Anda di halaman 1dari 4

SOALAN 1

Salah faham lebih mudah berlaku apabila kita berkomunikasi melalui pesanan teks daripada
komunikasi bersemuka. Dengan menggunakan contoh-contoh petikan pesanan teks
bincangkan.

Salah faham lebih mudah berlaku apabila kita berkomunikasi melalui pesanan teks
daripada komunikasi bersemuka kerana komunikasi ini boleh membuat penerima tidak
membaca mesej yang diterima, penghantar tidak mempunyai kawalan terhadap mesej dan
penerima berkemungkinan tidak memahami pesanan teks yang diterima. Oleh itu, komunikasi
melalui pesanan teks dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor komunikasi teks di
sesuatu tempat. Contoh komunikasi tersebut seperti komunikasi melalui pesanan teks di
tempat kerja. Secara umumnya, kebanyakan perkara yang disalurkan melalui pesanan teks
adalah maklumat yang memerlukan respon segera. Sekiranya melibatkan penyampaian
maklumat, maka maklumat yang dikongsi juga harus pendek, dan padat. Perkongsian
maklumat yang terlalu panjang dan berjela mungkin tidak mendapat perhatian oleh pekerja di
tempat kerja. Walaupun terdapat perbincangan melalui pesanan teks dalam mendapatkan
sesuatu keputusan, atau persetujuan daripada para pekerja, namun ia tidak melibatkan
keputusan penting dan serius yang boleh menyebabkan kesalahfahaman (misunderstanding)
atau maklumat berkaitan keputusan tersebut yang tidak difahami sepenuhnya
oleh semua pihak.

Contoh pesanan teks di tempat kerja 1;

Majikan: “Awak perlu maklumbalas segera tentang sesuatu perkara ketika dia berada di
dalam mesyuarat….Kakitangan memaklumkan ttg perkara2 spt cuti dll”. ”Jika terdapat
testing system seperti "call tree" yang memerlukan semua pekerja memberi respon
dalam masa yg ditetapkan….- Saluran komunikasi formal syarikat ialah email & skype for
business kerana melibatkan maklumat pelanggan dan transaksi saham….kertas kerja
hendaklah disiapkan dengan kadar segera dan berikan kepada setiasusaha….sekiranya ada
mesyuarat yang seterusnya, baik awak bertindak dengan kadar segera dalam
menguruskannya ”

Pekerja: Maaf tuan, boleh tuan ringkaskan secara terperinci dengan apa yang ingin
disampaikan oleh tuan?

Berdasarkan contoh pesanan teks di tempat kerja tersebut, pekerja mengalami


kesukaran dalam memahami pesanan yang disampakaikan oleh majikannya. Hal ini dikatakan
kerana pesanan teks yang pangjang, penggunaan singkatan perkataan, dan maklumat yang
disampaikan bertimpa dengan maklumat yang lain menyebabkan komunikasi tersebut kurang
berkesan. Contohnya singkatan perkataan seperti ‘ttg’ yang bermaksud ‘tentang’, ‘dll’
membawa maksud ‘dan lain-lain’, ‘yg’ membawa maksud ‘yang’ menyebabkan pekerja sukar
untuk memahami maklumat pesanan teks tersebut. Oleh itu, Ayat yang pangjang dan meleret
tersebut menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan oleh majikan kepada pekerja
bercampur sekaligus kesalahan memahami maklumat boleh berlaku jika pekerja tidak
mentafsir pesanan teks tersebut seperti maklumat yang ingin disampaikan oleh majikannya.

Contoh pesanan teks di tempat kerja 2;

Pekerja 1: “Selalunya arahan formal ni..biasanya dari bos, dia perlukan data atau
maklumbalas, kadang-kadang dia perlukan data-contohnya bos dalam meeting, dia perlukan
data, so yang dipejabat ni perlu bagi maklumat lah..”

Pekerja 2: Bukan mcm itu! Kalau circulation pekeliling..emel tetap buat sebab kita nak
simpan….tapi dia akan text …orang tak akan tengok kalo diarong tak bukak emel..sharing
maklumat..untuk communicate benda penting.”

Pekerja 1: Maaf tuan, saya akan semak semula dekat bos.

Berdasarkan pesanan teks di tempat kerja tersebut, komunikasi pesanan teks


melibatkan perbincangan berkaitan perkara yang penting dalam membuat keputusan di tempat
kerja. Kemudahan berkomunikasi melalui pesanan teks di tempat kerja digunakan untuk
membincangkan semua kemungkinan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, salah
faham akan berlaku melalui pesanan teks kerana cara penyampaian maklumat yang
disampaikan menunjukkan ekspresi atau nada marah mengikut andaian penerima teks
pesanan tersebut. Contohnya, pekerja satu meminta maaf kepada pekerja dua kerana
beranggapan dia marah kerana berdasarkan pesanan teks yang diterima seperti “ Bukan
mcm itu! Kalau circulation pekeliling..emel tetap buat sebab kita nak simpan….tapi dia akan
text …orang tak akan tengok kalo diarong tak bukak emel..sharing maklumat..untuk
communicate benda penting.” Namun sebaliknya pekerja dua tidak menunjukkan marah dan
hanya menekan maklumat yang cuba diampakaikan kepada pekerja satu. Secara tidak
langsung salah faham berlaku antara pekerja satu dan pekerja dua apabila cara pesanan teks
disampaikan bukan secara formal dan mengikut etika di tempat kerja.

Contoh pesanan teks di tempat kerja 3;

Pekerja 1: Kalau ada apa-apa maklumat daripada boss, kau gitau je aku, dan kalua ade apa-
apa kau roger macam biasa.

Pekerja 2: Maaf cik, saya tak faham dengan apa encik cuba sampaikan. Boleh cik hantar
balik pesanan dengan Bahasa melayu baku?

Berdasarkan pesanan teks di tempat kerja tersebut, terdapat penggunaan Bahasa


slanga. Bahasa slanga merupakan bahasa yang digunakan oleh kelompok manusia dan hanya
kelompok berkenaan sahaja yang memahami bahasa tersebut. Komunikasi pesanan teks di
tempat kerja mestilah pesanan teks yang formal dan berertika kerana perkara ini menjamin
keberkesana penyampaian maklumat di tempat kerja tersebut. Contohnya, pekerja satu
menggunakan bahasa slanga yang hanya difahami oleh dirinya seperti penggunaan ‘gitau’
membawa maksud ‘memberitahu’ dan ‘roger’ membawa maksud kepada ‘menghubungi’.
Oleh itu, pekerja dua mengalami kesukaran dalam memahami pesanan teks tersebut
sehingga meminta pekerja satu untuk menggunakan bahasa yang boleh difahaminya.
Secara tidak langsung salah faham dan dan penyampaian maklumat yang kurang berkesan
berlaku apabila menggunakan bahasa yang sukar dan tidak formal di tempat kerja.

Rujukan
Ambar. (2017, Jun 12). Komunikasi Nonverbal – Prinsip – Fungsi – Jenis . Retrieved from
PakarKomunikasi.com: https://pakarkomunikasi.com/komunikasi-nonverbal
Janudin, N. W. (2014, Disember 14). Komunikasi Berkesan. Retrieved from SlideShare:
https://www.slideshare.net/soxstarian/komunikasi-berkesan-42700329
Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, M. H. (2018). Kepentingan Komunikasi Non Verbal Dalam
Organisasi. Vol. 15. No.5 (107-116), ISSN: 1823-884x , 107-116.
Normazaini Saleh, A. T. (2018). Penggunaan Whatsapp Sebagai Alat Komunikasi Formal Dalam
Organisasi: Satu Tinjauan Awal. Proceeding of the 5th International Conference on
Management and Muamalah 2018 (ICoMM 2018)e-ISBN: 978-967-2122-52-4 , 44-51.

Anda mungkin juga menyukai