Anda di halaman 1dari 2

PEMBAHAGIAN NASAKH Nasakh terbahagi kepada 4 bahagian: 1. Nasakh Al-Quran dengan Al-Quran 2.Nasakh Al-Quran dengan As-Sunnah: a.

Al-Quran dengan hadis Ahad *jumhur berpendapat al-Quran tidak boleh di nasakh dengan hadis ahad, kerana Al-Quran bersifat mutawatir dan pasti sedangkan hadis ahad bersifat zanni (teragak-agak). b.al-Quran degan hadis Mutawatir *nasakh ini di akui oleh ulama (Malik, Abu Hanifah dan Ahmad) dlm satu riwayat, kerana keduanya adalah wahyu. firman Allah: "Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah"(An-Najm: 4-5) *akan tetapi, nasakh jenis ini ditolak oleh as-syafie, Zahiri dan Ahmad(dlm riwayatnya yg lain) dengan berpegan kepada ayat 106 surah al-Baqarah yang menyatakan apa yang menasakh hukum terdahulu mestilah sama hebat atau lebih baik martabatnya. Sedangkan hadith bermartabat lebih rendah daripada Al-Quran. 3. Nasakh Sunnah dengan Al-Quran. Disepakati boleh berlaku oleh jumhur ulama. contoh: kiblat yg pada mulanya di tetapkan menghadap Baitul Maqdis dengan sunnah, dinasakhkan dengan ayat Quran surah al-Baqarah ayat 144: "Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan." contoh lain: Kewajipan puasa pada hari asyura yang pada mulanya di tetapkan oleh sunnah kemudiannya di nasakh dengan ayat 185 surah al Baqarah: "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur."

4. Nasakh Sunnah dengan Sunnah: a. sunnah mutawatir dengan mutawatir b. ahad dengan ahad c.ahad dengan mutawtir d.mutawatir dengan ahad tiga daripada jenis nasakh ini tidak di tegah kecuali mutawatir dengan ahad yang di tegah oleh jumhur.

Anda mungkin juga menyukai