Anda di halaman 1dari 5

Hadirin yang di rahmati Allah sekalian.

Tak kenal maka tak cinta. Itulah bidalan masyarakat Melayu dalam mengungkap
kata mendefinisikan sesuatu. Sebelum saya meneruskan kata izinkan saya
mendefinisikan tajuk syarahan kita pada hari ini ’ PENGHAYATAN SIRAH
RASULULLAH ASAS MASYARAKAT SEJAHTERA ’

Penghayatan membawa maksud menjiwai atau mengambil pengajaran atas


sesuatu perkara. Sirah merupakan pula perkataan yang berasal dari bahasa arab ‫ سار‬,
yang bermaksud perjalanan , iaitu catatan perjalanan suatu sejarah. Manakala "Rasul”
dari sudut bahasa bermaksud utusan dan dari sudut istilah pula ialah lelaki pilihan Allah
dikurniakan wahyu utk dirinya & disebarkan kpd org lain.
Asas masyarakat sejahtera pula membawa maksud asas kebahagiaan ummah
semuanya. Jadi bolehlah kita terjemahkan maksud keseluruhan tajuk kita pada hari ini ;
menjiwai catatan perjalanan kehidupan utusan Allah asas kebahagiaan ummah
semuanya.

Hadirin yang di rahmati Allah sekalian.

Hujah saya yang pertama dibawah kata kunci ” Sirah Rasulullah ikutan terbaik
umat sepanjang zaman. “

Tugas para Rasul ialah menyeru, menyedar, menggembur dan membentuk


manusia agar beriman kepada Allah S.W.T.  Atau, dengan kata lain, mengajak dan
membentuk keperibadian manusia agar tunduk mengabdikan diri sepenuhnya kepada
Allah S.W.T. semata-mata. Tugas atau peranan ini dilaksanakan oleh para rasul terhadap
umat masing-masing. Muhammad Rasulullah S.A.W. pula melaksanakannya terhadap
seluruh manusia. Firman Allah : Al Anbia’ – 21

‫وما ارسلناك إال رحمة للعالمين‬


“ Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi
rahmat bagi sekelian alam.”

Al-Quran telah mengarahkan Rasulullah S.A.W. supaya mendidik hati, fikiran,


perasaan, tingkahlaku dan akhlak manusia ke paras yang lebih tinggi dan mulia.
Seterusnya, membentuk ummah dan membina daulah. Itulah hakikat Rasul diutuskan.
Sebagai contoh kalau kita susuri perjalanan pembentukan umat Islam bermula dari
sebelum Nabi diutus pada umatnya kita akan temui sesuatu yang amat di kagumi
peradaban dunia. Masyarakat Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam telah menghadapi
masalah gejala sosial dan kerosakan nilai yang begitu teruk dengan menjadikan wanita
hamba,menanam anak perempuan yang baru lahir hidup-hidup,membunuh,berperang dan
bergaduh sesama sendiri. Datangnya Islam mengubah seluruh kehidupan menjadi lebih
teratur,berdisiplin,saling menghormati dan bersatu padu antara satu dengan yang lain.

Tapi sayang seribu kali sayang, masyarakat pada masa kini yang kehidupan
mereka semakin jauh dari agama Allah dan ikutan Rasulullah tenggelam dalam arus
kemodenan mereka yang merobek nilai kemanusiaan bahkan menjadi lebih teruk dari
masyarakat Arab Jahiliah sebelum diutuskan Rasul kepada mereka. Gejala sosial pada

1
masa kini lebih dahsyat dari yang berlaku pada zaman sebelum kedatangan Rasulullah
dan lebih teruk dari perangai masyarakat Arab Jahiliah. Contohnya masalah pembuangan
bayi yang tidak terkawal dan yang lebih kejam ada bayi yang di bakar bagi menutup rahsia
perbuatan mereka. Masalah ragut yang tidak berkesudahan menyebabkan masyarakat
menjadi takut dan banyak juga kes membawa pada kematian.
Ini adalah hasil dari arus kemodenan yang mengenepikan pembangunan akhlak
dan agama. Ikuti dan pelajarilah sirah bagaimana Rasulullah S.A.W. telah berjaya
mengubah corak hidup manusia yang serba pincang kepada corak hidup yang sempurna,
aman, damai, bahagia dan bercahaya di bawah sistem yang ditanzilkan Allah S.W.T. 
Akhlak dan keperibadian Rasulullah S.A.W. memainkan peranan utama dalam
perlaksanaan tanggungjawabnya

Hadirin yang di rahmati Allah sekalian.

Hujah saya yang kedua dibawah kata kunci ” Rasulullah contoh pimpinan agung
penyelamat ummah dari kesesatan dan kerosakan.”

