Anda di halaman 1dari 6

KOMPONEN III

(PENGURUSAN AM)

Soalan 3B

Halangan
Mesyuarat Guru Besar
Komunikasi
Staf

Perutusan Isyarat di terima

Tindakan Guru
Maklumbalas

Sumber : Model Komunikasi Shannon & Weaver

Model komunikasi di atas menunjukan situasi aliran mesyuarat yang sering diadakan di
sekolah.Adakalanya maklumat yang ingin disampaikan oleh guru besar tidak dapat
difahami oleh guru-guru dengan baik. Natijahnya, guru-guru sebagai pelaksana tidak
dapat melaksanakan sesuatu program yang dipertanggungjawab dengan berkesan.

Berdasarkan model di atas, bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini


berlaku.

Jawapan

Komunikasi bermaksud perhubungan. Tujuan utama berkomunikasi antara


manusia ialah menyampaikan khabar, berita, mesej, pendapat atau maklumat kepada
pendengar. Terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi.
Antaranya ialah penggunaan alat media seperti suratkhabar, radio, televisyen,
komputer, surat, lisan dan sebagainya. Mengikut Model Shannon dan Weaver, proses
komunikasi bermula dari sumber maklumat (disimpan dalam ingatan) yang
menghasilkan mesejnya melalui alat pemancar seperti suara, kemudian melalui saluran
dan sampai ke alat penerima (pendengar). Alat penerima serta-merta mentafsir mesej
yang diterima yang kemudiannya disalurkan ke destinasi yang dituju, iaitu otak
manusia. Keberkesanan komunikasi bergantung kepada kadar kekuatan sumber
gangguan semasa mesej disalurkan dari alat pemancar ke alat penerima.

Berdasarkan model komunikasi Shannon dan Weaver, terdapat banyak faktor-


faktor yang menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan oleh Guru Besar tidak
dapat difahami oleh guru-guru dengan baik. Faktor yang pertama ialah kebisingan.
Kebisingan yang tidak terkawal akan mengurangkan keberkesanan proses komunikasi.
Kebisingan akan menyebabkan mesej yang tepat tidak sampai kepada penerima. Jika
mesej itu disampaikan dalam keadaan kebisingan yang kuat, maka keberkesanan
komunikasi akan berkurang. Komunikasi sukar untuk dilakukan di kawasan yang bising.
Ini kerana ia akan mengganggu penyampai dan penerima semasa melakukan proses
komunikasi.

Faktor kedua pula ialah bahasa yang tidak jelas. Bahasa yang berlainan antara
satu individu dengan individu lain juga boleh menjadi halangan komunikasi. Pemilihan
perkataan oleh Guru Besar mempunyai makna yang tidak konsisten apabila
diterjemahkan oleh penerima maklumat iaitu guru-guru yang berasal dari negeri-negeri
yang berbeza. Guru Besar perlu menyedari bahawa terdapatnya perkataan yang sama
tetapi mempunyai pengertian yang berlainan kepada penerima maklumat daripada latar
belakang bahasa yang berbeza. Kata-kata atau perkataan yang mempunyai makna
yang berbeza-beza terhadap sesuatu perkara bagi orang yang berlainan budaya ini
dinamakan semantik. Di sini pendengar dan penutur tidak sependapat berkenaan
makna yang dimaksudkan. Sebagai contoh, orang Kedah dan orang Johor mempunyai
makna lain apabila menggunakan perkataan “selalu”. Orang Kelantan dan orang
Selangor pula mempunyai makna lain apabila menggunakan perkataan “bela”. Menurut
Kamus Dewan 1993, perkataan “selalu” mempunyai tiga makna: 1. Sentiasa,
selamanya, sepanjang masa; 2. Seluruh, semua; 3. Terus, langsung. Menurut Kamus
Dewan 1993 juga, perkataan “bela” mempunyai tiga makna: 1. Membunuh diri mengikut
orang mati; 2. Membalas membunuh dan lain-lain; 3. Melindungi, menyelamatkan,
mempertahankan.

Faktor ketiga ialah latarbelakang pendengar atau penerima mesej yang


berbeza. Pelbagai budaya yang wujud dalam organisasi menyebabkan subordinat
minoriti sukar untuk menyesuaikan diri dalam suasana kerja yang dipelopori oleh
majoriti subordinat. Contohnya perkataan “lawa”. Bagi masyarakat Semenanjung ia
bermaksud cantik, tetapi bagi masyarakat Sarawak “lawa” dimaksudkan sombong.
Selain itu, perkataan yang digunakan oleh guru-guru yang datang dari Terengganu juga
berbeza dengan perkataan yang digunakan oleh guru-guru yang berasal dari Negeri
Sembilan.

Faktor keempat ialah alam sekeliling atau persekitaran yang tidak sesuai.
Contohnya, persekitaran bilik mesyuarat seperti di kawasan yang sedang dalam
pembinaan yang mengeluarkan bunyi bising akan mewujudkan halangan komunikasi.
Selain itu, suasana dalam bilik mesyuarat yang kurang kondusif seperti sempit atau
pendingin hawa yang tidak berfungsi akan menyebabkan ketidakselesaan dan
menambahkan lagi halangan komunikasi.

Faktor kelima ialah salah tafsir ( interpretasi ). Tanggapan yang dibuat oleh
penerima maklumat terhadap sesuatu situasi mungkin bercanggah dengan tanggapan
yang dibuat oleh penyampai. Contohnya arahan Guru Besar kepada guru-guru tentang
sesuatu tugas yang hendak disiapkan secepat mungkin. Jika tidak ditetapkan tempoh
yang dikehendaki oleh Guru Besar maka ia akan menimbulkan kekeliruan kepada guru-
guru dalam memahami maksud secepat “mungkin”.

