Anda di halaman 1dari 4

JURNAL REFLEKTIF 1

TARIKH : 10 – 13 Jun 2019

TAJUK : Ketidakberkesanan komunikasi di dalam bilik darjah

1.0 Masalah
Saya telah dibahagikan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas
4M. Kelas ini terdiri daripada 23 orang murid Cina dan 1 orang murid Melayu.
Kebanyakan murid dapat berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu dengan
baik. Namun, sesetengah murid menghadapi masalah memahami dan mematuhi
arahan diberi semasa pelaksanaan aktiviti dalam kelas. Apabila arahan saya diberi,
mereka tertanya-tanya dengan apa yang perlu dibuat. Saya terpaksa mengulang
arahan saya dengan banyak kali dan hal ini telah mengambil masa yang banyak
dan seterusnya mengganggu kelancaran pelaksanaan PdP saya. Selain itu,
apabila menujukan soalan kepada mereka, mereka duduk diam dan tidak memberi
respons yang sepatutnya. Sebaliknya, mereka suka bertanya tentang soalan yang
langsung tidak berkaitan dengan PdP. Bagi PdP Pendidikan Jasmani pula, murid
langsung tidak mempeduli arahan saya apabila permainan dijalankan.

Masalah murid tidak memahami arahan dan penyampaian isi pengajaran guru
telah membuktikan bahawa komunikasi antara guru dengan murid adalah tidak
berkesan. Masalah komunikasi tidak berkesan dalam PdP saya wujud atas
beberapa faktor. Antaranya adalah latar belakang perbendaharaan kata guru dan
murid yang berbeza, kadar bertutur yang laju, kelas terlalu bising. Selain itu,
bahasa ibunda yang berbeza turut menjadi faktor. Terdapat beberapa orang murid
Cina tidak memahami arahan dan pernyataan guru yang ditutur dalam bahasa
Melayu.

2.0 Analisis Masalah


Menurut Zawiyah Mohammad Yusof (2009), keberkesanan komunikasi merujuk
kepada sumber atau penyampai maklumat yang dapat menyampaikan maklumat,
perutusan, idea kepada penerima dengan tepat dan maksudnya sama tanpa
menimbulkan kekeliruan atau salah faham. Hal ini penting dalma kehidupan
seharian terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Menurut Ee Ah Meng (1996), kemahiran komunikasi penting untuk seorang guru
bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Kajian telah menunjukkan antara halangan komunikasi guru ialah aspek kawalan,
iaitu, kegagalan guru mengawal kebisingan di dalam bilik darjah. Situasi kelas
yang bising akan mewujudkan kesukaran murid untuk mendengar peyamapian
guru dengan jelas. Guru bertutur dengan laju juga merupakan faktor penghalang
komunikasi antara guru dengan murid.

Menurut Manimunah (2000), untuk mewujudkan komunikasi berkesan dalam bilik


darjah, perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru adalah melakukan
persediaan yang mencukupi supaya mesej jelas dan mudah difahami. Selain itu,
pemilihan perkataan yang tepat perlu diberi perhatian supaya tafsiran tidak
berbeza-beza. Sebelum menyampaikan pengajaran, guru perlu mengenalpastikan
gangguan yang wujud dan berusaha mengurangkannya bagi mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Kajian oleh Theodore Coladarci (1991) menunjukkan bahawa guru yang bercakap
dengan penuh bertenaga, sebutan tepat dan jelas, berintonasi serta suara yang
menarik akan lebih cepat menerima respons daripada murid, lebih-lebih lagi
dengan menggunakan tatabahasa yang betul dan tersusun.

3.0 Cadangan Penyelesaian Masalah


i. Menggunakan sistem wisel untuk mendapatkan perhatian murid
ii. Memastikan murid berada dalam keadaan bersedia dan berfokus sebelum
menujukan sebarang soalan dan arahan.
iii. Mengubahsuaikan soalan dan arahan menjadi lebih singkat
iv. Menggunakan perbendaharaan kata setaraf dengan kemahiran murid dan
bahasa yang mudah difahami
v. Bertutur dengan kadar percakapan yang sesuai, suara yang lantang, nada
variasi rasangan
vi. Memaparkan arahan dan soalan pada papan pintar dengan projektor LCD
vii. Mewujudkan komunikasi dua hala.
4.0 Tempoh Masa Penyelesaian
16 – 20 Jun 2019

5.0 Tindakan Susulan


Saya akan meniup wisel untuk mendapatkan perhatian murid dan memastikan
mereka berada dalam keadaan bersedia sebelum menanyakan soalan dan
memberi arahan. Arahan dan soalan saya akan diberi dengan menggunakan
bahasa yang mudah difahami, perbendaharaan kata yang telah dipelajari oleh
murid. Selain itu, saya juga akan memaparkan arahan dan soalan pada papan
pintar dengan projektor LCD. Sekiranya murid tidak mendengar dengan jelas,
murid dapat membaca soalan atau arahan yang dipaparkan.
Semasa menyampaikan pengajaran, saya akan bertutur dengan suara yang
lantang, kadar percakapan yang sesuai dan nada variasi ransangan demi menarik
perhatian murid mendengar dan dapat mendengar dengan jelas. Selain itu, saya
akan banyak mewujudkan komunikasi dua hala dengan sentiasa mengemukakan
soalan dan juga melayani setiap soalan yang dikemukakan murid.

6.0 Kesimpulan
Berdasarkan kajian dan maklumat di atas, seseorang guru perlu menguasai
kemahiran komunikasi agar kawalan kelas dapat dilakukan dengan sempurna dan
berkesan dan seterusnya memberi impak kepada proses PdP.

Diharapkan masalah-masalah yang dihadapi pada minggu praktikum pertama ini


akan diselesaikan dengan secepat mungkin dan berkesan supaya proses PdP
saya yang akan datang dapat dijalankan dengan lancar.

7.0 Rujukan
Ee Ah Meng. (1996). Pendidikan di Malaysia 1. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Khairul Yusri. (2007). Pelan Induk Pendidikan (PIPP). Kementerian Pelajaran


Malaysia, Malaysia.
Manimunah Osman. (2000). Komunikasi Berkesan, Perhubungan Interpersonal.
Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Theordore Coladarci (1991). Teachers’ Sense of Efficacy and Commitment to


Teaching, Journal of Experimental Education, University of Maine. Vol. 60,
No. 4 (Summer, 1992), pp. 323-337. Retrieved from
https://www.jstor.org/stable/20152340

Zawiyah Mohammad Yusof. (2009). Kemahiran Komunikasi. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Disemak oleh pensyarah penyelia, Disemak oleh guru pembimbing,

Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai