Anda di halaman 1dari 12

HBHE3203

_________________________________________________________________________________________________

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA MUHIBAH


1) Pendahuluan
Program gotong royong ini adalah gabungan daripada tiga unit yang sedia ada di sekolah
iaitu unit 3K. Ia adalah gabungan Unit Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan bagi mewujudkan
satu komuniti yang seimbang. Di sini bukan sahaja fokus kepada murid dan warga sekolah tetapi
juga merangkumi masyarakat disekeliling yang sememangnya ada kaitan dengan sekolah secara
langsung atau tidak.Keseimbangan antara rohani dan jasmani adalah diperlukan untuk menghasilkan
satu masyarakat yang harmoni.
Penekanan kepada perkembangan kanak-kanak adalah perlu diberikan secara menyeluruh
iaitu dari segi jasmani ,mental dan juga rohani.Perkembangan yang menyeluruh dan seimbang ini
akan membantu murid-murid untuk mencapai kemajuan pada peringkat yang terbaik..Untuk
memastikan kejayaan ini bukan sahaja perlu dilihat daripada kejayaan akademik sahaja tetapi juga
dari segi kebersihan, kesihatan dan keselamatannya.Ini kerana tiada nilai sesuatu kejayaan itu jika
tiada moral yang baik. Oleh yang demikian, keseimbangan menyeluruh dari segi
Jasmani,Emosi,Rohani,Intelek dan Sosial amat diutamakan sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Negara.
Program gotong-royong ini adalah meliputi kegiatan serta aktiviti yang telah dirancang untuk
menyemai nilai murni yang tinggi melalui kesedaran kebersihan dan kesihatan diri kerana apa yang
pasti dengan adanya tahap kesihatan yang tinggi ianya akan menjamin keharmonian seseorang dan
memastikan kejayaan yang menyeluruh. Selain daripada melalui kesedaran kesihatan, program ini
juga menekankan kepada kebersihan. Nilai kebersihan yang ditekankan di sini ialah kebersihan
fizikal dan persekitaran.Untuk belajar dengan selesa maka seseorang itu perlu berada dalam situasi
yang bersih diri serta tempat pembelajarannya juga perlu bersih agar rasa selesa dan tenang.
Disamping itu penekanan utama juga diberikan kepada kesihatan diri.Untuk mendapat kesihatan
yang optimum maka perlulah seseorang itu mengamalkan cara hidup yang sihat,sama ada dari segi
pemakanan ataupun aktiviti harian yang lain.

__________________________________________________________________________________________________________________________
AZIZAN HUSSAIN / 730923025607002

~1~

JAN /11

HBHE3203
_________________________________________________________________________________________________

2) Tujuan program Gotong-royong Muhibbah


Tujuan program ini dirancang dan dilaksanakan adalah untuk memastikan kawasan sekolah
bersih dan juga untuk menceriakan kawasan kantin sekolah. Kebersihan adalah penting dalam
mencari kejayaan dari segi akademik dan juga mencari nilai murni serta sentiasa mengamalkan cara
hidup dan aktiviti harian yang menjurus ke arah kebersihan yang hakiki.
Selain bertujuan untuk melahirkan murid yang seimbang, program ini juga dirancang untuk
memberi keceriaan kepada suasana sekolah terutamanya persekitaran tumpuan iaitu kantin dan juga
taman herba. Semoga mendapatkan kerjasama yang sepadu daripada seluruh masyarakat luar untuk
bersama dengan pihak sekolah dalam menjalankan pelbagai aktiviti demi untuk kejayaan semua anak
didik.
Tumpuan juga di utamakan untuk menambahkan pokok-pokok herba di taman herba
sekolah.Diharapkan taman herba ini dapat menambahkan ilmu murid-murid.
3) Nama program
Nama Program yang dipilih ialah Gotong-royong Perdana Muhibbah. Nama ini dipilih
ialah kerana ia nya bersesuaian dengan kehendak dan matlamat sekolah iaitu merapatkan hubungan
antara masyarakat dengan pihak sekolah. Perdana dipilih kerana ia menggambarkan ramai dan
menyeluruh manakala Muhibbah pula ialah menunjukkan kemesraan diantara kedua dua pihak
iaitu masyarakat dan pihak sekolah.
Kerjasama antara kedua-dua pihak dapat dipupuk dan disemai dalam aktiviti-aktiviti
sebegini.Dengan ini akan mengelakkan jurang antara keduanya.
4)Tema program
Tema yang telah dipilih adalah bertepatan dengan tujuan diadakan program ini iaitu
Sekolah Ceria Untuk Semua.Ini menggambarkan tujuan mengadakan gotong- royong ini adalah
untuk menceriakan sekitar sekolah . Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan semua
pihak. Sekolah yang ceria akan memastikan murid dapat belajar dan berada di sekolah dalam
keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat menimba ilmu dengan bersemangat.
__________________________________________________________________________________________________________________________
AZIZAN HUSSAIN / 730923025607002

~2~

JAN /11

HBHE3203
_________________________________________________________________________________________________

.
Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat untuk memberikan
ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih selesa untuk berkunjung ke
tempat anak-anak mereka menimba ilmu.
5) Matlamat Program Gotong royong Perdana Muhibbah
Matlamat utama dalam menjalankan program Gotong-royong Perdana Muhibbah ini adalah
untuk menceriakan kawasan sekolah dan kawasan tumpuan utumanya adalah kawasan kantin.Ini
adalah kerana murid-murid menikmati masa rehat mereka sambil makan dan berbual-bual bersama
rakan-rakan di kantin . Kejayaan seseorang individu yang ingin dihasilkan itu adalah lengkap dari
segi fizikal,rohani,emosi, serta intelek.Kejayaan seimbang ini adalah sejajar untuk mencapai
wawasan Negara.Untuk menjamin tercapai apa yang diimpikan itu maka perlulah dimulakan sedari
awal iaitu ketika individu itu berada dibangku sekolah lagi. Oleh itu kanti sekolah perlulah
ceria,selesa ,bersih dan cantik. Disamping murid-murid makan, mereka juga boleh menambahkan
ilmu dengan membaca bahan-bahan ilmu yang terdapat di persekitaran kantin termasuklah di atas
meja makan mereka.Pelaksanaan ini amat penting , namun begitu sokongan dari semua pihak adalah
amat penting dalam memastikan kejayaan program yang dirancang ini.
Selain itu tumpuan juga diberikan dalam menambahbaikkan taman berba supaya dapat
diberikan landskap yang cantik disamping adanya label-label nama pokok-pokok herba.Pelabelan ini
akan membantu murid-murid dalam mengenali tumbuh-tumbuhan .
6) Objektif Program Gotong-royong Perdana Muhibbah
Objektif bagi program Gotong-rotong Perdana Muhibbah yang dirancang ini adalah seperti
yang disenaraikan di bawah .
a)

Menyemai kesedaran terhadap kepentingan kebersihan kepada semua murid bagi


memastikan mereka sentiasa mengamalkan sikap menjaga kebersihan diri.

b)

Membina persekitaran kantin sekolah yang sentiasa bersih dan ceria serta sesuai dan
selesa untuk pembelajaran.

__________________________________________________________________________________________________________________________
AZIZAN HUSSAIN / 730923025607002

~3~

JAN /11

HBHE3203
_________________________________________________________________________________________________

c)

Memberi kesedaran kepada nmurid betapa pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat
dalam kehidupan seharian.

d)

Meningkatkan kerjasama antara semua pihak dalam menjalankan apa sahaja aktiviti yang
dilaksanakan di peringkat sekolah kerana ianya bukan sahaja untuk murid tetapi adalah
untuk semua.

e)

Menggalakkan bantuan dari pihak / jabatan luar untuk membantu sekolah dan
masyarakat.

f)

Menyemai sikap dan rasa pentingnya keselamatan murid di jaga untuk memastikan murid
berasa selamat berada di sekolah.

g)

Menyediakan tanaman-tanaman herba yang sesuai untuk pembelajaraan murid agar murid
dapat menambahkan ilmu di luar kelas.

h)

Menggalakkan sokongan masyarakat luar untuk pelbagai aktiviti.

i)

Melahirkan sekolah yang selesa dan sesuai untuk semua. Sekolah Ceria Untuk Semua.

7) Format Pelaksanaan
Untuk melaksanakan program Gotong-royong Perdana Muhibbah ini penglibatan
semua pihak adalah amat diperlukan.Ini kerana segala aktiviti yang dirancang di sini melibatkan
penglibatan yang aktif dari semua pihak.Program ini dirancang khusus untuk mendapatkan hubungan
yang baik antara semua pihak . Ini adalah untuk mewujudkan sekolah yang terbuka untuk semua dan
tidak terhad kepada guru dan murid sahaja.Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing
dengan aktif untuk menjayakan program ini. Berikut adalah antara peranan untuk semua pihak.
a)Peranan Guru Besar
i) Memberi penerangan kepada semua guru dan warga sekolah mengenai pelaksanaan program
Gotong-royong Perdana Muhibbah di sekolah.
ii) Menubuhkan jawatankuasa program Gotong-royong Perdana Muhibbah di peringkat sekolah yang
perlu dianggotai oleh pihak guru, wakil dari agensi kerajaan yang tertentu, wakil PIBG, agensiagensi lain serta masyarakat sekitar.
__________________________________________________________________________________________________________________________
AZIZAN HUSSAIN / 730923025607002

~4~

JAN /11

HBHE3203
_________________________________________________________________________________________________

iii) Merancang aktiviti bersama pihak guru yang mengambil kira beberapa faktor seperti yang
terlibat semasa perancangan awal :

Keperluan semua warga sekolah dari segi segala aspek serta situasi yang selesa,ceria dan
selamat untuk semua.

Kesedaran pada diri murid dan semua pihak tentang pentingnya faktor kebersihan,
kesihatan dan keselamatan ini digabungkan dalam menjamin kejayaan yang hakiki .

iv) Memastikan pelaksanaan aktiviti yang dirancang dijalankan secara terancang berterusan dan
tersusun.
v) Sentiasa menjalinkan hubungan yang baik serta sentiasa memberi penerangan kepada
masyarakat setempat , agensi / jabatan kerajaan dan swasta yang terlibat berkaitan perancangan
dan perjalanan program Gotong-royong Perdana Muhibbah. Ini bagi mewujudkan hubungan
dan kerjasama yang baik.
a) Peranan guru
Guru adalah penggerak utama dalam memastikan perjalanan dan kejayaan aktiviti yang
dirancang .Semua guru perlu memahami dengan mendalam segala aktiviti yang akan dijalankan agar
mereka dapat mengurus dengan baik. Antara peranan guru ialah:
i) Menyokong, melaksana dan memperkukuh aktiviti yang dirancang oleh jawatankuasa
peringkat sekolah.
ii) Bertanggungjawab memastikan aktiviti-aktiviti boleh dilaksanakan dengan betul dan
terancang.
iii)Bertanggungjawab untuk memberi galakan kepada masyarakat dalam penglibatan mereka
dalam program ini.
iv) Menggalakkan semua pihak lain untuk melibatkan diri secara aktif dalam program ini.

b) Peranan jabatan-jabatan berkaitan


__________________________________________________________________________________________________________________________
AZIZAN HUSSAIN / 730923025607002

~5~

JAN /11

HBHE3203
_________________________________________________________________________________________________

Dalam menjayakan programGotong-royong Muhibbah ini penglibatan dari jabatan-jabatan


lain amat diperlukan.Kepakaran mereka amat diperlukan untuk membantu pihak sekolah.Peranan
mereka ialah:
i)Memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk membantu menyampaikan
maklumat yang diperlukan.
ii) Memberi sumbangan kepakaran mereka.
iii) Sentiasa bersedia dengan bahan yang berkualiti dan bertepatan seperti tajaan pokok
herba,pokok bunga dan lain-lain lagi .
iv) Memberi bimbingan kepada guru untuk meneruskan perjalanan sendiri dilain waktu.
e) Peranan ibu bapa (PIBG)
Ibu bapa adalah golongan terpenting yang sememangnya amat diperlukan dalam menjayakan
program yang dirancang.Ini kerana mereka adalah orang yang ada hubungan langsung antara pihak
sekolah dan juga murid. Oleh itu mereka perlu memainkan peranan berikut agar program ini berjaya.
i) Melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.
ii) Bersedia untuk memberi sumbangan dari segi kepakaran, kewangan, tenaga mahupun peralatan
yang diperlukan oleh pihak sekolah dalam menjayakan program ini.
iii) Sentiasa memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti-aktiviti program ini.
iv) Memberi contoh yang baik kepada anak-anak dalam mengamalkan cara hidup yang berteraskan
kebersihan dan menjaga kesihatan diri dalam aktiviti seharian dalam mengejar kejayaan yang
terbaik dan sempurna.
8) Penganjur
Penganjur bagi Program Gotong-royong Perdana Muhibbah ini ialah Sekolah Kebangsaan
Seafield. Penganjur bersama pula ialah Jabatan Pertanian.Program ini juga mendapat kerjasama PIBG
dan MPSJ. Semua pihak telah bersama-sama menjayakan program yang dirancang.Penganjuran
bersama ini adalah untuk merapatkan hubungan diantara masyarakat dan pihak sekolah selaku
institusi yang mengembangkan ilmu
__________________________________________________________________________________________________________________________
AZIZAN HUSSAIN / 730923025607002

~6~

JAN /11

HBHE3203
_________________________________________________________________________________________________

Tarikh

: 26 Mac 2011

Tempat

: a) Taman Herba
b) Kantin sekolah

Sasaran

: Warga sekolah, Ibu bapa serta jabatan-jabatan lain

9)Carta Organisasi
Organisasi pelaksanaan program Gotong-royong Perdana Muhibah
Pengerusi

: Guru Besar

Naib Pengerusi 1

: Guru Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi 2

: Guru Penolong Kanan Kurikulum

Naib Pengerusi 3

: Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha

: Ketua Unit 3K Sekolah

Penolong Setiausaha 1 : Ketua zon taman herba


Penolong Setiausaha 2 : Ketua zon kantin
AJK

: Wakil PIBG
: Wakil Pihak Kantin
: Wakil Jabatan Pertanian
: Wakil MPSJ

Carta Organisasi Program Gotong-royong Perdana Muhibah


__________________________________________________________________________________________________________________________
AZIZAN HUSSAIN / 730923025607002

Wakil PIBG
Pn.Shafiqah Muhammad

~7~

Wakil Pihak Kantin


En. Firdaus Kasim

JAN /11

Wakil Jabatan Pertanian


En. Jamil Firdaus

HBHE3203
_________________________________________________________________________________________________

PENGERUSI
Puan Hjh Rafiah Hj Adnan

GPK KOKURIKULUM
En. Shafiq Azizan

GPK HEM
Pn.Norzita Husin

GPK KURIKULUM
En. Asqalani Azri

SETIAUSAHA
En.Azizan Hussain

NAIB SETIAUSAHA 1
Pn.Noremishazuri Hashim

NAIB SETIAUSAHA 2
Pn.Nur Qaisara Aziz

AJK

Wakil Kantin
En Farizul Salleh

Wakil MPSJ
En.Karim Lahman
Wakil PIBG
Pn.Shafiqah Muhammad

Wakil Jabatan Pertanian


En. Jamil Firdaus

__________________________________________________________________________________________________________________________
AZIZAN HUSSAIN / 730923025607002

~8~

JAN /11

HBHE3203
_________________________________________________________________________________________________

10 )Program Tentatif
10.1

Semua guru, murid dan ibu bapa berkumpul di tapak perhimpunan sekolah.

10.2

Ucapan aluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seafield.

10.3

Semua yang hadir dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu untuk aktiviti di taman herba dan
juga di kantin sekolah.

10.4

Aktiviti aktiviti di taman herba:


10.4.1 Kerja-kerja menanam tanaman herba
10.4.2 Kerja-kerja melabel nama tanaman herba
10.4.3 Kerja-kerja menyiram tanaman
10.4.4 Kerja-kerja menghias taman herba dengan lanskap yang sesuai.

10.5

Aktiviti-aktiviti di kantin sekolah:


10.5.1 Mengecat semula diding kantin
10.5.2 menulis kata-kata nasihat panduan pemakanan serta doa-doa yang sesuai di kantin.
10.5.3 Meletakkan alas meja yang sesuai di kantin
10.5.4 Membersihkan longkang sekitar kantin

11) Tentatif perjalanan aktiviti


7: 45 pagi

: Semua guru , murid serta ibu bapa berkumpul di tapak perhimpunan.

8:00 pagi

: Guru Besar menyampaikan ucapan aluan.

8:15 pagi

: Semua hadirin dibahagikan kepada 2 tugasan kumpulan iaitu di taman herba dan
juga di kantin.

8: 20 pagi

: Aktiviti gotong royong dimulakan.

12:00 t/hari

: Jamuan ringan

12:30 t/hari

: Bersurai

__________________________________________________________________________________________________________________________
AZIZAN HUSSAIN / 730923025607002

~9~

JAN /11

HBHE3203
_________________________________________________________________________________________________

12) Anggaran perbelanjaan


Untuk menjayakan program ini maka perbelanjaan adalah diperlukan.Berikut adalah anggaran
perbelanjaan yang diperlukan untuk menjayakan program yang telah dirancang oleh pihak sekolah
untuk murid serta masyarakat sekeliling kerana program yang dirancang adalah melibatkan semua
pihak.
a)Aktiviti Gotong-royong Muhibbah
Anggaran perbelanjaan yang diperlukan
Makanan ( RM 2.00 X 200 orang ) = RM 400.00
Peralatan gotong-royong
(Sarung tangan ,plastik sampah)

= RM 100.00

Pasu

= RM 200.00

( 20 x RM 10)

Alat kawalan serangga perosak

= RM 100.00

Cat

= RM 300.00

JUMLAH

= RM 1100.00

Sumber kewangan:
Sumbangan ibu bapa

= RM 600.00

Sumbangan PIBG

= RM 500.00

JUMLAH

= RM 1100.00

Tajaan:
a)
b)
c)
d)

Pokok pokok herba dan baja ditaja oleh Jabatan Pertanian


Pokok-pokok bunga pula ditaja oleh MPSJ
Alas meja kantin ditaja oleh Pengusaha kantin
Minuman ringan juga ditaja oleh Pengusaha kantin

13) Penutup
__________________________________________________________________________________________________________________________
AZIZAN HUSSAIN / 730923025607002

10

JAN /11

HBHE3203
_________________________________________________________________________________________________

Adalah diharapkan dengan adanya gotong royong perdana muhibah ini akan dapat
menghasilkan satu kawasan persekitaran sekolah yang ceria,bersih, selamat serta dapat menarik
minat murid untuk datang ke sekolah. Selain itu ianya juga adalah selaras dengan hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sekolah sebagai pusat pengembangan ilmu kepada seluruh
masyarakat. Selain daripada itu gotong royong perdana muhibah ini juga adalah selaras untuk
menjadikan sekolah sebagai tempat yang dapat menjamin kesihatan murid dan seluruh warganya.
Itulah sebabnya kawasan kantin menjadi tempat yang dipilih dalam perancangan untuk aktiviti ini.
Dengan adanya kantin yang ceria dan bersih ini ia akan menjamin kesihatan murid yang makan di
tempat yang bersih.
Selain itu juga diharapkan otong royong perdana muhibah ini akan dapat melalui gotong
royong perdana muhibah ini diharapkan akan dapat member ilmu serta pengetahuan yang mendalam
dan berpanjangan kepada murid mengenai tanaman herba yang penting dalam kehidupan dan ada
yang berguna dalam bidang perubatan. Melalui taman herba pelbagai tanaman akan disediakan di sini
serta dilabelkan namanya supaya murid tahu namanya.Selain itu ianya juga menyemai rassa dan cinta
murid terhadp kehijauan alam sekitar.
Dalam gotong royong perdana muhibah yang dirancang ini bukan sahaja ianya bertujuan
untuk keceriaan sahaja tetapi juga adalah untuk menggalakkan hubungan yang rapat dan mesra
antara masyarakat dan pihak sekolah. Ini akan dapat menarik perhatian semua pihak untuk saling
bekerjasama antara satu sama lain. Sesungguhnya pihak sekolah sahaja tidak mampu untuk
menguruskan sekolah dan murid jika tidak mendapat kerjasama daripada seluruh masyarakat
sekelilingnya.Ini adalah selaras untuk menjadikan sekolah ceria untuk semua.

Rujukan.
September. (1997). Program Kesihatan Sekolah Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia
dan Kementerian Pendidikan Malaysia
__________________________________________________________________________________________________________________________
AZIZAN HUSSAIN / 730923025607002

11

JAN /11

HBHE3203
_________________________________________________________________________________________________

November. (1994). Garis Panduan Rancangan Kesihatan Sekolah , Oleh Bahagian


Penjagaan Kesihatan Asas dan Pembangunan Keluarga Malaysia.
Laporan Seminar Kebangsaan 1969 Oleh Jawatankuasa Bersama Kesihatan Sekolah
,Kementerian Kesihatan Dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Amalan Kebersihan sekolah panduan aktiviti.Kuala
Lumpur : Percetakan Haji Jantan Sdn . Bhd
Noorazam Abdul Razak , Che Ishak Ismail ,Albeny Joslyn Panting. Modul HBHE3203 Kebersihan
dan keselamatan persekitaran , Fakult Pendidikan dan Bahasa, Open Universiti Malaysia,Kuala
Lumpur ,2009.

__________________________________________________________________________________________________________________________
AZIZAN HUSSAIN / 730923025607002

12

JAN /11

Anda mungkin juga menyukai