Anda di halaman 1dari 8

1.0.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DAN KENAPA KEMAHIRAN


KOMUNIKASI BERKESAN PERLU DIKUASAI OLEH GURU

Sesuatu maklumat di dunia sudah semestinya perlu disampaikan melalui komunikasi


dan sebagai medium bagi menyampaikan sesuatu perkara. Jadi, komunikasi mengikut
Mansor, Ramli dan Shawaluddin (1984) merupakan satu proses sesuatu idea, nilai, sikap
dan sebagainya yang disalur dan dipindahkan serta dikongsikan oleh seseorang individu
dengan orang lain. Komunikasi yang amat jelas dan betul memerlukan kemahiran yang
sempurna dan akan membantu dari segi menambahkan kesan-kesan positif di dalam diri
individu dan masyarakat. Antara kepentingan kemahiran berkomunikasi adalah dapat
bertukar-tukar pendapat, pandangan dan fakta masing-masing dan bertukar idea. Secara
tidak langsung dapat menambah ilmu secara tidak langsung. Selain itu, dapat menambah
kawan dan kenalan yang baru daripada pelbagai umur kerana sentiasa berkomunikasi dan
saling berfahaman antara satu sama lain.

Selain itu, insan guru yang merupakan pembimbing anak generasi masa hadapan perlu
menguasai kemahiran berkomunikasi kerana menurut Stalling (1980) sebanyak 50 peratus
dalam pembelajaran merupakan interaksi antara guru dan murid-murid. Jadi, kemahiran
komunikasi yang bagus dapat menghasilkan sesi pembelajaran yang difahami oleh anak-
anak murid disebabkan hubungan komunikasi yang berhasil antara guru dan murid serta
guru itu sendiri mempunyai kredibiliti. Seterusnya, dengan berkomunikasi ia dapat menarik
minat para pelajar untuk menuntut ilmu. Ini kerana, guru tersebut bijak menggunakan
kemahiran komunikasi secara lisan dan bukan secara lisan. Penggunaan tangan,ekspresi
muka dan tatabahasa badan akan memudahkan pelajar untuk memahami sesi
pembelajaran kerana perkara tersebut dilakukan secara spontan dan menghiburkan.
2.0. MASALAH DALAM KOMUNIKASI BERKESAN DALAM KALANGAN GURU
BAHARU

Tetapi, masih kebanyakan guru baharu yang tidak menguasai kemahiran berkomunikasi
disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah kebanyakan guru mempunyai perasaan gugup
yang menebal dan perasaan takut kerana dikeremuni oleh pelajar yang ramai dan
mempunyai pelbagai ragam. Guru tersebut juga kurang pengalaman dari segi pembelajaran
dan tidak mahir untuk mengajar yang mengakibatkan keberkesanan pengajaran mereka
berkurang.

Selain itu, terdapat juga segelintir guru yang mempunyai suara yang tidak jelas dan
amat perlahan kerana tidak biasa pada persekitaran sekolah yang luas. Mereka juga terlalu
menjaga suara dan menganggap semua pelajar di dalam kelas mendengar suara guru
baharu. Sebahagian guru yang baharu juga seringkali mengajar menggunakan dialek negeri
mereka sendiri. Penggunaan bahasa dialek sepatutnya dielakkan bagi mengelakkan
kekeliruan pelajar dan ketidakfahaman mereka. Jadi, masalah yang wujud ini boleh diatasi
oleh para guru baharu dengan membuat pelbagai aktiviti dan program kepada mereka
kerana terdapat banyak kepentingan kemahiran berkomunikasi.
3.0. LAPORAN AKTIVITI 1

a. NAMA AKTIVITI

Kursus Petah Bicara Guru Cemerlang

b. TARIKH PELAKSANAAN

12 Januari 2019 hingga 14 Januari 2019 (Sabtu-Isnin)

c. TEMPAT

Dewan Al-Khawarizmi, Sekolah Kebangsaan Jenderam Hilir

d. OBJEKTIF AKTIVITI

a. Melatih guru baharu untuk berucap dan bercakap tanpa rasa segan dan malu.
b. Membimbing para guru untuk merasai pengalaman mengajar yang sebenar.
c. Membina keyakinan diri yang tinggi pada guru baharu.
d. Memberi peluang kepada guru baharu untuk menimba ilmu pengajaran dalam
pendidikan.

e. PENGLIBATAN/ PENYERTAAN

Dua puluh dua orang guru baharu berserta lima orang pakar motivasi.

f. Aktiviti bagi Mengatasi Masalah

Pada 12 Januari 2019 sehingga 14 Januari 2019, seramai dua puluh dua orang guru
baharu dan lima pakar motivasi telah mengadakan kursus petah bicara bagi guru
baharu. Tujuan kursus ini ialah untuk memberi pengalaman kepada guru-guru baharu
cara untuk mengajar dengan sempurna. Selain itu, untuk membina keyakinan kepada
guru-guru dan menghilangkan perasaan gugup mereka terhadap murid-murid.
Antara aktiviti pada kursus tersebut adalah pakar motivasi akan memberikan ceramah
mengenai cara-cara untuk berkomunikasi dengan berkesan terutamanya pada anak-
anak kecil. Mereka akan memberikan pengalaman mereka sewaktu menjadi tenaga
pengajar mengenai apa yang murid-murid minat dan sebaliknya. Oleh itu, guru baharu
dapat mengambil pengajaran daripada kisah penceritaan para motivasi dan
mengamalkan dalam sesi pembelajaran yang akan datang.

Selain itu, aktiviti yang lain adalah guru baharu akan diberikan peluang untuk membuat
sesi pengajaran di hadapan dewan dengan cara yang tersendiri dengan menggunakan
kemahiran komunikasi yang ada. Setelah selesai sesi mereka, para pakar motivasi akan
memberikan komen dan memberikan idea untuk menambah baik tahap pembelajaran
mereka dan memperbaiki kemahiran berkomunikasi mereka. Kursus ini berjalan selama
dua hari dan semua guru menginap di sekolah selama dua hari tersebut.

Sudah semestinya, program ini berjalan dengan lancar dan diharapkan supaya program
ini dapat dilakukan sekali lagi kerana memberi manfaat yang banyak kepada guru-guru
baharu.

g. Kemajuan

Kemajuan setelah program ini dilakukan ialah guru baharu dapat menimba ilmu
daripada pakar motivasi untuk mengatasi masalah komunikasi yang agak serius. Selain
itu, sifat takut dan tidak yakin dapat diatasi oleh guru kerana telah mendapat cara dan
langkah yang betul untuk mahir dalam berkomunikasi.

h. Cadangan Penambahbaikan

Cadangan bagi menambah baik aktiviti ini adalah masa yang diperuntukkan perlu
ditambah agar objektif utama dapat dicapai dengan sempurna. Kursus ini perlu
disertakan sekali anak-anak murid supaya menjadi testimoni kepada guru-guru baharu
untuk mengajar setelah mendapat banyak ilmu daripada pakar motivasi.
i. Laporan Kewangan

Tidak menggunakan sebarang duit kerana ditanggung sepenuhnya oleh pihak sekolah
manakala makanan harian dan duit kehadiran pakar motivasi pula ditaja oleh Kelab
Kebajikan Guru.

j. Rumusan

Kemahiran komunikasi merupakan elemen penting kepada guru-guru bagi melancarkan


urusan pembelajaran yang efektif. Jadi, penguasaan terhadap kemahiran ini dapat
membantu memajukan kerjaya seseorang terutamanya guru baharu. Kesannya, murid
akan mudah memahami dan hasil pembelajaran akan lebih berhasil. Masalah yang
dihadapi oleh guru baharu seperti mempunyai perasaan takut dan tidak yakin untuk
mengajar dapat diatasi dengan aktiviti ini.

Oleh itu, setiap guru perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang cekap supaya boleh
mendampingi murid-murid dan juga masyarakat sekeliling dengan cara menyertai
pelbagai kursus perguruan bagi memperbaiki cara kemahiran komunikasi dan cara
pembelajaran.
4.0. LAPORAN AKTIVITI 2

a. NAMA AKTIVITI

Aktiviti Drama Di Dalam Kelas

b. TARIKH PELAKSANAAN

1 Mac 2019 sehingga 2 April 2019

c. TEMPAT

Kelas Tahun 6 Ikhlas

d. OBJEKTIF AKTIVITI

a. Guru boleh mengajar dengan menggunakan kaedah yang lebih kreatif.


b. Melatih guru untuk bercakap dengan lebih mesra dengan anak-anak murid.
c. Melatih guru-guru baharu supaya bercakap menggunakan bahasa Melayu
yang baku tanpa menggunakan dialek.
d. Mendidik guru baharu supaya mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran
sekolah.

e. PENGLIBATAN/ PENYERTAAN

Dua puluh satu orang pelajar Tahun 6 Ikhlas berserta seorang guru.

f. Aktiviti bagi Mengatasi Masalah

Pada 1 Mac 2019 yang lalu, seorang guru baharu telah melakukan
aktiviti drama di dalam kelas bersama-sama anak-anak murid seramai dua puluh satu
orang pelajar. Tujuan utama aktiviti ini ialah untuk menghilangkan sifat gugup serta
gagap yang dialami oleh guru baharu. Ini kerana, mereka tidak dapat untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling sekolah yang bising dan pelbagai ragam.
Selain itu, ia juga untuk menarik minat para pelajar untuk menuntut ilmu dengan
menggunakan cara yang berlainan seperti lakonan drama. Aktiviti tersebut dijalankan
selama sebulan bagi memantapkan kemahiran berkomunikasi guru baharu itu sendiri
pada masa akan datang.

Aktiviti ini dilakukan pada kelas yang akan diajar oleh guru baharu dan akan dipantau
oleh guru yang lebih berpengelaman. Tujuannya adalah guru yang berpengalaman akan
memberi komen terhadap sesi pembelajaran dan memberikan idea baharu untuk
ditambah dalam sesi pembelajaran. Semasa aktiviti tersebut
dilakukan, murid-murid akan diajar mengenai sesuatu ilmu dan guru tersebut perlu
menghayati watak ataupun sesuatu peristiwa sekaligus mengajar sifat berani kepada
guru baharu. Sebagai contoh, pada peristiwa kemerdekaan Tanah Melayu yang
diisytiharkan oleh Perdana Menteri yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman. Guru
boleh mengenakan pakaian berbaju Melayu dan bersongkok dan melakonkan detik-detik
kemerdekaan yang dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman. Kesannya, murid-murid akan
menjadi lebih teruja dan mudah memahami isi tajuk hasil daripada lakonan guru mereka.

Selain itu, apabila guru melakukan aktiviti lakonan secara tidak langsung ia akan
menghilangkan perasaan gemuruh dan mempunyai keyakinan yang tinggi pada diri
sendiri. Hasil daripada berkeyakinan tinggi, guru dapat berkomunikasi dengan lebih
lancar dan jelas tanpa tersangkut-sangkut sekaligus mengelakkan memberi fakta-fakta
yang salah.

Sudah semestinya, aktiviti ini berjalan dengan lancar dan pihak sekolah amat
menggalakkan semua guru terutamanya guru baharu untuk mengajar dengan cara yang
kreatif dan bijak bagi menguntungkan para pelajar.

g. Kemajuan

Kemahiran komunikasi guru baharu secara langsung meningkat secara berperingkat


kerana masa yang diberikan amat lama. Sifat gugup dan gagap yang dialami oleh guru
baharu dapat diatasi melalui aktiviti drama yang dilakukan kerana guru menyelami dan
menghayati watak ataupun sesuatu peristiwa dengan lengkap. Guru juga mempunyai
keyakinan yang tinggi dan semestinya sifat ini amat diperlukan bagi mengelakkan guru
berasa takut dan gugup di hadapan murid-murid.

h. Cadangan Penambahbaikan

Pihak sekolah boleh meluaskan aktiviti ini dengan membuat perlawanan drama
antara kelas sekaligus meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara guru-guru
dan anak murid.

i. Laporan Kewangan

Duit membeli pakaian tradisional Melayu seperti baju Melayu dan songkok
sebanyak RM 200.00. Selain itu, membeli pakaian-pakaian tradasional seperti
pakaian orang Zaman Batu sebanyak RM 50.00

j. Rumusan

Setiap guru perlu dipupuk dari mula lagi bagi melahirkan guru yang berkredibliti
dan mahir berkomunikasi. Aktiviti yang sesuai dan pelbagai perlu dilakukan bagi
membentuk guru yang mahir berkomunikasi dengan semua orang bagi
memudahkan mereka dekat dan mendampingi anak-anak murid.

Melalui aktiviti drama di dalam kelas ini dapat meningkatkan kemahiran


berkomunikasi mereka sekaligus meningkatkan kekreatifan seseorang guru bagi
membina sesi pembelajaran yang menyeronokkan.

Oleh itu, setiap guru perlu mempunyai kemahiran untuk berkomunikasi bagi
memudahkan proses pembelajaran di kelas dan juga luar kelas.

Anda mungkin juga menyukai