TUJU


GULI
X
X
X
X
X

BULATAN
INDUK

50 sm

3 METER

Apabila permainan tradisional digunakan, matlamat


kukrikulum sekolah kebangsaan untuk melahirkan
murid yang seimbang daripada segi intelek jasmani,
emosi dan rohani akan tercapai .Aktiviti permainan
bakal melahirkan insan yang holistic dan menghargai
warisan budaya .

KESIMPULAN

Melalui permainan yang diberi ,murid akan


didedahkan dengan pelbagai pengetahuan ,
kemahiran dan sikap bagi menyediakan murid ke
dalam persekolahan formal .

CARA BERMAIN :

1. PERTANDINGAN CECARA INDIVIDU


2. PESERTA SERAMAI 5 ORANG
3. UNTUK MENETUKAN GILIRAN PERMAINAN, PESERTA MELERETKAN GULI DARI
BULATAN KE

GARISAN YANG DISEDIAKAN.


4. SETIAP PESERTA DIBERI 10 BIJI GULI, DAN MASUKKAN KESEMUA GULI KE
DALAM LUBANG
INDUK.
5. MULAKAN PERMAINAN MENGIKUT GILIRAN
6. GULI YANG KELUAR DARI BULATAN MENJADI MILIK PEMAIN.
7. JIKA JENTIKAN TIDAK MENGENAI GULI PEMAIN DIKIRA MATI
8. BEGITU JUGA JIKA IBU GULI TERSANGKUT DI DALAM LUBANG INDUK PESERTA
DIKIRA MATI.
8. PEMENANG DIKIRA DARI BILANGAN GULI YAN PALING BANYAK DIKUMPUL.

Anda mungkin juga menyukai