Anda di halaman 1dari 3

Permainan Tradisional Masyarakat Melayu ( Konda-Kondi)

Pengenalan
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan
yang dilalui oleh nenek moyang pada zaman mereka. Asas penting yang menjamin
kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek
moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara
permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan
datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak
sehingga hari ini. Antara permainan itu termasuklah Konda - Kondi.
Sejarah
Permainan ini bermula di Negeri Melaka dan berkembang ke negeri-negeri lain di
seluruh Malaysia, permainan ini menjadi popular di kalangan kanak-kanak lelaki berbangsa
melayu sahaja. Pemain memerlukan kekuatan mental dan fizikal semasa bermain.
Permainan Konda-kondi juga dikenali sebagai perik mata .
Peralatan
Peralatan yang diperlukan dalam permainan ini terdiri daripada dua batang kayu hanya
sebesar ibu jari sahaja.
1.
Kayu Ibu, (kayu panjang) kayu ini digunakan sebagai pemukul (penyungkit).
Panjang kayu 60cm. Kayu ini berbentuk lurus, bulat dan dari kayu yang keras.
2.
Kayu Anak, (kayu pendek) kayu ini dikuis oleh pemain ke udara. Panjang kayu ini
15cm. Kayu ini juga berbentuk lurus, bulat dan jenis kayu yang keras.
Tempat bermain
Permainan ini tidak perlu ada ruang yang luas, sebaik-baiknya dijalankan di tengahtengah padang untuk memudahkan permainan dimainkan. Di tengah-tengah padang di
korek sebuah lubang sedalam 15cm dengan panjangnya 15cm dan lebarnya 10cm. Tujuan
lubang ini dibuat adalah memudahkan pemain menyungkit kayu anak melambung ke
udara.
Cara Bermain
Permainan Konda-Kondi dimainkan oleh dua pasukan. Setiap pasukan terdiri
daripada dua orang. Lebih meriah permainan dimainkan lebih dari enam orang satu
pasukan.
Cara memulakan permainan undian cara wan to som akan dilakukan untuk
menentukan pasukan yang harus memulakan permainan terlebih dahulu.
Cara Pertama

Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu anak melintang di


lubang, manakala kayu ibu menyungkit kayu anak itu supaya melambung ke udara. Selepas
itu pemain pertama meletakkan kayu ibu di lubang. Pada masa yang sama pemain
pasukan lawan hendaklah cuba menyambut anak kayu yang dikuis oleh pemain sebelum
jatuh ke tanah.
Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan
yang sedang bermain dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan,
tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya. Mana-mana ahli hendaklah membalingkan
kayu anak masuk ke dalam lubang ataupun mengenai kayu ibu.
Sekiranya kayu anak itu masuk ke dalam lubang ataupun terkena kayu ibu yang di
letakkan secara melintang hanya pemain itu sahaja dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang
di balingkan oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu ibu tersebut, pemain
tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu
jarak kayu ibu dikira satu mata.
Cara Kedua
Pemain tadi akan mengambil kayu anak dan melambungkan ke udara, kemudian
memukul kuat dengan kayu ibu. Pemain akan diberi peluang sebanyak tiga kali jika
pukulan pertama atau kedua tidak kuat.
Sekali lagi pemain lawan cuba menyambut, jika tidak berjaya pemain tadi boleh
mendapat mata dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata
dari langkah pertama.
Cara Ketiga
Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang disebut patuk ular .
Pemain menyandarkan kayu anak di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu anak
dengan kayu ibu. Jika pukulan dibuat dengan baik , kayu anak akan melambung ke udara.
Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu anak itu sebelum jatuh ke tanah
dengan menggunakan kayu ibu. Kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan
yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.
Peraturan Permainan

1.
2.
3.
4.
5.

Antara peraturan yang perlu dikenakan kepada pemain atau pasukan dalam
permainan ini ialah:
Permainan hanya boleh dimainkan secara kumpulan sahaja. Sebaik-baiknya dimainkan dua
kumpulan yang masing-masing mempunyai dua atau tiga orang pemain.
Setiap pasukan harus mempunyai satu set alat permainan konda-kondi.
Hanya dua batang kayu yang berlainan saiz diperlukan.
Setiap pemain termasuk pihak lawan tidak boleh mengacah ketika pemain pertama
memulakan permainan.
Sekiranya pemain telah terbatal permainannya, kayu yang digunakan harus diberi kepada
pihak lawan dengan baik.
Perkara Yang Membatalkan Permainan

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Jika kayu anak dapat disambut oleh penjaga. Pemain dikira mati
Jika kayu anak yang dilemparkan oleh penjaga mengena kayu ibu atau termasuk lubang,
pemain pemain dikira mati dan permainan terpaksa diberhentikan.
Pemain akan dikira mati apabila kayu anak jatuh di suatu tempat yang jaraknya dengan
lubang tidak sampai satu ukuran kayu ibu.
Pada peringkat ketiga, pemain tidak dapat memukul kayu anak sebanyak tiga kali, pemain
seterusnya akan melakukan pukulan.
Jika kayu anak terkena badan pemain, satu mata kiraan akan ditolak.
Kumpulan penjaga dapat bermain selepas pemain akhir mati .

Kiraan Mata
Terdapat dua cara mengira mata kemenagan:
1.
Mengukur menggunakan panjang kayu ibu. Cara ini adalah cara yang paling banyak
digunakan oleh para pemain.
2.
Mengira padang atau mengira satu-satu pusingan dengan menentukan masanya.
Misalnya selama satu jam.
Sekiranya salah satu kumpulan mempunyai mata yang lebih tinggi berbanding
pihak lawan, bermakna pusingan tersebut dimenangi oleh kumpulan yang mengutip mata
yang banyak.
Fungsi Masa Kini
Konda-kondi hanya dimainkan oleh kanak-kanak untuk mengisi masa lapang mereka
apabila penat belajar. Kepopularan konda-kondi adalah terhad, permainan ini juga tidak
dapat dipastikan masa hadapannya. Mungkin suatu hari kelak permainan ini tidak lagi
dikenali.
Kesimpulan
Sebagai satu permainan tradisional, adalah diharapkan lebih baik permainan ini sebagai
permainan yang dimainkan oleh murid-murid sekolah. Oleh demikian semua pihak sama
ada pihak sekolah atau pihak berwajib harus mengenengahkan permainan ini sebagai salah
satu aktiviti sukan yang penting.

Anda mungkin juga menyukai