Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PENILAIAN PROGRAM

Nama Sekolah : SK MASJID TANAH (INTEGRASI)

Tajuk Program : PROGRAM KEM BESTARI SOLAT SIRI 1/22

Tarikh Pelaksanaan: 10 & 11 Ogos 2022

1.0 PENGENALAN

Kem Bestari Solat merupakan salah satu modul aktiviti yang terkandung di dalam program
pelaksanaan j-QAF yang telah dilaksanakan bermula tahun 2005. Program j-QAF ini
adalah cetusan idea daripada YAB Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi , Perdana Menteri
Malaysia. Dengan adanya program ini, matlamat kerajaan melalui Kementerian Pelajaran
Malaysia akan memastikan murid–murid di tahun satu yang berumur 7 tahun akan dapat
menguasai dan mendalami pengetahuan Agama Islam secara berperingkat – peringkat.
Program perintis ini akan berterusan sehingga murid – murid di tahun satu hingga ke
tahun 6.

2.0 OBJEKTIF PENILAIAN :

2.1 Murid dapat berwuduk dengan sempurna.


2.2 Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi
perlakuan.
2.3 Murid dapat melafazkan bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
2.4 Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah dengan
sempurna

3.0 KAEDAH/METODOLOGI PENILAIAN

3.1 Data APDM

3.2 Penilaian amali wuduk & solat

3.3 e-Pelaporan j-Qaf

4.0 KUMPULAN SASAR : Semua murid beragama Islam Tahun 1 hingga 6

Program ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kewajipan menunaikan
perintah wuduk dan solat. Di samping memberikan pendedahan tentang hukum-hakam dan
tatacara pelaksanaannya yang betul supaya para pelajar dapat melaksanakannya mengikut
tatacara wuduk dan solat yang betul sebagaimana yang telah dicontohkan oleh Rasulullah
Shallallahu Alaihi Wa Sallam.

1
5.0 PERJALANAN PROGRAM (PENGUMPULAN DATA)

5.1 Pelaksanaan fasa perbincangan:


Panitia Pendidikan Islam bermesyuarat bagi memutuskan perkara

berikut :

5.1.1 Membentuk jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.


5.1.2 Menetapkan tempat dan masa untuk mengadakan Kem Bestari Solat.
5.1.3 Menyelaras jadual aktiviti Kem Bestari Solat.
5.1.4 Melantik guru yang akan berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator.
5.1.5 Membahagikan kumpulan murid yang akan mengikuti Kem Bestari Solat.

5.2 Pelaksanaan fasa kesediaan:

5.2.1 Mengikut jadual program


5.2.2 Dilaksanakan oleh guru Panitia Pendidikan Islam sebagai fasilitator.
5.2.3 Merancang penyediaan kewangan dan perbelanjaan
5.2.4 Memaklumkan tarikh dan hari program kepada Ibu bapa/Penjaga murid
melalui aplikasi WhatsApp
5.2.5 Memberi taklimat kepada guru pembimbing atau fasilitator
berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Latihan Dalam Kumpulan
(LDK) Kem Bestari Solat (KBS) Tahap Satu yang telah ditetapka

5.3 Pelaksanaan Program

TAHAP 1

12.05 – 12.35 : Lafaz niat wuduk & Amali wuduk


12.35 - 01.05 : Bacaan & Perlakuan Solat
01.05 – 01.35 : Amali Solat
01.35 : Bersurai.

TAHAP 2
12.35 – 01.05 : Lafaz niat wuduk & Amali wuduk
01.05 - 01.35 : Bacaan & Perlakuan Solat
01.35 – 02.00 : Amali Solat
02.00 : Bersurai.

2
6.0 DAPATAN/PENEMUAN
6.1 Hasil Penilaian

BIL TAHUN BILANGAN MENGUASA MENGUASAI MENGUASAI


MURID I PERLAKUAN BACAAN
AMALI SOLAT SOLAT
WUDUK (RUKUN) (RUKUN)
(RUKUN)

1 1 ANGGERIK 29 25 25 10

2 2 MAWAR 23 23 23 21

3 3 CEMPAKA 16 16 16 14

4 4 DAHLIA 16 16 16 13

5 5 KEKWA 23 23 23 21

6 6 MATAHARI 20 20 20 18

6.2 Kekuatan Program :

a) Infrastruktur yang selesa dan mencukupi untuk menjalankan aktiviti.


b) Fasilitator yang dilantik amat berpengalaman untuk mengendalikan setiap sesi
LDK. Kerjasama antara fasilitator juga amat memuaskan.
c) Program kerohanian ini dapat membentuk akhlak dan disiplin murid serta
mengamalkan solat dalam kehidupan.

6.3 Kelemahan Program :


a) Peruntukkan masa yang singkat untuk pelaksanaan kem. Masih ada lagi
murid yang belum menguasai bacaan dalam solat terutama bacaan solat
yang panjang.

1
6.4 Cadangan penambahbaikan:

a) Panjangkan masa atau waktu untuk program KBS.


b) Pelbagaikan aktiviti yang menarik supaya murid dapat
menguasai dan mudah menghafal bacaan panjang dalam
solat.

6.5 Lampiran / Gambar Program

2
7.0 PENUTUP
Secara kesimpulannya, program ini dapat mendidik murid-murid yang beragama
Islam terus menerus berpegang teguh dengan perkara wajib yang diperintah oleh
Allah. Sehubungan itu, murid-murid yang telah diterapkan amalan solat dengan
baik, dapat menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah
SWT serta menjadi insan yang bertaqwa dan cemerlang dalam bidang pelajaran.

Disediakan oleh: 3
………………………………………………..
Fazlehayanti binti Zainal
Penyelaras Kem Bestari Solat
SK Masjid Tanah

Anda mungkin juga menyukai