Faktor keenam ialah kesesuaian masa ( timing ). Masa yang tidak sesuai akan
mempengaruhi maklumat yang ingin disampaikan. Contohnya, apabila mesyuarat
mengambil masa yang terlalu lama, guru-guru akan kehilangan fokus atau tumpuan. Ini
kerana masa yang terlalu lama akan menimbulkan rasa yang kurang selesa seperti
letih, bosan, teringat urusan lain, dan sebagainya. Hal ini akan mengurangkan
ketepatan maklumat yang hendak disampaikan.
Faktor ketujuh ialah emosi penerima. Guru -guru seharusnya bersedia dengan
memastikan diri mereka berada dalam emosi yang stabil dan terkawal sepanjang
mesyuarat dijalankan seperti tidak berada dalam keadaan yang terlalu sedih, terlalu
gembira, apatah lagi emosi marah. Jika seseorang yang berada dalam emosi marah
apabila diganggu oleh rakan sekerja yang lain, ia boleh menyebabkan pergaduhan.
Apabila timbul pergaduhan, komunikasi yang berkesan sukar diwujudkan.

Faktor kelapan ialah cara penyampaian yang kurang jelas. Contohnya, Guru
Besar menggunakan bahasa kiasan atau bahasa yang berbunga-bunga semasa di
dalam mesyuarat. Dalam mesyuarat, bahasa kiasan atau bahasa yang berbunga-bunga
kurang sesuai untuk digunakan. Sebaiknya, Guru Besar memberi maklumat
menggunakan ayat-ayat yang tepat, ringkas dan padat agar dapat memudahkan lagi
guru-guru menerima maklumat yang hendak disampaikan. Contoh yang lain pula ialah
Guru Besar kelihatan kurang yakin seperti gagap semasa bertutur bagi menyampaikan
maklumat. Ini akan menimbulkan perasaan kurang yakin guru-guru terhadap maklumat
yang disampaikan.

Faktor kesembilan ialah sikap penghantar atau penerima yang hanya memilih
atau mendengar sesuatu perkara yang hendak didengari sahaja. Contohnya, guru-guru
kurang berminat dengan isi perbincangan mesyuarat yang dijalankan dan memikirkan
sesuatu yang lain semasa mesyuarat sedang dijalankan. Keadaan ini akan
mewujudkan halangan dalam komunikasi dalam menerima mesej. Kadangkala,
perselisihan faham yang timbul antara penyampai dengan penerima juga akan
menyebabkan wujudnya halangan komunikasi. Perbezaan pendapat tidaklah salah,
tetapi ia perlu diseimbangkan dengan sikap saling memahami dan bertolak-ansur.

Faktor kesepuluh dalam halangan komunikasi ialah maklumat tidak mencukupi


atau berlebihan. Maklumat yang berlebihan akan mengambil masa yang lama. Ini akan
menyebabkan sesetengah daripada guru-guru tidak dapat memberikan tumpuan
sekaligus mewujudkan halangan komunikasi.
Faktor kesebelas ialah penyampaian kurang menarik. Misalnya semasa
mengendalikan mesyuarat, Guru Besar hanya menggunakan komunikasi sehala sahaja
untuk menjimatkan masa. Guru Besar juga tidak mengaplikasikan penggunaan ICT
seperti persembahan menggunakan Powerpoint berserta komputer dan projektor LCD
semasa menjalankan mesyuarat. Komunikasi sehala juga menyebabkan guru-guru
tiada peluang untuk mendapatkan penjelasan. Guru Besar juga harus
mempelbagaikan nada suaranya semasa mesyuarat dijalankan.

Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan maklumat yang ingin


disampaikan oleh Guru Besar tidak dapat difahami oleh guru-guru dengan baik seperti
yang telah dinyatakan di atas iaitu kebisingan, bahasa yang tidak jelas, latarbelakang
pendengar atau penerima mesej yang berbeza, alam sekeliling atau persekitaran yang
tidak sesuai, kesesuaian masa ( timing ), emosi penerima, cara penyampaian yang
kurang jelas, sikap penghantar atau penerima, maklumat tidak mencukupi atau
berlebihan, penyampaian yang kurang menarik, dan tiada peluang untuk mendapatkan
penjelasan.
RUJUKAN

Abdullah Hassan, Ainon Mohd. ( 2002 ) Kemahiran Interpersonal Untuk Guru. Bentong :
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang ( 2009 ). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI ( Sekolah Rendah : Komponen 1
& 2 ). Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd..

 Mok Soon Sang ( 2009 ). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI ( Komponen 3 : Profesionalisme
Keguruan ) Sekolah Rendah. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

 Sheikh Othman b. Sheikh Salim, Aishah bt. Mahdi ( 1993 ) Kamus Dewan Edisi Baru.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

 Rashida Awang Zainal Abidin, Normah Abdul Aziz, Haliza Hamzah, Hadiyaton Mohd.
Amin. (2005). Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

mbsskl.edu.my/k_ubk/category/rimup/

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=242:dasar-pendidikan-
kebangsaan&catid=88:dasar-dasar-negara

http://zanas.wordpress.com/zanas-folder/dasar-dalam-negara-perpaduan-negara-2/

Anda mungkin juga menyukai