Anda di halaman 1dari 9

SUQ239 ULUM HADITH

SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM HADITH

Sejarah Ulum al-Hadith adalah seiring dengan periwayatan hadith itu sendiri seawal zaman
sahabat r.a. di mana mereka semasa meriwayatkan hadith telah mengambil kira prinsip dan
kaedah periwayatan. Inilah yang menjadi asas kepada ilmu ini di mana ia bertitik tolak di
atas prinsip:

 Mengharamkan pembohongan;

 Menolak perkhabaran orang fasik;

 Adil yang menjadi syarat bagi penerimaan perkhabaran;

 Berhati-hati dalam setiap perkara;

 Pengharaman menyebarkan berita pendusta;

 Meminimumkan periwayatan;

 Memastikan kesahihan berita semasa menerima dan meriwayatkannya;

 Mengambil kira elemen kritikan riwayat dengan menilai nas; dan

 Kaedah-kaedah syarak.

Perkara ini bukanlah rekaan tetapi bertitik tolak dari asas yang terdapat dalam Kitab Allah
dan hadith Nabi s.a.w. Firman Allah: (Surah Al Hujrat Ayat 6).

Sabda Rasulullah s.a.w: Allah memuliakan seseorang yang mendengar dari kami sesuatu
lalu disampaikan sebagaimana ia mendengarnya, berapa ramai orang yang disampaikan
lebih faham dari yang mendengar.

Sabda Rasulullah s.a.w juga: Berapa ramai pembawa fiqh itu membawanya kepada yang
lebih faqih darinya, berapa ramai orang yang membawa fiqh bukannya faqih.

Jelas daripada ayat dan hadith di atas, pentingnya prinsip berhati-hati dan berhemat dalam

CATATAN:
SUQ239 ULUM HADITH

mengambil sesuatu berita dan teliti dalam menyampaikannya kepada orang lain.

Ilmu Hadith Di Zaman Rasulullah S.A.W

Hadith atau sunnah yang berkait rapat dengan Rasulullah s.a.w menduduki tempat yang
begitu istimewa di hati umat Islam. Bermula dengan generasi sahabat r.a yang merupakan
penyambung antara Rasulullah s.a.w dengan generasi selepas mereka.

Umat Islam cukup sedar, apalagi para sahabat, betapa mereka wajib menerima panduan
dan hidayat Rasulullah s.a.w di segenap aspek tanpa mengira perkara kecil atau besar,
terpaksa atau rela. Sabda Rasulullah s.a.w: Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku
dan sunnah Khulafa al-Rasyidin, berpeganglah kamu sekuat-kuatnya dan gigitlah dengan
gigi geraham kamu, jauhilah dari perkara-perkara yang direka-reka dan diada-adakan,
setiap yang direka-reka itu adalah bid`ah dan setiap yang bid`ah adalah sesat.

(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmidhi)

Sabdanya lagi: Sesungguhnya sebaik-baik kata-kata itu adalah Kitab Allah, sebaik-
baik hidayat adalah hidayat Muhammad, seburuk-buruk urusan adalah yang di ada-
adakan. (Riwayat Muslim)

Tambahan pula, Rasulullah s.a.w menegaskan betapa perlunya berpegang dengan


sunnahnya dalam situasi yang gawat dan persekitaran yang menyeleweng dan menjanjikan
ganjaran yang berlipat ganda.

Sabda Rasulullah s.a.w: Sesiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnahku yang
telah mati selepasku, baginya ganjaran sebagaimana mereka yang beramal
dengannya tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka. (Riwayat al-Tirmidhi)

CATATAN:
SUQ239 ULUM HADITH

Sabdanya lagi: Orang yang berpegang dengan sunnahku ketika rosaknya umatku
baginya ganjaran seratus orang syahid. (Riwayat al-Tabarani)

Komitmen para sahabat dalam melaksanakan perintah Allah dan Rasul s.a.w cukup ketara
sekali, mereka mengembangkan ajaran Rasulullah s.a.w di segenap pelusuk. Para Khulafa
al-Rasyidin telah mengutuskan sahabat-sahabat yang terbilang sebagai guru dan pendidik.
Namun, mereka begitu teliti dalam menerima dan menyampaikan sesuatu perkhabaran,
terutama dari individu yang diragui kebenarannya.

Ilmu ini semasa hayat Rasulullah s.a.w merupakan ilmu yang diterima secara langsung
daripada baginda. Apabila baginda s.a.w wafat, para sahabat meriwayatkan apa yang
mereka dengar dan menghafazkan kepada orang lain dengan penuh teliti dan cermat.

Ilmu Hadith Di Zaman Sahabat

Para sahabat pula berbeza di antara satu sama lain. Ada yang masuk Islam awal dan ada
yang kemudian, dengan itu ada yang banyak mendengar daripada baginda s.a.w ada pula
yang sedikit. Ada di kalangan mereka yang sepenuh masa bersama baginda; manakala ada
juga yang terhalang untuk bersama-sama Nabi s.a.w atas keperluan kehidupan dan mencari
rezeki. Dengan itu mereka perlu mendengar dan mengambil hadith di antara satu dengan
yang lain, dengan itu hadith menjadi ilmu yang diriwayat dan dipindahkan. Maka wujudlah
ilmu hadith riwayat.

Dorongan kepada periwayatan hadith lebih mendesak selepas kewafatan Rasulullah s.a.w
kerana semasa hayat baginda, para sahabat boleh merujuk terus kepadanya. Namun para
sahabat begitu teliti dan berhemat. Imam Bukhari ada meriwayatkan bersumberkan daripada
Abdullah bin Zubair, di mana beliau ada bertanya bapanya mengapa beliau tidak banyak
meriwayatkan hadith daripada Rasulullah s.a.w seperti sesetengah sahabat. Katanya: Saya
tidak berpisah dengan baginda tetapi saya mendengar sabdanya: Sesiapa yang berdusta

CATATAN:
SUQ239 ULUM HADITH

ke atasku, maka dia menyediakan tempatnya di neraka. Ini sebagai asas kepada ilmu
Dirayah Hadith.

Dr Hamman Abd al-Rahim Sa`id berkata: Umat Islam telah kerugian Khalifah mereka,
namun mereka untung dalam aspek dirayah, penelitian dan kritikan serta berhati-hati (dalam
periwayatan), yang membantu mereka menjaga prinsip agama dan sunnah Rasulullah
s.a.w.

Para sahabat begitu mementingkan penelitian sanad dan dirayah, di samping aspek
riwayah, penghafazan hadith, pengumpulan dan perbincangan mengenainya. Periwayatan
memerlukan kaedah bagi mengenal pasti perawi dan hadith yang diriwayatkan. Munculnya
perbincangan mengenai sanad dan kepentingannya dengan itu lahirlah ilmu Mustalah al-
Hadith.

Di zaman ini juga, bermulanya tradisi rihlah (merantau) bagi mendapatkan hadith, ini kerana
para sahabat yang mendengar hadith daripada Rasulullah s.a.w telah bermastautin di
segenap ceruk rantau dunia Islam ketika itu.

Abu Ayub al-Ansari, walaupun banyak mendengar hadith daripada Rasulullah s.a.w telah
merantau ke Mesir bagi mendengar satu hadith daripada `Uqbah bin `Amir. Jabir bin
Abdullah r.a. telah merantau ke Syam, sebulan di perjalanan bagi mendapatkan satu hadith
mengenai al-Mazalim yang tidak didengarinya.

Beliau ke sana untuk menemui Abdullah bin Anis.

CATATAN:
SUQ239 ULUM HADITH

Ulum Al-Hadith Di Kurun Kedua Hijrah

Melangkah ke kurun kedua Hijrah dengan tamatnya zaman sahabat. Situasi semasa telah
menyebabkan keperluan kepada perbincangan yang lebih komprehensif dan meluas kepada
kajian sanad dan matan hadith, terutama setelah munculnya pelbagai kelompok dan aliran
pemikiran termasuklah mereka yang tidak bertanggungjawab yang mereka-reka hadith
palsu. Bertitik tolak darisini, muncul pula ilmu khusus bagi menilai kedudukan rawi hadith
iaitu ilmu al-Jarh wa al-Ta`dil yang merupakan tiang seri bagi Usul-Hadith.

Para muhadith mula meneliti secara meluas sejarah dan latar belakang perawi hadith dan
menyebut biodata mereka. Antara tokoh-tokoh yang telah memberi sumbangan dalam
bidang ini ialah Muhammad bin Muslim bin Shihab al-Zuhri (m.124H), Ma`mar bin Rashid al-
Shan`ani (m.153H), Abdullah bin al-Mubarak dan Yahya bin Said al-Qattan (m 179H),
Sufyan bin `Uyaynah (m.197H). Malah Imam Malik dalam al-Muwatta` banyak menyebut
mengenai rijal al-Hadith.

Ulum Al Hadith Di Kurun Ketiga Hijrah

Prinsip-prinsip asas dalam ilmu hadith, di peringkat awal tidak didokumentasikan tetapi
beredar secara lisan. Prof. Abd al-Fattah Abu Ghuddah berkata: “Mula direkod prinsip-
prinsipnya dan sesetengah perkara mengenainya apabila bermulanya penulisan sejarah rijal
(al-hadith) dan penyusunan hadith. Sedang sebelumnya ia tersimpan di dada-dada dan
beredar secara lisan. Apabila buku-buku telah ditulis terdapatlah isu-isu mengenainya
di sana sini dan belum tertulis dalam karya yang tersendiri sehinggalah abad yang keempat⁄”

Di kurun inilah munculnya karya pertama yang menyentuh mengenai ulum al-Hadith, iaitu al-
Risalah oleh Imam Muhammad bin Idris al-Shafi`i (m.204H) yang telah menyentuh beberapa

CATATAN:
SUQ239 ULUM HADITH

kaedah penting dalam usul al-hadith seperti kehujahan Khabar Ahad, syarat sah hadith,
keadilan perawi, cara menserasikan hadith-hadith yang kelihatan bercanggah, penolakan
khabar mursal dan munqatiÂ, periwayatan dengan lafaz dan makna dan lain-lain. Ilmu
hadith juga terserlah peranannya dalam ilmu Usul Fiqh dengan mengambil kira bahawa
sunnah adalah perbincangan utama dalam ilmu ini.

Kurun ini turut menyaksikan kepesatan penulisan dalam ulum al-Hadith. Imam Ali bin al-
Madini, guru kepada Imam al-Bukhari begitu banyak menghasil karya yang menghasilkan
hampir 200 buah karya. Imam al-Hakim telah menyenaraikan karya-karya beliau yang
menjelaskan mengenai pertumbuhan

Ulum al-Hadith. Antara karya-karyanya adalah:

(a) Kitab al-Asami wa al-Kuna (8 juzuk);

(b) Kitab al-Dhu`afa` (10 juzuk);

(c) Kitab al-Mudallisin (5 juzuk);

(d) Kitab al-Tabaqat (10 juzuk);

(e) Kitab al-Waham wa al-Khata` (5 juzuk);

(f) Kitab `Ilal al-Musnad (30 juzuk).

Tokoh-tokoh lain yang turut memberi sumbangan ialah Imam Yahya bin Ma`in (m.233H)
dalam sejarah dan biodata rawi hadith, Imam Ahmad bin Hanbal (m.241H) dalam pelbagai
bidang dalam ilmu hadith, Muhammad bin Abdullah bin Numayr (m.234H), Imam Bukhari
(m.256H) menghasilkan al-Tarikh, al-Dhu`fa`, al-Kuna dan al-`Ilal, al-`Ajali (m.261H), Imãm
Muslim bin al-Hajjãj al-Naysãbüri (m. 261 H) telah menyentuh beberapa isu berkaitan ilmu
Usul al-Hadith ini dalam muqaddimah karya beliau yang terkenal iaitu al-Sahih, Ya`kob bin
Syaibah (m.262H), Abu Daud (m.275H), Tirmidhi (m.279H) dan al-Nasa`i (m.303H).

CATATAN:
SUQ239 ULUM HADITH

Ulum Al-Hadith Pada Kurun Ke-4, Ke-5 Dan Ke-6

Pada awal kurun keempat, setengah ulama mula memberi perhatian untuk menulis dan
membincangkan isu-isu tertentu mengenai Mustalah al-Hadith ini. Tokoh pertama yang
banyak membincang mengenai Mustalah al-Hadith ini adalah Qadi Abu Muhammad al-
Hasan bin Abd al-Rahman bin Khallad al-Ramahurmuzi (m.360H) melalui karyanya al-
Muhaddith al-Fasil Bayn al-Rawi wa al-WaÊiy. Ini merupakan sentuhan awal yang tidak
menyeluruh perbincangannya.

Imam al-Hakim, Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah al-Nisaburi telah menghasilkan
Ma`rifat `Ulum al-Hadith, walaupun susunannya tidak kemas dan teratur. Setelah itu ditemui
al-Mustakhraj `ala Ma`rifat Ulum al-Hadith susunan Abu Nuaym Ahmad bin Abdullah al-
Asbihani (m.430H) dengan maklumat tambahan bagi karya al-Hakim sebelumnya.

Imam Abu Bakr Ahmad bin Ali bin Thabit al-Khatib al-Baghdadi (m.463H)
telah menghasilkan dua karya yang membincangkan kaedah periwayatan dan adabnya.
Dua karya tersebut adalah al-Kifayah fi Ilm al-Riwayah dan al-Jami li Akhlaq al-Rawi wa
Adab al-Sami`.

Ada beberapa lagi karya lain yang telah dihasilkan di peringkat awalan ini. Iaitu Al-Ilma` la
Ma`rifat Usul al-Riwayah wa Taqyid al-Sama` oleh Qadi `Iyadh bin Musa al-Yahsubi
(m.544H). Karya ini menumpukan perbincangannya mengenai cara penerimaan dan
periwayatan hadith. Sebuah risalah kecil telah disusun olehAbu Hafs Umar bin Abd al-Majid
al-Mayanaji (m.580H) dengan judul Ma La Yasa` al-Muhaddith Jahluh.

CATATAN:
SUQ239 ULUM HADITH

Zaman Kelesuan Ulum Al Hadith

Dr Nur al-Din `Itr berpendapat bermula dari kurun ke-10 hinggalah ke permulaan abad ke-13
merupakan zaman kelesuan dan ketandusan dalam perkembangan ilmu hadith. Tandus
bukan bermaksud penghasilan karya terhenti tetapi dengan maksud kurangnya inisiatif baru
dan pembaharuan dalam ilmu ini.

Menurut Dr Faruq Hamadah, ulama hadith dan sunnah yang menjadi penggerak kepada
tradisi ilmu berkurangan, perhatian pula lebih banyak tertumpu kepada bidang ilmu yang
lain, hasilnya karya-karya dalam bidang lain lebih banyak berbanding dengan karya dalam
hadith dan ilmunya. Kalau pun ada karya yang jumlahnya agak kurang itu, hanya berupa
ulasan ringkas, puisi-puisi ringkasan, isu-isu terpilih atau himpunan bagi karya-karya lampau
yang terkenal.

Namun begitu, terdapat juga tokoh-tokoh yang telah menghasilkan karya yang baik yang
dihasilkan dalam tempoh ini. Antaranya adalah:

(a) Al-`Allamah Ali bin Sultan al-Harawi al-Makki al-Qari (m.1014) yang telah menghasilkan
Mustalahat Ahl al-Athar `ala Syarh Nukhbat al-Fikar, al Masnu` fi Ma`rifat al-Hadith al-
Mawdhu`, al-Maudhu`at al-Kubra.

(b) Syeikh al-Muhaddith Muhammad Abd al-Rauf al-Munawi (m.1031H) telah menyusun
Natijah al-Fikar dan Al-Yawaqit wa al-Durar fi Syarh Nukhbat al-Fikar.

(c) Syeikh Abi al-Hasanat Muhammad Abd. al-Hayy al-Laknawi (m.1034H) telah menyusun
Zafr al-Amani fi Syarh Mukhtasar al-Jurjani .

(d) Umar Taha bin Muhammad bin Fatuh al-Bayquni al-Dimasyqi (m.1080H) telah menyusun
Manzumah al-Bayquniyyah berbentuk nazam yang terdiridari 34 rangkap yang dihafaz oleh
pelajar-pelajar ilmu Mustalah hadith.

(e) Abu Abdullah Muhammad bin Abd al-Baqi al-Zarqani (m.1122H) telah memberi ulasan
terhadap Matan al-Bayquniyyah.

CATATAN:
SUQ239 ULUM HADITH

(f) Muhammad bin Ismail al-Amir al-Kahlani al-San`ani (m.1182H) telah menghasilkan
Tawdhih al-Afkar Syarh Tahqih al-Andhar fi Ulum al-Athar, Thamarat al-Nadhar fi Ilm al-
Athar, Isbal al-matar bi Syarh Nukhbat al-Fikar, Qasb al-Sukar Nazm Nukhbat al-Fikar fi Ilm
al-Athar.

(g) Muhammad bin Ahmad bin Salim al-Nablusi al-Safarini (m.1188H). telah menghasilkan
al-Milh al-Gharamiah bi Syarh Manzumah Ibn Farh al-Lamiyah.

(h) Al-`Allamah Sayyid Muhammad Murtadha al-Zabidi (m. 1205H). Beliau telah
menghasilkan Balghat al-Arib fi Mastalah Athar al-Habib, al-Qawl al-Sahih fi Maratib al-Ta`dil
wa al-Tajrih.

(i) Syeikh Muhammad `Abid al-Sindi al-Ansari (m. 1257H) telah memberi ulasan bagi Alfiah
al-Suyuti.

(j) Abu al-Hasanat Abd al-Hayy bin Abd al-Halim al-Laknawi al-Ansari telah menghasilkan al-
Raf` wa al-Takmil fi al-Jarh wa al-Ta`dil.

Zaman Kebangkitan Semula Ulum Al Hadith

Bermula dari permulaan abad ke-15 hingga kini, umat Islam mula bangkit semula dan sedar
akan bahaya yang melanda mereka hasil pertembungan timur dan barat, juga hasil
serangan bersenjata penjajah dan disusuli oleh penjajahan pemikiran yang mencetuskan
pelbagai kekeliruan terhadap sunnah Rasulullah s.a.w yang dicetuskan oleh para orientalis
dan tali barut mereka. Muncul kemudiannya karya-karya Ulum Hadith dengan menggunakan
pendekatan semasa dan tidak kurang juga yang menjawab tuduhan dan tohmahan
musuh hadith Rasululluh s.a.w.

CATATAN:

Anda mungkin juga menyukai