Anda di halaman 1dari 1

Kewajipan Menegakkan Amar Makruf serta Mencegah Kemungkaran yang disebut di dalam Al-

Quran dan Hadis.

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan wanita, sebahagian mereka menjadi
penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat makruf dan
mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat
kepada Allah dan rasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya
Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana” [TMQ at-Taubah (9): 71]

“Demi Zat yang jiwaku di tanganNya, (sungguh kalian memiliki dua pilihan iaitu)
benar-benar memerintah berbuat makruf dan melarang membuat mungkar, ataukah
Allah akan mendatangkan seksa dari sisiNya yang akan menimpa kalian. Kemudian
setelah itu kalian berdoa, maka doa itu tidak akan dimakbulkan” [HR Tirmidzi]

Peranan Khalifah Menegakkan Amar Makruf serta Mencegah Kemungkaran.

1. Berdakwah secara hikmah agar dapat merseap ke dalam jiwa untuk berubah.
2. Memilih masa dan tempat yang sesuai untuk memberi nasihat.
3. Berdakwah mengikut kemampuan masing-masing.
4. Amar Makruf dan Nahi Mungkar dapat mengelakkan perbuatan keji dilakukan dalam
masyarakat.
5. Manusia sering lalai dan menjadi kemampuan setiap manusia untuk nasihat-
menasihati sesama insan. 

Peranan Khalifah Menjaga Agama.

1. Melaksanakan tarbiyah islamiah yang sebenar kepada umat, hadaf, manhaj dan
perlaksanakannya dengan tujuan melahirkan individu soleh, keluarga yang harmoni,
masyarakat penyayang dan negara yang mendaulatkan islam.
2. Menyebarkan dakwah islamiah ke seluruh dunia melalui segala media yang ada.
3. Mencegah segala punca-punca kemungkaran.
4. Menghapuskan khurafat, bidaah dan segala kebatilan.
5. Melaksanakan syariat islam.
6. Berusaha mengalakkan manusia meninggalkan perkara yang haram dengan cara
targhib dan tahib.

Peranan Khalifah Menjaga Diri dan Keluarga.

1. Menjaga maruah diri.


2. Menjaga kesihatan diri.
3. Melawan hawa nafsu.
4. Menjaga harta benda keluarga.
5. Mendidik anak-anak ilmu agama dengan sempurna.
6. Mencari nafkah untuk menampung keperluan dan kehendak keluarga.

Anda mungkin juga menyukai