Anda di halaman 1dari 7

Kertas kerja ini dibentangkan dalamSeminar Teknologi dan Sains Sosial, anjuran UiTM Pahang

pada 29-31 Mei, 2006, Kuantan, Pahang.



KEFAHAMAN DAN KEMAHIRAN ICT
DALAM KALANGAN PELAJAR-PELAJAR BERPENDIDIKAN AGAMA

Rosidayu Sabran
Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan & Pengurusan,
Kolej Universiti Islam Malaysia, Nilai, N.Sembilan.
Email: rosidayu@admin.kuim.edu.my


Abstrak

Perkembangan kehidupan moden hari ini mendorong manusia menggunakan teknologi
komunikasi dan maklumat (TKM) untuk melaksanakan tugas harian. Atas kesedaran ini,
kerajaan telah berusaha gigih untuk meningkatkan mutu pendidikan negara yang
diintegrasikan dengan kemajuan teknologi bagi melahirkan rakyat yang mampu bersaing
dalam arus globalisasi masa kini.

Pelbagai kemudahan pendidikan berasaskan teknologi baru dan canggih disediakan
tanpa mengira latarbelakang, bangsa dan agama. Islam juga menggalakkan umatnya
mencari ilmu pengetahuan demi kebaikan ummah sejagat. Kertas kerja ini
membincangkan mengenai kepentingan kefahaman dan kemahiran TKM yang dapat
meningkatkan status kehidupan umat Islam ke arah melahirkan masyarakat
berpengetahuan. Penggunaan TKM dalam proses pelaksanaan strategi dalam pelbagai
bidang adalah sesuatu yang sukar dilepaskan bagi mengembalikan kemakmuran dan
kedaulatan umat Islam di seluruh dunia.

Bidang : teknologi komunikasi dan maklumat; pendidikan

Pengenalan

Dunia pendidikan hari ini memasuki suatu era yang dipenuhi dengan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi yang merangkumi pelbagai bidang kerjaya khususnya pendidikan. Menurut Ab. Rahim, 1996
(dalam Noraien Mansor, 1999:15), pendidikan hari ini berkaitan rapat dengan bidang sains, teknologi,
industri dan perdagangan sebab kita sedang berada dalam suasana yang penuh dengan penemuan-
penemuan dan ciptaan-ciptaan baru dalam hampir ke semua bidang kehidupan. J usteru, segala bentuk
pengajaran dan pembelajaran kini telah diolah dengan ramuan teknologi komunikasi dan maklumat (TKM),
selaras dengan arus perkembangan semasa.

Perkembangan TKM telah membawa kepada suatu lonjakan besar dalam bidang pendidikan. Pelbagai
rancangan direalisasikan oleh kerajaan demi melahirkan golongan rakyat yang dapat menggalas hasrat
negara bagi mencapai Wawasan 2020. Menurut kajian yang dilakukan oleh Sandholtz, 1997 (dalam
Noraein Mansor, 1999), penggunaan teknologi di sekolah boleh mendorong memudahkan pengajaran dan
pembelajaran. Menurut beliau lagi, penggunaan komputer telah berjaya meningkatkan mutu pendidikan.
Heinich, 1993 (dalam Noraien Mansor, 1999) juga menjelaskan bahawa komputer dapat memperkayakan
teknik persembahan pengajaran. Malah, David Dwyer, 1996 (dalam Noraien Mansor, 1999) dalam
kajiannya melaporkan bahawa teknologi merupakan media penggerak untuk pelajar berfikir dan
bermuafakat. Malah penggunaan teknologi yang cekap dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar dan
menyokong pencapaian pembelajaran dalam abad ke 21.

Ini bermakna perkembangan sains dan teknologi maklumat telah dapat mempengaruhi perkembangan mutu
pengajaran dan pembelajaran dengan ciptaan peralatan serta perisian komputer yang canggih. Hanya
melalui pendidikan, perbezaan jurang digital antara kaum dapat dikurangkan. Kebanyakan kajian yang
dijalankan bagi menilai persepsi pelajar dan guru terhadap penggunaan komputer di sekolah dan institusi
pengajian tinggi, menerima maklumbalas yang positif. Rata-rata golongan pelajar dan guru mengakui
1
Kertas kerja ini dibentangkan dalamSeminar Teknologi dan Sains Sosial, anjuran UiTM Pahang
pada 29-31 Mei, 2006, Kuantan, Pahang.
penggunaan komputer membantu meningkatkan taraf hidup (Ahmad Bakeri Abu Bakar, 2003:74) prestasi
kerja, pengajaran dan pembelajaran.

Bagaimanapun, kejayaan pelaksanaan projek seperti ini tidak harus dihalang dengan beberapa beban
masalah seperti kemiskinan, kekurangan kemudahan TKM, kekurangan pengetahuan teknikal, kelewatan
proses pelaksanaannya di sekolah dan kekurangan tenaga pengajar yang mahir dalam bidang teknologi
maklumat. Kebanyakan masalah ini seringkali diwar-warkan oleh penduduk luar bandar dalam kajian-
kajian lalu. Contohnya, Md Nasim Iqbal (2003:97) dalam kajian yang dilakukan di Bangladesh
menunjukkan bahawa faktor kewangan merupakan halangan utama bagi penduduk atau ahli keluarga
mereka mendapatkan maklumat.

Seharusnya, masalah tersebut dapat dikurangkan dengan meningkatkan kualiti pendidikan rakyat dan
membangunkan kemudahan infrastruktur teknikal (Ahmad Bakeri Abu Bakar, 2003:72-73). Kebanyakan
pelajar yang datang daripada golongan ini kurang cenderung untuk membeli atau memiliki komputer di
rumah. Kekurangan ini menyebabkan mereka menggunakan kemudahan komputer sama ada di sekolah
atau tempat awam seperti cyber caf atau rumah rakan-rakan yang mempunyai komputer (Siti Kasma
Yaacob, 2005). Malah, kemudahan komputer di sekolah-sekolah agama adalah kurang memuaskan. Ini
menyebabkan mereka agak ketinggalan dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan bilangan masyarakat
yang celik IT dan berpengetahuan di negara ini .

Usaha membendung kadar celik IT dari golongan yang kurang berkemampuan ini dianggap penting.
Ekoran daripada permasalahan ini, Matnor Daim, 1997 (dalam Noraein Mansor, 1999) pernah
mencadangkan untuk mewujudkan 4 landasan penting dalam sistem pendidikan negara iaitu komputer,
perhubungan (internet), kurikulum dan kecekapan.

Hari ini pelaksanaan projek mega seperti Multimedia Super Corridor dan sekolah bestari sedang giat
dijalankan oleh kerajaan dengan memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk membina makmal-makmal
komputer di semua sekolah rendah dan menengah, sekolah agama dan seluruh institusi pengajian tinggi
negara. Pengetahuan dan kemahiran TKM dalam kalangan pelajar ditingkatkan melalui pelaksanaan
kurikulum dan ko-kurikulum sekolah-sekolah dan IPT, sumber dana bagi membuka pusat-pusat pendidikan
komputer dan kursus-kursus bimbingan bagi masyarakat luar bandar.


TKM di Institusi Pengajian Tinggi

Dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran seseorang pelajar dalam TKM, beberapa ciri
perlu ditekankan khususnya keupayaan dan kemantapan kendiri. Salah satu kelebihan inilah yang
diperolehi daripada mempelajari komputer.

Menurut Asmidar Abu Bakar (2003:155) TKM mempunyai beberapa kelebihan dalam pelaksanaan proses
pembelajaran:

1. TKM membantu membangunkan masyarakat berpengetahuan iaitu dapat mengaplikasikan sesuatu
pengetahuan.
2. TKM membantu meningkatkan keupayaan mendapatkan maklumat
3. TKM membantu keupayaan seseorang pelajar menyelesaikan masalah
4. TKM membantu meningkatkan kreativiti dan kemahiran pengajar

Penekanan khusus yang dibuat oleh kerajaan demi mencapai matlamat wawasan 2020, melalui
perkembangan globalisasi dalam K-ekonomi menggambarkan pentingnya IPT melahirkan golongan pelajar
yang berkualiti. Ini kerana keupayaan TKM membolehkan individu menyalurkan sesuatu maklumat tanpa
had, individu, masa dan tempat. Oleh itu, semua universiti tempatan menjadikan agenda ini untuk
mengambil dan menyesuaikan pengetahuan dan amalan TKM dan globalisasi yang baik ini dalam
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. (Syarifah Habsah Syed Hasan Shahabudin, 2003:6).


2
Kertas kerja ini dibentangkan dalamSeminar Teknologi dan Sains Sosial, anjuran UiTM Pahang
pada 29-31 Mei, 2006, Kuantan, Pahang.

Sebahagian daripada agenda tersebut kini direalisasikan melalui pembangunan program dan proses
pengajaran dalam kelas, selain amalan pelaksanaannya melalui penyelidikan, persidangan dan penerbitan.
Dalam hal ini, isu utama yang sering ditekankan adalah isu kualiti pelajar. Pelajar merupakan jenama
produk sesebuah universiti. Oleh itu pembinaan jenama (Sharifah Habsah Syed Hasan Shahabudin,
2003:9) menjadi lebih penting bagi menilai kualiti dan imej universiti, seterusnya meningkatkan reputasi
institusi pengajian tinggi masing-masing.

Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan seluruh
pelusuk negeri, daerah dan kampung menerima kemudahan infrastruktur TKM. Ini membolehkan setiap
individu di kawasan masing-masing dapat menikmati kemudahan komputer yang dilengkapi dengan
internet dan telekomunikasi khususnya bagi penggunaan golongan kanak-kanak, orang kurang upaya dan
remaja (Ahmad Bakeri Abu Bakar, 2003:78).

Menurut Ahmad Bakeri Abu Bakar (2003) walaupun kadar penggunaan dan pembangunan TKM di
Malaysia dianggap tinggi berbanding negara-negara serantau, Malaysia masih lagi ketinggalan dari segi
kadar penggunaan komputer dalam kalangan penduduk. Pada akhir tahun 2002, kadar penggunaan
komputer penduduk Malaysia adalah 12.5 unit bagi setiap 100 orang, berbanding 40 unit bagi setiap 100
orang (penanda aras bagi negara-negara maju). J usteru, lebih banyak usaha perlu ditingkatkan bagi
mencapai angka sasaran seperti menggandakan usaha ke arah membudayakan pendidikan sepanjang hayat
khususnya yang berkaitan dengan TKM kepada masyarakat luar bandar dan orang asli.

TKM dan Pembangunan Ummah

Sejak komputer diperkenalkan di Barat pada tahun 1940an dan pada tahun 1990an di Malaysia,
penggunaan TKM kini telah mencakupi pelbagai bidang dan pekerjaan tanpa mengira agama, kaum, status,
bangsa dan negara. Semua ini digerakkan menuju ke arah mencapai kemajuan, kekayaan dan keharmonian
hidup ummah.

Pengaliran TKM merupakan asas kepada pendekatan globalisasi (Abu Bakar Abdul Majeed, 1998: 80) dan
harus menjadi agenda utama umat Islam. TKM membolehkan hubungan secara terus antara seorang umat
Islam dengan umat Islam dari negara lain, melangkau batasan jarak, waktu dan tempat. J alinan hubungan
inilah yang dapat merapatkan jurang perbezaan antara sesebuah negara Islam seterusnya bergerak seiring
dalam membendung apa juga krisis yang melanda umat Islam hari ini.

Menurut Muhammad Uthman El-Muhammady (1998:64), umat Islam perlu bijak menggunakan teknologi
maklumat untuk meningkatkan imej mereka melalui:
a. mesej kebenaran dan kaedah penumpuan mereka dalam menegakkan kebenaran;
b. pemahaman mereka mengenai dunia, budaya dan ketamadunan
c. pemahaman dan rasa hormat terhadap kemanusiaan dan kebenaran manusia, nilai-nilai serta
prinsip-prinsipnya.

Warisan budaya Islam haruslah digambarkan melalui kebijaksanaan, fizikal dan mental umat Islam
menggunakan TKM yang dicipta untuk menguruskan kehidupan. Misalnya, imej umat Islam yang telah
dicalar oleh propaganda Barat boleh diperbetulkan melalui penjelasan yang menyeluruh, bukan sahaja
menggunakan media-media rasmi tetapi juga saluran media tidak rasmi yang digunakan oleh orang
perseorangan dalam laman web dengan pendekatan interaktif yang menarik (Muhammad Uthman El-
Muhammady, 1998:65).

Walaupun isu moral dan etika (Abu Bakar Abdul Majeed, 1998:72) dalam penggunaan TKM tetap wujud,
umat Islam hari ini harus bijak menggunakan kesempatan dan peluang yang datang khususnya ilmu
pengetahuan dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran diri untuk bersaing di arena globalisasi. Mereka
juga harus sentiasa berfikiran positif terhadap sesuatu pembaharuan yang sentiasa hadir dalam
perkembangan dunia hari ini. Suatu masa dahulu, Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Bathutah, alBiruni
merupakan antara tokoh Islam yang mencipta sejarah dalam peradaban Islam pada zaman mereka yang
serba kekurangan. Justeru adalah tidak mustahil dalam kehidupan moden yang serba lengkap dan canggih,
3
Kertas kerja ini dibentangkan dalamSeminar Teknologi dan Sains Sosial, anjuran UiTM Pahang
pada 29-31 Mei, 2006, Kuantan, Pahang.
umat Islam hari ini bergerak lebih aktif bagi memantapkan pembangunan ummah dalam apa juga bidang
khususnya yang berkaitan dengan pendidikan dan agama.

Objektif kajian

Kajian ini dijalankan untuk meninjau kefahaman dan kemahiran pelajar aliran agama dalam penggunaan
kemudahan berasaskan TKM khususnya komputer, internet dan peralatan audio visual dalam aktiviti
pembelajaran

Metodologi kajian

Kajian ini telah dijalankan pada bulan Oktober 2005, menggunakan borang soal-selidik (Noraein Mansor,
1999) sebagai instrument kajian. Borang soal selidik ini telah diedarkan secara rawak kepada beberapa
kumpulan pelajar Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4, di enam buah fakulti, Kolej Universiti Islam
Malaysia (KUIM). Setakat ini, sebanyak 200 daripada 800 borang soal selidik telah dianalisa. Bilangan ini
merupakan 10 daripada 30 peratus pelajar KUIM yang telah memberi maklumbalas melalui borang soal
selidik yang telah diedarkan.

Kebolehpercayaan

Nilai alfa yang diperolehi dalam 18 item kefahaman mengenai fungsi perisian komputer adalah 0.93 iaitu
meliputi kefahaman dalam pemprosesan perkataan (seperti MS-Word), lembaran elektronik (MS-Excel),
pangkalan data (MS-Access), grafik dan persembahan (MS-Powerpoint), grafik dan
rekabentuk(CAD/CAM), pemprosesan data (SPSS), internet (MS-Explorer) dan alat pengarang
(Pagemaker).

Nilai alfa bagi 11 item kemahiran juga adalah tinggi iaitu 0.89, meliputi kemahiran menggunakan perisian
pemprosesan data (seperti MS-Word), lembaran elektronik (MS-Excel), pangkalan data (MS-Access),
grafik dan persembahan (MS-Powerpoint), grafik dan rekabentuk (CAD/CAM), pemprosesan data (SPSS),
internet (MS-Explorer), alat pengarang (Pagemaker), melayari internet, merekabentuk homepage dan
suntingan audio-visual (seperti Pinnacle).

Dapatan kajian

Dapatan kajian ini diperolehi melalui analisis perkaitan atau korelasi antara kefahaman dan kemahiran
pelajar seperti yang tertera dalam objektif kajian.

Hubungan korelasi antara kefahaman dengan kemahiran pelajar adalah positif dan signifikan (r =0.84, p <
0.01) ditunjukkan dalam J adual 1. Hubungan ini menunjukkan bahawa semakin tinggi kefahaman pelajar
terhadap TKM, semakin tinggi kemahiran mereka dalam bidang tersebut.

Maklumat dalam jadual ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara tahun
pengajian dengan kefahaman ( r =0.22, p <0.01) serta tahun pengajian dengan kemahiran (r =0.18, p <
0.01). Ini menunjukkan bahawa lebih lama tempoh pengajian mereka, lebih tinggi tahap kefahaman mereka
terhadap kursus yang dipelajari. Lebih lama tempoh pengajian juga akan meningkatkan kemahiran diri
pelajar. Ini bermaksud semakin lama pelajar di universiti, mereka akan menjadi lebih mahir dalam perkara
yang dipelajari. Oleh itu, korelasi ini telah menjawab hypotesis bagi objektif kajian ini di mana semakin
lama mereka terdedah dengan kemudahan TKM, maka mereka lebih berpengetahuan dan berkemahiran
menggunakannya.






4
Kertas kerja ini dibentangkan dalamSeminar Teknologi dan Sains Sosial, anjuran UiTM Pahang
pada 29-31 Mei, 2006, Kuantan, Pahang.

Jadual 1: Min, Sisihan Piawai dan Korelasi antara Pembolehubah

No Pembolehubah Min Sisihan
Piawai
1 2 3 4 5 6 7
1 Fakulti 2.89 1.67 1 0.27 -0.04 -0.17 0.26 0.14 0.11
2 Tahun Pengajian 2.41 0.96 1 0.04 0.04 0.12 0.22** 0.18**
3 J antina 1.75 0.43 1 0.07 0.03 -0.15 -0.52
4 Negeri Asal 8.80 3.42 1 -0.20 -0.14 -0.7
5 Pendidikan 3.10 1.07 1 0.94 0.04
6 Kefahaman 59.69 11.46 1 0.84**
7 Kemahiran 34.21 6.89 1
N=200; ** p < 0.01


Perbincangan

Berdasarkan daripada dapatan kajian ini didapati bahawa tempoh pendedahan mempengaruhi kefahaman
dan kemahiran seseorang dalam menimba ilmu pengetahuan. Menurut George Gerbner dalam kajian beliau
mengenai Teori Penanaman, seseorang yang menonton televisyen akan dipengaruhi oleh apa yang
dilihatnya di kaca televisyen. Dalam hal ini, seseorang yang menggunakan TKM dapat mengingati apa
yang dipelajarinya kerana skrin komputer adalah ibarat kaca televisyen, yang mengajar individu dan
masyarakat mengenai pelbagai perkara baru yang dilihat pada skrin komputer serta penggunaannya boleh
diaplikasikan. Menurut Larry E. Long (2004:23), maklumat dalam sesebuah komputer memberi kesan
dramatik terhadap aktiviti tidak formal seperti bergembira bersama rakan-rakan dan menerima maklumat
(teks, audio, visual) terutamanya dalam aktiviti chatting yang membolehkan kita dihubungkan dengan
masyarakat seluruh dunia. Oleh itu aktiviti-aktiviti tidak formal sebegini berupaya merangsang daya
pemikiran seseorang untuk lebih mendalami dunia cyber kerana sifat ingin tahu dan seterusnya menjadi
lebih kreatif menggunakan maklumat-maklumat yang diperolehi.

Long (2004:26) turut menyenaraikan beberapa ciri-ciri yang menunjukkan seseorang itu mahir dalam
menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat:
1. Berasa selesa dalam menggunakan sistem komputer
2. Mampu menjadikan komputer bekerja menyelesaikan tugasan anda seperti untuk menyelesaikan
masalah kebosanan, pengurusan kewangan keluarga dan seumpamanya.
3. Boleh berinteraksi dengan komputer dengan memasukkan dan mengeluarkan data.
4. Selesa apabila berada dalam dunia cyber.
5. Memahami pengaruh komputer terhadap masyarakat hari ini dan kesannya pada masa akan
datang.
6. Menjadi pengguna komputer, peralatan komputer dan perkhidmatan komputer yang bijak.
7. Mahir menggunakan bahasa komputer dan teknologi maklumat.

Bagaimanapun, pendedahan yang terlalu lama juga mungkin membawa kepada implikasi yang negatif.
Marshall McLuhan seorang sarjana Barat banyak mengkaji tentang pengaruh teknologi dan komunikasi.
Menurut Marshall McLuhan (dalam Mc Quail, 2000:108) kepelbagaian media electronik telah mencipta
suatu perkampungan global (global village) di mana seseorang memperolehi pengalaman dan maklumat
yang dikongsi bersama secara percuma. Sememangnya komputer membantu dari pelbagai segi dan
meningkatkan kemahiran individu tetapi pendedahan yang terlalu banyak dan tidak ditapis mendatangkan
implikasi lain seperti eksploitasi terhadap maklumat atau perkara yang dipelajari ke jalan yang salah seperti
bagi tujuan keseronokan seperti streaming dan chatting (Long, 2004:24).




5
Kertas kerja ini dibentangkan dalamSeminar Teknologi dan Sains Sosial, anjuran UiTM Pahang
pada 29-31 Mei, 2006, Kuantan, Pahang.
Selain itu, ilmu pengetahuan juga penting sebagai alat untuk bersaing dalam arena globalisasi khususnya
dalam menangani masalah imej umat Islam. Kita juga boleh mencipta suatu alat yang mampu menapis
bahan toksid yang dibawa oleh maklumat tersebut (Mahathir Mohamad, 2002:92).

Limitasi

Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) yang majoriti
daripada mereka merupakan pelajar yang mempunyai asas yang mendalam dalam pendidikan agama.
Kebanyakkan daripada mereka adalah lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan datang daripada sekolah-sekolah
yang berlatarbelakangkan pendidikan agama. Dapatan kajian ini berkemungkinan tidak mempunyai
persamaan yang jelas antara kefahaman dan kemahiran pelajar dari institusi pengajian tinggi lain.

Kesimpulan

Hasil dapatan kajian telah membuktikan kebenaran hipotesis kajian ini iaitu semakin tinggi kefahaman
pelajar, semakin tinggi juga kemahiran yang diperolehi pelajar. Semoga dapatan kajian ini dapat memberi
sumbangan kepada bidang TKM terutama dari segi memantapkan lagi kurikulum kursus dan memberi lebih
banyak pendedahan kepada pelajar dan masyarakat luar bandar mengenai TKM.


Rujukan

Abu Bakar Abdul Majeed, (1998) Information Age An Islamic Perspective, Islam and Development in
Asia, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Ahmad Bakeri Abu Bakar (2003), Narrowing the Digital Divide: The ASEAN Approach, Building A
Knowledge Society: Value Creation Through People, Knowledge and ICT, Kumpulan kertas kerja dalam
Seminar Kebangsaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat, 21-22 Oktober, 2003, Kuala Lumpur:
International Islamic University Malaysia.

Asmidar Abu Bakar (2003), ICT and Human Development: ICT Contribution to the Human Development,
Building A Knowledge Society: Value Creation Through People, Knowledge and ICT, Kumpulan kertas
kerja dalam Seminar Kebangsaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat, 21-22 Oktober, 2003, Kuala
Lumpur: International Islamic University Malaysia.

Long, Larry E. (2004), Computers: Information Technology in Perspective, 11
th
ed. New J ersey: Pearson
Education Inc.

Mahathir Mohamad (2002), The Impact of Globalisation on the Islamic World, Globalisation and the New
Realitie, Pilihan Ucapan-ucapan Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, Subang J aya:
Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd.

McQuail, D. (2000), McQuails Mass Communication Theory, 4
th
ed., Oxford: Sage Publications Limited

Md Nasim Iqbal (2003), Building A Knowledge Society: Information Needs and Information Problems in
Rural Areas and Urban Informal Settlements in Bangladesh, Building A Knowledge Society: Value
Creation Through People, Knowledge and ICT, Kumpulan kertas kerja dalam Seminar Kebangsaan
Teknologi Komunikasi dan Maklumat, 21-22 Oktober, 2003, Kuala Lumpur: International Islamic
University Malaysia.

Muhammad Uthman El-Muhammady (1998), The Muslim Society As An Information Society, Islam and
Development in Asia, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

6
Kertas kerja ini dibentangkan dalamSeminar Teknologi dan Sains Sosial, anjuran UiTM Pahang
pada 29-31 Mei, 2006, Kuantan, Pahang.
Noraien Mansor (1999), Tahap Pengetahuan dan Penggunaan Internet Dalam Mencari Maklumat di
Kalangan Pelajar Tingkatan 4 di Sekolah-sekolah Menengah di Kuantan, Tesis Sarjana Sains Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia.


Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (2003), Quality Education for the Knowledge Economy, Building
A Knowledge Society: Value Creation Through People, Knowledge and ICT, Kumpulan kertas kerja pada
Seminar Kebangsaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat, 21-22 Oktober 2003, Kuala Lumpur.

Siti Kasma Yaacob (2005), The Perception of SARs Student on Science and Technology: A case study at
Sekolah Agama Rakyat Al-Ihsan, Tanah Merah, Kelantan, Laporan Projek Ilmiah, Fakulti Kepimpinan dan
Pengurusan, Kolej Universiti Islam Malaysia.


7

Anda mungkin juga menyukai