Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENDAHULUAN

Pada 26 hari bulan Februari 2018, saya,Vivianny Vinantius dan sahabat saya, Dg Nina
Farinie binti Ag Mahmud telah melaksanakan simulasi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
di kelas Pendidikan Awal kanak-kanak (Za’ba 3). Simulasi yang telah dilaksanakan adalah
berkaitan dengan pengajaran huruf vokal iaitu a,e,i,o,u. Masa yang diberikan untuk aktiviti
simulasi adalah selama 30 minit. Setelah selesai menjalankan sesi simulasi tersebut, kami
mendapati bahawa terdapat kekuatan dan kelemahan dalam aktiviti PdP yang telah
dirancang. Justeru, tugasan ini memfokuskan terhadap refleksi atau penilaian kendiri bagi
simulasi slot pengajaran harian yang telah dilaksanakan.

2.0 REFLEKSI

Bahagian ini membincangkan mengenai kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan yang


dapat dikenalpasti semasa aktiviti simulasi dilaksanakan.

2.1 KEKUATAN

Antara kekuatan yang dapat dikenalpasti semasa aktiviti simulasi dilaksanakan ialah :

 Kaedah pembahagian kumpulan adalah menarik


 Tahap kesukaran aktiviti bersesuaian peringkat umur kanak-kanak
 Unsur pengulangan diselitkan dalam aktiviti bagi menggalakkan peneguhan
pembelajaran

Kaedah pembahagian kumpulan adalah menarik. Hal ini kerana murid akan
terbahagi dalam kumpulan secara rawak dengan menggunakan warna batang ais krim yang
telah dipilihnya. Secara tidak langsung, kanak-kanak akan belajar mengenai konsep warna.
Mereka akan mencari rakan lain yang mempunyai warna batang ais krim yang sama dengan
mereka. Terdapat 5 warna batang ais krim yang telah digunakan untuk membentuk 5
kumpulan, Warna tersebut ialah biru, ungu, kuning, merah dan hijau.
Tahap kesukaran aktiviti juga bersesuaian dengan tahap umur murid, iaitu berumur 6
tahun ke bawah. Hal ini kerana aktiviti tersebut adalah merujuk kepada standard kandungan
dan standard pembelajaran daripada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK),
yang khas untuk tahap umur murid tersebut. Sesuai dengan teori kognitif Jean Piaget,
kanak-kanak pada tahap praoperasi iaitu (2 hingga 7 tahun) masih mempunyai keupayaan
yang terhad untuk memanipulasi sesuatu konsep (Supiah, Ramlah & Abdul Aziz, 2008).
Kanak-kanak pada tahap ini juga masih belum dapat berfikir secara rasional. Justeru,
penyediaan aktiviti pembelajaran adalah bertepatan dengan tahap perkembangan kognitif
murid iaitu aktiviti pembelajaran yang bersifat konkrit.

Akhir sekali, aktiviti pembelajaran yang dirancang dapat mengalakkan peneguhan


pembelajaran murid kerana aktiviti tersebut ada diseliltkan unsur peneguhan. Menurut teori
pelaziman klasik Ivan Pavlov, pembelajaran berlaku melalui proses pengulangan yang kerap
(Noriati A. Rashid, Boon & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2017). Dalam hal ini,
pengulangan dapat dilihat dalam aktiviti yang mana kanak-kanak tersebut perlu mengulang
semua sebutan huruf vokal selama beberapa kali. Contohnya, unsur pengulangan melalui
aktiviti pada langkah pertama iaitu imbasan kad huruf vokal, diikuti dengan nyanyian lagu
dengan menggunakan lirik lagu huruf vokal yang berulang.

