Anda di halaman 1dari 38

2.

0 PENGHARGAAN
2.0 PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat ALLAH s.w.t. kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya telah
dapat menyiapkan tugasan saya dalam tempoh yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian,saya
ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan trima kasih kepada semua pihak
yang terlibat sama ada secara langsung atautidak langsung semasa saya menjalankan kajian kes
ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua pihak yang terlibat memberi


sumbangan,idea,maklumat dan dorongan untuk saya menyiapkan kajian ini. Ucapan terima
kasih dan penghargaan ini diucapkan khasnya untuk Cikgu Alya guru Tadika Tahfiz Intelek,
kerana telah memberikan kebenaran untuk saya mengambil pelajarnya iaitu adik Wan Husna
Insyirah Bt Wan Zaki untuk dijadikan sebagai kajian kes. Saya juga ingin memberikan
penghargaan ini kepada guru-guru tadika yang berkhidmat di tadika tahfiz intelek kerana
sanggup memberikan Kerjasama, panduan dan tunjuk ajar kepada saya untuk menghasilkan
kajian yang lebih baik.

Saya juga ingin mengucapkan ucapan terima kasih buat rakan seperjuangan yang sama-
sama menjalani praktikal di tadika ini iaitu Syaimaa liyana binti Adlie kerana telah banyak
memberikan saya sokongan dan berkongsi idea sepanjang menjalani Latihan praktikal disini.
Merekalah yang menjadi rakan seperjuangan saya sepanjang tempoh menjalankan Latihan
praktikal di sini. Akhir sekali saya, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang
Bersama-sama dengan saya terutamanya guru-guri di tadika tahfiz intelek.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian kes kanak-kanak ini dijalankan adalah bertujuan untuk:
❖ Mengenali dengan lebih dekat tentang karektor dan gaya hidup kanak-
kanak peringkat umur 6 tahun
❖ Mengkaji tahap perkembangan kanak-kanak dari segi aspek perkembangan
Bahasa, kognitif,sosio-emosi, motot kasar, motor halus, dan perkembangan
seni dan kreativiti.
❖ Mengkaji sejauh mana kemampuan kanak-kanak menghadapi dunia
mereka dan mengurus diri serta penglibatan dalam aktiviti seharian.
❖ Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dalam pembelajaran
❖ Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam
perkembangan diri mereka.
❖ Mengenal pasti bantuan atau strategi yang boleh dilakukan untuk
membantu mempertingkatkan perkembangan kanak-kanak.
4.0 PENGENALAN
4.0 PENGENALAN
4.1 PENGENALAN SECARA UMUM

Dalam menjalankan kajian kes ke atas seorang kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan
bantuan sebenarnya terdapat beberapa aspek penting yang perlu dilihat dan diberikan
pemerhatian secara khusus iaitu dari aspek Pendidikan dan perkembangannya. Ini kerana
menurut (Feldman 1991) kadar percepatan perkembangan setiap kanak-kanak adalah jauh
berbeza. Walaupun kanak-kanak berada pada tahap umur yang sama, tetapi tahap pengetahuan
dan kemahiran mereka adalah sangat berbeza.
Pemerhatian dari semasa ke semasa telah dilakukan bagi membolehkan perkembangan kanak-
kanak dikaji akan dapat dilihat dan diperhatikan secara berterusan. Menurut teori perkembangan
Arnold Gesell, untuk membantu murid mencapai tahap perkembangan yang optimum , guru
mestilah mengetahui tahap perkembangan murid dan menghormati kuoayaan dan keunikan
setiap murid. Guru juga tidak boleh terlalu mendesak murid melakukan aktiviti yang sukar dan
tidak bersesuaian dengan tahap perkembangan dan kematangannya.

Perkembangan kanak-kanak selalunya adalah tidak sama. Kanak-kanak mempunyai


perkembangan yang berbeza dan perbezaan itulah yang akan membawa pembelajaran kanak-
kanak bermula daripada yang konkrit kepada yang abstrak yang mana kanak-kanak memerlukan
pengalaman yang sebenar iaitu berinteraksi dengan objek-objek konkrit dalam pembentukan
pengetahuan. Aspek-aspek utama yang perlu dilihat dalam menjalankan kajian kes
perkembangan kanak-kanak adala seperti berikut:

➢ Perkembanagan fizikal
➢ Perkembangan Bahasa
➢ Perkembangan kognitif
➢ Perkembangan sosioemosi

4.2 PEMILIHAN KANAK-KANAK KAJIAN KES

Kajian kes ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah perkembangan yang berlaku
terhadap kanak-kanak dan bertujuan untuk memperbaiki masalah perkembangan tersebut ke
arah yang lebih positif. Seorang kanak-kanak telah dipilih untuk dijadikan sebagai kajian kes, iaitu
adik Wan Husna Insyirah Bt Wan Zaki. Kanak-kanak ini berumur 5 tahun. Saya telah melakukan
pemerhatian terhadap perkembangan adik insyirah iaitu dari segi perkembangan sosioemosi,
Bahasa, kognitif, dan fizikalnya.

Melalui pengalaman saya sepanjang berada Bersama-sama dengan adik insyirah sepanjang
tempoh Latihan praktikum di tadika ini, saya mendapati bahawa adik insyirah merupakan
seorang yang sangat aktif dan suka bercakap. Insyirah suka berinteraksi dengan kawan, guru. Adik
insyirah juga seorang yang pandai dalam bidang akademik. Insyirah juga sudah pandai membaca
dan lebih laju dari kaan-kawan yang lain.