Dalam rangka mencontohi Rasulullah S.A.W., peranan kita kini ialah mengambil
pengajaran dari uslub kepimpinan Rasulullah kemudian berusaha membentuk ummah
Kepimpinan dan contoh yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. telah memperlihatkan
kesyumulan dan kesempurnaan yang merangkumi semua aspek kehidupan baik dari
sudut fikri mahu pun dari sudut jasmani. Natijahnya, lahirlah satu ummah yang terpimpin
dengan roh al-Quran. Al Qur’an sentiasa mengalir di dalam jiwa-jiwa mereka dan
memimpin hati-hati mereka hingga tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T. dan rasulNya
sahaja. Ini bertepatan dengan perintah dari Allah di dalam AlQuran menyuruh kita
mencontohi Rasulullah. Firman Allah :

“Adalah pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagi sesiapa yang berharap
untuk bertemu dengan Allah dan Hari Akhirat, dan mengingati Allah sebanyak-
banyaknya”. ( Surah Al Ahzab : 21)

Contoh tauladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah, ialah Rasul sebagai pemimpin
rumahtangga atau ketua rumahtangga , suami dan ayah yang amat penyayang dan
bertanggungjawab . Baginda juga ialah ketua atau pemimpin masyarakat dalam jiran
tetangga yang amat prihatin serta di hormati. Rasulullah juga adalah contoh terbaik
sebagai pemimpin negara yang adil saksama serta dikagumi dulu,kini dan selamanya.
Para sahabat yang mencontohi kepimpinan Rasul ini natijahnya juga, mereka tidak
memilih nilai-nilai yang lain selain daripada nilai yang telah diajar oleh Rasulullah S.A.W..
Mereka telah mempersaksikan keperibadian yang agung dan tinggi hingga keperibadian
itu tidak terjejas apabila bertembung dengan berbagai-bagai suasana. Mereka tetap
beradab dengan Allah S.W.T. dan Rasul-Nya samada sewaktu senang atau susah, aman
atau damai, bahkan dalam suasana perang dan genting.Mereka tidak meminta sedikit pun
nikmat kesenangan pahala dan balasan dunia. Mereka hanya meminta supaya Allah
S.W.T. mengampunkan dosa-dosa mereka dan menetapkan pendirian mereka serta
memberi pertolongan ke atas meraka terhadap orang-orang kafir. Tindakan mereka itu
menterjemahkan keyakinan mereka kepada pimpinan Rasulullah S.A.W. Mereka
mengambil Rasul sebagai contoh untuk membentuk keperibadian mereka sendiri.

2
Hadirin yang di rahmati Allah sekalian.

Hujah saya yang ketiga dibawah kata kunci ” Tuntutan Beriman Kepada
Rasulullah S.A.W.”

Apabila kita beriman kepada Rasulullah S.A.W, wajiblah kita tunduk dan patuh
kepada apa yang dibawanya dan menjauhi apa yang dilarangnya tanpa merasa tertekan,
malu, segan, berat atau susah. Juga tanpa mempertimbangkan samada sesuai atau pun
tidak sesuai. Jika kita ragu, membantah dan melaksanakan sebahagian sahaja suruhan
Rasulullah SAW, maka keadaan ini sudah tentu berlawanan dengan keimanan, ikrar, janji
dan bai’ah kita kepadanya. Sesungguhnya keimanan kepada Rasulullah SAW menuntut
kita taat, patuh dan mencontohi contoh teladannya yang mulia. Firman Allah SWT:

“Dan taatilah Allah dan Rasul agar kamu diberi rahmat.”(Ali ‘Imran: 132)

“Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutilah aku nescaya 
Allah mengasihi kamu dan mengampun dosa-dosa kamu, Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.”(Ali ‘Imran: 31)

Para sahabat ialah golongan yang sentiasa beriman dan percaya apa sahaja yang
datang dari Rasulullah walaupun ada ketikanya susah untuk diterima logik akal. Ini bukti
ketinggian iman mereka terhadap Rasulullah. Contohnya Rasulullah saw berada bersama-
sama sahabat pada hari Hudaibiyah iaitu hari orang-orang Islam ditahan daripada
memasuki Makkah untuk melakukan Umrah. Oleh itu sahabat-sahabat berhenti di
Hudaibiyah kerana dahaga. Selepas diberitahu bekalan air sudah kehabisan, Nabi
meminta supaya dibawa sebuah bekas kepadanya. Nabi meletakkan tangannya dalam
bekas itu. Kemudian air pun keluar daripada celah-celah jari Nabi seperti mata air. Lalu
sahabat-sahabat pun minum dan berwudhu dengan air daripada tangan Rasul saw.
Bilangan mereka kira-kira 1,500 orang.

Oleh kerana inilah kerajan prihatin tentang nilai keimanan masyarakat Islam
semakin terhakis dari diri masyarakat. Kerajaan telah berusaha melalui agensi badan
kerajaan melalui bidang pendidikan dan keagamaan berusaha membuat pelbagai program
menyemai benih kecintaan dan keimanan pada Rasulullah bagi seluruh masyarakat dalam
usaha membentuk generasi cemerlang yang berakhlak mulia.

Jalan untuk mencintai Allah SWT ialah mengikuti Rasulullah SAW dengan penuh
rela dan patuh seikhlas hati. Juga mencintai Rasulullah SAW lebih daripada diri sendiri,
anak-anak, harta benda dan manusia seluruhnya.Kecintaan kepada Rasulullah S.A.W.
mestilah diterjemahkan dalam setiap gerak geri dan tingkah laku yang mengikuti apa yang
disukai Rasulullah SAW dan menjauhi apa yang tidak disukainya.

3
Hadirin yang di rahmati Allah sekalian.

Hujah saya yang keempat dibawah kata kunci ” Generasi Islam Pertama Juga
Contoh Kita.”

Generasi Islam pertama juga merupakan contoh kita. Mereka telah dididik dan
dipimpin oleh baginda yang melalui proses tarbiyyah yang tersusun rapi. Pada diri mereka
telah lahir contoh yang sempurna dalam segala bidang kehidupan, baik dari segi fikri
mahu pun dari segi jasmani. Contoh yang syumul jelas nampak dalam hidup mereka.
Mereka yakin kepada pimpinan Rasulullah S.A.W dan bercontohkan keperibadian baginda
sepenuhnya. Mereka hidup dalam suasana aman, damai, berbahagia dan mendapat ‘nur’
yang terpancar dari sinar al-Quran yang menjadi panduan hidup mereka. Ini bersesuaian
seperti Firman Allah bermaksud:

“Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya.


Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan
mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk." (Surah al-Kahfi, ayat 13)

Sebagai bukti kita lihat contoh para sahabat, bagaimana mereka hidup bersama-
sama Rasullullah saw. Bagaimana mereka melaksanakan kerja-kerja dakwah. Sebab itu
hanya beberapa orang sahabat-sahabat Nabi (lelaki) - dikebumikan di Madinatul
Munawarah, yang lain-lain di serata tempat di dunia kerana mereka bekerja untuk
menyebarkan petunjuk Allah swt. Tidak tinggal umur mereka melainkan mereka gunakan
untuk dakwah dan kebaikan.

Inilah semangat dan prinsip yang perlu kita contohi.Kemajuan sesebuah negara
memerlukan remaja yang cergas dan berpendidikan. Remaja perlu memikirkan secara
rasional apakah ertinya hidup. Adakah sekadar untuk hidup di dunia saja, tanpa
memikirkan kehidupan di akhirat? Perlu disedari, era moden dengan pelbagai
kecanggihan hari ini menjadi medan baru bagi musuh Islam untuk menyerapkan doktrin
dan pengaruh buruk mereka ke dalam jiwa remaja.Hiburan yang dicorakkan mereka
adalah alternatif mencapai cita-cita itu. Maka, lahirlah personaliti dengan rupa wajah yang
pelbagai bentuk dari pelbagai sudut, seksi, tampan, gagah, kacak, berpeluk-pelukan
dengan pasangan bukan muhrim. Begitu juga pelbagai lagi gelagat yang bercanggah
dengan nilai murni agama dan budaya bangsa. Adakah ini yang kita harapkan dari
generasi yang bakal memimpin negara ? Sudah pasti tidak ! Apa yang kita harapkan
generasi masa kini mencontohi akhlak serta keperibadian generasi pertama Islam
terutama pandangan mereka terhadap AlQuran.

Pendekatan mereka kepada al-Qur’an bukanlah semata-mata untuk mempelajari,


membaca dan menggali rahsia-rahsianya tanpa menyedari tuntutan sebenar iaitu
menghayatinya dalam kehidupan dan memikul amanah Allah S.W.T. yang besar di bumi.
Al-Qur’an membimbing dan melengkapkan hidup mereka dengan akhlak yang mulia.
Seluruh pemikiran dan tindakan dibimbing supaya tidak melewati batas-batas Allah S.W.T.

4
Hadirin yang di rahmati Allah sekalian.

Yang bermula pasti akan berakhir. Sebelum saya mengakhiri syarahan saya pada
hari ini,sama-samalah kita menghayati sirah Rasulullah ini segenap jiwa dan raga
kita.Tuntutan kefahaman terhadap kerasulan Muhammad S.A.W. dan keimanan
kepadanya ialah mencontohi dan mengikuti kepemimpinannya. Seandainya umat Islam
tidak kembali kepada hakikat ini, umat Islam akan terus menjadi seperti buih di permukaan
air. Umat Islam tidak akan menjadi arus yang kuat untuk menumpaskan jahiliyyah.

Anda mungkin juga menyukai