Anda di halaman 1dari 9

TAZKIRAH IHYA’ RAMADHAN

TAZKIRAH 1: MOHONLAH KEAMPUNAN

Daripada Ka’ab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Hadirlah ke mimbar.” Maka kami semua pun hadir. Apabila baginda naik satu anak
tangga mimbar, baginda berkata, “amin” dan apabila naik anak tangga yang kedua,
baginda berkata “amin” dan apabila baginda naik anak tangga yang ketiga baginda
berkata “amin.” Apabila baginda turun, kami telah bertanya, “Ya Rasulullah! Hari ini
sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar.”
Beliau bersabda, “Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata : Binasalah
dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. Maka aku berkata, amin.”
“Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : Binasalah dia yang apabila
engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia menselawatimu. Maka aku berkata, amin.”
“Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata : Binasalah dia yang mendapati
kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi mereka tidak menjadi
sebab untuk dia masuk ke dalam syurga. Aku berkata “amin.” [Riwayat Hakim dan Ibnu
Hibban di dalam sahihnya]

1. Bersegeralah bertaubat meminta keampunan daripada Allah SWT dan berazam


untuk tidak mengulangi dosa-dosa yang telah dilakukan itu lagi. Sesungguhnya
Allah itu Maha Pemurah, lagi Maha Pengampun. Tiada dosa dan kesalahan yang
tidak akan diampunkan-Nya, melainkan perbuatan syirik kepada-Nya. Oleh itu,
janganlah sesekali kita berasa sedih dan berputus asa terhadap-Nya. Selagi nyawa
dikandung badan, selagi itulah pintu taubat masih terbuka seluas-luasnya.

Sabda Nabi SAW, ertinya: “Demi nyawaku di tangan Allah, sekiranya kamu
(manusia) tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan melenyapkan kamu dan
mendatangkan satu kaum lain yang berdosa lalu mereka menyesal dan meminta
keampunan Allah, kemudian Allah akan mengampunkan mereka” [Riwayat Muslim,
no 2749, 4/2106]
2. Perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan mulia, Rasulullah SAW terutamanya
setiap kali nama baginda SAW disebut. Firman Allah SWT yang acapkali
dilafazkan oleh para khatib di masjid-masjid ketika khutbah Jumaat;
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai
orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya. [al-Ahzab: 56] Diriwayatkan bahawa makna selawat
Allah kepada Nabi adalah pujian atas beliau di hadapan para malaikat-Nya, sedang
selawat malaikat bererti mendoakan manakala selawat umatnya bererti
permohonan ampun untuknya. (Demikian seperti disebutkan al-Bukhari dari Abul
Aisyah). [2]

2. Berbaktilah kepada kedua-dua ibu bapa kita sebelum terlewat. Hendaklah kita
sentiasa mengambil berat dan menjaga hati mereka lebih-lebih lagi tatkala usia
mereka semakin lanjut. Jangan sesekali kita berkasar terhadap mereka, kerana
sesungguhnya tiada suatupun yang dapat kita lakukan untuk membalas jasa-jasa

1
yang telah mereka taburkan ke atas kita. Hanya Allah sahaja yang mampu
membalasnya. Wa iyazubillah, jangan sesekali kita menderhaka kepada kedua-
dua orang tua kita. Mudah-mudahan kita beroleh keberkatan dan istiqamah dalam
beramal demi mencapai keredhaan-Nya. Ameen…

TAZKIRAH 2:
BONUS DAN TAWARAN ISTIMEWA DI BULAN RAMADHAN

Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat
bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat.
Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut : "Setiap amalan anak Adam adalah
digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah
SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan
membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat
mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .

Cuba kita renungkan kembali, kerap kali kita akan merasa gembira apabila tiba
hujung tahun bagi mendapat bonus dari majikan kita Mengapa kita gembira bila
mendapat bonus, gaji dan insentif? Sudah tentu jawabnya kerana ; "dapat duit "
.Mengapa kita seronok mendapat duit ? Jawabnya ; kerana boleh membeli itu dan ini,
bergaya dan lain-lain. Lalu berapa lamakah keseronokan barang dan perkara yang
dibeli tadi ?Sudah tentu jawabnya, bergantung kepada apa yang dibeli, ada yang rosak
cepat dan ada yang lambat. Jika demikian, jika barang itu lambat rosak, berapa
lamakah keseronokan itu akan berterusan? Jawabnya, paling panjang adalah sekadar
kita masih hidup sahaja.

Baiklah, selepas kematian adakah masih ada seronok? Jika tidak, maka apakah yang
boleh menyeronokkan kita selepas mati ? Jawabnya ; tidak lain tidak bukan adalah
pahala dan amalan yang dikumpul. Jika banyak dan berkualiti, semua matawang
pahala itu akan memberi seribu satu macam keseronokan berpanjangan sehingga satu
tarikh yang hanya diketahui Allah s.w.t dan ia pastinya amat panjang. Jika demikian,
mengapa tidak tercetus perasaan seronok menerima kehadiran Ramadhan
sebagaimana seronoknya kita menerima bonus atau insentif duit? Sedangkan
Ramadhan adalah bulan bonus untuk meraih pahala sebanyaknya, bulan
dipermudahkan peluang untuk ke syurga Allah s.w.t.

