Anda di halaman 1dari 2

SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN

1. Meningkatkan keyakinan diri, kebolehan mengawal diri, mematuhi arahan dan menanamkan nilai-
nilai murni
2. Membina kebolehan mengenali emosi takut,kecewa,marah, cemburu dan lain-lain
3. Membentuk kemahiran bergaul dengan rakan sebaya dan kesedaran mengenai perasaan orang lain
4. Memupuk kebolehan cintakan alam semulajadi
5. Mengagumi kebesaran Tuhan dan menanam rasa kesyukuran

BAHASA, KOMUNIKASI, DAN LITERASI AWAL


1. Kemahiran bertutur, bersoal jawab meningkat
2. Sebutan perkataan bertambah baik dan lancar
3. Minat suka membaca meningkatkan
4. Boleh memadankan objek dengan perkataan
5. Berminat melahirkan idea dan berkomunikasi melalui contengan
6. Meningkatkan kemahiran berbahasa dengan menggunakan ayat mudah
7. Meningkatkan minat dan keseronokan membaca
AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK
1.Boleh menguasai kemahiran awal matematik
2. Penguasaan kemahiran kuantiti meningkat
3. Boleh kanak-kanak berkomunikasi menggunakan ‘bahasa matematik’ seperti menyebut saiz,
bentuk, warna, bilangan, banyak/isipadu, jarak, tinggi rendah
4. Boleh menyebut nombor 1-5 dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
5. Boleh memahami konsep pasangan (one to one correspondence)
6. Sedar kewujudan konsep-konsep ‘awal matematik’ dalam persekitaran
7. Mengetahui susunan nombor secara hafalan
8. Membezakan di antara simbol nombor dari abjad
9. Mengenal konsep nombor 1-5
10. Membanding dan membezakan dari segi saiz, ketinggian dan berat
11. Memadankan bilangan objek dengan simbol
12. Mengumpul objek mengikut jenis
13. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah mudah

DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN


1. Kemahiran deria hidu, rasa, pendengaran, penglihatan dan sentuhan meningkat
2. Lebih peka dan tahu menggunakan kelima-lima deria dalam pemerhatian
3. Kebolehan menumpukan perhatian
4. Boleh menghubungkait sesuatu kejadian dengan persekitarannya secara semulajadi atau
melalui penerokaan
5. Kenal persamaan dan perbezaan pada objek dan haiwan
6. Meningkatkan deria menghidu, merasa, mendengar, melihat dan menyentuh
7. Meningkatkan kepekaan kelima-lima deria
8. Meningkatkan kemahiran menumpukan perhatian

FIZIKAL DAN PSIKOMOTOR


1. Boleh mengawal motor kasar
2. Boleh mengimbangi badan.
3. Kemahiran motor halus dan koordinasi mata – tangan semakin meningkat.
4. Meningkatkan kemahiran motor kasar dan keseimbangan badan
5. Meningkatkan motor halus dan koordinasi mata tangan

KREATIVITI DAN ESTETIKA


1. Minat meneroka dan mencuba meningkat
2. Boleh mengenal warna, tekstur, bentuk dan ruang secara kreatif
3. Boleh melahirkan idea dalam bentuk lakaran
4. Boleh memilih peralatan/prop yang sesuai untuk main peranan
5. Boleh melakonkan peranan-peranan tertentu seperti ahli keluarga
6. Kemahiran mendengar dan bertindak balas terhadap pelbagai rentak muzik semakin kukuh
7. Suka dan menghayati mendengar pelbagai
8. Meningkatkan kebolehan membeza warna, tekstur, bentuk dan ruang
9. Membina kebolehan kanak-kanak mencampurkan warna untuk menghasilkan warna baru
10. Membina kemahiran memilih alat dan bahan untuk menghasil sesuatu
11. Meningkat kebolehan melahirkan idea dan gambar
12. Membina keyakinan dan keseronokan dalam mencipta model dan gambar
13. Membina kebolehan mengecam hasil kerja orang dewasa
14. Meningkatkan kebolehan memilih peralatan yang sesuai untuk main peranan
15. Mengukuh kemahiran mendengar dan menghasil bunyi muzik
16. Membina kemahiran melahir perasaan melalui muzik

Anda mungkin juga menyukai