Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA

MAJLIS PERASMIAN

“ TAUTAN MAHABBAH
RAUDHATUL HUDA”
PROGRAM MADRASAH ANGKAT
ANJURAN SURAU ARRAUDHAH,
SMK TEBOBON, KOTA KINABALU DAN
MADRASAH TAHFIZ AL QURAN AL HUDA,
TBONG KHMUM, KEMBOJA@CAMBODIA

Allah SWT berfirman: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna)
sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu
dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali Imran: 92)

PENDAHULUAN
Islam adalah agama sejagat iaitu bersifat Universal. Kalimah Syahadah telah
menyatukan semua jiwa dan diri di bawah satu aqidah yang suci dan menjadikan semua
orang islam sebagai umat yang bersaudara walaupun berlainan warna kulit, bangsa dan
negara.

Setiap umat Islam wajib peduli dan cakna terhadap kesusahan saudara seaqidah mereka.
Sehubungan dengan itu, AJKuasa Surau ArRaudhah, SMK Tebobon ingin menjadikan
ideologi Ukhuwah A’lamiah ini bukan sekadar omongan semata-mata malah dipraktikkan.
Madrasah Tahfiz Quran AlHuda yang terletak di Kemboja telah terpilih kerana murid-murid
& guru-guru di sana yang tergolong Asnaf Zakat dan sangat memerlukan bantuan dari masa
ke semasa. Tiada yuran dikenakan kepada murid-murid kerana mereka tidak mampu
membayar yuran. Guru-guru pun tidak diberikan gaji malah hanya mendapat bayaran
sekadarnya jika ada sumbangan dari pihak-pihak luar.

MATLAMAT

1. Sebagai satu platform bantuan kemanusiaan terutama membantu umat Islam di


negara yang minoriti Muslim.
2. Melebarkan sayap Surau Arraudhah sebagai institusi yang komited dan proaktif
membantu saudara seislam di negara lain.

OBJEKTIF

1 Menanam sifat kecintaan & kekitaan dalam diri semua warga sekolah kepada
saudara seislam walaupun mereka berada di negara lain.
2.Menyemai nilai “Universal Muslim Brotherhood” atau Ukhuwah Islamiah Alamiah
dalam diri dan jiwa warga sekolah.
3. Membantu saudara muslim di Kemboja terutama murid-murid dan Guru-guru di
Madrasah Tahfiz Quran Alhuda yang merupakan Asnaf zakat.

SASARAN

Semua guru muslim SMK Tebobon. & Guru-guru serta Murid-murid Madrasah
Tahfiz Quran AlHuda, Kemboja.

MASA & TARIKH :


Lihat tentatif program

ANJURAN

JK Surau ArRaudhah, SMK Tebobon.

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Pn. Faridah bte Raimin


Pengetua Smk Tebobon

Pengerusi 1 : Puan Lily Bte Abdullah,

Penolong Kanan Pentadbiran

Pengerusi 2 : Puan Raziah Bte Habi,

Penolong Kanan Hem

Pengerusi 3 : En Suarno Bin Suradi

Penolong Kanan Petang

Pengerusi 4 : En. Jaladin Bin Bidin

Ketua Bidang Kemanusiaan

Penyelaras : Al-Itqam bin Dollah@Abd Aziz

Ketua Panitia Pendidikan Islam

Setiausaha : Ustaz Zul Aznie bin Adrine

Pen. Setiausaha Asmah Binti Ismail

Bendahari : Aisyah Binti Muslan

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Siaraya / PA Sistem : Ust Mohd Farhan Hafiz Bin Ag Buntar


Juruacara : Ust Mohd Syahir
Jamuan : Hartini Binti Abd Rahman
Salsiah binti Gusili
Santi Bin Zainuddin
Hadiah & cenderamata : Norhidayah Binti Monili
Nor Aini Binti Abdul Aziz
Bunting & Tayangan
Multimedia : Ust Zul Aznie Bin Adrine & Ust Farhan Hafiz
Tabung Infak : Ustzh Nur Farahain Syazwani & Ustazah Norlinah

Aktiviti-Aktiviti yang akan dilaksanakan :

1. Tauzik Kutub Iqra’ wa masahif Qur’an( Pengagihan Buku2 Iqra’ dan Mashaf Quran
ke madrasah-madrasah lain yang memerlukan. Warga Sekolah yang berkeinginan untuk infak
pembelian Buku Iqra dan Quran dialu-alukan.. Mudir akan hantar sendiri ke madrasah-
madrasah sekitarnya yang memerlukan.

2. Infak Shahriyan @Bulanan Warga Sekolah..minimum rm10 (boleh autodebit terus ke


akaun Mudir Madrasah.Untuk pentadbiran dan gaji Guru-guru.

3. Tabung Raudhatul Huda ; akan diletak di Surau Sekolah & Pejabat Sekolah untuk
memudahkan warga sekolah & Orang Luar untuk infak.

4. Al Anba’ Raudhatul Huda iaitu Infografik dan status terkini mengenai program ini akan
dibuat di Papan Kenyataan Surau Sekolah.

5. Majlis Qurban & Aqiqah di Kemboja. Warga sekolah dan luar yang berminat boleh
menghubungi GPI.

6.Video Call atau Zoom secara Berkala untuk mengetahui keadaan dan keperluan pelajar
dan Guru di Madrasah AlHuda.
Belanjawan Program:

-Program mendapat tajaan orang perseorangan.

TENTATIF PROGRAM

Tarikh : 15hb Februari 2023( Rabu)

Waktu Perkara Catatan

9.30 pagi Guru-Guru Muslim berkumpul


di Surau Ar Raudhah
-ketibaan Pengetua & Tetamu
VIP@ Mudir Madrasah Tahfiz
Quran AlHuda ;Ust . Failin
Lim
9.45 pagi Majlis Bermula
-Ucapan Pengetua
-Ucapan Mudir Madrasah Al
Huda ; Ustaz Failin Lim
10.00 pagi Taklimat Ringkas Mudir Ustaz Failin Lim
Madrasah mengenai Madrasah
AL Huda
-Tayangan Video
11.00 pagi
-Perasmian Program Madrasah
Angkat
-Perasmian Tabung
Raudahatul Huda
11.30 pagi Bersurai& Majlis Tamat

Penutup:

Semoga program ini akan memberi manfaat yang sangat besar kepada warga SMK Tebobon
dan juga murid-murid serta Guru- guru Madrasah Tahfiz Alquran AlHuda, Kemboja.
Kerjasama ini insyaAllah akan memberikan impak yang positif dan mendapat keredhaan
Allah SWT. Justeru, Surau ArARaudhah akan terus komited mengapai kegemilangan demi
kesejahteraan Ummah .

Disediakan Oleh:

….……………………………………
( Ustaz Zul Aznie Bin Adrine)

Disemak Oleh:

….……………………………………
( Ustaz AlItqam Bin HJ Dollah)

Diluluskan OLeh:

….………………………….
( Pn Faridah Bt Raimin )
Foto-Foto Berkaitan Madrasah Tahfiz Quran AlHuda

Murid-murid madrasah di atas tapak madrasah sebelum dibina bangunan madrasah. Banner yang
dipegang adalah banner memohon sumbangan infak dari orang ramai.

Murid-murid menumpang belajar di bawah kolong rumah penduduk kampung sebelum madasah
didirikan.
Pelan Pembinaan Madrasah
Tapak Madrasah

Banner memohon sumbangan infak berterusan kepada rakyat Malaysia & Singapura.
Bangunan Madrasah Terkini hasil sumbangan Rakyat Malaysia yang prihatin

Anda mungkin juga menyukai