Anda di halaman 1dari 17

Topik  Bacaan

10 Khusus
Riwayat Hafs
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan beberapa istilah bacaan yang dibaca oleh riwayat
Hafs seperti al-imalah, al-tashil, al-isymam dan sebagainya;
2. Menerangkan kalimah-kalimah yang perlu dibaca dengan sebutan
yang berlainan dari kebiasaannya;
3. Membaca dengan baik, khususnya kalimah-kalimah yang
mempunyai sebutan yang berlainan dari kebiasaannya;
4. Membezakan cara bacaan hukum-hukum yang hampir sama seperti
isymam dengan raum, imalah dengan fathah dan sebagainya; dan
5. Membaca al-Quran dengan baik dan betul.

 PENGENALAN
Antara kesenian bacaan al-Quran yang tiada pada ilmu-ilmu yang lain ialah
adanya istilah-istilah bacaan yang berbagai-bagai. Istilah-istilah yang
dimaksudkan adalah sepeti izhar, idgham, ikhfa dan sebagainya. Semua istilah
tersebut mestilah dibaca dengan cara bacaan yang berbeza-beza sebagaimana
yang diajarkan oleh para ulama.

Topik ini akan membahaskan beberapa lagi istilah bacaan al-Quran yang
terdapat dalam bacaan riwayat Hafs. Istilah-istilah yang yang dimaksudkan ialah
al-imalah, al-isymam, al-raum, al-sakt, silah ha' al-dhamir, al-tashil dan al-naql.
Ia berbeza dengan istilah-istilah yang telah diterangkan kerana bacaan tersebut
dibaca berlainan dengan kalimah-kalimah yang lain dan ia hanya berlaku pada
kalimah-kalimah yang tertentu sahaja dalam al-Quran sahaja (sila lihat
Rajah 10.1).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
140  TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS

Rajah 10.1: Bacaan al-Quran dalam riwayat Hafs

Di dalam al-Quran, terdapat beberapa kalimah yang wajib dibaca dengan cara
bacaannya yang tersendiri yang nyata berbeza dengan cara bacaan yang biasa
digunakan pada kalimah-kalimah yang seumpamanya. Seseorang pembaca pasti
tidak akan mengetahui cara membaca kalimah-kalimah tersebut tanpa
mendengar terlebih dahulu daripada mulut seseorang guru dan selepas itu
berusaha pula untuk mencubanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS  141

10.1 BACAAN AL-IMALAH


Berikut adalah bacaan al-imalah dari segi bahasa dan ilmu tajwid.

Bahasa
Bacaan condong

Ilmu Tajwid
Membunyikan sesuatu huruf yang berbaris atas antara baris atas dengan
bawah atau antara huruf alif dengan huruf ya'.

10.1.1 Bahagian Al-Imalah


Bacaan al-imalah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu seperti dalam
Rajah 10.2.

Rajah 10.2: Bahagian al-Imalah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS

10.1.2 Tempat Bacaan Al-Imalah


Terdapat satu sahaja kalimah di dalam al-Quran yang wajib dibaca dengan
bacaan imalah al-kubra, iaitu huruf raÊ pada kalimah ($yγ11øgxΧ) dalam firman Allah
s.w.t. surah Hud ayat 41:

!$yγ8y™öãΒuρ $yγ11øgxΧ «!$# ÉΟó¡Î0 $pκÏù (#θç7Ÿ2ö‘$# tΑ$s%uρ

Imam al-Syatibi telah menerangkan kaedah bacaan ini dengan katanya: Imam
Hafs bersepakat dengan (Abu Amru, Hamzah dan al-Kisaie) membaca dengan
imalah kubra pada kalimah (‫ )ﳎﺮﻳﻬﺎ‬yang terdapat dalam surah Hud.

Sekiranya diperhatikan dengan teliti, kalimah tersebut mempunyai persamaan


dengan banyak kalimah yang lain dalam al-Quran iaitu kalimah yang diakhiri
dengan alif maqsurah, namun hanya kalimah ini sahajalah yang dibaca demikian
oleh riwayat Hafs. Itulah di antara keunikan bacaan al-Quran bagi sesuatu
riwayat tertentu.

Terdapat dua orang imam qiraat yang banyak membaca bacaan al-imalah sughra
iaitu riwayat Warsh al-Madani dan Imam Abu Amru al-Basri. Sementara tiga
orang imam yang banyak membaca bacaan al-imalah kubra iaitu Imam Abu
Amru al-Basri, Hamzah al-Kufi dan al-Kisa'i al-Kufi.

Di dalam al-Quran Rasm Uthmani, tanda yang menunjukkan huruf raÊ ini dibaca
dengan al-imalah ialah tanda intan yang terletak di bawah huruf raÊ tersebut.

10.2 BACAAN AL-ISYMAM


Memuncungkan kedua bibir selepas mematikan sesuatu huruf tanpa
membunyikannya
Al- Isymam Ia hanya boleh dilihat tetapi tidak didengar.
Bacaan ini hanya diharuskan pada huruf yang berbaris hadapan
sahaja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS  143

Bahagian al-Isymam
Bacaan al-isymam mempunyai dua bahagian seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 10.3.

Rajah 10.3: Dua bahagian al-Isymam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS

10.3 BACAAN AL-RAUM


Membunyikan sesuatu huruf dengan sepertiga atau sebahagian harakat
Al-Raum Dengan suara perlahan yang hanya boleh didengar oleh orang yang
dekat, tetapi tidak orang yang jauh.

Bahagian al-Raum
Bacaan al-raum mempunyai dua bahagian seperti dalam Rajah 10.4.

Rajah 10.4: Pembahagian pembacaan al-Raum

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS  145

Oleh kerana kurangnya pengetahuan mengenai cara bacaan al-raum atau al-
isymam, maka ramai pembaca al-Quran yang wakaf pada sesuatu kalimah tanpa
membunyikan huruf yang di hujung. Ini merupakan suatu kesalahan yang besar
(nyata) yang tidak seharusnya dilakukan.

Sebagai kesimpulannya, bacaan al-isymam dan al-raum ini hanya diwajibkan


pada satu kalimah sahaja dalam al-Quran. Oleh itu, para pembaca boleh memilih
salah satu cara bacaan tersebut. Di dalam al-Quran Rasm Uthmani, tanda yang
menunjukkan huruf nun ini dibaca dengan al-isymam atau al-raum ialah tanda
intan yang menggantikan huruf nun tersebut.

10.4 BACAAN AL-SAKT (SAKTAH)


Bermaksud berhenti seketika tanpa bernafas
Iaitu memberhentikan bacaan pada sesuatu kalimah tanpa mengambil
Al-Sakt nafas baru
(saktah)
Serta berniat untuk meneruskan bacaan
Bacaan saktah ini hanya berlaku ketika wasal sahaja

10.4.1 Bahagian al-Sakt


(a) Al-Sakt Wajib
Terdapat empat tempat dalam al-Quran yang wajib dibaca saktah iaitu:

Antara kalimah (%y`uθÏã) dengan ($VϑÍhŠ%s ) óΟs9uρ |=≈tGÅ3ø9$# Íνωö7ã


t 4’n?tã tΑt“Ρr& ü“Ï%©!$# ¬! ߉÷Κptø:$#

dalam firman Allah s.w.t. surah al-


$U™ù't/ u‘É‹ΖãŠÏj9 $VϑÍhŠs% ∩⊇∪ 2%y`uθÏã …ã&©! ≅yèøgs†
Kahfi ayat 1 & 2:

Antara kalimah ($tΡωs%ö¨Β) dengan (#x‹≈yδ) $tΒ #x‹≈yδ 3 2$tΡωs%ö¨Β ⎯ÏΒ $uΖsVyèt/ .⎯tΒ $uΖn=÷ƒuθ≈tƒ (#θä9$s%
dalam firman Allah s.w.t. surah Yasin
ayat 52 ∩∈⊄∪ šχθè=y™ößϑø9$# šXy‰|¹uρ ß⎯≈oΗ÷q§9$# y‰ã
t uρ

Antara kalimah (2ô⎯tΒ) dengan (5−#u‘)


∩⊄∠∪ 5−#u‘ 2ô⎯tΒ Ÿ≅ŠÏ%uρ
dalam firman Allah s.w.t surah al-
Qiyamah ayat 27:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS

Antara kalimah 2(ö≅t/) dengan (t β#u‘) (#θçΡ%x. $¨Β ΝÍκÍ5θè=è% 4’n?tã tβ#u‘ 2ö≅t/ ( ξx.
dalam firman Allah s.w.t. surah al-
Mutaffifin ayat 14:
tβθç6Å¡õ3tƒ

Imam al-Syatibi telah menerangkan cara bacaan ini dengan katanya: Dibaca
saktah oleh Imam Hafs dengan saktah yang lembut tanpa memutuskan nafas,
pada huruf alif sebagai ganti kepada tanwin pada kalimah (‫)ﻋﻮﺟﺎ‬, huruf nun
pada kalimah (‫)ﻣﻦ راق‬, huruf alif pada kalimah (‫ )ﻣﺮﻗﺪﻧﺎ‬dan huruf lam pada
kalimah (‫)ﺑﻞ ران‬.

Di dalam al-Quran Rasm Uthmani, tanda yang menunjukkan bacaan saktah ini
ialah huruf sin kecil yang terletak selepas kalimah yang disaktahkan.

(b) Al-Sakt Harus


Selain daripada empat tempat yang wajib dibaca saktah, terdapat dua
tempat lagi yang harus dibaca sedemikian, iaitu:

Antara kalimah (7Λ⎧Î=tæ) dengan ∩∠∈∪ 7Λ⎧Î=tæ >™ó©x« Èe≅ä3Î/ ©!$# t¨βÎ)

(οu™!#tt/) dalam firman Allah z⎯ÏiΒ Ν›?‰yγ≈tã t⎦⎪Ï%©!$# ’n<Î) ÿ⎯Ï&Î!θß™u‘uρ «!$# z⎯ÏiΒ ×οu™!#tt/
s.w.t. surah al-Anfal ayat 75
∩⊇∪ t⎦⎫Ï.Îô³ßϑø9$#
dan al-Taubah ayat 1

Antara kalimah (μu‹Ï9$tΒ) dengan ∩⊄®∪ ÷μuŠÏΖ≈sÜù=ß™ ©Íh_tã y7n=yδ ∩⊄∇∪ 2÷μu‹Ï9$tΒ ©Íh_tã 4©o_øîr& !$tΒ

(y7n=yδ) dalam firman Allah Ketika wasal, kalimah tersebut dibaca dengan
dua cara, iaitu:
s.w.t. surah al-Haqqah ayat-  Membaca dengan mengidghamkan
ayat 28 dan 29 huruf haaÊ ke dalam haaÊ (idgham
mutamathilain).
 Membaca dengan izhar berserta saktah
antara keduanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS  147

Info:
Selain daripada enam tempat yang telah disebutkan di atas, para ulama tidak
menjelaskannya secara terperinci. Tetapi dapat difahami bahawa tempat-
tempat yang lain adalah tidak harus bagi semua qiraat termasuklah Imam
Hafs dan sekiranya dibaca, ia adalah merupakan satu kesalahan.

10.5 BACAAN MAD SILAH


Iaitu membaca dengan menyambungkan huruf ha' atau dinamakan sebagai
haÊ dhamir dengan huruf mad (yaÊ), walaupun kalimah yang dimaksudkan
Mad Silah ini sepatutnya tidak boleh dibaca dengan bacaan demikian.
Dalam ilmu tajwid hukum ini dinamakan sebagai silah ha' al-dhamir atau
mad silah.

Kalimah yang dibaca dengan bacaan demikian hanyalah pada satu tempat sahaja
dalam al-Quran iaitu ($ºΡ$yγãΒ⎯ÏμŠÏù) yang terletak dalam firman Allah s.w.t. surah
al-Furqan ayat 69:

$ºΡ$yγãΒ ⎯ÏμŠÏù ô$é#øƒs†uρ Ïπyϑ≈uŠÉ)ø9$# tΠöθtƒ Ü>#x‹yèø9$# ã&s! ô#yè≈ŸÒãƒ

Imam al-Syatibi telah menerangkan kaedah bacaan ini dengan katanya: Pada
kalimah (‫)ﻓﻴﻪ ﻣﻬﺎﻧﺎ‬, Imam Hafs bersama dengan (Imam Ibnu Kathir) membaca
dengan silah.

Terdapat seorang imam qiraat yang banyak membaca bacaan silah seperti ini
iaitu Imam Ibn Kathir al-Makki.

Di dalam al-Quran Rasm Uthmani, tanda yang menunjukkan huruf haÊ ini dibaca
dengan mad silah ialah huruf yaÊ kecil yang terletak selepas huruf haÊ tersebut.

10.6 BACAAN AL-TASHIL


Berikut adalah bacaan al-Tashil dari segi bahasa dan ilmu tajwid.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS

Bahasa
Mudah atau mempermudahkan

Ilmu Tajwid
Membunyikan huruf hamzah di antara bunyi hamzah dengan alif (sekiranya
berbaris atas), dengan yaÊ (sekiranya berbaris bawah) atau dengan waw
(sekiranya berbaris hadapan).

Bahagian al-Tashil
Bacaan al-Tashil mempunyai dua bahagian iaitu:

(a) Al-Tashil Wajib


Terdapat satu kalimah dalam al-Quran yang wajib dibaca dengan bacaan
demikian iaitu huruf hamzah kedua pada kalimah (@‘Ïϑygõƒ−#u™) dalam firman

Allah s.w.t. surah Fussilat ayat 44:

ö 3 @’Î1ttãuρ @‘Ïϑygõƒ−#u™ ( ÿ…çμçG≈tƒ#u™ ôMn=Å_Áèù Ÿωöθs9 (#θä9$s)©9

Imam al-Syatibi telah menerangkan kaedah bacaan ini dengan katanya:

Imam SyuÊbah, Hamzah Dibaca dengan tahqiq (pada huruf hamzah kedua)
dan al-KisaÊie pada kalimah (‫ )ءأعجمى‬dalam surah Fussilat.
Membaca dengan menggugurkan huruf hamzah
Imam Hisyam
kedua.
Membaca dengan tashil pada huruf hamzah yang
Imam Hafs dan lain-lain
kedua.

Di dalam al-Quran Rasm Uthmani, tanda yang menunjukkan bacaan tashil


ini ialah titik tumpat yang terletak di atas huruf yang ditashilkan.

(b) Al-Tashil Harus


Terdapat tiga kalimah dalam al-Quran yang harus dibaca dengan bacaan
al-tashil iaitu pada tiga tempat sahaja dalam al-Quran, iaitu {È ⎦ø⎪t Ÿ2©%!!#u™ }

dalam surah al-An'am ayat 143 dan 144, kalimah { ª!!#u™ } dalam surah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS  149

Yunus ayat 59 dan al-Naml ayat 59 dan kalimah { ⎯≈t↔ø9!#u™ } dalam surah
Yunus ayat 51 dan 91.

10.7 BACAAN AL-NAQL (NAQAL)


Bermaksud pindah, iaitu memindahkan baris sesuatu huruf kepada
Al-Naql
huruf yang mati sebelumnya.

Terdapat satu kalimah sahaja dalam al-Quran yang wajib dibaca dengan bacaan
demikian, iaitu baris hamzah wasal kepada huruf lam yang mati sebelumnya
pada kalimah} (ãΛôœeω$#) dalam firman Allah s.w.t. surah al-Hujurat ayat 9:

ä−θÝ¡àø9$# ãΛôœeω$# }§ø♥Î/


Terdapat dua orang imam qiraat yang banyak membaca dengan bacaan naqal
iaitu riyawat Warsh (ketika wasal dan wakaf) dan Imam Hamzah (ketika wakaf)
Mereka membaca demikian pada semua hamzah yang sebelumnya terdapat satu
huruf yang mati.

Info:
Sekiranya anda ingin memulakan bacaan pada kalimah tersebut, maka anda
harus membacanya dengan salah satu dari dua cara berikut:
(a) Mengekalkan hamzah wasal dengan membariskannya di atas dan
selepasnya huruf lam yang berbaris di bawah (‫)اَ َ◌ﻟِ ْﺴ ُﻢ‬
(b) Membuang hamzah wasal, iaitu memulakan bacaan dengan huruf lam
yang berbaris di bawah (‫)ﻟِ ْﺴ ُﻢ‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS

Jadual 10.1: Kalimah yang Wajib Dibaca Dengan Cara Berbeza Dari Kalimah yang Lain
oleh Riwayat Imam Hafs

Kalimah Surah / Ayat Cara Bacaan


Dibaca dengan imalah kubra, iaitu
membunyikan huruf ra' yang asalnya
$yγ11øgxΧ Hud / 41
berbaris atas hampir kepada baris
bawah.
Dibaca dengan dua cara bacaan iaitu
sama ada dengan:
(a) Raum iaitu membunyikan huruf
nun yang pertama dengan kadar
$¨Ζ0Βù's? ω Yusof / 11
sepertiga harakat, atau
(b) Isymam iaitu memuncungkan
kedua mulut tanpa suara pada
huruf nun yang pertama.

$VϑÍhŠs% ∩⊇∪ %y`uθÏã

Al-Kahfi / 1&2
#x‹≈yδ 3 2$tΡωs%ö¨Β Dibaca dengan saktah, iaitu berhenti
Yasin / 52
seketika tanpa mengambil nafas baru
Al-Qiyamah/27 sebelum memulakan semula bacaan.
5−#u‘ 2ô⎯tΒ
Al-Mutaffifin/14
tβ#u‘ 2ö≅t/ (

Dibaca dengan hukum mad silah


$ºΡ$yγãΒ ⎯ÏμŠÏù Al-Furqan / 69 qasirah, iaitu menyambungkan huruf
ha' dengan huruf ya'.
Dibaca dengan tashil, iaitu
@‘Ïϑygõƒ−#u™
Fussilat / 44 membunyikan huruf hamzah kedua
antara bunyi hamzah dengan alif.
Dibaca dengan naqal, iaitu
memindahkan baris hamzah wasal
ãΛôœeω$# Hujurat / 9
kepada huruf lam yang mati
sebelumnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS  151

SEMAK KENDIRI 10.1


1. Pernahkah anda mendengar istilah-istilah bacaan al-imalah, al-
isymam, al-raum, al-sakt, silah ha' al-dhamir, al-tashil dan al-naql?
Jika pernah, sejauhmanakah pengetahuan dan pengamalan anda
mengenainya?

2. Dengar dengan teliti cara menyebut kalimah-kalimah yang


diterangkan di atas dari guru anda dan pastikan anda benar-benar
memahami kaedah sebutannya.

10.8 KALIMAH YANG DIBACA LEBIH SATU


BACAAN
Selain daripada kalimah-kalimah di atas, terdapat beberapa lagi kalimah dalam
al-Quran yang perlu diketahui cara bacaannya kerana ia harus dibaca melebihi
satu cara bacaan. Kalimah-kalimah yang dimaksudkan itu ialah:

(a) Tiga kalimah (7 #÷è|Ê) dan satu kalimah ($Z÷è|Ê ) dalam surah al-Rum: 54

$Z÷è|Ê ;ο§θè% ω÷èt/ .⎯ÏΒ Ÿ≅yèy_ ¢ΟèO Zο§θè% 7#÷è|Ê Ï‰÷è/t .⎯ÏΒ Ÿ≅yèy_ ¢ΟèO 7#÷è|Ê ⎯ÏiΒ Νä3s)n=s{ “Ï%©!$# ª!$# *

∩∈⊆∪ ãƒÏ‰s)ø9$# ÞΟŠÎ=yèø9$# uθèδuρ ( â™!$t±o„ $tΒ ß,è=øƒs† 4 Zπt7øŠx©uρ

Huruf dhad pada kalimah-kalimah tersebut harus dibaca dengan dua cara
bacaan, iaitu sama ada berbaris di atas atau berbaris hadapan.

