Anda di halaman 1dari 2

Kategori lelaki

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrt. Wbt.

Apa khabar kawan-kawan semua? Sihat? Alhamdulillah. Semoga dengan kesihatan yang baik, akan
memudahkan kita beribadat dan menambahkan keimanan kita kepada Allah.

Jangan lupa juga untuk berselawat kepada Nabi Muhammad junjungan mulia, kerana baginda adalah
penyuluh hidup kita sepanjang masa.

Muhammad, sumur cintaku

Malu rasanya menyatakan cinta


Kepada dia kekasih Allah -lagu kekasih Allah (Hijjaz)

Kerana dia insan mulia


Sedangkan diriku insan biasa

Ya kawan-kawan, Saidina Abu Bakar Assiddiq adalah insan pertama yang beriman kepada Allah dan
RasulNya. Marilah kita imbau kembali betapa keperitan Saidina Abu Bakar yang menjadi peneman
setia Rasulullah ketika Nabi dicerca dan dihina.

Kerana sayang dan cintanya kepada Rasulullah, Saidina Abu Bakar sanggup berkorban jiwa raga
mempertahankan baginda Rasulullah sewaktu baginda diserang musuh sehingga terpaksa
bersembunyi di dalam gua Tsur.

Walau dijera derita, jiwa tulusnya menjulang keimanan demi Muhammad tercinta.

,‫اعوذ ابهلل من الشيطان الرجمي‬


        
Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik
.surah al Ahzab, ayat 21-

Ya kawan-kawan, beriman kepada Rasul adalah salah satu dari enam cabang Rukun Iman. Kita wajib
.meyakini bahawa para Rasul diutuskan untuk membawa kita ke jalan kebenaran

Rasulullah sumur cinta


Menjadi idola semua
Kategori lelaki

Teladan sepanjang masa


Tunjuk jalan ke syurga
lagu ya Rabbana-

Ayuh ikut sunnah nabi


Segala amalan suci
Jadi bekal buat diri
Menuju jalan Firdausi

Begitulah hebatnya sayang dan cintanya Saidina Abu Bakar kepada junjungan Rasulullah. Agaknya,
Di mana tahap pula cinta kita kepada Nabi Muhammad dan Rasul-rasul selain baginda?. Cukupkah
sekadar menyebut cintakan para Rasul, namun tindak-tanduk kita di dunia ini tidak kita sandarkan
.kepada contoh teladan baginda

Berita kematian seorang selebriti tempatan baru-baru ini benar-benar mengharukan kita. Sewaktu
hidup, arwah bukan sahaja seorang taat kepada ibubapanya, namun beliau juga banyak melakukan
amalan kebajikan kepada mereka yang memerlukan. Sesungguhnya contoh teladan dari arwah
.selebriti ini amat sejajar dengan tuntutan agama dan teladan Rasulullah dan para rasul yang lainnya

.…Ayuh kawan-kawan kita berselawat kepada baginda Rasulullah

‫ اي رسول هللا‬,‫السالم عليک اي‬


‫ اي نيب هللا‬,‫السالم عليک اي حبييب‬
,‫اي رسول هللا‬
.‫اي نيب هللا‬
‫اي رسول هللا‬

!Sekian, hambalah daie, pendokong murabbi, cinta sejati

.Wassalamualaikum wrt. Wbt

Anda mungkin juga menyukai