2.2 KELEMAHAN

Walaubagaimanapun, terdapat juga kelemahan yang dapat dikenalpasti. Kelemahan-


kelemahan tersebut adalah :

 Pembahagian masa bagi aktiviti pembelajaran melebihi had yang sepatutnya


 Kekurangan dalam penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) bagi aktiviti
menyanyikan lagu “huruf vokal”

Pembahagian masa bagi aktiviti pembelajaran adalah melebihi had masa yang
sepatutnya. Aktiviti yang dijalankan semasa set induksi adalah melebihi daripada tempoh
masa pelaksanaan aktiviti yang telah dirancang. Oleh kerana itu, perjalanan akltiviti menjadi
agak kelam kabut dan sudah tidak teratur lagi.
Lebih-lebih lagi, berlaku kekurangan dalam penyediaan BBM dalam aktiviti
menyanyikan lagu “huruf vokal”. Murid tidak dapat dilibatkan secara menyeluruh berikutan
tiada penyediaan lirik lagu yang bersesuaian kepada murid. Murid tidak didedahkan secara
jelas mengenai lirik lagu yang harus dinyanyikan oleh mereka. Hal ini menyebabkan
perjalanan aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.

2.3 PENAMBAHBAIKAN

Justeru, beberapa penambahbaikan seperti berikut boleh dilakukan bagi mengatasi


kelemahan berkenaan :

 Menyingkatkan masa pengajaran dengan mengurangkan aktiviti beberapa


aktiviti pembelajaran.
 Menambahbaikan kekurangan BBM

Masa pengajaran yang berlebihan daripada 30 minit dapat disingkatkan melalui


pengurangan beberapa aktiviti pengajaran. Dalam hal ini, aktiviti dapat dikurangkan pada
bahagian set induksi. Pada asalnya, saya telah meletakkan dua aktiviti iaitu pembahagian
kumpulan menggunakan batang ais-krim berwarna-warni dan aktiviti “musical hula-hoop”
dalam set induksi. Penambahbaikan mengenai perkara ini boleh dilakukan dengan
menyingkirkan satu aktiviti dalam set induksi berkenaan iaitu aktiviti “musical hula-hoop”.
Dengan ini, penggunaan masa dapat dijimatkan.

Selain itu, kekurangan BBM seperti lirik lagu untuk aktiviti menyayikan lagu “huruf
vokal” perlu dilakukan. Lirik lagu perlu didedahkan atau dipaparkan kepada murid bagi
mengalakkan penglibatan semua murid. Perkara ini boleh dicapai melalui BBM seperti lirik
lagu dalam bentuk keratan kertas kecil. Lirik lagu dalam bentuk kertas kecil ini haruslah
diberikan kepada semua murid agar murid dapat menyanyikan lagu tersebut secara
bersama. Selain itu, kaedah lain seperti memaparkan lirik lagu menggunakan aplikasi
powerpoint dan Teknologi seperti LCD dan laptop juga boleh dilaksanakan. Melalui ini, murid
akan dapat melihat lirik lagu yang dipaparkan dengan lebih jelas, seterusnya melancarkan
aktiviti pembelajaran.
3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, aktiviti simulasi ini dapat mengasah dan mengukuhkan lagi


kemahiran dan bakat keguruan pada setiap guru pelatih untuk menjadi guru yang
lebih baik di masa yang akan datang. Segala kekuatan dan kelemahan diri mahupun
aktiviti yang dirancang dapat dikenalpasti melalui simulasi aktiviti pembelajaran yang
dirancang. Kekuatan seperti kaedah pembahagian kumpulan menarik, tahap
kesukaran aktiviti yang sesuai dan unsure pengulangan dalam aktiviti perlu
dikekalkan. Manakala, kelemahan seperti pembahagian masa aktiviti dan kekurangan
dalam penyediaan BBM perlu ditambahbaik agar sesi PdP dapat dijalankan dengan
lebih lancar dan berkesan pada masa akan datang.

4.0 RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2017). Kurikulum Standard Prasekolah


Kebangsaan (KSPK): Semakan 2017. Putrajaya: Bahagian pembangunan
kurikulum, KPM.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid
dan pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Supiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor. (2008). Psikologi
pendidikan. Seangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai