Anda di halaman 1dari 4

Alunan Selawat pembukaan

Sebelum bahtera saya layarkan, sebelum layar saya kibarkan, sebelum kaki mengatur langkah
sebelum lidah mengatur bicara biarlah saya mendefinasikan tajuk syarahan saya pada pagi ini
yang bertajuk “Mengenali dan Mencintai Rasulullah S.A.W”.

Rasulullah saw adalah seorang manusia lelaki yang diutuskan oleh Allah swt sebagai Rasul
terakhir membawa ajaran islam, dan menyebarkan dakwah islamiyah untuk umat manusia
bagi memperoleh kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan diakhirat

Manakala erti mengenali adalah mengetahui dengan sahih melalui proses pembelajaran dan
penyelidikan dan cinta ialah suatu perasaan naluri manusia. Cinta, kasih sayang adalah
anugerah dari Allah S.W.T, apa yang penting ialah bagaimana cara kita merealisasikan,
membentuk, mengawal dan menjuruskan perasaan kita itu tadi kearah sesuatu yang positif.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Mencintai Rasulullah saw wajib bagi setiap umat islam. Untuk mencintai baginda, maka
kenalilah keperibadiannya dan sirah perjuangannya. Kata orang tak kenal maka tak cinta.
Mencintai rasulullah saw mulai dengan menjadikannya role model. kebenaran yang dibawa,
mengkaji kehebatannya. Mengagungkan kebesarannya.

Perutusan Rasulullah saw adalah sebagai rahmat kepada umat manusia sejagat, memimpin
umat manusia kearah pengabdian hanya kepada Tuhan sebenar, iaitu Allah
sematamata sebagaimana firman allah surah Anbiya ayat 107 yang berbunyi:

Maksudnya “ Dan tidaklah kami mengutusmu wahai Muhammad melainkan untuk menjadi
rahmat bagi sekalian alam”

Rasulullah saw adalah pilihan daripada seluruh rasul pilihan, Pilihan atas pilihan untuk rasul
akhir zaman. Membawa Al-Quran dari Tuhan untuk panduan umat kemudian. Hatinya bersih,
sabarnya keras, Berbagai-bagai rintangan, bermacam-macam cabaran. Seluruh hidupnya di
dalam penderitaan, tidak pernah surut di dalam perjuangan. Hatinya dengan Tuhan tidak
pernah putus hubungan. Pengorbanannya semacam angin kencang lajunya, dengan harta,
tenaga dan jiwa raga. Masya-Allah akhlaknya bak bulan purnama sangat terserlah tidak ada
tandingannya, tidak ada bandingannya di seluruh dunia.
Seorang sasterawan Inggeris mengungkapkan kisah Nabi Muhammad melalui sajaknya yang
berbunyi :

Rasulullah the most perfect human being, the person to look up to amongst all humans
Let’s us make him the role model for all human beings, If he’s made into our role model
there will emerge love and affection, harmonious existence with coherence.

Tuan tuan puan puan yang dirahmati Allah sekalian,

Kehebatan Nabi Muhammad saw telah diiktiraf ramai para cendikiwan seluruh dunia
melangkaumi batasan masa dan zaman. Menurut kajian yang dijalankan oleh pengkaji barat,
yang menyenaraikan 100 pemimpim terkemuka dunia , rasulullah saw diletakkan ditempat
pertama sebagai pemimpin teragung.

Seorang penulis terkemuka barat, David Santilana dalam bukunya berjudul The Legacy of
Islam menulis bahawa Nabi Muhammad mempunyai budi perketi yang sangat baik, sentiasa
menghindari pertengkaran, jika orang berbuat jahat padanya dia memaafkannya.

Pengarang inggeris terkenal, Geoorge Bernad Shaw mengakui bahawa ajaran Nabi
Muhammad tentang pengiktirafan terharap wanita dan kanak kanak dimana katanya
pendekatan ajaran Muhammad jauh lebih maju dari pemikiran kristian, bahkan dari pemikiran
moden sekalipun.

Sejarawan barat terkenal Edward Gibbon menyatakan “hal yang baik daripada Muhammad
ialah, baginda membuang jauh sifat kebongkkan seorang Raja. Baginda seorang pemimpin
yang adil, mempunyai kualiti intelektual luar biasa, ingatannya kuat, daya imaginasinya hidup
dan genius yang berdaya cipta.

