Anda di halaman 1dari 2

ْ َ‫ َوأَنَا أ‬، ‫م َف ِإنَّ ُه لِي‬

 ِ‫ج ِزي بِه‬ َّ ‫إِاَّل ال‬


َ ‫ص ْو‬
Puasa untukku dan aku lah yang akan memberikan ganjaran pahalanya. Yang menarik, kenapa
puasa disebut dengan perkataan “LI” untukku. Kalau solat tak, haji umrah tak. Sini dapat kita
tengok istimewanya puasa. Kalau puasa ni bukan disebabkan kerana Allah,kita mungkin tak
puasa, kalau solat mungkin sbb org tgk, kalau umrah mungkin sebab untuk dapatkan pujian
orang, tapi kalau puasa tu kita buat khusus kepada Allah swt. Kalau kita puasa, kita ada banyak
tempat tersembunyi untuk kita batalkan puasa kita, tapi kenapa kita tak pernah memanfaatkan
peluang2 yang banyak untuk membatalkan puasa kita. Sebab kita tahu, kalau kita buat, tak sah
puasa kita, walaupun semua orang tak tahu, contoh kalau kita ambik wudhu’, masa kita
berkumur tu, boleh tak sambil2 tu kita minum dua-tiga teguk? Boleh! Pastu buat selamba je
pergi kat kawan cakap “uish, panaskan harini”. Tapi kenapa masa kita berkumur kita tak
minum, sebab kita tahu, kalau kita minum, walaupun satu masjid tak tahu yang kita minum air,
Allah tahu, dan kita tak mahu tu. Itu lah istimewanya puasa.

Kemudian Allah sambung, wa ana ahzi bihi, aku akan memberikan pahalanya terus, saat Allah
bagi terus pahala tu, tahap istimewa tu sampai Allah tak pernah melipat gandakan dan tak
bagitahu berapa banyak pahala yang Allah bagi kalau kita beramal di bulan Ramadhan. Kita
kalau sedekah, 700 kali ganda, kalau kita baca quran, 1 huruf sama dengan 10 kebaikan, kalau
kita solat syuruk, pahalanya samam seperti pahala umrah, haji. Tu kalau di bulan Ramadhan,
tapi kalau dalam bulan Ramadhan, takde sape yang tahu, takde. Sebab Allah merahsiakan
semua ni,kenapa Allah rahsiakan kawan-kawan, sebagaimana Allah merahsiakan pahala orang
yang sabar dan pahala orang yang sabar, Nampak tak betapa besarnya pahala yang Allah
berikan. Sedangkan amalan jihad Allah bagitahu iaitu ia dikahwinkan dengan 72 bidadari
syurga. Tapi kalau di bulan Ramadhan Allah tak bagitahu, Allah Cuma bagitahu aku akan
memberikan pahalanya terus.

Kita tak akan jumpa satu bulan yang paling Allah cintai sama macam bulan Ramadhan. Sama
kesnya macam 31 ogos bagi negara kita, sampai kita semua menyambutnya beramai-ramai,
bendera banyak dikibarkan, banyak perarakan dibuat dan banyak acara2 dan siaran2 tv
dipertayangkan. Sama macam bulan Ramadhan. Kalau kita tengok, ada dua bulan yang
keutamaan nya nak sama dengan bulan Ramadhan, iaitu bulan muharram dan zulhijjah.
Dimana bulan muharram tu ada peristiwa nabi musa dan zulhijjah tu ada peristiwa nabi Ibrahim
iaitu persitiwa penyembelihan nabi ismail. Tapi muslimin, walaupun duabulan ni keutumaan dia
sama dengan bulan Ramadhan, itupun tak dapat menandingi kekhusyukan dan keutamaan
yang kita rasakan dalam bulan Ramadhan, pernah tak kita tengok orang masuk je muharram,
siap2 pakai baju melayu, bila orang tanya kenapa pakai baju melayu, kita cakap nak sambut
muharram, takpernah! Kalau Ramadhan berbeza, betapa istimewanya Ramadhan disisi Allah
sampai pintu neraka ditutup, pintu syurga dibuka seluas-luasnya, syaitan dibelengu sampai kita
rasa kita begitu dekat dengan Allah. Itu lah Ramadhan sampai nabi mengatakan

“FAMAN HURRIMA ANIL KHAIRI, FAQAD HURRIMA AN KULLIHA” “SESIAPA PUN YANG DIHARAMKAN
KEBAIKAN DIBULAN RAMADHAN, SAMA SEPERTI DIHARAMKAN KEBAIKAN DIBULAN SELEPAS2NYA”

Kalau kita terjemahkan ayat tu muslimin, kalau kita, tak bisa khatam quran di bulan Ramadhan, susah
untuk kita khatam alquran diluar bulan Ramadhan. Kenapa? Kalau dibulan Ramadhan yang penuh
kekhusyukan pun kita tak dapat khatam. Kalau kita, tak dapat disiplin untuk solat tarawih,susah untuk
kita solat tahajjud di luar bulan Ramadhan.

Kemudian, Rasulullah bersabda “Innamal a’malu bil khawatim” “Sesungguhnya setiap amalan
tergantung pada akhirnya.” Yang paling kita nantikan dalam acara F1 tu, bukan pada pusingan pertama,
tapi yang paling mendebarkan adalah di pusingan terakhir. Ramadhan pun sama, seluruh amalan kita
ditentukan macam mana penutupnya, kalau kita solat maghrib, rakaat pertama kita okay, rakaat kedua
kita okay lagi, tapi masuk rakaat ketiga kita terkentut, habis muslimin, kena solat balik, tak boleh kita
bagi alasan, ya Allah dua rakaat tadi okay ya Allah, yang last je x okay ya Allah. Amal di bulan ramdhan
pun sama, terutama di 10 malam terakhir, perbanyakkan lagi amalan, banyakkan doa supaya amalan
kita diterima Allah swt.

Rabbana taqabbal minna innaka ‘antas sami’ul ‘alim

"Ya Tuhan kami terimalah amal dari kami sungguh Engkaulah yang Mahamendengar Mahamengetahui."

Moga2 amalan kita diterima disisi Allah. Sekian sahaj daripada saya, yang baik itu daripada Allah, dan
yang lemah itu daripada diri saya sendiri, wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi
wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai