Anda di halaman 1dari 2

Soalan-soalan Bicara Maulidur Rasul 2013

1. Cuba ustaz ceritakan perihal kelahiran dan salasilah keturunan


nabi Muhammad SAW, serba sedikit yang menunjukkan bahawa
manusia teragung telah lahir ke dunia.
2. Apakah tanda-tanda kenabian nabi Muhammad SAW samada
yang terzahir pada tubuh badan baginda atau peristiwa yang
membenarkan kenabian baginda.
3. Cuba ustaz gambarkan rupa paras nabi termasuk cara
berpakaian(orang kata rambut nabi panjang, betul ka nabi
sentiasa berambut panjang?), makanan baginda (sekarang
banyak orang jual makanan sunnah, betul ke sunnah?), cara
baginda berjalan dan apa-apalah yang menarik tentang
kehidupan baginda?
4. Antara manusia dan malaikat, malaikat lebih ramai yang taat
kepada perintah Allah. Apakah hikmat Allah memilih nabi dan
rasul dalam kalangan manusia, kenapa tidak diutuskan nabi dan
rasul dari kalangan malaikat? Sebab orang syiah kata nabi
Muhammad tu tak lebih daripada menjalankan tugas sebagai
seorang posmen.
5. Orang syiah kata malaikat Jibril tersalah semasa menyampaikan
wahyu yang pertama kepada nabi Muhammad. Sepatutnya
wahyu itu turun kepada saiyidina Ali KW. Adakah pemilihan nabi
ni dibuat secara rawak?
6. Dalam Sahih al Bukhari nabi bersabda yang bermaksud: tidak
beriman seseorang itu sehinggalah dia terlalu mencintai dan
mengasihi aku melebihi ibu bapa dan anak-anaknya dan seluruh
manusia. Bagaimana nak cinta dan kasih kepada nabi
Muhammad sehingga baru sempurna iman kita?
7. Kadang-kadang cinta ni sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi.
Macam mana tiba-tiba nabi muncul dalam mimpi kita, boleh
percaya ke? lagi satu adakah orang yang sudah bermimpi jumpa
nabi ini dikira sudah mencapai martabat atau maqam tertentu.
8. Apakah hukum kita buat sambutan maulidur rasul sebab zaman
para sahabat dulu tak dibuat pun?
9. Apakah nasihat atau wasiat yang selalu nabi Muhammad SAW
ulang-ulang atau ingatkan kepada ummatnya?

.10

Anda mungkin juga menyukai