Selain itu, dia juga suka mengemukakan soalan sekiranya dia tidak memahami apa yang telah
guru atau saya ajarkan kepadanya. Walaupun dari segi perkembangan tersebut, insyirah
mempunyai kelebihan berbanding kawan-kawanya yang lain namun saya telah dapat melihat
bahawa dia masih lemah dari segi motor halus yang telah membawa saya untuk mengambil
insyirah sebagai kajian kes pada tugasan saya pada kali ini.

Melalui pemerhatian yang telah dijalankan terhadap adik insyirah, didapati bahawa beliau
mengalami masalah dalam perkembangan motor halusnya berbanding dengan
perkembangannya yang lain iaitu seperti perkembangan sosio-emosi, perkembangan Bahasa,
perkembangan kognitif dan perkembangan motor kasarnya. Sepanjang saya berada di tadika ini,
saya telah melakukan pemerhatian terhadap semua kanak-kanak yang terdapat di tadika tahfiz
intelek ini dan daripada situ saya dapat melihat seorang kanak-kanak yang Bernama Wan Husna
Insyirah Bt Wan Zaki.

Pada awal kedatangan saya, beliau sudah mula menunjukkan respon positif iaitu menghampiri
saya dan mula bertanya apakah nama saya dan adakah saya mualimmah baru. Pada masa itu,
saya belum membuat keputusan lagi tentang siapakah yang saya akan ambil untuk dijadikan
sebagai kajian kes. Namun selepas beberapa kali saya menjalankan pengajaran serta aktiviti
terhadap adik insyirah dan kawan-kawannya yang lain, saya mendapati bahawa adik insyirah
mengalami masalah didalam perkembangan kemahiran motor halus.

Memandangkan proses pembelajaran dan pengajaran yang telah saya jalankan banyak
melibatka kemahiran motot halus kanak-kanak maka pada masa itu saya dapat mengawal
pergerakkan tangan ketika mewarna dengan baik dan telah menyebabkan perkembangan motor
halusnya kurang mantap.

Segala aktiviti yang telah dijalankan ke atas diri insyirah iaitu yang melibatkan kemahiran motor
halusnya kurang mantap.

Segala aktiviti yang telah dijalankan ke atas diri insyirah iaitu yang melibatkan kemahiran motor
halusnya iaitu seperti aktiviti mewarna,membuat kolaj,membuat origami,eksperimen dan aktiviti
menampal dan sebagainya telah menunjukkan bahawa insyirah kurang menunjukkan pencapaian
cemerlang didalam aktiviti yang telah dijalankan. Adik insyirah seringkali menunjukkan minat
yang mendalam ketika guru menjalankan aktiviti di dalam kelas namun,apabila dia mula
melakukan aktiviti tersebut, saya dapat perhatikan bahawa pencapainnya didalam
perkembangan motor halus adalah kurang mantap.

Masalah yang dihadapi oleh insyirah perlu diberi perhatian khusus memandangkan
perkembangan-perkembangan lain yang terdapat di dalam dirinya menunjukkan bahawa insyirah
seorang kanak-kanak yang cerdik dan pandai dan perkara ini akan membantuya dalam
mempertingkatkan lagi kemahiran motor halusnya
5.0 BIODATA DAN LATAR BELAKANG KANAK-
KANAK
5.0 BIODATA DAN LATAR BELAKANG KANAK-KANAK

Sebelum menjalankan kajian terhadap insyirah, saya terlebih dahulu perlu mengetahui latar
belakang insyirah iaitu dari segi maklumat atau profil peribadi dirinya sendiri dan profil
ibubapanya sebagai maklumat tambahan bagi mengukuhkan lagi kajian kes saya pada kali ini.
Alhamdulillah, saya telah dapat memperoleh segala maklumat berkenaan dengan diri insyirah
berkat usaha dan kerjasama yang telah diberikan oleh guru tadika tahfiz intelek, Cikgu Alya
yang banyak membantu saya dalam melancarkan tugasan saya ini.

Pengambilan adik insyirah untuk dijadikan sebagai kajian kes ini bukan untuk membuka
kelemahan yang terdapat pada dirinya tetapi saya ingin melakukan sesuatu yang dapat
membantunya dalam mempertingkatkan lagi perkembangan yang telah sedia ada dalam
dirinya. Oleh sebab itu, maklumat latar belakang yang lengkap tentang diri insyirah adalah
penting dan perlu supaya saya dapat menjalankan aktiviti kepadanya dengan melihat apa yang
perlu dan tidakperlu saya laksanakan
BIODATA KANAK-KANAK2

WAN HUSNA INSYIRAH BINTI WAN ZAKI


5.1 MAKLUMAT KANAK-KANAK

Nama : WAN HUSNA INSYIRAH BINTI WAN ZAKI

Umur : 5 Tahun

Jantina : Perempuan

Tarikh lahir : 2 december 2017

Tempat lahir : Hospital sultanah Nur Zahirah

Agama : Islam

Bangsa : Melayu

W/Negara : Malaysia

Alamat rumah: No. 27 Loromg Balai Raya Kg Gong Pasir 23000 Dungun,Terengganu

No. Telefon Ibu / Bapa : 013-9331618

Penggunaan bahasa : Bahasa Melayu

Kedudukan dalam keluarga: Anak tunggal


5.2 MAKLUMAT KELUARGA

Nama ibu : NOREHANO BINTI MOHD GHAN

No.I/C : 770810-11-5370

Umur : 44 tahun

Pekerjaan : Guru

No.Tel : 013-9331618
6.0 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
6.0 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
6.1 PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
Perkembangan sosial kanak-kanak adalah melibatkan proses apabila kanak-kanak belajar
berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan
budayanya. Proses ini adalah melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan
perhubungan sosial. Proses bersosial juga akan melibatkan perkembangan emosi secara tidak
langsung. Emosi amat berkait rapat dengan perasaan kanak-kanak yang mana mereka akan
meluahkan emosi atau perasaan mereka dengan menangis, marah, senyum dan sebagainya.

Secara amnya, emosi adalah perasaan atau komponen efek dalam tingkah laku manusia
(Lefrancois, 2001). Santrock (1998), seorang ahli psikologi perkembangan mendefinisikan emosi
sebagai perasaan atau efek yang melibatkan satu gabungan rancangan fisiologi seperti degupan
jantung yang laju dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum. Emosi boleh diklasifikasikan
kepada dua kategori iaitu emosi positif dan emosi negatif. Emosi yang positif adalah seperti rasa
gembira, seronok, ghairah dan bersemangat. Emosi negatif pula adalah terdiri daripada emosi
marah, cemas, sedih, rasa bersalah dan sebagainya. Kanak-kanak dikatakan boleh mengalami
kedua-dua jenis emosi ini serentak.

Peluahan emosi dan sosial yang terdapat di dalam diri kanak-kanak tersebut amat berkait
rapat antara satu sama lain dan ini akan menonjolkan lagi perkembangan sosioemosi mereka.
Haan, Aerts, dan Cooper (1985) menegaskan bahawa kita sepatutnya melihat bagaimana
seseorang individu bertingkah laku dalam keadaan yang khusus dan mengapakah seseorang
individu itu menunjukkan tingkah laku tertentu. Ini kerana ternyata kadang-kadang seseorang
individu itu tidak bertingkah laku seperti mana yang dia fikir atau mengikut prinsip moralnya.

Melalui pemerhatian yang telah dijalankan ke atas insyirah, beliau mempunyai perkembangan
sosial yang agak baik. Insyirah seorang yang suka bertanya dan menjawab soalan yang diajukan.
Insyirah akan sentiasa mencari peluang untuk berbual dengan orang yang berada disebelahnya.
Insyirah seorang kanak-kanak yang mudah didekati dan peramah. Selain itu, insyirah juga suka
menolong guru-guru apabila disuruh untuk berbuat demikian.
6.2 PERKEMBANGAN BAHASA
Menurut Skinner, perolehan bahasa adalah tingkah laku operan kanak-kanak yang
kemudiannya diberi peneguhan positif oleh ibubapa. Menurut Piaget, apabila kanak-kanak
dapat berfikir dan berkomunikasi dengan menggunakan perkataan yanng mewakili objek dan
peristiwa di sekeliling mereka, fleksibeliti mental untuk berfikir dan membayangkan sesuatu,
mengatasi batasan masa dan ruang. Melalui perkembangan bahasa, kanak-kanak mula
mampuruntuk mengendalikan dunia secara simbolik dengan menggunakan bahasa yang mudah
seperti tanda-tanda, lambang, objek dan perkataan.

Selain itu, pada peringkat umur 3 tahun ke atas, perkembangan bahasa kanak-kanak akan
memainkan peranan yang lebih besar kerana aspek ini berhubung rapat dengan kelakuan,
kejadian, penyesuaian dan reaksi sosial bagi mereka. Mengikut teori pembelajaran sosial pula
berpendapat bahawa kanak-kanak memperolehi keupayaan bertutur dengan cara memerhati
dan meniru pertuturan orang dewasa.

Manakala satu lagi teori yang berkaitan dengan perkembangan bahasa ialah Teori Nativisma.
Teori ini diperkenalkan oleh Chomsky (1969, 1980), Chomsky mengatakan bahawa manusia
sememangnya telah diprogramkan secara semula jadi untuk membolehkan ia bertutur dan
memahami bahasa sama seperti keupayaan berjalan. Walau bagaimanapun, teori ini tidak
dapat menerangkan bagaimana kanak-kanak mempunyai keupayaan yang berbeza dalam
kemahiran berbahasa, memahami makna ayat dan mengapa kadang-kadang faktor penutur
kedua amat penting dalam perkembangan bahasa.

Jika dapat dilihat, perkembangan dari segi bahasa yang terdapat dalam diri insyirah
sememangnya suatu perkembangan yang baik dan sesuai dengan peringkat umurnya iaitu yang
berusia 6 tahun. Pada peringkat umur sebeginilah, pembaharuan dan perkembangan yang
pesat akan berlaku dalam diri kanak-kanak dan ini akan dapat membantu kanak-kanak dalam
menonjolkan prestasi yang baik dalam pembelajarannya semasa berada di dalam kelas.
Kelebihan yang terdapat dalam diri insyirah sememangnya menjadi salah satu aset penting
dalam membantu pencapaiannya di dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Apa yang
penting adalah latihan yang berterusan perlu dilaksanakan oleh guru itu sendiri.

Sepanjang menjalankan pemerhatian terhadap insyirah, saya mendapati bahawa pertuturan


mereka sangat baik. Insyirah suka menjawab soalan yang ditanya oleh saya ketika berada di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Melalui pemerhatian yang telah dijalankan ke atas insyirah, saya juga turut mendapati
bahawa insyirah suka berinteraksi dengan rakan-rakannya yang lain. Kadangkala apabila salah
seorang daripada rakannya membuat kesalahan ketika menyebut perkataan atau ayat, saya
dapat perhatikan bahawa dia akan membantu rakannya untuk menyebut perkataan atau ayat
tersebut dalam sebutan yang betul.
6.3 PERKEMBANGAN KOGNITIF
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif
yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak
membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak-kanak membina pengetahuan mereka
secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses
penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Untuk menerangkan dengan lebih
lanjut mengenai proses ini, Piaget memperkenalkan
4 konsep utama:
· Skema (Schema)
· Penyerapan (Assimilation)
· Pengubahsuaian (Accomodation)
· Keseimbangan (Equilibrium)

Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah
melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Empat peringkat ini adalah
peringkat :

 sensori motor (0-2 tahun)

 pra operasi (2-7 tahun)

 operasi konkrit (7-12 tahun)

 operasi formal (selepas 12 tahun)

Dalam menjalankan kajian kes ini, saya telah memilih kanak-kanak yang berumur 5tahun dan
ini menunjukkan bahawa dia berada di bawah peringkat pra operasi di mana kanak-kanak boleh
menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Melalui
pemerhatian yang telah dijalankan ke atas insyirah, maka saya mendapati bahawa setiap kali
saya menjalankan aktiviti di dalam kelas, saya mendapati bahawa insyirah mempunyai daya
kognitif dan tumpuan yang tinggi ketika mengikuti pembelajaran di dalam kelas.

Dia selalu menunjukkan minat untuk menjalankan aktiviti yang telah dilaksanakan kepadanya
dan apabila berada di dalam sesi pembelajaran, insyirah suka bertanya soalan terhadap perkara
yang dia kurang faham kepada saya. Saya dapat melihat bahawa insyirah adalah seorang kanak-
kanak yang sentiasa aktif dari segi corak pemikiran atau kognitifnya memandangkan soalan
yang cuba ditanya olehnya kadang kala boleh menguji pemikiran saya untuk menjawabnya.

Walaupun insyirah berumur 5 tahun, namun daya kognitifnya sangat baik berbanding rakan-
rakannya yang lain. Apabila saya memberikan arahan terhadap apa yang perlu dilakukan
semasa menjalankan aktiviti, saya dapat melihat bahawa insyirah dapat menjalankanaktiviti
tersebut tanpa memerlukan pengulangan arahan daripada saya. Insyirah tidak akan
menanyakan soalan kepada saya sekiranya dia sudah memahami apa yang telah saya
sampaikan kepadanya pada masa tersebut.

Kesimpulannya, perkembangan kognitif insyirah sebenarnya amat berkait rapat dengan


persekitarannya iaitu apa jua perkara yang berlaku di sekelilingnya tidak kira semasa dia berada
di rumah atau di tadika. Perkara tersebut akan memberi peluang kepada insyirah untuk
berusaha mengadaptasikan segala perkara yang berlaku dalam proses pembelajarannya di
tadika. Ini telah membolehkan insyirah menjadi seorang kanak-kanak yang pandai dan bijak
dalam menjalankan aktiviti yang telah dirancang oleh gurunya.
6.4 PERKEMBANGAN FIZIKAL
i. KEMAHIRAN MOTOR KASAR
ii. KEMAHIRAN MOTOR HALUS
Kemahiran motor merupakan pergerakan yang melibatkan otot-otot pada badan. Menurut
Singer (1972), beliau telah menghuraikan domain psikomotor mengikut kemampuan
motor(motor abilities), ciri-ciri afektif dan kemampuan kognitif. Kemahiran motor dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu motor kasar dan motor halus (Magill, 2001).

Kemahiran motor kasar merupakan kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot kasar
atau besar yang melibatkan banyak anggota. Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang
melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki,
jari kaki, bibir dan lidah. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini motor halus juga melibatkan
koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan
koordinasinya dengan mata.

Menurut Huttenlocher, (1990, 1994) kanak-kanak merupakan individu yang mempunyai


perkembangan kemahiran motor yang cepat sama ada kemahiran motor kasar atau motor
halus. Perkembangan kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus seorang kanak-kanak
banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan
koordinasi mata dan tangan kanak-kanak.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan motor kanak-kanak.


Faktorbiologi – beberapa ahli psikologi yang percaya bahawa kemahiran motor kanak-kanak
dating daripada kematangan biologi. Walaupun wujud perbezaan individu, kebanyakkkan
kanak-kanak daripada pelbagai budaya boleh berjalan ( contohnya ) pada peringkat umur yang
lebih kurang sama. Pandangan ini bermaksud perkembangan motor kanak-kanak seperti
pembesaran tulang dan otot, kematangan sisitem saraf, keupayaan menyeimbang badan dan
sebagainya telah disediakan terlebih dahulu oleh genetic ( Kopp, 1979 ).

Daripada pemerhatian yang telah dijalankan oleh saya, saya mendapati bahawa insyirah
mempunyai kemahiran motor kasar yang mantap. Ini dapat dibuktikan apabila saya
menjalankan aktiviti di luar kelas iaitu aktiviti di padang. Ketika berlari, berjalan dan melompat
saya mendapati insyirah dapat menyeimbangkan badannya dengan baik. Walaupun dari segi
fizikalnya insyirah adalah seorang kanak-kanak yang mempunyai tubuh badan yang kecil namun
dia dapat menunjukkan prestasi yang baik ketika melakukan aktiviti yang melibatkan
pergerakan motor kasar.

Perkara ini berbeza pula dengan kemahiran motor halus yang terdapat pada diri insyirah.
Daripada aktiviti yang telah dijalankan ke atas diri insyirah, saya mendapati bahawa insyirah
mempunyai kemahiran motor halus yang kurang mantap. Apabila dia menjalankan aktiviti yang
melibatkan pergerakan tangan dan jari jemarinya, saya mendapati bahawa dia tidak dapat
mempersembahkan hasil kerja yang baik. Dari sehari ke sehari saya mendapati bahawa prestasi
dan kemajuan insyirah dalam aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus kurang
memberangsangkan. Semasa berada di dalam kelas, saya berusaha untuk melaksanakan
seberapa banyak aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus supaya saya dapat
memperbaiki perkembangannya di dalam kemahiran ini.
6.5 KESIMPULAN
Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi jelas
berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang
berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat
perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan.
Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan
manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang
maksimum. Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu
wujud pertaliannyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak
perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang
sama pada umur yang sama.

Kanak-kanak yang membesar dan mengalami perkembangan dari semasa ke semasa akan
menonjolkan kelemahan dan kelebihan yang tersendiri dalam diri masing-masing
memandangkan perkembangan tersebutlah yang akan membantu mereka dalam menghadapi
setiap perubahan yang akan berlaku di sekeliling mereka. Melalui pemerhatian yang telah
dijalankan ke atas semua kanak-kanak yang terdapat di taska ini iaitu dalam proses memilih
seorang kanak-kanak untuk tujuan kajian kes saya, saya dapat perhatikan bahawa
perkembangan mereka semua adalah berbeza-beza dan setiap daripada mereka mempunyai
kelemahan dan kelebihan yang tersendiri.

Jika kita dapat lihat secara keseluruhannya, kanak-kanak yang mengalami perkembangan
yang berbeza antara satu sama lain adalah kanak-kanak yang unik dan kita sebagai pemerhati
akan dapat merasai dunia perkembangan mereka. Apa yang lebih penting adalah kita memberi
peluang dari segi ruang dan persekitaran kepada mereka supaya mereka akan dapat
memperoleh peluang untuk bergerak dan meneroka segala perkara atau benda yang berlaku di
sekeliling mereka. Sekiranya kita berada di dalam dunia kanak-kanak, kita akan dapat merasai
kenikmatan dalam menuju perkembangan yang lebih positif dan pada masa ini kita sebagai
orang dewasa perlu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencari dan melihat dunia
luar dengan cara mereka sendiri. Ini sekaligus akan membawa perubahan terdapat
perkembangan dalam diri mereka samada secara positif atau negative.
7.0KAJIAN LAMPAU YANG TELAH DIJALANKAN
7.0 KAJIAN LAMPAU YANG TELAH DIJALANKAN

1. Wellman (1971) Wellman (1971)


telah mengkaji kanak-kanak taska dan beliau mendapati walaupun kanak-kanak mempunyai
maklumat yang berkaitan dengan sesuatu perkara, mereka tidak tahu menggunakan maklumat
tersebut untuk membina perasaan bahawa mereka mengetahui tentang perkara tersebut
sebagai iHl (ingatan-hujung-lidah). Ini bermaksud bahawa kanak-kanak sebenarnya dapat
menggunakan apa yang mereka tahu tetapi mereka tidak tahu bagaimana cara untuk
meluahkan dan menunjukkan apa yang mereka ketahui. Sebagai contohnya, dalam kajian kes
insyirah ini, saya telah mendapati bahawa walaupun insyirah mempunyai maklumat tentang
bagaimana untuk melakukan aktiviti finger painting sebelum ini kerana dia telah didedahkan
tentang bagaimana cara yang betul untuk mengecop menggunakan jari telunjuk. Insyirah
sebenarnya mengetahui cara bagaimana untuk mengecop dengan betul, cuma apa yang
menjadi masalahnya adalah insyirah tidak mengetahui tentang bagaimana untuk
mempersembahkan hasil kerja yang baik dan kemas

. 2. Goodnow (1977)
Seorang lagi pengkaji telah membuat kajian terhadap ketrampilan menulis dalam kalangan
kanak-kanak yang berumur tiga hingga empat tahun. Pengkaji yang dimaksudkan di sini adalah
Goodnow (1977) yang mana beliau menyatakan bahawa dalam kalangan kanak-kanak berumur
tiga hingga empat tahun, mereka lebih suka bermain-main ‘membaca’ atau‘menulis’. Mereka
menggaris dan menconteng di mana-mana sahaja termasuklah helaian kertas dan mereka akan
membaca sesuatu yang mereka ‘tuliskan’. Menurut beliau lagi, ketrampilan menulis banyak
melibatkan otot-otot halus dan proses perkembangan motor amat penting untuk membina
kebolehan membuat gerakan dengan otot-otot halus.

Goodnow (1977) telah menyenaraikan beberapa aktiviti yangs sesuai untuk dijalankan
kepada kanak-kanak yang berumur tiga dan empat tahun untuk membina kawalan motor halus.
Aktiviti yang telah diperkenalkan oleh beliau ini dapat memperkukuhkan dan mengawal
Gerakan otot-otot halus bagi tujuan menulis. Antara aktiviti-aktiviti yang telah disenaraikan
adalah seperti di bawah ini :
a) Menyusun mainan kecil, kiub, dan lain-lain menjadi kotak
b) Memasukkan bahan pelbagai bentuk ke dalam acuan yang betul
c) Membina model dengan tanah liat
d) Menggunting kertas mengikut garisan yang telah dilukiskan
e) Melekatkan rajah yang telah dipotong
f) Bermain teka-teki ‘puzzle’
g) Menekat garisan yang dilukis di atas kertas
h) Melukis semua bentuk lukisan secara bebas
i) Menyambung titik-titik menjadi gambar
j) Mewarnakan gambar dengan pensel warna, krayon dan sebagainya
k) Meniru pelbagai corak garisan.

Mengikut aktiviti yang telah disenaraikan oleh Goodnow ini, saya sebenarnya telah banyak
mengaplikasikan aktiviti ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas.
Sebagai contohnya, saya telah menjalankan aktiviti mewarnakan gambar dengan pensil warna.
Selain itu juga, saya telah menjalankan aktiviti yang menggunakan doh tepung gandum sebagai
menggantikan plastasin ataupun tanah liat di dalam pengajaran saya. Terbukti aktiviti-aktiviti
yang telah dijalankan dapat memperlihatkan sebuah hasil kerja yang baik daripada kanak-kanak
tersebut.

3. Jean Piaget (1896-1980)


Di samping itu, menurut Jean Piaget (1896-1980) telah menyatakan bahawa persekitaran
kanak-kanak perlu dilengkapi dengan bahan dan aktiviti yang membenarkan mereka
berinteraksi dengan persekitaran mereka. Misalnya aktiviti melukis, membina, berlakon,
bermain olok-olok, menyanyi dan bermain dengan pasir dan air. Pendapat yang telah
dikemukakan oleh beliau ini sebenarnya berkait rapat dengan masalah yang dihadapi oleh
insyirah iaitu dari segi perkembangan motor halusnya. Setiap ativiti yang dijalankan ke atas
insyirah dan rakan-rakannya yang lain adalah disertai dengan bahan-bahan yang membenarkan
mereka berinteraksi dengan persekitaran mereka. Sebagai contohnya, sebelum mereka
menggentel doh menjadi serangga, guru akan menunjukkan gambar serangga yang sebenar. Ini
akan meningkatkan minat mereka sebelum melakukan aktiviti yang melibatkan kemahiran
motor halus mereka.

4. Albert Bandura
Selain itu, mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Albert Bandura, beliau menyatakan
bahawa kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui proses peniruan. Kanak-kanak akan dapat
melakukan sesuatu aktiviti dengan baik iaitu dengan adanya tunjuk ajar dan demonstrasi
daripada guru. Melalui tunjuk ajar tersebut, kanak-kanak akan dapat melihat dan seterusnya
membuat peniruan terhadap apa yang telah mereka lihat. Seterusnya, perkara ini akan dapat
diaplikasikan dalam setiap aktiviti yang akan dilaksanakan oleh guru. Proses peniruan ini
sebenarnya akan dapat memudahkan guru untuk memberi sebarang bentuk pembelajaran
kepada kanak-kanak. Di dalam aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus kanak-kanak
juga sebenarnya banyak berkait rapat dengan proses peniruan. Menurut beliau lagi, kanak-
kanak akan dapat belajar selepas mereka didedahkan secara berulang-ulang kepada sesuatu
rangsangan.

5. (Lefrancois, 2001)
Di samping itu, menurut (Lefrancois, 2001) turut membuat kajian terhadap kanak-kanak dan
beliau telah memperkenalkan skala yang dicipta untuk tujuan penilaian perkembangan kanak-
kanak. Denver II atau Gesell Developmental Schedules digunakan untuk menilai keupayaan
kanak-kanak melaksanakan tugasan tertentu yang meliputi empat bidang iaitu bahasa, peribadi
dan sosial, motor halus dan motor kasar. Seseorang kanak-kanak dikatakan mengalami
perkembangan yang lambat sekiranya dia didapati gagal melaksanakan tugasan yangdapat
dilaksanakan oleh 90% daripada kanak-kanak yang seusia dengannya.
8.0 KAEDAH KAJIAN
8.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian adalah satu perkara yang amat penting dalam usaha untuk mengumpul
maklumat yang betul daripada pihak-pihak yang terlibat bagi melancarkan lagi perjalanan
tugasan saya berkenaan dengan kajian kes kanak-kanak ini. Terdapat beberapa jenis kaedah
kajian yang telah saya gunakan semasa menjalankan kajian kes ke atas kanak-kanak ini.
Antaranya adalah seperti di bawah ini :

KAEDAH PEMERHATIAN
Melalui kaedah ini, saya memerhati tingkahlaku kanak-kanak yang dikaji. Setiap tingkahlaku
kanak-kanak yang dikaji akan direkod dan dicatat untuk mengenalpasti dan mengetahui tahap
perkembangannya. Semasa saya menjalankan kajian ini ke atas insyirah iaitu di dalam dan luar
kelas, kawasan persekitaran tadika, saya memerhatikan keadaan pembelajarannya, tingkahlaku
dan pergaulan sosialnya dengan rakan dan orang disekelilingnya. Tidak lupa juga saya turut
memerhatikan tentang perkembangan motor halus insyirah.

Bukti pemerhatian adalah melalui gambar-gambar insyirah yang diambil semasa dia sedang
menjalankan aktivitinya di dalam kelas. Kaedah ini lebih banyak saya gunakan hampir setiap
hari sepanjang saya menjalani praktikal di sini kerana melalui kaedah ini saya dapat perhatikan
setiap perubahan yang berlaku pada diri adik insyirah. Pemerhatian yang dijalankan selama 6
minggu ini dapat membantu memberikan gambaran secara keseluruhan tentang apa jua
perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak kajian kes.

KAEDAH TEMURAMAH
Saya juga telah menggunakan kaedah temuramah bersama guru tadika. Tujuannya adalah untuk
mendapatkan maklumat dan pandangan secara peribadi daripada guru tadika tentang tingkah laku dan
perkembangan adik insyirah kerana mereka semua lebih mengenali insyirah dan ini akan membantu
serba sedikit diri saya dalam mendapatkan maklumat mengenai diri insyirah secara khususnya.

KAEDAH RUJUKAN
Di samping itu, saya juga telah membuat rujukan pada beberapa buah buku dan juga internet untuk
mendapatkan maklumat tentang tahap perkembangan kanak-kanak peringkat awal. ini bertujuan untuk
memberikan maklumat, gambaran dan panduan kepada saya tentang tahap perkembangan kanak-kanak
peringkat umur ini. Segalamaklumat yang diperolehi memudahkan saya untuk memahami kanak-kana
kdengan lebih baik.
9.0 AKTIVITI YANG MEMBANTU PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK
9.0 AKTIVITI YANG MEMBANTU PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK
Daripada pemerhatian yang telah dijalankan oleh saya sepanjang enam minggu menjalani
latihan mengajar di tadika tahfiz intelek ini saya telah menjalankan pelbagai aktiviti yang boleh
meningkatkan lagi perkembangan motor halus insyirah. Daripada pemerhatian yang telah
dijalankan ke atas insyirah, saya telah mendapati bahawa insyirah mempunyai sedikit masalah
ketika menjalani aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halusnya iaitu dari segi penggunaan
kedua-dua belah tangannya dan juga jari jemarinya. Saya banyak memperhatikan
perkembangan motor halusnya dari semasa ke semasa kerana disitulah saya dapat memikirkan
bagaimanakah caranya untuk merangka aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan
perkembangan motor halusnya.

Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh saya untuk melihat perkembangan insyirah dalam
kemahiran motor halusnya adalah melalui aktiviti yang melibatkan penggunaan tangan dan jari
jemarinya. Saya banyak melaksanakan aktiviti yang berbentuk seni dan kreativiti kerana melalui
aktiviti sebeginilah saya dapat melihat perkembangan motor halus insyirah. Antara aktiviti-
aktiviti yang telah saya jalankan kepada insyirah adalah seperti di bawah ini:
1) Mewarna gambar Pelangi
2) Mewarna gambar haiwan menggunakan cat air
3) Kertas ku terbang
4) Mari kenali anggota badan

Daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ke atas insyirah bagi membantu


perkembangannya, saya dapat memperhatikan bahawa perkembangan motor halus insyirah
dari sehari ke sehari telah menampakkan peningkatan yang sangat baik. Saya menjalankan
aktiviti- aktiviti ini di dalam kelas bersama-sama dengan rakan-rakannya yang lain tetapi
penumpuan lebih diperhatikan pada diri insyirah memandangkan fokus utama saya adalah
untuk meningkatkan perkembangan motor halusnya. Saya berusaha untuk melakukan yang
terbaik dalam setiap aktiviti yang saya rancangkan, memandangkan matlamat pengajaran saya
adalah untuk memudahkan insyirah mengikuti segala aktiviti yang saya sediakan dan sesuai
dengan perkembangan serta peringkat umurnya.
AKTIVITI 1 :
Antara aktiviti yang telah dijalankan bagi membantu perkembangan motor halus insyirah
antaranya adalah aktiviti mewarna Pelangi menggunakan cat air dan warna menggunakan jari
tekunjuk masing-masing yang telah saya jalankan pada 16 januari 2022 semasa proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Melalui aktiviti ini, saya telah dapat melihat
perubahan dari segi perkembangan motor halus insyirah ketika dia melakukan aktiviti ini. Di
bawah ini, menunjukkan hasil kerja insyirah setelah selesai menjalankan aktiviti ini. Aktiviti
mewarna yang dijalankan pada 16 januari 2022. Pada masa ini, hasil kerja insyirah kurang
memuaskan. Pada aktiviti ini, kelihatan insyirah tidak dapat mewarna dengan baik pada
gambar pelangi tersebut. Walaupun sudah ada contoh dihadapan, insyirah masih tidak dapat
melakukan dengan baik. Kemudian insyirah mewarnakan gambar lukisan tersebut dengan
warna yang bercampur dan terlalu banyak.
AKTIVITI 2 :
Saya juga melakukan aktiviti mewarna gambar haiwan. Insyirah mendapat gambar beruang.
Bagi aktiviti ini, saya dapat melihat bahawa insyirah sangat lemah dalam mewarna dan masih
kekok untuk memegang berus cat. Aktiviti ini telah dijalankan pada 17 januari 2022

Hasil kerja insyirah pada masa ini sudah ada sedikit peningkatan dalam mewarna dengan
menggunakan berus warna. Pada masa ini, insyirah sangat berhati-hati ketika mewarna dan membuat
garisan pada lukisan. Walau bagaimanapun, insyirah mewarnakan gambar tersebut dengan terlalu
terang dan keluar dari garisan lukisan.
AKTIVITI 3 :
Perkembangan motor halus insyirah dapat dipertingkatkan lagi melalui pemerhatian yang
telah saya jalankan ke atas diri insyirah sepanjang enam minggu menjalani praktikal di sini. Oleh
sebab itu saya telah menjalankan aktiviti Kertasku terbang. Aktiviti kali ini, saya ingin melihat
perkembangan motor halusnya iaitu keupayaan insyirah dalam menggunakan jari jemari dan
tangannya semasa melakukan aktiviti lipatan kertas. Di bawah ini merupakan aktiviti yang telah
saya jalankan terhadap Mirza. Aktiviti ini telah dijalankan pada 18 januari 2022.

Pada aktiviti ini, adik insyirah sudah menunjukkan perubahan dalam perkembangan motor
halusnya. Pada awalnya, insyirah tidak dapat melipat kertas untuk membuat origami kapal
terbang. Kemudian saya telah ajar kepadanya bagaimana hendak membuat origami tersebut.
Namun, insyirah masih lemah dalam membuat lipatan tersebut sehingga memerlukan bantuan
dari saya.
AKTIVITI 4 :
Aktiviti diteruskan lagi oleh saya bagi membantu perkembangan motor halus adik insyirah.
Saya telah menjalankan aktiviti mewarna dan menampal . Aktiviti ini telah dijalankan pada 19
januari 2022. Aktiviti ini memerlukan insyirah mewarna menggunakan pensil warna dan
menampal menggunakan gam mengikut susunan anggota badan yang betul pada gambar muka
yang saya berikan. Daripada pemerhatian, saya mendapati bahawa, adik insyirah sangat
berminat dan sangat berhati-hati apabila mewarna dan menampal. Perkembangan motor halus
adik insyirah sudah menunjukkan perubahan dan semakin baik.

Adik insyirah sudah pandai mengaplikasikan warna dan sangat berhati-hati apabila mewarna.
Aktiviti ini telah menunjukkan sedikit perubahan dalam perkembangan motor halus adik
insyirah. Apabila siap lukisan tersebut, insyirah dengan tidak sabar telah tunjukkan lukisan yang
telah disiapkan olehnya kepada cikgu yang lain dengan sangat teruja.
10.0 KESIMPULAN SECARA KESELURUHAN
10.0 KESIMPULAN SECARA KESELURUHAN
Melalui pemerhatian yang telah dijalankan kepada insyirah melalui kajian kes yang telah
dijalankan kepadanya, saya telah dapat melihat pelbagai perkembangan insyirah iaitu dari segi
perkembangan sosioemosi, kognitif, bahasa dan juga fizikal. Saya telah membuat pemerhatian
terhadap insyirah dari semasa ke semasa dan daripada pemerhatian tersebut, saya dapat
melihat bahawa insyirah mempunyai masalah dari segi perkembangan motor halusnya. Saya
telah berusaha dalam menjalankan pelbagai aktiviti untuk melihat perkembangan yang berlaku
dalam dirinya.

Corak perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik


perkembangan yang sama pada umur yang sama. Tahap perkembangan setiap individu adalah
berbeza dari pelbagai sudut seperti fizikal, kognitif, emosi dan sosial walaupun masing-masing
melalui peringkat pertumbuhan yang sama. Oleh sebab itu, dalam memilih kanak-kanak untuk
dijadikan sebagai tugasan kajian kes pada kali ini, saya perlu memerhatikan setiap daripada ciri-
ciri perkembangan yang terdapat pada kanak-kanak yang telah saya pilih supaya saya dapat
memperoleh satu hasil yang boleh memberikan saya idea dalam merangka aktiviti yang
bersesuaian dengan kelemahan yang terdapat pada dirinya.

Setiap individu boleh dikembangkan potensinya mengikut kebolehan dan bagaimanayang


dinyatakan oleh Howard Gardner, manusia mempunyai lapan jenis kecerdasan yang boleh
dipertingkatkan iaitu kecerdasan verbal, logikal, spatial, muzikal kinestatik, intrapersonal,
interpersonal, dan naturalis.

Untuk membantu murid mencapai tahap perkembangan dan pertumbuhan yang optimum,
guru haruslah menyesuaikan kaedah pengajaran dengan keupayaan dan kebolehan murid.
Apabila guru mengetahui dan mengenali keupayaan murid, beliau dapat mengaplikasi pelbagai
kecerdasan dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan
45keyakinan pelajar seterusnya mengembangkan potensi diri ke arah perkembangan dan
pertumbuhan yang optima.

Sebagai contohnya, dalam kajian kes yang telah dijalankan terhadap insyirah sepanjang saya
menjalani latihan mengajar di tadika tahfiz intelek saya telah dapat melihat perkembangan
motor halus yang berlaku dari sehari ke sehari sepanjang saya menjalankan aktiviti ke atas
dirinya. Perancangan aktiviti yang telah dilaksanakan terhadap insyirah adalah bersesuaian
dengan peringkat umurnya supaya dia dapat melakukan aktiviti ini dengan baik tanpa
mempunyai sebarang masalah. Saya berasa sangat berpuas hati dengan perkembangan yang
berlaku pada diri insyirah sehingga menampakkan banyak perubahan melalui aktiviti yang telah
saya jalankan kepadanya. Setelah masalah dikenal pasti terhadap diri insyirah, maka saya
berusaha mencari jalan untuk melakukan yang terbaik dalam melaksanakan beberapa aktiviti
yang sesuai denganmasalah perkembangan yang dialami oleh insyirah.

Melalui aktiviti yang telah saya laksanakan terhadapnya dan melalui pemerhatian yang
dijalankan setiap hari, maka hasilnya saya telahdapat melihat perubahan yang ketara dalam
perkembangan motor halusnya. Perkara ini telah membuatkan saya sangat berpuas hati
disebabkan oleh, saya dapat melihat hasil perubahan yang dialami oleh insyirah melalui aktiviti-
aktiviti yang telah saya laksanakan terhadapnya. Insyirah sememangnya seorang kanak-kanak
yang cerdik sekiranya kita dapat melihat dan mengkaji masalah serta melaksanakan aktiviti
yang boleh membantu dalam masalah perkembangannya.

Secara keseluruhannya, dapat saya membuat kesimpulan bahawa insyirah seorang kanak-
kanak yang cerdik dan petah ketika bercakap. Perkembangan kognitif, sosioemosi dan
bahasanya sangat baik ketika berada ditadika. Walaupun sepanjang enam minggu saya
menjalani latihan mengajar di tadika ini dan saya melihat bahawa insyirah mempunyai
kekurangan ataupun dalam erti kata lain insyirah mempunyai masalah dalam perkembangan
motor halusnya, namun dia tetap bersemangat untuk melakukan setiap aktiviti yang saya telah
saya jalankan kepadanya.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ke atas diri insyirah telah menampakkan hasil dan
perubahan yang ketara. Selain itu, perubahan yang ditunjukkan oleh insyirah dalam
perkembangan motor halusnya telah membuatkan saya berpuas hati dan percaya bahawa
insyirah mampu menjadi seorang kanak-kanak yang mampu bersaing dengan semua rakan-
rakannya suatu hari nanti.

Usaha dan keyakinan perlu ada supaya setiap perkara atau benda yang akan dilakukan akan
mendapat hasil yang baik. Kanak-kanak merupakan golongan yang terawal yang perlu dididik
dan diasuh sejak mereka kecil lagi supaya kita dapat melihat pembentukkan diri mereka
samada secara positif ataupun negatif.

Anda mungkin juga menyukai