Anda di halaman 1dari 4

9. Rancang 1 aktiviti slot pengajaran yang ringkas.

AKTIVITI PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU PRASEKOLAH RIDAN

MASA : 7.30 - 8.00 pagi (30 minit)

Standard Kandungan :

BM 1.4 Berinteraksi menggunakan ayat mudah

BM 1.5 Bertutur untuk menyampaikan idea

OBJEKTIF : Di akhir pembelajaran murid dapat;

1. Bersoal jawab menggunakan ayat mudah berdasarkan bahan rangsangan dengan

yakin serta boleh menyampaikan idea sendiri dengan baik.

2. Menyalin perkataan dengan betul.

AKTIVITI : KENALI KENDERAAN AIR


Guru menunjukkan kad gambar atau carta gambar mengenai jenis-jenis kenderaan air.

Guru memperkenalkan contoh-contoh kenderaan air yang sering nampak di televisyen

kepada murid-murid.

Murid menceritakan mengenai pengetahuan sedia ada masing-masing mengenai

kenderaan air yang diketahui.

Guru menerangkan mengenai kepentingan kenderaan dalam kehidupan seharian.

Guru menayangkan video mengenai jenis-jenis kenderaan air

https://youtu.be/6cmLXVo5yAE

Murid membuat aktiviti pengukuhan melengkapkan nama-nama kenderaan air.

Murid dapat menyalin perkataan mudah dengan betul.

BBM:
 Carta gambar kenderaan air

 Video jenis-jenis kenderaan air

 Lembaran kerja
Tahap Pencapaian :

TM :

SM :

BM :

Nilai : Keyakinan diri

KRITERIA KEJAYAAN :

Saya boleh : berinteraksi menggunakan ayat mudah berdasarkan bahan rangsangan

dengan yakin serta boleh menyampaikan idea sendiri dengan baik.

Boleh menyalin perkataan dengan betul.


10. Jelaskan perancangan jadual waktu dan rutin harian di pusat awal
kanak-kanak.

Jadual waktu persekolahan adalah asas aktiviti yang berlaku pada setiap hari di

dalam kelas. Jadual kelas dan rutin harian mengambil kira keperluan perkembangan

setiap kanak-kanak dan dapat membantu melancarkan perjalanan kelas serta

mewujudkan suasana pembelajaran yang mengembirakan. Jadual waktu perlu

dirancang mengikut kehendak KSPK. Jadual waktu mengikut KSPK adalah seperti

berikut ;

Setiap pusat dan premis pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia wajib

menggunakan KSPK sebagai panduan pengurusan kurikulum di Tadika ataupun

Taska masing-masing.
Rutin adalah kerangka program untuk kanak-kanak. Rutin juga adalah perkara yang

sentiasa dilakukan dan menjadi kebiasaan iaitu setiap hari, sesuatu peristiwa yang

dilakukan berulang- ulang, penyediaan yang berterusan dan berkaitan dengan

susunan penjadualan. Menurut Eisenberg, Murkoff & Hathaway 1996, Nelson, Erwin

& Duffy 1998), rutin sering melibatkan komunikasi instruktif dan memerlukan

komitmen, masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikan tugasan. Pengasuh dan

pendidik memainkan peranan yang penting dalam mendorong kanak-kanak dengan

memberi arahan untuk memulakan urutan tingkah laku sehingga kanak-kanak itu

mampu untuk memulakan dan melengkapkan rutin yang bebas.

Rutin Harian;

a) Ketibaan Murid

1. Menyambut ketibaan murid

2. Menanda jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua

berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan di pejabat.

3. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan

murid.

b) Merancang waktu aktiviti

1) Mengikut slot yang ditentukan

2) Selaras dengan objektif yang hendak dicapai

3) Menyediakan alatan yang mencukupi jika perlu.

4) Mengawal murid dan memastikan keselamatan murid pada setiap masa.

Anda mungkin juga menyukai