Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN JELIANG

33800 MANONG, PERAK

KERTAS KERJA / AKTIVITI

Bil Tajuk Perkara

01 Nama program Kem Bestari Solat Fasa 1 Peringkat Sk.Jeliang 2022 / 1443H

02 Pengenalan
Solat merupakan asas utama membentuk peribadi seorang muslim yang sejati. Solat
merupakan rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim, Tanpa solat
seorang muslim itu tidak dapat menjadi muslim yang sejati yang sentiasa mendapat rahmat
daripada Allah S.W.T.Maksud FirmanNya “ solat itu adalah tiang agama” Dengan kesedaran
tentang betapa pentingnya solat , maka Panitia Pendidikan Islam dan bahasa Arab SK
Kompleks Tembesu merancang menganjurkan KEM BESTARI SOLAT 2022. Program ini
adalah program rangkaian yang terdapat dalam program j-QAF yang dilaksanakan di seluruh
negara. Secara umumnya program ini memberi perhatian khusus bagi memastikan murid
berjaya menguasai (kaifiyat) cara-cara berwuduk dan solat dengan sempurna melalui
penumpuan khusus dari segi bacaan dan perbuatan yang akan dilaksanakan secara intensif di
sekolah. Oleh itu, kertas kerja ini akan menjadi asas rujukan utama kepada pelaksanaan
program ini. Semoga usaha murni ini akan diberkati oleh Allah S.W.T In shaa Allah.

03 Matlamat Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi memastikan semua murid tahun 1,2,3,4,5 dan 6
mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian dengan
sempurna dari segi bacaan, rukun, ilmu pengetahuan dan penghayatan solat.
04 Objektif Objektif Umum ;
1. Pelajar dapat mengambil wuduk dengan cara yang betul dan dapat memahami
segala perbuatan wuduk.
2. Pelajar dapat memahami segala perbuatan solat, samada dari segi rukun, syarat–
syarat sah sembahyang, sunat dan juga perkara yang membatalkan solat.
3. Pelajar dapat melaksanakan solat dengan sempurna, samada secara individu
mahupun berjemaah.
4. Pelajar dapat menguasai bacaan dan mengaplikasikannya dalam solat dengan
betul dan lancar.

Objektif Khusus ;
Murid-murid tahun 1 dapat :
1. Berwuduk dengan sempurna.
2. Mengetahui perlakuan solat dengan sempurna.
3. Mengetahui bacaan-bacaan di dalam solat.
4. Murid-murid tahun 2 dapat:
5. Membezakan anggota rukun dan sunat wuduk
6. Menguasai bacaan dan perlakuan dalam solat
7. Mengetahui cara-cara menunaikan solat.
8. Murid-murid tahun 3 dapat:
9. Melafazkan niat solat berjemaah dengan betul dan lancar.
10. Melafazkan bacaan Tahiyat Awal dan Akhir dengan betul
11. Membaca dan menghafaz surah-surah pendek ( al-Masad, al-Kafirun, al-Kauthar )
12. Menyatakan perkara-perkara yang membatalkan wudu dan solat.
13. Murid-murid tahun 4 dapat :
14. Menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat berjemaah.
15. Menyatakan anatara muafik dan masbuk.
16. Membaca dan menghafaz surah al-Qariah, al-Adiat dan al-Zalzalah dengan betul dan
lancar.
17. Berwuduk dengan sempurna.
18. Melafazkan azan.
19. Murid-murid tahun 5 dan 6 dapat :
20. Menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat berjemaah.
21. Menyatakan anatara muafik dan masbuk.
22. Membaca dan menghafaz surah al-Qariah, al-Adiat dan al-Zalzalah dengan betul dan
lancar.
23. Berwuduk dengan sempurna.
24. Melafazkan azan.

05 Rasional Solat merupakan tuntutan yang yang telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wa
Ta’ala ke atas seluruh umat Islam, tanpa mengira bangsa, paras rupa dan warna kulit.
Sebagaimana firmanNya di dalam Al-Quran Al-Karim;
“Tunaikanlah solat dan tunaikanlah zakat serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya.”
[Surah Al-Mujadilah:13]
Maka sudah menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam menunaikan solat sehari
semalam lima waktu, kerana ia merupakan perintah Allah yang wajib dilaksanakannya
sebagaimana termaktub dalam Al-Quran Al-Karim. Oleh itu, program ini bertujuan
memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kewajipan menunaikan perintah Allah
tersebut yakni solat. Di samping memberikan pendedahan tentang hukum-hakam dan
tatacara pelaksanaannya yang betul supaya para pelajar dapat melaksanakanya
mengikut tatacara solat yang betul sebagaimana yang telah dicontohkan oleh Rasulullah
Shallallahu Alaihi Wa Sallam.
06 KPI OUTPUT : 100% murid Sk.Jeliang mengambil bahagian dalam aktiviti ini.
(Indikator Output dan
OUTCOME : 100% murid SK Jeliang dapat mengaplikasikan amalan-solat dalam kehidupan
Outcome) seharian

07 Anjuran Persatuan Agama Islam dan Bahasa Arab Sk.Jeliang

08 Tarikh/ Hari 4 April 2022 / 2 Ramadhan 1443/H sehingga 29 April 2022 / 27 Ramadhan 1443H

09 Tempat Pelaksanaan Sekolah Kebangsaan Jeliang,33800,Manong Perak Darul Ridzuan

10 Tema 'Bersama Meraih Keberkatan Ramadhan'

11 Sasaran Semua warga sekolah SKJ terutama murid Tahap 1 & Tahap 2
12 Senarai Pengerusi : En. Zainal Ariffin bin Ngah Jamaluddin (Guru Besar)
Jawatankuasa Induk N/ Pengerusi : Pn. Radziah bt Abdul Rahman (Pen.Kanan Pentadbiran)
En. Mohammad Labiq bin Razali (Pen.Kanan HEM)
En. Lukman Razi bin Kamaruddin (Pen.Kanan Ko-Kurikulum)
Penyelaras : Ust. Hamkar bin Mat Jusoh
Setiausaha : Ust.Yusri Rizal bin Ramli
Bendahari : Ustz. Nur Fatin Afza bin Abu Bakar
Senarai Ustz.Izattul Nadia bt Nadzir
Jawatankuasa
Pelaksana AHLI JAWATAN KUASA :
Penyelaras Tazkirah Online : Ustaz Yusri Rizal bin Ramli

Penyelaras Tadarus Al-Quran : Ustz.Izattul Nadia bt Nadzir

Penyelaras Hafazan Juz


: Ustaz Hamkar bin Mat Jusoh
Amma

Penyelaras Tabung Infaq : Ustz. Nur Fatin Afza bin Abu Bakar
Ramadhan : Cik. Hartini bt Abdul Halim

Penyelaras Konti Ramadhan : Ustaz Hamkar bin Mat Jusoh


: Mohd.Asraf bin Abdullah

Penyelaras Kuiz : Ustz. Nur Fatin Afza bin Abu Bakar


: Pn.Wan Nur Azimah bt Wan Faizal

Penyelaras Pertandingan
: En.Abdul Hafidz b.Mat Saad
Mewarna Poster
: Pn. Suhaila bt Hamli
Mencipta Kad Raya/Sampul
Raya

Penyelaras Risalah & : Ustaz Yusri Rizal bin Ramli


Dokumentasi : En.Mohd.Hafiz bin Musa

Penyelaras Cakna Ramadhan


: En .Radin Bakti bin Abdullah
Sumbangan Fakir Miskin : En. Ahmad Shahrul Amin bin Mat Yusof
dan Anak Yatim

Penyelaras Majlis Penutupan : Ustaz Hamkar bin Mat Jusoh


Ihya’Ramadhan dan Khatam Ustaz Yusri Rizal bin Ramli
Al-Quran / Penyampaian Ustz. Nur Fatin Afza bin Abu Bakar
Hadiah/Sumbangan Anak Ustz.Izattul Nadia bt Nadzir
Yatim & Fakir Miskin Semua guru-guru dan Warga Sk.Jeliang

12 Senarai Aktiviti  Hebahan Program Ihya’ Ramadhan


 Tazkirah Tazkirah Online
 Tadarus Al-Quran (Guru)
 Hafazan Juzuk Amma
 Kuiz Ihya’ Ramadhan (Prasekolah, Tahap 1 & Tahap 2)
 Pertandingan Mewarna Poster (Prasekolah & Tahap 1)
 Pertandingan Mencipta Kad Hari Raya (Tahap 2)
 World Quran Hour (Sempena Nuzul Al-Quran)
 Bacaan Yaasin Sempena Hari Guru
 Solat Hajat Sempena Hari Pekerja & Hari Guru
 Infaq Ramadhan
 Risalah Ramadhan
 Konti Ramadhan
 Ziarah Cakna
 Majlis Khatam /Penyampaian Hadiah/Sumbangan/Penutupan Ihya’Ramadhan

13 Kewangan ANGGARAN KOS


 Banting : RM 30.00 x 1  RM 30.00
 Banner : RM 60.00 x 1  RM 60.00
 Hadiah Pertandingan Kuiz : RM 4.00 x 12  RM 48.00
 Hadiah Pertandingan Mewarna : RM 4.00 x 12  RM 48.00
 Hadiah Mencipta Kad Raya : RM 4.00 x 12  RM 48.00
 Hadiah Hafazan Juz Amma : RM 4.00 x 12  RM 48.00
: RM200.00  RM 200.00
 Majlis Khatam Al-Quran
: RM 18.00  RM 18.00
 Fotostat
JUMLAH
RM 500.00
SUMBER KEWANGAN
 Kegiatan Kokurikulum ( Persatuan Agama Islam dan Bahasa Arab )
 Sumbangan

14 Penutup Semoga program yang dirangka ini dapat menimbulkan kesedaran dan keinsafan
kepada semua warga Sk.Jeliang disamping taat menjalani ibadah puasa. Murid-murid
juga mendapat pendedahan pelbagai aktiviti yang berfaedah sepanjang Ramadhan Al-
mubarak. Diharap program ini akan dapat melahirkan umat yang cemerlang di dunia dan
akhirat serta menjadi insan yang bertakwa disamping menjadikan al-Quran sebagai
panduan hidup. Dengan berpuasa dan berzakat serta bersedekah akan dapat melatih
pelajar membantu rakan mereka yang kurang bernasib baik. Semoga kedatangan
Ramadhan Al-mubarak ini dapat dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat dan bakal
mendapat ganjaran yang hebat dariNya, Insya Allah

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………………… ………………………………………. ………………………………………………………


(UST.YUSRI RIZAL BIN RAMLI) (UST.HAMKAR BIN MAT JUSOH) (EN.ZAINAL ARIFFIN BIN NGAH JAMALUDIN)
S/U Panitia Ketua Panitia P.Islam Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai