Anda di halaman 1dari 3

PERANAN SAYA SEBAGAI PEMIMPIN DI SEKOLAH SAYA

Kepimpinan adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ianya menyentuh kehidupaan
masyarakat dunia tanpa mengira budaya , agama dan bangsa. Kepimpinan juga membawa
maksud kuasa,kedinamikan dan kejayaan individu dalam apa juga bidang yang diceburi.
Kejayaan sesebuah organisasi juga bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya iaitu
orang yang mengerah kerja dan meminpin kakitangan dan keseluruhannya.

Pemimpin juga adalah kebolehan seseorang untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan
dalam kalangan sekumpulan manusia yang diperlukan bagi mencapai matlamat sesebuah
taska dan organisasi. Bukan mudah untuk melaksanakan tugas sebagai ketua atau pemimpin
kerana kesabaran, penglibatan, pengorbanan dan banyak lagi perlu diterapkan dan di hadapi
bagi memastikan matlamat tercapai. Bagi saya taska yang efektif itu harus memiliki
kepimpinan instruksional yang kuat, harus mempunyai fokus yang jelas, harapan yang tinggi
dan pemantauan terhadap organisasi sesebuah taska.

Di taska saya pula, menjadi pemimpin terbaik adalah impian dan cita-cita saya. Jadi saya
harus memastikan organisasi atau taska saya beroperasi dengan baik. Banyak aspek yang
perlu diterapkan dan ditekankan semasa menggalas tanggujawab ini. Untuk menjadi
pemimpin saya perlu mempunyai wawasan dan matlamat yang jelas dan perlu berfikir dalam
pelbagai pendekatan bagi mencari alternative serta mampu memperjelaskan atau
memperhalusi sesuatu yang abstrak kepada sesuata yang nyata. Selain itu saya juga perlu
memiliki daya kekuatan bagi menggerakkan orang lain dan perlu mempunyai daya tahan
fizikal dan mental.

Peranan saya sebagai pemimpin juga adalah bagi memastikan segala pengurusan dan
pentadbiran taska berjalan dengan lancar dengan mewujudkan SOP atau piawaian peraturan
dalam organisasi taska dan memastikan SOP atau piwaian peraturan perlu dipatuhi dan
berjalan lancar seperti yang dirancang. Selain itu kawalan disiplin juga perlu di titikberatkan
pada semua kakitangan termasuk diri saya sendiri bagi menjayakan operasi taska saya. Ini
kerana pemimpin dilihat sebagai perantara, ahli politik,duta dan model dalam sesebuah
organisasi, maka saya harus berperanan seperti itu bagi mewujudkan taska yang berkuali,
produktif, efektif dan berwawasan. Menjadi seorang pemimpin juga menjadikan diri saya
seorang yang harus besifat berani, cekal dan tabah dalam menghadapi apa jua rintangan atau
kekangan yang saya hadapi. Selain itu kesungguhan dan kesanggupan menghadapi cabaran,
saingan dan masalah tidak kira samaada berpunca dari dalam diri, organisasi dan faktor luar.
Sebagai seorang pemimpin juga saya perlu menerapkan nilai-nilai murni, mewujudkan kasih
saying yang ikhlas, menjadi contoh yang baik dan sentiasa bersikap terbuka pada organisasi
taska saya bagi mewujudkan suasanan kerja yang baik dan tersusun atur tanpa sebarang
masalah yang boleh menjatuhkan reputasi taska saya. Sikap dan sifat yang paling penting
sekali adalah menjadi pemimpin yang bertanggungjawab, amanah, sabar dan yakin semasa
mentadbir.

Dalam memimpin juga saya harus banyak bersabar dan harus pandai menangani atau
menyelesaikan masalah dengan lebih tenang dan professional dan tidak cepat melatah atau
menunding jari kepada mana pihak dalam menyelesaikan sesuatu masalah, haruslah dibawa
berbincang, berjumpa dan bermesyuarat bagi mendengar suara ramai agar saya tidak salah
dalam membuat keputusan. Bukan sahaja dengan kakitangan tetapi dengan ibu bapa dan
pihak-pihak lain. Dalam memimpin sebuah taska bukan hanya kakitangan sahaja yang perlu
kite hadapi tetapi kite perlu berhadapan dengan ibu bapa, jabatan kebajikan masyarakat
(JKM), bomba, pejabat kesihatan, majlis perbandaran dan orang sekeliling kita. Saya perlu
ada keyakinan, kekuatan,kredibiliti atau kepercayaan dalam diri serta mampu mempengaruhi
semua pihak yang terlibat tentang organisasi taska saya.

Selain itu saya juga menyediakan polisi yanag meluas tentang keperluan kakitangan saya,
gaji, tempat tinggal kakitangan dan memastikan semuanya mencukupi dan logik semasa
mentadbir taska saya. Saya juga harus memastikan kewangan taska saya berjalan lancar dan
saya harus mengawal dan memantau keluar masuk perbelanjaan taska saya, ini bagi
memastikan tiada sebarang masalah akan timbul semasa mentadbir atau pada pada masa akan
datang. Mempunyai sifat kreativiti tersendiri juga adalah peranan saya dalam organisasi taska
saya dan ianya memerlukan saya agar banyak membaca dan menyelidik, membuat
eksperimen dan bermacam lagi bagi memastikan kreativiti itu menjadi dan disenangi.

Antara peranan saya yang lain adalah harus dan wajib memastikan mutu atau prestasi kerja di
jaga dan dikawal dengan terperinci bagi memastikan kualiti kerja sentiasa menepati
piawaian. Saya juga harus merancang untuk membuat jangkauan dan menyesuaikan
perubahan-perubahan taska selari dan sejajar dengan keadaan semasa bagi mencapai
matlamat dan tujuan penubuhan taska saya. Saya juga harus meletakkan sesuatu target dan
cuba merealisasikan segala apa yang di rancang tercapai biarkan ianya mengambil masa yang
lama. Bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan orang sekeliling dengan apa yang kita
cuab lakukan.
Selain itu juga peranan saya sebagai pemimpin, saya harus bersikap adil dan saksama dalam
menguruskan atau mentadbir taska saya. Kebijaksaan atau kebolehan dalam membuat
perhitungan yang lebih jauh sebelum bertindak menilai antara baik dan buruk berdasarkan
pertimbangan ilmu dan pengalaman supaya diakhir penilaian tidak menjadi berat sebelah atau
menjatuhkan maruah. Saya juga harus memahami perasaan orang lain dan harus mempunyai
sifat simpati serta melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku pekerja dan
boleh memberikan analisa yang adil dan tidak mengikut emosi ketika membuat keputusan.
Saya juga harus mempunyai hubungan dan kerjasama yang baik dengan semua kakitangan,
ibubapa dan semua pihak yang terlibat dalam organisasi taska saya bagi memastikan semua
berjalan lancar dan terus maju jaya.

Yang tersangat penting adalah kite sebagai pemimpin tidak ada sifat dengki, khianat dan
menipu. Sifat seperti ini harus di buang jauh-jauh dari sudut hati bagi memastikan
perancangan sebenar berada di landasan yang betul. Apabila seseorang itu berjaya meminpin,
ini bermakna anda berjaya mempengaruhi kakitangan, ibu bapa dan pihak telibat dalam
organisasi itu.

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat saya buat di sini adalah, kepimpinan bukanlah perkara yang mudah
untuk dilaksanakan dan ianya bukan sekadar keupayaan memberi arahan sahaja, tetapi ia
sebenarnya adalah penampakkan ciri-ciri dan amalan yang mulia yang diterapkan sepangjang
kehidupan kita. Untuk mencapai organisasi yang baik dan berkualiti, seorang pemimpin
haruslah sentiasa berwaspada dan prihatin dengan keadaan sekililing supaya mampu
melahirkan dan mewujudkan sebuah organisasi yang efektif, berkualiti dan mampu menjadi
sebutan dan bualan yang baik pada orang lain. Kepimpinan adalah merupakan faktor yang
terpenting dalam memastikan kecekapan dan keberkesanan dalam sesebuah organisasi.
Peminpin juga merupakan peneraju dan pemandu organisasi yang mengintegrasikan kesemua
faktor-faktor dalam organisasi secara strategik bagi mencapai wawasan, matlamat dan
objektif yang di tetapkan.

Anda mungkin juga menyukai