Anda di halaman 1dari 6

1

SEJARAH DAN ASAL USUL GULI

Permainan guli, yang juga dinamakan sebagai Kelereng, merupakan permainan tradisional
melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang mereka. Ia biasanya dimain oleh
kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Mereka biasanya
bermain di tempat yang teduh. Guli juga, biasanya, dimain pada musim panas atau kemarau. Ini
kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk lubang yang akan digali. Apabila tanah
becak, permainan guli tidak seronok kerana buah guli akan menjadi lenget.

Peraturan permainan
1. Setiap kumpulan diminta untuk menghantar wakil untuk pertandingan permainan Guli Roket.
2. Terdapat 3 pusingan yang perlu diharungi oleh setiap kumpulan.
3. Setiap pusingan hanya dibenarkan seorang wakil kumpulan sahaja untuk berada diatas
gelanggan pertandingan.
4. Ahli kumpulan yang lain hanya dibenarkan berada diluar gelanggang yang telah ditetapkan
oleh penganjur
5. Mana-mana kumpulan yang cuba untuk melakukan sebarang provokasi atau kelakuan
dianggap menganggu permainan akan disingkirkan dari permainan mengikut budi bicara juri.
1

6. Keputusan akhir juri adalah muktamad, segala surat-menyurat bantahan tidak akan dilayan

Guli adalah sejenis bebola kecil yang biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat atau akik.
Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak. Guli juga boleh digunakan dalam sesetengah
permainan lain, contohnya congkak. Ramai juga yang mengumpul guli, sama ada untuk
nostalgia atau warna estetiknya.

Permainan
Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya.
Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun.
Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.

Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain
guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu
kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

Gelanggang
Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garis pusat 1 m. Di tengah-tengah
bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10 cm lebar dan sedalam 7 cm dengan
menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ke tanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk.
Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3 m daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah
sebagai penanda mula tempat permainan.

Cara bermain
Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke
dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira
sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir
dan seterusnya.

Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam
kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain
kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua
pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.

Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli
miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa
berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan
mereka mengawal permainan.

Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran
dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh
menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain
diberikan. Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan
sehingga semua pemain selesai giliran.

Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata
terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan
3

semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain
menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan

SUSUNAN GRAFIK CARA BERMAIN PERTANDINGAN MAIN GULI

1METER

1 METER

PETUNJUK
Pemain
Ibu guli
Guli
SISTEM PERMAINAN MAIN GULI

Gelung

Tali panjang Tali pendek

Sistem permainan dalam permainan guli mengikut sistem kalah mati. Dalam perlawanan
pertama sebagai contoh Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertanding dahulu. Dalam
perlawanan tersebut sekiranya Kumpulan B menang, mereka akan menunggu perlawanan di
antara kumpulan C dan kumpulan D untuk menentukan juara bagi permainan guli ini. Daripada
keputusan perlawanan yang melibatkan di antara kumpulan C dan kumpulan D, juara akan
bertemu juara bagi menentukan juara keseluruhan permainan guli
Contoh Perjalanan Permainan
Perlawanan Pertama
Kumpulan A

LAWAN

Kumpulan B

Kumpulan B Menang
4

Kumpulan C

LAWAN

Kumpulan D

Kumpulan D Menang

Perlawanan Akhir
Kumpulan B

LAWAN

Kumpulan D

JUARA KESELURUHAN

?
Setiap individu dari kumpulan yang bertanding akan diberikan ibu guli yang mempunyai saiz
yang berbeza dengan guli yang berada di dalam bulatan tepung. Kumpulan yang berjaya
mengeluarkan guli yang banyak dari dalam bulatan tepung akan dikira sebagai pemenang.
Masa yang diberikan bagi setiap kumpulan yang bertanding selama 15 minit dan selepas
tamatnya tempoh permainan, juri pertandingan akan mengira guli yang berjaya dikeluarkan oleh
kumpulan yang bertanding. Kumpulan yang berjaya mengeluarkan guli yang banyak akan di
kira sebagai pemenang..
Perlawanan akhir, bagi kumpulan yang bertanding markah akan dikira berdasarkan kepada
kumpulan yang berjaya mengeluarkan guli jauh dari bulatan tepung. Jumlah guli yang berjaya
dikeluarkan jauh dari bulatan tepung akan dikira sebagai pemenang mutlak dan juara
keseluruhan bagi pertandingan main guli.
Sekiranya dalam perlawanan pertama didapati kedua-dua kumpulan mengeluarkan jumlah guli
yang sama, pemenang mutlak akan ditentukan melalui jarak guli dari bulatan tepung tersebut.
Guli yang berada pada jarak yang jauh dari bulatan tepung tersebut akan dikira sebagai
pemenang mutlak. Keputusan juri dalam pertandingan ini adalah muktamad.

BORANG PEMARKAHAN
PERLAWANAN PERTAMA
NAMA KUMPULAN
KUMPULAN WASSUP
KUMPULAN FACEBOOK

JUMLAH GULI YANG DIKELUARKAN

PERLAWANAN KEDUA
NAMA KUMPULAN
KUMPULAN WECHAT
KUMPULAN TWITTER

JUMLAH GULI YANG DIKELUARKAN

PERLAWANAN AKHIR
NAMA KUMPULAN
KUMPULAN PERLAWANAN PERTAMA
KUMPULAN PERLAWANAN KEDUA

JUMLAH GULI YANG DIKELUARKAN

Anda mungkin juga menyukai