Anda di halaman 1dari 5

SABK AL-MADRASAH AL-KHAIRIAH AL-ISLAMIAH

KERTAS KERJA
SAMBUTAN AMBANG
RAMADHAN
&
HARI GURU 2017

Anjuran
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
Dengan kerjasama
Kelab guru SABK MKI
Panitia Pendidikan Islam
Guru Kanan STAM

Disediakan oleh:
Pn. Shuhada Binti Abdul Jabar
1.0 PENGENALAN
Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat Allah
swt. Kedatangan bulan Ramadan memang dinantikan oleh seluruh umat Islam. Ini kerana
pada bulan ini, Allah telah menjanjikan ganjaran pahala yang berganda kepada hamba-
hambanya yang bertaqwa dan beramal soleh. Di bulan Ramadan ini juga Allah telah
mewajibkan seluruh umatnya agar menunaikan ibadah puasa. Ibadah puasa yang dilakukan
dengan penuh keikhlasan akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT,
sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam hadis qudsi yang bermaksud : “Semua
amalan anak Adam adalah baginya, melainkan puasa kerana ia adalah untuk Ku dan Aku
akan membalasnya”.
Hari Guru disambut setiap tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di
Malaysia dalam mendidik anak bangsa. Pengorbanan yang tidak berbelah-bahagi daripada
guru telah lahirlah insan yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan
negara. Ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu “Guru Pembina Negara
Bangsa”.  Kerjaya suci dan murni seorang guru sememangnya tiada tandingan dan tidak
dapat dijual beli dengan apa jua sekali pun.  Di dalam agama Islam sendiri seorang guru itu
adalah berada di kedudukan yang tinggi dan utama selepas kedua ibu bapa. Bagi meraikan
dan membalas jasa guru-guru yang tercinta, unit bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama
Kelab Guru SABK MKI, panitia pendidikan islam dan guru kanan tingkatan 6 telah
mencadangkan untuk mengadakan sambuatan hari guru bersama dengan sambutan ambang
ramadhan. Diharap program ini dapat memberikan manfaat kepada bukan sahaja pelajar
malah guru-guru yang berada di SABK MKI juga.

2.0 OJEKTIF
2.1 Persediaan awal untuk menghadapi ibadah puasa dibulan Ramadan Al-Mubarak.
2.2 Mendidik pelajar menghayati kelebihan bulan Ramadan Al-Mubarak
2.3 Mendidik pelajar dengan sifat-sifat mulia seperti sabar, berdisiplin dan taat perintah
Allah SWT.
2.4 Melahirkan pelajar yang istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT.
2.5 Mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
2.6 Meningkatkan semangat para guru untuk terus berjuang mendidik anak bangsa.
2.7 Menghargai pengorbanan para guru.

3.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid tingkatan 1 – 6

4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT


26 Mei 2017 (Jumaat)
7.30 hingga 12.00 tengahari
Dewan Terbuka & Dewan Sofiah
5.0 JAWATANKUASA INDUK
Penasihat: Hj. Khairol Annuar Bin Hj. Musa
Pengerusi: Hj. Ahmad Mufdi Bin Ali
T. Pengerusi 1: Hj. Azmi Bin Abdul Hamid
T. Pengerusi 2: Muhammad Jamil Bin Ismail
Penyelaras: Shuhada Bt. Abdul Jabar
Dokumentasi: Shuhada Bt. Abdul Jabar
Pembimbing Rakan Sebaya
Jawatankuasa Pelaksana
Tazkirah Ramadhan: Mohd Zakaria Hamzah
Tanyaalah Ustaz: Muhammad Yasir Bin Md Saad - Panel
Bukhari Bin Zakaria - Panel
Abdul Razak Bin Abdul Karim– Panel
Ismail Bin Khalid – Panel
Pelajar tingkatan 6 – Moderator
Tanyalah Ustazah: Che Suraiya Binti Mat Desa - Panel
Hafizah Binti Alaidin – Panel
Amalhayati Binti Mahsin @ Ahmad Nasir - Panel
Zaiton Binti Che Din – Panel
Pelajar tingkatan 6 – Moderator
Jurugambar: Salhah Bt Zakaria
Nasruddin Bin Abudin
Disiplin &: Mohd Aslam Bin Mohd Shukor
Pelaraian Murid Abdul Rahman Bin Ideris
Nurhafizah Binti A. M. Mohamed
Munirah Omar
Siaraya: Muhammad Ramzi Bin Mat Daud
Norliyana Binti Mat Yusoff
Makanan: Noliah Bt. Othman
Nor'aani Binti Abdul Rahim
Ahamad Nazeer Yaakob
Azman Md Said
Pengawas Sekolah
6.0 PERBELANJAAN KEWANGAN

Makanan dan minuman 520 X RM 7 RM 3640.00


JUMLAH RM 3640.00

Sumber kewangan
Duit makan asrama 319X7 RM 2233.00
Kelab guru dan sumbangan guru-guru RM 1407.00
JUMLAH RM 3640.00

7.0 TENTATIF PROGRAM


7.30 pagi: Bacaan yasin (lelaki dan perempuan – dewan terbuka)
8.00 pagi: Tazkirah Ramadhan
8.30 pagi: Perutusan Hari Guru Menteri Pendidikan Malaysia
Perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pendidikan
8.20 pagi: Sambutan hari guru dan tayangan video
9.45 pagi: Sesi penyerahan kurma kepada wakil setiap tingkatan
10.00 pagi: Rehat
10.30 pagi: Tanyalah Ustaz (L) – dewan terbuka
Tanyalah Ustazah (P) – dewan Sofiah
12.00 tengahari: Bersurai

8.0 PENUTUP
Diharap program yang dirangka ini dapat mencapai objektif yang dicadangkan.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. …………………………….
(SHUHADA ABDUL JABAR) (HJ. AHMAD MUFDI BIN ALI)
Guru Bimbingan dan Kaunseling, PK HEM,
SABK Al-Madrasah Al-Khairiah SABK Al-Madrasah Al-Khairiah
Al-Islamiah Al-Islamiah
P. Pinang. P.Pinang.

Diluluskan oleh,

……………………………………………
(HJ. AZMI BIN ABDUL HAMID)
Penolong Kanan Pentadbiran,
b.p Pengetua
SABK Al-Madrasah Al-Khairiah
Al-Islamiah
P. Pinang.

Anda mungkin juga menyukai