Seorang lagi penulis terkemuka Inggeris Robert briffault menghargai ajaran nabi


Muhammad dengan mengatakan “ Idea kebebasan bagi semua umat manusia, idea
persaudaraan dan persamaan antara umat manusia. Dan idea idea ini telah di serapkan bagi
mengilhami Revolusi Perancis dan deklarasi hak manusia bagi menyusun konstitusi
Amerika. dan sebenar nya idea dari ajaran rasulullah telah dicedok oleh bangsa barat untuk
memajukan mereka.
Tuan tuan dan puan puan sekalian.

Pernahkan kita terfikir, mengapa kita terlalu berkira untuk mencintai rasulullah sedangnya
baginda amat mencintai kita semua. Ini terbukti bila kita renungkan peristiwa saat kewafatannya

Ketika mana Rasulullah dlm keadaan menghadapi saat kematian, baginda merasakan amat
sakit sekali sakaratul maut itu, sehinggakan Jibril yg pada ketika itu melihat Rasulullah berpaling
mukanya krn tdk sanggup melihat kesakitan Rasulullah.

Lalu baginda bertanya Jibril, "wahai Jibril, adakah engkau tidak mahu melihat aku, adakah
engkau membenci aku?" Jibril lalu menjawab, "tidak Ya Rasulullah, aku tidak sanggup melihat
wajah kekasih Allah menahan kesakitan yg amat sgt..." Kemudian Rasulullah berkata kpd Jibril,
"jika beginilah sakitnya sakaratul maut, aku mohon agar semua kesakitan sakaratul maut
umatku dihimpun ke atasku, aku tdk sanggup membiarkan mereka menanggung kesakitan
ini..."

Masya ALLAH hadirin dan hadirat sekalian. lihatlah betapa mulianya Rasulullah yg terlalu
cintakan umatnya lebih dr dirinya sendiri... Lalu bagaimana dengan kita? Adakah kita mencintai
Rasulullah melebihi dr diri kita sndiri?

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah

Mencintai rasulullah saw bukan semata mengingati kelahirannya pada 12 Rabiul awal sahaja,
mencintai dan mengimaninya hendaklah sepanjang detik nadi yang berdenyut. Lalu, bagaimana
kah cara untuk menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah saw? Barangkali 5 perkara yang
saya bicarakan ini berguna untuk semua.

Yang pertama ialah dengan berpegang teguh dengan ajaran islam dan menghidupkan dan
menyebarkan segala sunnah baginda samada dari perlakuan atau perbuatannya. Sabda
Rasulullah saw yang bermaksud “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sungguh dia
telah mencintai aku, dan sesiapa yang mencintai aku, nescaya dia bersama samaku dalam
syurga.”

Yang kedua dengan menjadikan akhlak baginda sebagai contoh ikutan yang paling utama bagi
diri kita dan keluarga kita. Bak kata Aisyah isteri rasulullah, Akhlak baginda diperumpamakan
seperti Al-Quran itu sendiri.
Yang ketiga dengan memperbanyakkan selawat dan salam atas diri baginda, kaum
keluarganya dan para sahabatnya Sesiapa yang dengan penuh ikhlas mengucapkan selawat
dan salam untuk baginda akan mendapat ganjaran pahala dari allah. Sebagaimana sabda
baginda yang bermaksud” Sesiapa yang berselawat atasku satu selawat, nescaya Allah
melimpahkan sepuluh rahmat kepadaanya, mengikis sepuluh kejahatan daripadanya dan
darjatnya sepuluh kali.

Yang keempat menolong dan membantu usaha usaha bagi mengembang dan menyebarkan
risalah yang dibawa oleh baginda mengikut kemampuan masing masing samada menerusi
usaha dakwah dan tarbiah, melalui lisan dan penulisan, menerusi sumbangan tenaga, kos atau
harta benda mengikut kemampuan kita.

Dan yang ke lima dengan cara memuliakan para ulama yang menjadi pewaris nabi kerana
ditangan mereka memegang risalah Allah dan rasulNya untuk dikembangkan dan
dijaga kemurniannya.

Akhir sekali tuan puan marilah kita renungkan..

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna
RASULULLAH S.A.W, Kalau diri sezalim firaun mana mungkin menjadi pemimpin seadil
Rasulullah. Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT, Tak guna Ada HATI kalau tak tahu
MENILAI

Kata kata penutup

Anda mungkin juga menyukai