(b) Kalimah (u ⎯Ç⎯8s?#u™ ) dalam firman Allah s.w.t. surah al-Naml ayat 36:

Νä39s?#u™ !$£ϑÏiΒ ×öyz ª!$# u⎯Ç⎯8s?#u™ !$yϑsù

Ketika bacaan wakaf ia harus dibaca dengan dua cara bacaan iaitu sama
ada mengekalkan huruf yaÊ dan dibaca dengan (mad asli) atau
membuangnya dan dibaca dengan (mad aridh lis sukun).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS

(c) Kalimah ( 6ξÅ¡≈n=y™ ) dalam firman Allah s.w.t. surah al-Insan ayat 4

#·Ïèy™uρ Wξ≈n=øîr&uρ 6ξÅ¡≈n=y™š ⎥⎪ÌÏ≈s3ù=Ï9 $tΡô‰tFôãr&

Ketika bacaan wakaf ia harus dibaca dengan dua cara bacaan iaitu sama
ada mengekalkan huruf alif (mad asli) atau membuangnya (wakaf pada
huruf lam sukun).

(d) Kalimah ( tβρãÏÜø‹kÁßϑø9$# ) dalam firman Allah s.w.t. surah al-Tur ayat 37:

t βρãÏÜø‹kÁßϑø9$# ã Νèδ ÷Πr&

Kalimah tersebut harus dibaca sama ada dengan huruf sad (yang lebih
mashyur) atau dengan huruf sin.

(e) Huruf ain (‫ )ع‬pada { üÈÿè‹γ!2 } di permulaan surah Maryam dan {

ý,û¡ÿã } di permulaan surah al-Syura.

Selain dibaca dengan 6 harakat, huruf tersebut juga harus dibaca dengan
empat harakat.

Syeikh Sulaiman al-Jamzuri telah menjelaskan: Huruf ain terdapat dua cara
bacaan (empat atau enam harakat). Dan bacaan panjang enam harakat
adalah yang lebih utama.

(f) Huruf mim pada { $Ο!9# } di permulaan surah Ali Imran (setelah dieja

menjadi ‫ﻣﻴﻢ‬ ‫)اﻟﻒ ﻻم‬

Ketika disambung dengan kalimah { ª!$#}

Maka, huruf mad harus dibaca dengan dua atau enam harakat dan huruf
mim yang kedua dibaca dengan baris atas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS  153

Rajah 10.5: Kalimah yang dibaca lebih dari satu bacaan

}‘Éδuρ ∩⊆⊇∪ ×Λ⎧Ïm§‘ Ö‘θàtós9 ’În1‘u ¨βÎ) 4 !$yγ8y™öãΒuρ $yγ11øgxΧ «!$# ÉΟó¡Î0 $pκÏù (#θç7Ÿ2ö‘$# tΑ$s%uρ

¢©o_ç6≈tƒ 5ΑÌ“÷ètΒ ’Îû šχ%Ÿ2uρ …çμoΨö/$# îyθçΡ 3“yŠ$tΡuρ ÉΑ$t6Éfø9$$x. 8löθtΒ ’Îû óΟÎγÎ/ “ÌøgrB

∩⊆⊄∪ t⎦⎪ÍÏ≈s3ø9$# yì¨Β ⎯ä3s? Ÿωuρ $oΨyè¨Β =Ÿ2ö‘$#

Íο‘u $§‹¡¡9$# âÙ÷èt/ çμôÜÉ)tGù=tƒ Éb=àfø9$# ÏMt6≈uŠxî ’Îû çνθà)ø9r&uρ y#ß™θム(#θè=çGø)s? Ÿω öΝåκ÷]ÏiΒ ×≅Í←!$s% tΑ$s%

tβθßsÅÁ≈oΨs9 …ã&s! $¯ΡÎ)uρ y#ß™θム4’n?tã $¨Ζ0Βù's? Ÿω y79s $tΒ $tΡ$t/r'¯≈tƒ (#θä9$s% ∩⊇⊃∪ t⎦,Î#Ïè≈sù óΟçGΨä. βÎ)

∩⊇⊄∪ tβθÝàÏ≈yss9 …çμs9 $¯ΡÎ)uρ ó=yèù=ƒt uρ ôìs?ötƒ #Y‰xî $oΨyètΒ ã&ù#Å™ö‘r& ∩⊇⊇∪

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS

uθèδ ö≅è% 3 @’Î1t tãuρ @‘Ïϑygõƒ−#u™ ( ÿ…çμçG≈tƒ#u™ ôM=n Å_Áèù Ÿωöθs9 (#θä9$s)©9 $|‹Ïϑygõƒr& $ºΡ#u™öè% çμ≈oΨù=yèy_ öθs9uρ

uθèδuρ Öø%ρu öΝÎγÏΡ#sŒ#u™ þ’Îû šχθãΨÏΒ÷σムŸω š⎥⎪Ï%©!$#uρ ( Ö™!$xÏ©uρ ”W‰èδ (#θãΖtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©#Ï9

∩⊆⊆∪ 7‰‹Ïèt/ ¥β%s3¨Β ⎯ÏΒ šχ÷ρyŠ$uΖムšÍׯ≈s9'ρé& 4 ‘¸ϑtã óΟÎγøŠn=tæ

SEMAK KENDIRI 10.2

1. Tasmik ayat 1 ă 5 surah al-Insan dengan guru anda, dan cuba


berikan tumpuan terhadap cara bacaan kalimah yang harus dibaca
dengan dua cara bacaan ketika wakaf.

2. Lakukan aktiviti talaqqi dan musyafahah dengan guru anda


terhadap ayat-ayat yang di atas dengan memastikan bahawa
sebutan anda telah betul terutamanya pada kalimah-kalimah yang
baru dibincangkan sebentar tadi.

 Terdapat berbagai-bagai bacaan tambahan yang wajib dibaca di dalam al-


Quran selain dari hukum-hukum yang sedia ada, yang diistilahkan sebagai
al-imalah, al-isymam, al-raum, silah ha' dhamir, al-tashil, al-naql dan al-sakt.

 Bacaan-bacaan seperti al-imalah, al-tashil dan sebagainya adalah merupakan


salah satu dari kaedah-kaedah bacaan riwayat Hafs dan adalah menjadi
suatu kesalahan yang nyata bagi sesiapa yang meninggalkan bacaan tersebut.

 Seseorang pembaca al-Quran tidak akan dapat membaca dengan tepat, lebih-
lebih lagi pada istilah-istilah bacaan seperti al-raum, al-isymam, al-tashil dan
sebagainya melainkan setelah bertalaqqi dan bermusyafahah daripada guru-
guru yang mahir.

 Perbezaan antara bacaan al-isymam dan al-raum ialah, al-isymam hanya


isyarat muncung sahaja tanpa suara, sementara al-Raum perlu dibunyikan
dengan suara yang perlahan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS  155

 Terdapat beberapa kalimah dalam al-Quran yang harus dibaca dengan lebih
satu cara bacaan oleh riwayat Hafs.

Al-Imalah Al-Tashil
Al-Isymam Musyafahah
Al-Naql Silah ha' dhamir
Al-Raum Talaqqi
Al-Sakt Tasmik

Abdullah Basmeih. (1995). Datuk Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim (ed).
Tafsir pimpinan Al-Rahman. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam
Jabatan Perdana Menteri.
Abdullah al-Qari bin Hj. Saleh. (1988). Kursus qari dan qariah. Kota Bharu:
Pustaka Aman Press.
Abd al-Fattah al-Qadhi. (2003). Al-Wafi fi Syarh al-Syatibi. Kaherah: Dar al-
Salam.
Abi Asim Abd al-Aziz bin Abd al-Fattah al-Qari. (1404 H). Qawaid al-Tajwid ala
Riwayah Hafs an Asim bin Abi al-Najud. Madinah al-Munawwarah:
Maktabah al-Dar.
Al-Dabbagh, Ali Muhammad. (1954). Al-Ida'ah fi Bayan Usul al-Qiraah. Kaherah:
Mustafa al-Babi al-Halabi.
Al-Syeikh Sulaiman al-Jamzuri. (1994). Matan Tuhfah al-Atfal. Kaherah: Al-
Matabi' al-Aniriyyah.
Azahari Ibrahim. (1998). Kitab pelajaran tajwid. Kuala Lumpur: Dar al-Nu'man.
Mahmud al-Husari. (1970). Ahkam Qiraah al-Quran al-Karim. Kaherah: Matabi'
Syirkah al-Syimarli.
Muhammad al-Habsy (Dr.). (1998). Kayf Taqra' al-Quran. Syria: Dar al-Asama'.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai