Anda di halaman 1dari 6

a.

) AKTIVITI 2:
 Aktiviti Melompat ke Dalam Gelung Hula (Jumping Through Hula
Hoops)

Gambar 2:
Aktiviti Melompat ke Dalam Gelung Hula (Jumping Through Hula
Hoops)
b.)SASARAN: Kanak-Kanak (3-4 tahun)
c.) DISKRIPSI:
 Aktiviti Melompat ke Dalam Gelung Hula (Jumping Through Hula
Hoops) merupakan aktiviti perkembangan motor kasar kanak-kanak.
 Perkembangan motor kasar kanak-kanak yang melibatkan otot kaki,
koordinasi tangan kanak-kanak dapat ditekankan dalam menggunakan
pendekatan ini.
 Oleh itu, aktiviti ini boleh diaplikasikan oleh guru di permainan luar
kanak-kanak dalam membantu perkembangan motor kasar mereka.
 Kemahiran mengimbagkan badan kanak-kanak boleh diaplikasikan
dalam pendekatan ini
 Maka, Aktiviti Melompat ke Dalam Gelung Hula (Jumping Through Hula
Hoops) boleh dilaksankan guru dalam membantu perkemabangan
motor kasar kanak-kanak.
d.)OBJEKTIF:
 Kanak-Kanak dapat melompat ke dalam semua gelung hula (Hula
Hoops).
e.) DURASI:
 10 minit
f.) IMPLIMENTASI
1) Guru akan melaksanakan Aktiviti Melompat ke Dalam Gelung Hula (Jumping
Through Hula Hoops) di Permainan luar kanak-kanak.
2) Guru akan menyediakan dan menyusun 10 gelung hula di atas permukaan
tanah.
3) Guru akan menunjukkan cara melompat ke dalam gelung hula supaya kanak-
kanak mendapat pengetahuan dalam melakukan aktiviti melompat tersebut.\
4) Kanak-Kanak akan memerhati demonstrasi permainan melompat ke dalam
gelung hula sebelum mereka melakukan sendiri aktiviti tersebut.
5) Guru akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melakukan sendiri
unuk melakukan Aktiviti Melompat ke Dalam Gelung Hula (Jumping Through
Hula Hoops).
6) Pendekatan ini dilaksanakan selama 10 minit supaya kanak-kanak dapat
berlatih dan membiasakan diri untuk melompat ke dalam gelung hula dengan
sempurna.
7) Guru akan membimbing kanak-kanak dalam aktiviti ini dalam menjamin
keselamatan mereka sepanjang melakukan aktiviti tersebut.
8) Guru akan memberi peneguhan positif seperti pujian dan sokongan kepada
kanak-kanak agar memotivasikan mereka untuk terlibat dalam aktiviti
tersebut.
9) Selepas tamat dalam melakukan Aktiviti Melompat ke Dalam Gelung Hula
(Jumping Through Hula Hoops), guru akan memberi refleksi dan maklum
balas yang positif kepada kanak-kanak dalam penglibatan mereka dalam
aktiviti melompat tersebut.
g.)MANFAAT (BENEFITS)
i. Meningkatkan Kekuatan Otot Kaki

Aktiviti Melompat ke Dalam Gelung Hula (Jumping Through Hula Hoops)


merupakan kemahiran yang membantu perkembangan motor kasar kanak-kanak
seperti kekuatan otot kaki mereka. Dalam pada itu, kekuatan otot kaki dapat
ditingkatkan melalui aktiviti melompat kerana pendekatan ini dapat mempengaruhi
ketahanan otot, rekfleksi otot dan kekuatan otot kaki dalam melaksanakan
pendekatan ini (S, Arumugam, dan Parasher, 2018, p. 1). Selain itu, berdasarkan
kajian Johnson, MacWilliams, Carey, Viskochil, D’Astous dan Stevenson, (2012)
menyokong bahawa aktiviti melompat ini turut membantu dalam meningkatkan
perkembangan otot kaki kanak-kanak (p. 253). Hal ini dikatakan kerana aktiviti
melompat akan mempengaruhi anggota bawah badan kanak-kanak seperti kaki dan
lutut mereka. Penglibatan anggota bawah badan tersebut dalam pendekatan
melompat dapat mengintergrasikan kekuatan otot kaki dan lutut kanak-kanak
sepanjang pelaksanaan aktiviti ini (Johnson et al., 2012, p. 253). Dalam pada itu,
Tindakan refleks ketika melompat akan mempengaruhi otot kaki sekaligus dapat
menguatkan otot kaki kanak-kanak dalam melakukan pendekatan melompat ini
(Bullock, Martin, Ross, Rosemond, Jordan dan Marino, 2008, p. 1373). Maka Aktiviti
Melompat ke Dalam Gelung Hula (Jumping Through Hula Hoops) hendaklah
diaplikasikan oleh guru bagi membantu perkembangan motor kasar kanak-kanak
dalam meningkatkan kekuatan otot kaki mereka.

ii. Meningkatkan Koordinasi Tangan-Kaki Kanak-Kanak

Selain itu, Aktiviti Melompat ke Dalam Gelung Hula (Jumping Through Hula
Hoops) turut dapat membantu perkembangan motor kasar kanak-kanak yang
melibatkan koordinasi Tangan-Kaki Kanak-Kanak. Hal ini dikatakan kerana, aktiviti
melompat ke dalam gelung hula memerlukan kanak-kanak menggunakan anggota
tangan dan kaki mereka sepanjang menggunakan pendekatan melompat ini.
Kemahiran melompat yang diaplikasikan kanak-kanak akan menggalakkan
pergerakan aktif tangan dan kaki mereka agar mereka dapat melompat ke dalam
gelung hula tanpa terjatuh atau terkeluar daripada Kawasan gelung. Secara tidak
langsung kemahiran koordinasi Tangan-Kaki kanak-kanak dapat diintergrasikan
dalam menggunakan pendekatan melompat ini agar dapat meningkatkan
perkembagan motor kasar mereka. Pernyataan ini disokong oleh Chen, Liaw, Liang,
Hung, Guo dan Wu, (2013) dengan menyatakan bahawa aktiviti yang menggunakan
pendekatan melompat menggalakan pergerakan badan dan tindakan refleks dengan
mengawal koordinasi Tangan-Kaki dalam melompat bagi meningkatkan kemahiran
motor kasar kanak-kanak dalam melakukan aktiviti melompat tersebut (p. 105).

iii. Meningkatkan Kemahiran Mengimbangkan Badan Kanak-Kanak

Akhir sekali, Aktiviti Melompat ke Dalam Gelung Hula (Jumping Through Hula
Hoops) boleh membantu perkembangan motor kasar kanak-kanak yang melibatkan
kemahiran mengimbangkan tubuh badan kanak-kanak. Hal ini dikatakan kerana
aktiviti melompat ke dalam gelung hula memerlukan kanak-kanak memberi tumpuan
yang sepenuhya agar mereka dapat melompat ke dalam gelung tanpa terjatuh atau
terkeluar daripada gelung tersebut. Dalam pada itu, lingkaran gelung yang kecil
turut mempengaruhi kanak-kanak untuk menstabilkan tubuh badan mereka setelah
melompat dengan mengawal dan mengimbangkan tubuh badan mereka.
Berdasarkan kajian Kitsao-Wekulo, Holding, Taylor, Kvalsvig dan Connolly
menyatakan bahawa aktiviti melompat mempengaruhi keseimbangan badan yang
dinamik bagi meningkatkan perkembangan motor kasar mereka (p. 5). Menurut
Chen et al., (2013) turut bersetuju bahawa melompat membantu meningkatkan
kawalan dalam mengimbangkan badan melalui kawalan pergerakan kanak-kanak
yang dilakukan ketika melompat (p. 105). Maka, Aktiviti Melompat ke Dalam Gelung
Hula (Jumping Through Hula Hoops) hendaklah diaplikasikan dalam aktiviti fizikal
seharian kanaka-kanak agar dapat membantu meningkatkan perkembangan motor
kasar mereka secara berterusan.
RUJUKAN

Bullock, N., Martin , D. T., Ross, A., Rosemond, C. D., Matthew, J. J., & Marino, F. E.
(2008). Acute Effect of Whole-Body Vibration On Sprint and Jumping
Perfomance in Elite Skeleton Athletes. Journal of Strength and Conditioning
Research, 22(4), 1371-1374. doi:10.1016/j.clinbiomech.2009.10.016

Chen, Y.-Y., Liaw, L.-J., Liang, J.-M., Hung, W.-T., Guo, L.-Y., & Wu, W.-L. (2013).
Timing Perception and Motor Coordination On Rope Jumping in Children With
Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Physical Therapy in Sport, 14, 105-
109. doi:10.1016/j.ptsp.2012.03.012

Johnson , B. A., MacWilliams, B., Carey, J. C., Viskochil, D. H., D'Astous, J. L., &
Stevenson, D. A. (2012). Lower Extremity Strength and Hopping and Jumping
Ground Reaction Forces in Children with Neurofibromatosis Type 1. Human
Movement Science, 31, 247-254. doi:10.1016/j.humov.2011.05.004

Kitsao-Wekulo, P. K., Holding, P. A., Taylor, H. G., Kvalsvig, J. D., & Connolly, K. J.
(2013). Determinants of Variability in Motor Performance in Middle Childhood:
A Cross-Sectional Study of Balance and Motor Co-ordination Skills. BMC
Psychology, 1-29. doi:10.1186/2050-7283-1-29

S, J., Arumugam, N., & Parasher, R. K. (2018). Efect of Physical Exercises on


Attention, Motor Skill and Physical Fitness in Children with Attention Defcit
Hyperactivity Disorder: A Systematic Review. ADHD Attention Defcit and
Hyperactivity Disorders, 1-13. Retrieved from https://doi.org/10.1007/s12402-
018-0270-0
RUJUKAN GAMBAR

Aktiviti Melompat ke Dalam Gelung Hula [Online Image], Everyday Miracles – Family
Child Care Home https://everydaymiraclesfcchome.wordpress.com/2013/05/08/hula-
hoop-games/

Anda mungkin juga menyukai