2
Justeru, niat yang ikhlas dan benar ketika melaksanakan kewajiban Ramadhan adalah
kunci kepada ‘bonus' yang ditawarkan oleh Allah. Bermakna, barangsiapa yang
berpuasa Ramadhan bukan kerana Allah tetapi disebabkan oleh rasa malu kepada
rakan-rakan, atau ter'paksa' menuruti suasana atau hanya ingin menunjuk-menunjuk
dan lain-lain sebab keduniaan, tiadalah orang seperti ini layak mendapatkan ‘bonus'
dan tawaran istimewa ‘pahala luar biasa' yang ditawarkan oleh Allah. Selain itu,
pahala ‘bonus' ini juga boleh tergugat dengan amalan-amalan keji bercakap buruk
seperti maki, mencarut, mengeji orang, mengumpat, memfitnah dan apa-apa yang
berkaitan dengan dosa lidah dan anggota juga akan menipiskan lagi ganjaran pahala
seseorang walaupun ia berniat benar ketika berpuasa.

Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith ertinya : "Barangsiapa yang tidak
meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat
Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan
minumannya" (Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari). Sekian, terima kasih.

TAZKIRAH 3 :

BULAN IBADAH, BULAN MUJAHADAH, BULAN RAHMAH DAN BULAN


MAGHFIRAH

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT- Tuhan semesta alam. Kita sangat-
sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan kehendak-Nya, Dia telah
memilih kita untuk sekali lagi berada dalam bulan Ramadhan yang mulia, yakni
masuk ke dalam universiti Ramadhan. Kenapa dinamakan universiti Ramadhan?
Kerana bulan ini merupakan bulan tarbiah, bulan pendidikan, di mana jiwa-jiwa
kita ditarbiah dengan undang-undang Ramadhan dan hati-hati kita
dimotivasikan dengan kelebihan-kelebihan atau fadhilat-fadhilat Ramadhan
Bukan senang nak masuk univerisiti, tapi kita pada hari ini Alhamdulillah syukur,
dipilih oleh Tuhan untuk sama-sama masuk university Ramadhan. Pendaftarannya

3
cukup mudah, tak payah bayar duit cuma niat saja sama ada niat setiap hari ataupun
niat sebulan terus.

Bulan bertuah ini juga bolehlah disebut sebagai bulan ibadah. Boleh juga disebut
sebagai bulan mujahadah. Disebut juga bulan rahmah dan bulan maghfirah. Dan
macam-macam lagi sebutan yang baik-baik. Jangan kita sebut dengan yang tak baik
sudahlah. “Wuih nak mai dah bulan bala, nak makan minum pun susah. Jadi
namanya bulan ibadah, bulan mujahadah, bulan rahmah, bulan maghfirah.

Kenapa dinamakan bulan ibadah? Kerana pada bulan ini manusia berlumba-lumba
untuk menambah amal-amalan mereka. Kalau sebelum bulan Ramadhan dia malas
nak beramal ibadah, tapi apabila sampai saja bulan Ramadhan, biasanya amalan
seseorang akan bertambah walaupun sedikit. Betul tak? Jadi pada bulan ini manusia
berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Ataupun dari segi
hakikatnya untuk menambah ‘pengabdian’ kepada Allah SWT. Perkataan ibadah
berkait rapat dengan perkataan abdi, berkait juga dengan perkataan abdullah.
Beribadah ni maksudnya berabdi kepada Allah. Macam mana cara berabdi kepada
Allah? Sebenarnya senang saja. “Buat apa yang Dia suruh dan jangan buat apa
yang Dia larang (WA’MUR BIL MA’RUF WA YANHAUNA ‘ANIL
MUNKAR..). Selain itu, kita tambah dengan buat apa yang Dia suka, iaitu amalan-
amalan sunat. Begitulah cara-cara berabdi kepada Allah.

Kenapa dinamakan bulan mujahadah? Sebab pada bulan ini kita berperang
melawan nafsu. Sesiapa yang berlawan sungguh-sungguh dengan nafsunya, dia
dikira mujahid. Kalau setakat lawan sikit-sikit ni, taklah dinamakan mujahid,
tidaklah dinamakan mujahadah. Kena bersungguh-sungguh, baru dia dikira sebagai
mujahid, barulah usahanya itu dinamakan mujahadah. Perkataan mujahadah ini
adik-beradik dengan jihad, iaitu satu usaha yang bersungguh-sungguh. Secara
khususnya dinisbahkan kepada berperang melawan musuh-musuh Islam tetapi secara
umumnya dinisbahkan kepada satu usaha yang bersungguh-sungguh. Mujahadah
juga berkait-rapat dengan mujahidin.

Kenapa dinamakan bulan rahmah? Sebab pada bulan ini rahmat Allah melimpah-
ruah.
Kenapa dinamakan bulan maghfirah? Perkataan maghfirah ini berkait-rapat dengan
perkataan istighfar. Yang kita sebut lepas solat “Astaghfirullahal ‘azim” tu
istighfarlah. Istighfar maksudnya minta ampun. Maghfirah maksudnya
‘keampunan’. Jadi bulan Ramadhan ini adalah bulan keampunan. Pintu taubat, pintu
keampunan terbuka seluas-luasnya. Terpulanglah kepada kita sama ada hendak
menggunakan kelebihan-kelebihan yang ada sepanjang bulan ini ataupun tidak. Siapa
tak mahu, rugilah.... pada bulan-bulan lain tak ada macam ni.
Sebenarnya terdapat objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan
Ramadhan ini terbahagi kepada dua iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif
taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah.
        
     
183.Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana
Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

4
TAZKIRAH 4 :
KESILAPAN MUSLIM DI BULAN RAMADHAN (TAKWA DAN
KEAMPUNAN)

Sebenarnya terdapat objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan
Ramadhan ini terbahagi kepada dua iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif
taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah.

        


     
183.Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana
Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang
Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar
sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah
doa meminta keampunan Allah SWT. Bagaimanapun, kemampuan untuk
mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan
ilmu dan kekurang keperihatinan umat Islam kini.

Antara yang dimaksudkan adalah :-


1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana
uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya
dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok,
makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua
perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. Ia dikira denda yang
pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini
disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan
(batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam .
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan
dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah
baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung
malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul
Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu
mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi
kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu
terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji
orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta
ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

5
4) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana
waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan
oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia
bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu,
janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak
dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat
sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
Bersambung di pertemuan akan datang....sekian, terima kasih.

TAZKIRAH 5 :
KESILAPAN MUSLIM DI BULAN RAMADHAN siri 2

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar.
Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang
menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja
akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu
kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan
tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat,
terutamanya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang
mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh
malam.

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan
berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan dengan niat ibadat pastinya
menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan
produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan


Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang
berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-
Munawi, 6/291)

9) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila
ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat
mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan

6
jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari
mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

10) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis
kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :- Ertinya
: "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu
berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi,
3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih ) Selain itu, doa menjadi
bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith. Ertinya :
"Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa
yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
Sekian , terima kasih.

TAZKIRAH 6 :
BULAN RAMADHAN BULAN MELATIH SIFAT SABAR

Rasulullah sollallahualaihiwasallam bersabda, Allah berfirman, "Setiap amalan anak


Adam ialah untuk dirinya kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah untukKu dan
Akulah yg akan membalasnya, dan sesungguhnya bau mulut orang yg berpuasa lebih
wangi di sisi Allah daripada bau al-misk (kasturi)." Hadith Riwayat Bukhari. Apabila
seseorang berpuasa dengan ikhlas maka dia akan bersabar untuk menahan dirinya
daripada segala perkara yg membatalkan puasa. Dia perlu bersabar dengan semua
kategori kesabaran. 3 kategori sabar:
Kategori pertama:
Sabar untuk melakukan ketaatan

7
Kategori kedua:
Sabar untuk meninggalkan maksiat
Kategori ketiga:
Sabar di atas ujian Allah yg menyakitkan

Ketiga-tiga kategori sabar terdapat di dalam ibadah puasa iaitu bersabar melakukan
taat, bersabar meninggalkan maksiat dan bersabar di atas ujian lapar, dahaga dan
lemahnya tubuh badan kesan daripada berpuasa. Bahkan Baginda bersabda dalam
sebuah hadith yg dinilai sebagai hasan oleh Imam Tirmizi, "Puasa itu sebahagian
daripada kesabaran." Allah berfirman dalam Surah az-Zumar ayat 10,

         


          
"Sesungguhnya (Dia) memberi ganjaran kepada orang-orang yg sabar
  dengan
 
ganjaran yg tidak terhitung." Baginda juga bersabda, "Dan ia (Ramadhan) bulan
kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya syurga." Riwayat Ibnu Khuzaimah di dalam
Kitab Sahihnya. Ayuh berpuasa, ayuh bersabar, ayuh ke syurga!

Di pondok kecil 
Di pantai ombak
Berbuih putih 
Beralun-alun

Di suatu hari Ayah berkata


Jaga adikmu
Ayahkan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah 
Dahinya kucium
Air mata mengalir
hatiku pilu

Diam-diamlah sayang
jangan menangis
Doakan Ayah
semoga diterima
Diam adikku sayang
jangan menangis
Andai Ayah gugur
doakan biar syahid

Selamat berjuang
Ayah tercinta
Kau pergi dulu Ayah
ke medan juang
Ku iringi doa
moga berjaya
Beroleh kemenangan
demi agama Islam

8
Wahai abangku
ke mana Ayah 
Ku sayang Ayah
ku cinta Ayah 
Wahai abangku
ke mana Ayah 
Ku sayang Ayah
ku cinta Ayah 

Duhai adikku sayang jangan menangis


Ayahmu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adikku pesanan Ayah 
Berjuang dan berkorban walau di mana jua

Pada Mu Tuhan aku bermohon


Dosa ayahku minta diampunkan
Berilah rahmat bantulah ia
Untuk menegakkan agama Islam

Anda mungkin juga menyukai